Dec 31, 2010

THANX HARIMAU MALAYA!

...Hmmmm.....

Tika ini, saat ini. aku kompem sekompem kompemnya, ramai yang sangat cuak ngan aku.
Pasai pa plak nak cuak lebih-lebih plak kan..
Pasai...

Hari ni aku dapat Claim OT double. diulang double.


hahahahhaha. no. not funny at all bila ko kena keja, dan bila ko bangun pagi, ko tengok orang lain masih lagi terbongkang kat tempat tidur. Twitter senyap sunyi, FB yang hanya beberapa orang je update statusnya, tu pun mungkin sebab ada smart phone.

Ye lah, yang lain kan amik kesempatan update kat opis je. What can i say. kitakan rakyat Malaysia yang super duper kedekut yang mana bila office block certain page, kita RAGE bagai nak rak. itu kita....jangan nafikan.

ok, OUT OF MY MIND sudah. mantra hari ini. Dressing ala-ala nak pi shopping complex. Semangat sikit. Kalau pakai baju kurung, anggaplah kita nak p kenduri kat hotel 5 star.


Dec 29, 2010

LANGSUIR BETOPENGKAN ORANG

..Hmmm....

tika nie, aku di opis orang. menenangkan otak jugak pikiran.

tapiiiii....deym.
bodoh sial sorang budak opis nie. Gelak cam mak lampir+pontianak+langsuir.
mengilai tahap dewa.
nasib baik aku tak sakit gigi. kalau tak ada jugak makan penampar aku nie.

Dia ingat orang suka kot dia gelak cam haram tu.
haish. anak sapa lah tu. memalukan. nasib bukan kawan aku.

OUT OF MY MIND irritating

BILA BESFREZ PREGNANT

...Hmmm...

Besfrenz dah pregnent.
dan aku rasa pada pandangan aku dia sangat clueless. yeah. clueless nak mampos pasal alam mengandung nie. dan, aku bukan nak kutuk dia. tapi.....hmmm...aku rasa aku akan kutuk dia kot. So, mintak maap frenz.

Dia tak pernah punya baby dalam rumah. mereka bertiga. adik yang ketiga, beza umur dalam 2/3 tahun je kot. so, dioarng membesar seiring. Zaman persekolahan banyak di habiskan kat asrama. So, takde peluang nak pegang or jumpak baby.

sepanjang di pregnant nak masuk 3 bulan nie, banyak benda-benda yang luar biasa dia buat yang aku rasa orang pregnant lain buat. Kadang-kadang aku rasa cam dia terlupa dengan kondisi dia. Munkin betui kot.

Dan aku tepaksa lah jadi mother hen dok bising-bising kat dia. Maklumlah aku dah biasa sangat dengan dunia ngandung nie. Nope, aku tak pernah sekali pun ngandung. Tapi, sebab dibesarkan dengan dunia family yang sangat besaq di mana-mana makcik-makcik aku yang sering mengandung. Dan memandangkan aku cucu sulong, so aku ada 20++ sepupu yang kenit kenit belaka. dan separuh daripada mereka aku yang jaga. Series.

benda apa yang pelik sangat dia buat?

* Dia boleh lagi gagah perkasa dok ambik gambaq wedding. ok, itu no hal, tapi bila dia tetiba nak memanjat kerusi yang kompem lantai dia lincin, aku dah "oiii oiii.....". nasib dia dengar kata. kalau tak, jenuh aku nak jawab kat hubby dia. mampooos.

* "jangan makan benda nie tau...." perggghh...sebijik aku ni mak bidan siot. Sampai apa pompuan pegnent boleh makan ke tidak, semua aku tau, Rare tak aku. huh...

* bangunan tempat dia keja diselubungi asap.

"oii, ko kat mana?"
" kat lokasi kejadian."
"mai aaa lepak kat opis aku nie...pastu kita keluaq tmpat lain"
"jap..jap..aku nak tengok bla bla bla bla....dan bla"
" wei..lupa ka hang tu ngandung?"

*waktu urut, waktu jalan, waktu itu waktu ini...dan lagi, lagi dan lagi.

Yang pasti, dia sangat lawak. bukan menjadi makin lawak. tapi sepanjang dia pregnent, boleh nampak clueless dia dalam dunia ini. but don worry babeh, mother hen setiasa berada di sisi.

tapi yang pasti, sepanjang dia pregenant, dia makan sangaaaaat banyak. banyak gila nie. dan yang tak bestnya, aku jugak turut mendapat efek yang sama. series. sepanjang dia start pragnant, aku asyik lapar tanpa henti macam dia. DEYM U, bestiee. kenapa mesti melibatkan aku?huhu

ya, OUT OF MY MIND bila aku turut menjadi calon untuk jadi nanny anak dia. kepada bestie, sorry. senyum sikit....

ANTIE ALONG

...Hmmm...

Besfrenz aku dah pregnent.
Adik aku baru aje dapat baby krismas aritu.

Dan aku secara rasminya sudah menjadi makcik. tapi, sebab nak glam punya pasal, aku declare diri aku sebagai ALONG sahaja. Bukan Maklong ye. terlalu tua bagi aku yang muda belia ini. Even, anak-anak kawan aku masih memanggil aku dengan panggilan kakak. Tapi dengan kawan-kawan yang lain, dorang panggil auntie pulak. tengok, budak pun pandai menilai.

Baru-baru nie aku post di Facebook gambar aku dukung anak menakan pompuan aku.
dan banyak komen-komen yang aku rasa agak cam *bluweek* bosaaaaan...

* Prektis ke Da..?
*
gaya dah ade dah tu...TIP TOP!
*
sesuai la ko ida, terserlah sifat keibuan ko yg terendam tu...
*
mcm anak ang plk aku tgok...ada tanjak nie...lokaih2 la ye...amin(aku mendoakan ang)hehe...
*
cutenye baby..kak ida bile lg?

dan lagi dan lagi dan lagi.

Tapi budak nurul nie cam hati kering gak, syok je dia dok balas komen ngan aku. suka dia. klau pompuan lain, kompem sentap tak hengat punya.





OUT OF MIND gak si nurul nie rasanya.

Dec 17, 2010

UNTUNG JADI ANAK CELEBRITY KAN

HMMM....


Korang kenal tak siapa anak gadis yang comei yang body dia sedang di ukur dengan baju cantik oleh dua jejaka nie?

Ni lah anak Demi moore dengan Bruce Willis. Anak sulong dorang. ok, baca cerita bawah dia yang aku copy dari JUST JARED



Rumer Willis gets fitted by designer duo Mark Badgley and James Mischka for Badgley Mischka’s Spring 2011 ad campaign.

“We adore Rumer,” Mark and Jamesshared with JustJared.com via a statement. “She is glamorous, youthful and fun. Rumer captures the spirit of all of our spring collections, especially our newly launched Mark + Jamescollection.”

The 22-year-old daughter of Demi Moore and Bruce Willis added, “I was thrilled and honored to be chosen to represent the Badgley Mischka brand. Working with Mark and James is an incredible opportunity.”

The ad campaign, which will debut in the March issues of fashion mags, was shot by fashion photographer Tony Duran in Malibu, Calif. Congrats, Rumer!


ok, dah baca?

aku sangat jeles dengan beliau kerana dia bukanlah calon yang sesuai untuk jadi model ke apa ke. Aku jeles dengan body dia yang cantik, tapi tak jeles dengan wajahnya yang biasa-biasa itu. Aku jeles sebab aku rasa cam aku lagi layak untuk represent brand itu dari dia. Untungkan dia ber mak kan Demi moore dan berbapak kan Bruce Willis. Perghhh....


nie lah dia. Rumer Willis.


OUT OF MY MIND berapa banyak lah mak bapak dia bayar brand tu suruh amik anak dorang jadi duta.

sumber JUST JARED


PRESTASI AKU BURUK!

Hmmm......

Malas nak naip balik. so, aku post je lah kembali benda yang aku tweet. yeah, kan aku dah kata, aku lagi gila dari segala gila di Twitter.





p/s: bukan nak kecik kan hati korang. cuma aku rasa ramai yang masih 'new' dengan dunia twitter. so, korang kena baca post twitter itu dari bawah ke atas.

Malas dah nak guna ayat cliche, yakni aku sibuk nak update, tapi hakikatnya aku tak punya medium untuk update selalu. maaf. OUT OF MY MIND

Dec 3, 2010

TWITTER

...Hmmm.....

Aku sangat suka RAGE. more me RAGE kat twitter carian idayunus.
saje je promote skit. =)

Nov 29, 2010

RASA COOL BILA DEWASA

.....Hmmmm...

Bila umur kita dah mencapai lebih dari 25++, kebanyakkan dari kita akan rasa dan mula lebih bertenang. Perkara sebelum nie kita rasa sangat besar dan jugak bapak segala masalah, kita dah heran. dah anggap remeh.

So, bila tetiba sekarang nie banyak sangat bergaul dengan budak-budak umur 25--, aku mula merasakan betapa kebudak-budakan nye permainan dorang. agaknya, camtu lah kot pakcik makcik yang dah dewasa nampak aku.

Dan sebenarnya, kalau lah aku masih lagi dah umur 25 tahun, sudah pasti aku sudah mengeluarkan ayat sebegini:

"OIII MADAFAKER, KO INGAT KO BAGUS SANGAT KE. PEGI MAMPOS LAGI BAIK LAH, KO INGAT KO BAGUS SANGAT KE HAH. TOLONG LAH CERMIN SIKIT. ATTETION WHORE!#$$#^&^*())_)&^%$##)!!()*pooi_**&hv())&%$#@#$$#@#"

OK, dah bertenang sikit.

OUT OF MY MIND banyak dah nieeeeeee

Nov 26, 2010

KERETA HANTU

...Hmmm....

Keta aku berhantu. Sungguh.

Dulu dia matikan enjin bila kat trafik light ngan bila aku pijak break nak lock semua pintu.

Sekarang, masa tengah drive pun dia boleh mati enjin sendiri. Tapi 30 saat kendian, Air-cond ngan radio je idup.

Dan kereta jugak mampu terus meluncur laju bagai takdak apa-apa yang jadi.

berhantu tak keta aku???
HUWAAAAAA.....hantu punya hantu.
Nak suruh aku keluar duit lah tu.....

OUT OF MY MIND bila dah jaga keta bagai nak rak, servis tak pernah miss, cam tu gak jadinya.

Nov 15, 2010

MABUL, TUN SAKARAN MARIN PARK

Hmmm.....

baru je balik shooting kat area Semporna, Mabul, Sipadan, Tun Sakaran Marine Park. Akan di update kemudian sebab sekarang nie sangat bizi buat editing.


Tun Sakaran Marine Park


Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau mabul

Nov 5, 2010

SINGLE ITU LEBIH MULIA KATANYA

...Hmmmm....

Ok. Dah masuk November. Tahun depan, tak lama pun. Lagi 2 bulan lebih kurang, umur gua naik lagi. Gua tak freak out pasal gua tak nikah lagi. Tapi orang sekiling gua yang susah hati. Sayang diorang. Sungguh.

Tapi semalam gua lepak ngan makcik gua yang kawin ngan pakcik gua.
Time lepak, kakak makcik gua pun ada.

Entah takde ujung pangkalnya dorang tetiba boleh cakap camni kat gua:

"Jangan kawin, single lagi best dan lepak sebab takde sapa kacau, takyah jaga anak bagai. Nak buat apa buat. Macam hang lani. Jeles kami tengok..."

Aik. What da heck??
makcik-makcik ku, aku juga ada perasaan nak besenggama jugak kengkadang. mana boleh korang je.
CHILL

OUT Of MY MIND. HAPPY DEEPAVALI
chill

Nov 3, 2010

TRAVELOGUE LAH SANGAT: SINGAPURA

..Hmmmm....

baru balik dari Singapura. Shopping tak lah sakan. Tapi rasa cam dok dalam syurga dunia. Best gila tgk SALE dia. Perghhhh...meleleh.

Yang best, setiap kali kita pi dengan orang baru, setiap kali tulah kita akan jumpa benda baru. Macam baru baru nie (BERAPA BANYAK BARU DAAAA), aku jumpa kedai Perfume yang murah giler. Kat kedai tu, diorang jual yang Tester nyer. Bukan Tester yang dah kena test. nie tester yang baru...aku ada terbaca satu blog, yang mengatakan, tester nyer perfume more lasting dia punya ghau ghau. dan terbukti benar.

Lokasi perfume Lucky Mall (kot. aku lupa. tapi ada lucky). naik juling bijik mata aku bau perfume. Semuanya wangi. semuanya nak. tapi ada satu perfume tu, tak boleh blah bau dia. Bau kubur siot. hahahhahaha. series. agaknya, ambik pati bunga kemboja kot. Harga 100ml dalam RM70. murah kan. murah kan. kan kan kan.

Then. Cotton On. perghhhhh gila nak mampos sale. Kalau kat Malaysia, dua pasang kasut jenama Rubi tu harga RM70. Singapore, RM50 dah boleh dapat. Beza kan harga dia. Walaupun kita rasa macam mahal, tapi tak paham value dorang setelah di convert ke duit kita dapat lagi murah. Me in heaven lah, apa lagi.

Dan lagi satu, di sana...Cotton On kat ION mall adalah tak sama harga dengan mall-mall di sekelilingnya. Pecayalah.

Dan, yang pasti, matlamat utama kalau ke Singapore nie adalah untuk mencari Charles & Keith. Love design kasut ngan Handbag dia. kat sana murah. murah banyak. suka suka suka...

Malamnya pulak, pi makan kat area mana tah. Sedara kawan aku bawak. Makan Sup tulang Singapore yang kaler merah dan tidak bersup tapi cuma berkuah aje. Perghhhhh. Sedap siot. Pastu makan roti john yang bukan rupa roti John kat negaraku terchenta. Roti John dia adalah roti yang dimasak dengan telur dadar dan rasa roti bersalut telur dadar!!. Yummmeh beb.

Next, impian aku kat kota singa nie adalah nak tengok rumah diorang. camnalah gamaknya rumah diorang yang apartment-aparment yang dapat kita tengok kalau naik MRT. Ngupanya kecik je. 1st rumah yang kitoarng pergi tu 3 bilik je. yang 1 lagi 5 bilik. Owner yang 5 bilik tu cakap, umah dia besar sangat, so bila anak dia dah kawin nanti, dia nak pindah umah kecik sikit. Padahal...masa aku tidur umah dia tu, takde lah besar mana pun. Kecik je. Standard 1600sf rasanya. Itu pun dia rasa dah besar.

Lagi 1, apartment dorang ngupanya parking kena bayar ala-ala macam nak masuk mall. Malam-malam ada orang akan pi scan kat cermin kereta sekiranya kupon bayaran tu dah expired. Gua tengok sendiri ye, 2 orang makcik berbaju putih berseluar gelap, scan cermin depan semua kereta pada jam 1++ pagi. Gila gigih.

Dan sedara kawan aku baru je kena saman 400 dolar kerana terlewat nak topup parking yang bernilai 70 dollar. perrrrrggggghhhhh. Bagi aku shopping pun best!!

Ok, travelog entry yang tidak di bayar oleh mana-mana badan dan agensi di Singapore sudah berakhir. OUT OF MY MIND sebenarnya boring ketika ini.

Nov 1, 2010

HALAL KE??




oh...sangat cuak bila orang asyik tanya sebarang makanan yg di post aku, halal ke. Kalau tak halal, takde maknanya aku nak post. diam sendiri sudah.

OUT OF MY MIND tul diorang nie

Oct 16, 2010

BILA TETIBA AKU SERIES KAT FB

Hmmm...
Aku jarang series dalam FB. walau aku dihemapat perasaan pun, aku banyak memain dalam mengupdate status. Dan ramai sebenarnya yang ambik series dengan apa yang aku tulis. Tu yang best menjadi aku. boleh punk'd orang sesuka hati...great!

ok, aku telah like club sekolah aku. dan aku boleh agak sapa moderator dia. aku tau, dia seorang yang series dalam menghapdate facebook. tapi ayat yang dia buat memang tak boleh blah. Apalagi...rage time...hahahhahaha.






amacam....OUT OF MY MIND tak aku...=D

Sep 29, 2010

BILA LELAKI EMO, ADA GAK MAKAN PENAMPAR

....Hmmm....

Kali nie aku memang nak sangat RAGE..Aku tensen sampai aku rasa nak nangis pun ada. Tapi nasib baik lah aku nie ICE QUEEN, so air mata keras...

Kisahnya.
Producer aku memang ada probs ngan Editor.
Ediotor aku plak memang ada probs ngan Producer aku nie.
Dua-dua sangat emosi.
Dua-dua jantan.
so, sesi tak bertegur sapa terjadi.

Editor aku nie, punyalah marah tahap petala ke-8. Jangankan sebut nama program, apa-apa berkaitan dengan program sumanya dia tak mau amik tau dan akan boikot habis-habisan. Termasuklah aku yang tak bersalah nie. Disebabkan masalah kekurangan editor, kami terpaksa menggunakan alternatif lain.

Bila dah guna alternatif lain, walau camna sekalipun, nak mintak tolong ke apa ke, tetap kena melalui editor-editor yang sedia ada kat tempat keja aku nie. salah satunya, nak "capture" bahan dari tape ke hard disk. nak tak nak memang kena buat camtu. dan kami shooting still lagi guna tape beta yang besar tu.

Bila nak transfer, hanya ada 2 Mac je boleh guna. Sorang editor baik nie, dianya mesin memang ada password. ok fine, aku mintak tolong time dia ada je. Tapi editor aku mesin dia takde password. Untuk siapkan program raya aritu, dapatlah aku capture bahan guna mesin dia.

Bayangkan, aku yang sebelum nie terkial-kial nak guna MAC apatah lagi Final Cut Pro (software editing) boleh jadi terer sekarang nie sebab pergaduhan dorang.

ok...pengenalan dah panjang.
disebabkan 'terer' nya aku dalam ilmu capture capture bahan nie, so aku mengambil la peluang time malam untuk transfer bahan. Kalau siang, kacau dorang plak kan. Mau aku kena bambu.

semalam (isnin) - aku stayback. tunggu editor aku blah. Kul 7++ dia belum blah lagi. dua-dua editor ada kat situ. bila dia nampak je aku masuk bilik tu, dengan bawak beg biru yang berisi hard disk...editor aku nie (aku bagi nama dia amad lah) si amad, terus je cakap kat John (editor baik) =

"weh, lepak lah dulu...main game seround dua, awal lagi nie nak blah"

aku dengan muka tak malunya, duduk lah dalam tu jugak. Yelah, nak tak nak kena juga transfer bahan tu. kalau tak, bila nak start buat editing. Ada lah dalam setengah jam aku duduk situ. Sambil tu aku tegur tegur lah si Amad nie. Dia langsung tak peduli aku. Malu siot. cam aku terhegeh-hegeh. Tapi bila orang lain tegur, dengar plak dia disamping kebisingan bunyi game dia tu.

pastu, aku sms kawan aku, mintak dia call aku....cover line untuk aku keluar. Malu siot kalau belah camtu je. setel..tak dapat lah aku nak transfer bahan. buang masa aku sehari.

hari nie, jam 5 aku dah blah balik. Tido jap kononnya. Kul 9.15 malam aku gerak pi opis dengan harapan amad takde dan bilik tu kosong. Tempat si amad nie agak tersorok sikit, so kita kena bukak pintu dulu, baru nampak dia ada ke tak. aku dengan kompidennya terus lah terjah masuk bilik tu.....jeng jeng jeng. dah boleh agak dah kan, amad ada. SIOOOOOOOOOOOT.

aku terkaget sebentar.
dia terkejut.
aku relax je tegur dia.
dia tak balas.
aku tanya soklan lagi...
dia tak jawab.
aku malu...
dia buat dunno.
aku sms kwn aku...mintak dia call...
kawan aku tak balas.
aku tembak kawan aku nie..
kawan aku call dengan paniknya.
aku buat-buat sembang ngan kawan aku.

pastu aku blah sembang kat bilik lain. aku sembang ngan kawan aku dlm 20 minit. dengan harapan biarlah amad balik dulu...dan, aku pun gerak lah pi mesin dia.

JENG JENG JENG....cuak kali ke-800...kali nie memang aku carut habis-habisan lah amad nie.
pasal apa tau....pasal dia letak password kat MAC dia tu...setan tul lah. aku memang habis-habisan rage nie.....

RAGE ENTRY TIME:
apahal nak letak password bagai...itu harta kerajaan kot. kalau ada masalah ngan producer aku tu, apa kaitan ngan aku plak. kalau ye pun ko taknak amik tau pasal program aku nie, takyah aaa sampai nak libatkan sosial. aku dulu antara yang keluar lunch ngan ko kot. ko taknak tolong keja aku. FINE. aku paham. tapi sampai dengki taknak kasi aku siapkan keja aku terus nie apahal. aku buat sendiri. time aku sendiri. tak melibatkan ko sekulumit pun, apahal plak ko nak buat perangai camtu.

ko taknak tegur aku? apa salah aku pulak? sebab aku still lagi dalam program tu? hello, aku nie budak baru dalam production tv. kalau aku hebat, diva, no hal lah jugak aku boleh request nak buat program lain. nie tak....dalam sakit hati, terima je lah. yang ko nak emosi sangat tu apahal. Tau lah ko hebat, tapi tak yah lah nak kobar-kobar sangat belagak.

ieeee...tak paham betul lah aku perangai jantan sekarang nie. emosi kacau kalah pompuan. tu lah hormom estrogen tak terlepas, terperangkap dalam body. camtu aaa.....

aku memang OUT OF MY MIND marah gila-gila ngan semua orang sekarang nie.

Sep 22, 2010

BABY BABY OOOO

...Hmmmm.....

Daripada banyak cerita-cerita pasal kes buang baby, aku dengar orang cakap.......

orang yang melahirkan anak haram nie, dia beranak senang. Takde sangat komplikasi. Sebabnya tuhan memudahkan dorang dalam urusan ini, untuk menyedarkan mereka.

Patutlah dorang nie cam takde hati perut je buang baby. Dah takde sakit-sakit sangat nak beranak. Agaknya sekali teran, terus keluar baby kot. No wonder lah dorang bleh branak kat Toilet, dalam bilik sengsorang, pastu masuk baby tu dalam plastik...duuum...campak je. setel.

dan jarang kita dengar, ibu-ibu segera nie meninggal waktu melahirkan baby dorang sengsorang. Tu pun ada satu kes je...tapi aku lupa kat mana.

Kalau camtu, patut lah senang benar Angelina Jolie beranak pinak. anak-anak dia kan anak haram. so, mesti tak sakit sangat cam anak halal....hehehhehe

OUT OF MY MIND nak tau betul ke tak fakta dorang cakap tuuu....nanti nak pi sekolah harapan nak tanya diorang lah (tapi skolah tu pompuan pegnen..bukan pompuan lepas branak.apara aku nie..)

p/s: aku tak sanggup nak letak pic baby terbuang, meremang bulu2 youuu

Sep 21, 2010

MARI CARI SEKOLAH

...Hmmm....

Makcik aku ada anak sorang. Umur dia 5 tahun. Dia pompuan, perangai dia gedik-gedik, boleh tahan DIVA. Diorang nie mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Aku tak sangka, banyak jugak cabaran sebenarnya nak sekolah kan anak di bandar besaq nie. Tambah anak sulung yang baru nak masuk alam persekolahan. eceh, cam aku pulak nak hantar anak kan.

so, nak jadi cerita, makcik ngan pakcik aku nie tengah cari sekolah yang relevan dengan perangai anak dia yang gedik sorang nie.

Ini list-list yang dia buat. Pergh....aku tak sangka camni cabaran zaman sekolah sekarang.

  • Sek. Kebangsaan - dia risau anak dia mudah terpengaruh ngan anasir-anasir tak baik. Sebab memandangkan kazen-kazen dia yang darjah 1 pun dah start bergatai berpakwe bagai. Itu budak yang tak berapa nak gedik, kalau dah budak gedik sorang nie masuk situ, lagilah haru biru....so REJECT!

  • Sek. Cina - Memang dia plan nak hantar anak dia sekolah sini. Siap dah survey sekolah cina mana yang dekat dan sebagainya. Pada pendapat mereka, at least anak cina nie dia tak buas sangat. Lepas abis sekolah mostly pi kelas Dancing lah, Pianolah, tusyen lah dan sebagainya. Kiranya mak bapak budak skolah cina nie, kawal sikit anak-anak dorang. Lepas puas survey sana-sini, dan tanya pendapat itu ini, akhirnya dia REJECT jugak. Sebabnya, dia bertanyakan kawan dia yang cina, dorang pun tak hantar anak dia pi sekolah tu. Bahasa Inggeris dorang lemah. Lebih banyak tumpu kepada bahsa cina katanya....so, tak jadilah anak makcik aku nie sokolah cina.

  • Private school - pergh.....dia mampu je nak hantar. Tapi terus di reject dari awalnya. Pasal tak mau anak dia perangai cam haram belagak nak mampus perasan bagus lagi DIVA. - REJEK.

  • Private Islamic School - Ini sekolah yang sangat sesuai dengan anak dia. Diharapkan dapat kontrol gedik anak dia. Kiranya ini yang terbaik. At least, mana satu hari terbukak hati maknya nak pakai tudung ke apa ke. Kata makcik aku ye.....

So, sekarang nie, dorang dalam proses nak cari Private Islamik School. Gitulah alkisahnya. Dengan harapan, anak yang gedik ini jugak dapat 'guide' mak bapak dia jugak.....amin (ini keluar dari mulut mak dia sendiri ye)

OUT OF MY MIND pening gak eh nak cari sekolah pun. Banyak benda nak kena fikir....hmmmm.

Sep 20, 2010

OUT OF MY MIND DER

....Hmmmm....

Baru-baru nie Balik kampung raya. Sakan punya raya, tahap tak ingat dunia punya. Cuti pulak dekat-dekat 2 minggu gak la. Family aku pun tergezut besar sebab aku cam takde tanda-tanda nak balik Kolumpo keja.

OK, bukan nak cita pasal balik kampung. Citanya...aku baru tau pasal satu benda.
Takdak lah besaq mana pun. Tapi aku rasa cam pengetahuan am tu baru sangat untuk aku.

Apa yang aku tau,
Rupanya...driver bas, tak kiralah bas apa pun. Tapi yang bawak bas express....dorang makan just kena bayaq RM2 hinggit ja. Gila murah. Ambik lah makan apa pun. just bayaq RM2. Ini kalau bas tu berenti kat R&R Highway lah.

Tapi apa yang aku tau, kalau benti kat stesen biasa, diorang dapat makan free. Untung kan.
ok tu ja, pengetahuan amnya.
OUT OF MY MIND punya entry.

Aug 24, 2010

BZ BEE oooooooo

...Hmmm...

Bulan ramadhan nie, memang mencabar akal dan fikiran. Fizikal jugak mental....
Banyak benda nak ngarut, tapi kekurangan kelengkapan dan juga kesibukan menjadi pelarian jugak menyebabkan takdak masa aku nak ngadap PC.

List nak update:

  • aku kena halau dek tuan umah setan yang dah jual umah kat orang lain, tapi masih lagi nak jual umah tu kat aku. Pastu without warning suruh aku move out end of september tapi bulan september nya sewa dia naik kan sebanyak lagi RM100...apa hal ko nak upkan duit sewa umah, padahal umah tu dah jadi hak milik orang lain, sedangkan aku nak stay situ sebulan je lagi....dah lah tak pikir pasal aku nak raya ke, sekarang bulan posa ka..apa ka, nie nak buat jadi racist nie....hotak lu lah...!!
  • Penat shooting....
  • Tengah cari rumah nak beli....kalau u guyz ada suggestion, saya terima. Saya memang mencari umah untuk dibeli..kalau property yang baru nak naik pun, ok.....
  • oh ya...dah kembali solo/single/sengsorang cam biasa. Melankolik dah habis.
  • nak cerita sikit pasal lokasi rumah orang tua.

OUT OF MY MIND cam penat gila...gila gila punya penat...

Aug 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

...Hmmmm.....

Selamat berpuasa.
Tahun nie single lagi...belum berdua. Tapi dah bertiga dan berempat jugak berlima..
Senang puasa orang single nie.

Tak payah nak terkejar-kejar balik kul 4.30 petang.
tak payah terpikir-pikir nak masak menu apa.
tak payah nak bangun awal-awal nak makan sahur ke tak.
Tak heran apa orang lain sibukkan.

yang aku paling sibuk sekali time puasa nie.
camna aku nak kontrol makan akibat mendapat jemputan dari sana sini.
Tapi...tahun nie, aku nak low profile yang boleh dalam berpuasa.

Baju raya pun malas nak beli.
OUT OF MY MIND bila di facebook, baru kul 11 pagi, semua orang sibuk dok announce resepi apa nak berbuka....terliur beb!

Aug 10, 2010

JOM BUAT DONAT

....Hmmm.....

Aku tak suka shopping. Tapi kalau sekali mood shopping aku tu keluar, hah..bepinau jugak bijik mata. Kat sini ada item yang aku rasa nak beli...perasaan nak beli nie baru je muncul semalam. Aku rasa kalau aku ada barang nie, mesti aku cool giler....

TADAAAA......!!


MINI DONUT FACTORY

Enter the Mini Donut Factory - 6 Donuts in a waffle-iron like configuration. Pour in the batter, close the clamshell, and wait for 4 short minutes. Boom - you've got hot donuts ready for immediate nommage.

Warning: these donuts can be highly addictive! Though they're much healthier than their larger store-bought cousins, eating twice-as-many sort-of ruins the effect.



















Ini bukan bulan posa nye iklan
tapi tetiba rasa cam nak buat donat....
sapa yang nak belikan untuk aku...sila layari web ini.
banyak lagi benda best kat situ....

www.thinkgeek.com


OUT OF MY MIND kan.

Aug 6, 2010

TERER GAK AKU EH...

...Hmmmm.....

Haritu masa kawan gua kawin, gua offer mau buat hantaran kat dia. Gila seh, gua bukan terer pun. Apatah lagi bab-bab seni. Goreng je kuat gua nie. Over kompident overload...

Malam sebelum gua bertolak ke rumah kawan gua di JayBee, gua bertungkus lumus lah menyiapkan hantaran kawan baik gua tu. Penolong gua time tu, gua import, DJ lagi gua gunakan. Gila...sampai kul 4 pagi gua ngan kawan gua dok nganyam hantaran dia.

Hasilnya...tadaaaaa....(cam gempak je..jadilah kan.)



Kasut mat bunga...




Minyak wangi tambah wangiiii....




Jam sesat dalam taman




Sireh tak jadi jungjung...


sekian...

OUT OF MY MIND aku takut mizzyN marah bila hantaran dia dah kecut bunganya...hahahhahaha

Aug 3, 2010

COBAAN...

.....Hmmmm....

Dua minggu lepas, aku 1st time nya kena tidur spital....nie aku yang tidur tau. Bukan temankan orang tidur ke apa. Puncanya, dengan tetiba tanpa bagi amaran, perut aku buat hal. Gila weh...sedap-sedap dok update blog, tetiba 'tersentap' kat bahagian perut.

Dah la seharian aku dok umah sengsorang. Nak jadi cita, MizzyN yang masa tu masih lagi bujang, baru je balik umah...

Aku panggil dia, cakap aku sakit kat bahagian perut. Time tu aku dah keadaan berlutut dah. Nak bangun pun dah tak mampu. Apa tau reaksi kawan baik aku nie? dia boleh gelak....yep, dia gelak. Dia ingat aku buat lawak....dah sebijik cam cita Pendekar bujang lapok dah....ini bukan cobaan lah. Ini betul-betul....

Disebabkan best frenz aku nie tak pandai bawak apa-apa jua jenis transport, terpaksalah call paksu aku. Dia lah yang ambik aku kat umah, hantar dan tunggu kat hospital sampai aku masuk wad.

Yang bestnya, sampai 3 dokter cek aku. Gempak seh.

1st doc - dia tekan-tekan perut aku. dia ambik darah aku. dia suruh aku kencing dalam botol. Katanya suspek apendiks. Dia suruh aku start posa...in case esok pagi nak kena operate. Aku kena panik attack peringkat kecil-kecilan. Sementara nak tunggu result darah ngan urine test, dia suruh aku pi makan dulu....3.30 pagi datang balik.

3.30 am - aku muncul balik kat spital. doc cakap macam positif kena apendik. aku dah cuak. Mula dah terbayang macam-macam. Sebelum tu bukan main paksu ngan maksu aku dok takut-takutkan aku. Siot. Aku bukannya takut apa....aku takut jadi cam cerita AWAKE yang Jessica Alba ngan Luke Skywalker belakon tu. tak gila jadinya.

sebelum kena tidur spital, mestilah kena cucuk jarum masuk air tu dulu. Mula-mula try tangan kiri. Akibat penakut jarum nak mampos, aku dah tertarik tangan aku, maka jarum tu dah lari ke tempat lain....ayark. Padan muka. Kena buat sebelah kanan pulak. Baru aku tau sakitnya...hanya tuhan je tau (manja gila kan aku...). adoiiiiiii.....

Pastu kena tidur spital. Tunggu doc no. 2 datang cek pulak.

Doc no. 2 - dia kata cam takde apa. Tapi stanby je lah kat spital.

Doc no. 3 + doc doc pratikal - takde apa. awak boleh balik....(time nie dah kul 10++ pagi). Tak sempat lagi nurse tu bukak tirai ngan doc-doc semua blah, aku dah bangun, capai handbag, terus nak blah. Siap nurse pesan lag..."jangan lupa bagi balik jarum kat tangan...." ...ngeeee...

  • aku langsung tak boleh tidur sepanjang aku kena lepak spital tuh. Kononnya kalau aku kena operate, biarlah time tu aku tidur ngan ngantuk gila. Dengan harapan, aku tak terjaga cam cita AWAKE tu....
  • aku dok jalan-jalan. pusing-pusing dalam wad tuh. Nurse pun dah rimas ngan aku. Sorry nurse, saya boriiing.
  • takde sapa pun lepak ngan aku. Pesakit lain suma ada orang jaga. Sedeh. Tapi padan muka aku gak, suruh paksu aku balik.
  • Baru aku tau, sila stanby pakai baju sejuk kalau ke hospital. Manalah tau, kena masuk wad, tak ke naya mati kesejukan dalam tuh.
  • Hospital sangat boring.


Budak buas, padan muka 2-2 tangan ko kena cucuk...


OUT OF MY MIND bila semua doc asyik dok tanya aku bila last period. Pelik aku. Bila aku ckp bulan lepas tanpa bagitau spesifik date, dorang sibuk gak nak tanya date bila. Bila aku ngadu kat maksu aku (dia nurse) - maksu aku cakap, itu pertanyaan berlapik nak tau kita pregnant, sexually active ke dan sebagainya....oooooo. baru aku tau.


Jul 30, 2010

BZ NYE AKU...KALAH TEBUAN

...Hmmm....

Lama tak update. Bukan apa, banyak sangat kesibukan yang melanda dalam 2 minggu nie. Dengan ketiadaan medium yaknie laptop, pc...aku pun tak dan lah nak cerita semua yang berlaku. Kill kill die die....

apa yang jadi kt aku dlm 2 minggu nie....:
  • 1st time kena admit spital
  • MizzyN kawin
  • mengalah sebelum berjuang
  • aku si pengubah hantaran - gila....
OUT OF MY MIND - curik-curik update jap time tengah dok mixing program. Tergezut jugak bila bukak blog, tetiba dah 69 fanz. thanx guyz sudi layan orng gilak....=D

Jul 18, 2010

KELAB MALAM TU MEMANG DUNIA SAYA MAKCIK

...Hmmm.....

aku: wei pompuan di luar pikiran...berapa kali lu mau update sehari hah?
otak aku: suka hati aku lah....aku tengah jiwa kacau nie...deym.

Baru-baru nie, ada seorang seorang kakak yang concern menegur aku, katanya mata aku bengkak macam orang menangis di malam hari. Situasi nie berlaku kat opice. Disebabkan kakak nie tahu otak aku tak betul, dia cover balik kononnya mata aku lebih kepada bengkak tak cukup tidur.

Yang pasti, kedua-dua teori kakak tu...tak betul. Aku dah lama dah tak nangis...apa barang nangis-nangis ni beb. tak MY CHEMICAL ROMANCE lah kan....tidur tak cukup pun bukan. Sebab sekarang nie, aku dalam fasa yang overdose tidur. Faham-faham sendirilah kenapa kan....

So, usik mengusik kakak tadi tu, didengar oleh seorang makcik yang lagi 10 tahun nak pencen. Dengan selambanya dia cakap apa tau....dengan nada yang kuat pulak tu..

"tak cukup tidur sebab gi kelab malam kan...."

aku terdiam..sengeh...selamba jawab...

"a'a...pandai akak teka..."
aku blah pastu...

apa barang makcik pegi kelab malam. dah la guna term old skool plak tu. Orang sekarang panggil CLUBBING lah makcik. Lagipun, apa best kelab malam kat Malaysia, penuh dengan orang tua tak sedar diri yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia clubbing yang cuba nak cari kepuasan kat luar sebab bini dia dah monompous.

Saya kalau nak pi clubbing, saya pi oversea punya. Lagi best....happening dia lain macam. Mata pun tak sakit tengok sebangsa seagama terkinja-kinja cam hapa.

Ok. stop ayat sarkastik.

Mentang-mentanglah aku nie free hair, sexy tahap kim kardashian...ko senang-senang je cop aku kaki clubbing. ngok lah ko makcik. Itu bukan dunia aku lah...tetiba aku nak sentap kat makcik tu dengan usikan dia. Sian makcik...

Tapi kalau aku nie, bertudung litup ala tudung Indon tu, ada ke makcik tu nak cakap camtu. Mesti dia cakap..."Tak cukup tidur sebab buat solat sunat kan..."...

OUT OF MY MIND sentap....

AKU MEMANG PERANGAI NENEK

...Hmmmm.....

Ya, perwatakan aku sangat perempuan moden.

Tapi dalam otak aku....aku masih lagi perempuan yang datang dari kampung, yang masih lagi berfikiran ortodoks bab-bab adat/adab seorang gadis. Nak mencebik...cebiklah. Sungguh. Aku sangat makcik-makcik, nenek-nenek bab itu.

Pada aku, tidak manis sekiranya seorang gadis stay di rumah keluarga lelaki tersebut tanpa ditemani oleh sahabat gadis itu atau ahli keluarganya. Kalau perkara itu tak dapat dieelakkan, fine..aku tak kisah. Logik. Tapi, kalau benda itu dirancang, aku sangat tak suka. Bukan sebab risau jiran tetangga berkata. Tetapi lebih kepada menjaga maruah keluarga si gadis itu sendiri. Ye, la...mau ke kita nak biarkan orang cakap, mak bapak tok nenek kita tak ajar benda-benda yang tak manis si gadis perlu elakkan? mesti tak mau kan.....

OUT OF MY MIND bila kawan aku tak pecaya aku mampu mengeluarkan peraturan-peraturan sebegini dari mulut aku yang lancang ini....ngeee...

GEMUK KE?

....Hmmmm.....

Kalau body ko sebesar Lisa surihani ko kata ko gemuk....
dah tu, orang yang body Ayu Raudah tu apa...Obes?
Dah tu...Adibah Noor pulak kategori apa tuh?

Nasiblah body aku Kim kardashian type...hahahahaha
(perasan jap =p)

OUT OF MY MIND bila orang sekeliling aku begitu obses dengan kegemukan. Yang best, orang lain nak kurus, apsal berat aku pulak yang turun....best kan jadi aku...

Jul 17, 2010

KOMUNIKASI KOMUNIKASI.

...Hmmmm.....

Apa akan jadi kalau kita lost intrest dgn hidup kita? Bukannya tahap nak bunuh diri ke apa. Tapi lost intrest dgn apa yg kita biasa buat sebelum nie. Cam tengok novel yang sangat best pun, dah takde feel nak baca. Tengok DSLR yang mahal pun dah tak rasa bestnya amik gambar tu. Nak bersosial dengan orang, lagilah tak selera.

Itulah yang aku rasa sekarang nie.

Aku sering menekankan dalam relationship, tak kiralah family, kawan, musuh, kerja atau berkasih-kasihan, komunikasi adalah penting. Ya…sangat penting. Kita tak boleh sebarangan nak merajuk, tak nak bercakap, tapi buat memek muka yang terbaik dengan harapan, siapa-siapa yang kita tak puas hati tu faham apa yang kita cuba sampaikan….

hello, manusia hanya akan faham xpresi muka anda dengan suka, sedih, marah, geram, sakit atau apa2 je memek yang kita boleh buat. Tapi, hakikatnya, kenapa kita happy, geram, marah tu…semuanya perlu di suarakan.

Kalau tak suarakan..sapa nak pahamkan...

camtulah jadi ngan aku sekarang. Aku ada cerita pasal kawan yang aku baru kenal nie. Hari nie, dah sebulan kami lost komunikasi. Adakah sebab aku ada buat salah ngan dia ke? Atau dia memang tak mau kawan ngan aku? Atau dia sedang menguji perasaan dia? Atau dia takut aku rejek dia? Atau dia ada masalah kewangan? Atau dia fikir aku nie tak setanding dengan dia? Atau dia plainly not interested at me?

Tengok..berapa persoalan yang aku boleh buat dengan dia tak xplain kenapa dia tak mau contact aku dah. Aku sebagai seorang perempuan, biasalah…aku buat spekulasi macam-macam. Bagi pihak lelaki jawapan direct nya mungkin aku nak ruang. Mungkin…

Bukannnya aku tak hingin nak berkofrentasi dengan dia. Tapi aku tak berani sebab aku tau dia nie sangat sangat sangat sensitive. Kat sini aku sebagai orang yang mementingkan komunikasi..fail dengan jayanya.

Sekarang nie, aku dalam fasa mau give up. Tapi sebab aku suka dia, dan aku rasa dia antara manusia yang rare spesis, aku sangat sayang dia. Sayang ye…bukan cinta pun. Belum tiba masanya aku nak ada feel itu, kalau camni lah dia buat kat aku camna aku nak jatuh cinta kan.

OUT OF MY MIND tak keruan sebab ini bukan aku yang sebenarnya...

Jul 7, 2010

JOM SUPPORT PROGRAM AKU LAGI.

...Hmmm....

Minggu nie punya episod...enjoyz!


Jul 5, 2010

RUMAH OOOO RUMAH

...Hmmm.....

Tadi aku pi beberapa bank sekitar Kuala Lumpur. Survey pasal nak buat loan rumah. Memandangkan aku nie JAHIL dalam bab beli rumah nie, beberapa soklan lembab dan bodoh aku tanya. Ye lah...biarlah tanya soklan bodoh, at least kita puas hati dan paham kan. Aku kalau bab tanya soklan nie, aku selalu mengaplikasikan teori 1 laki 5 bini tuh...

FIRST, Bank sign board putih...layan ok. penerangan dia pun jelas. Aku puas hati.
pastu pi bank signboard biru muda. Kat sini, orang yang bagi penerangan kat aku tu, memang aku rasa nak angkat kaki aku letak kat muka dia je. Bukan sebab dia tak hensem....tapi sebab kurang ajar dan PR dia suck giler.

Dia beri penerangan kat aku macam aku nie sangat bahalol. Ambik ko...dah lama aku tak guna pekataan bahalol nie. Dah lah cakap bongkak dan ego. Pastu, takdan aku nak explain bagi habis itu dah ini, dia terus potong cakap aku dan mengatakan aku nie nak tipu dia...kepala hotak apa kan. Tunggu lah aku habis cakap dulu bangang....

Pastu, dia tengok slip gaji aku...dia cakap kata agak berat jugak lah dengan memek muka Cam aku nie tak layak benarlah nak beli rumah. Apa yang ko perlu cakap adalah...layak dengan tidak je. Aku dah boleh paham. Pastu dok cakap gomen nye rate fix..itu ini itu ini....cakap bongkak lagi...aku time tuh memang nak angkat kaki letak muka dia dah.

Aku pun dengan bongkaknya, aku cakap kat dia aku ada side income dengan monthly dapat fix almost 2k...dia bleh dok tanya, job tu masuk tiap-tiap bulan ke? Of course lah...aku tipu ko lagi...hahahha. Memang selayaknya orang cam ko kena tipu...

Dah tu siap cakap bank lain semua sama je rate dia itu ini. Nak tipu aku pulak dia. Ingat aku nie malas sangat ke nak heret punggung aku yang power nie pi ke bank lain untuk survey. Ngong! Dah la tak respek aku as ur potential customer, cakap kuat-kuat. Tak gentleman langsung...suruh amik kerusi sendiri kat meja sebelah. Bongok tul. Sorilah aku nak berurusan dengan Bank ko lagi even aku boleh pi cawangan lain. Tapi disebabkan pegawai bank tu PR dia suck...go to hell lah. Patutlah tak ramai customer kat bank tuh....

Pastu aku gerak pi bank signboard merah pulak. Kali nie akak plak layan aku. Best...dianye offer pun sangat menarik. Siap dia cakap, aku sangat layak nak buat loan rumah tuh. Puas hati aku.

oh...aku nak beli rumah bukan sebab apa. Dua orang best friend aku akan move out bulan nie. So, aku keseorangan. kebetulan pulak, tuan umah aku nak jual rumah tu. Lagi tambah kebetulan, dia nak upkan sewa rumah pulak. Sakit kepala aku...haih. Macam-macam.

Kalau blogger-blogger yang ada rumah nak jual sekitar Kuala Lumpur yang harga reasonable, bagitahulah saya. Kalau nak sewa kan kat saya pun, saya ok..

OUT OF MY MIND dengan segala hal yang terjadi. Lepas nie kena buat entry saya syukurlah...sebab akhir-akhir nie jiwa tak tenteram dan asyik menghukum diri sendiri...haih.

Jul 2, 2010

GAMBAQ SANA SINI

....Hmmm...

Di malam robohnya kota pudu jail, aku pun turut nyibukkan diri kat sana. Ye la, bila lagi mau amik pic kat sana tanpa di cop hegeh dan gedik lagilah poyo kan.

Masyarakat kita kan memang camtu, kalau nak amik gambaq, mesti cakap...
"ek eleh...kat situ pun nak amik gambar"

Aku tak heran pun dengan kata-kata orang. Pegi mampus lah. Camera aku..berapa ratus klick aku nak amik, kat mana pun, peduli hapa kan....Ko ada?
tetiba rage...apahal. Gila ke ko nie OUT OF MY MIND?
hahhahaha...sorry. enjoyz lah pic yang dah di saring nie...=D



nie tembok tepi sebelah parking.



nie pun tembok sebelah parking.



muaaaah.....
iklan jap. Nope, bukan aku. putih sangat. aku berkulit tanned.



Bahagian dalam....




Nie bukan pakwe aku.
not available. dah kawin dah haritu...




aku lah tu...tuuu...tu.
nie kan bahagian sebelah jalan besar.
pintu gate kecik tu apa fungsinya pun aku tak tau




Brother 2 orang nie mintak tolong paksu aku amik gambaq dorang.
aku join sekaki. Sebab aku rasa stail dorang berdiri ada gaya cam baru je keluar dari tahanan.
cool je dorang...tapi bukan aku kata dorang banduan ye. stail...gaya. baca betul-betul.

OUT OF MY MIND malas nak nak update. =D



Jul 1, 2010

MALANKOLIK OVERDOSE

....Hmmm....

Sebelum nie aku ada remindkan diri aku, Kalau bulan lepas banyak sangat aku suka, gembira, bergelak ketawa...mesti bulan depan aku nangis. Dan memang betul pun...aku asyik dok sedih, malankolik dan ada satu hari tu aku nangis teruk....

Deym....deym...deym....
apahal plak aku nangis nangis kan.
Wei OUT OF MY MIND, semenjak bila ko pandai nangis a....gila aa ko.
Lepak aaaa....apa barang minah rock alternatif nangis...cengeng weh. cengeng.

hahahahahaha.
itulah benda bodoh skali aku buat.
benda yang aku tak patut nangis, tapi aku rasa sedih.
bodooooooooh.!

wokeh,
nak tanya pendapat. camna aku nak lupakan orang aa?
seriesly selain dari buzy buzy kan diri.

aku cuba gak dok bawah pokok pelam, dengan harapan, buah tu jatuh bedebuk kat atas kepala aku, dapat amnesia part orang yang perlu aku lupakan tu je. kan best. Nak duduk bawak pokok kelapa, overdose lah pulak. tu mencari nahas, dah lah amalan pun tak cukup lagi kan, lagi mau bunuh diri. lagi bodoooooh. =)

Bulan nie memang malankolik abis aku.
kengkawan aku, krew, pilot...suma dah menegur aku tak macam dulu.
sioooot. Camna lah aku nak jadi diri aku balik nieh hah...arrrghhhh...

MizzyN dah bising...
dia lebih suka aku rage daripada aku emo...hahhaha.
gila aa nie pompuan.

kengkawan aku pun dah tinggalkan nasihat pelik-pelik kat aku. hahhahaha. antaranya:
xpe..u kena kuatkan smgt tau..u xmo sedih2 tau...u kena jadi u yg dulu tau...mst mau happy selalu...u kena tnjuk kt org lain yg u kuat..x lemah tau...hahaha - hakim

ye lah...
aku akan happy-happy balik cam dulu.
dont worry ya guys.
harap-harap buah pelam dapat tolong aku lah...=)

OUT OF MY MIND bila mood swing...sapa boleh tolong aku lupakan masalah aku nie. benci lah, aku sendiri penat dengan diri aku....!

Jun 23, 2010

PMS WEEK MAYBE

...Hmmm....

Aku ingat aku sorang je mood malas nak update.
Ngupanya ramai blogger tegar yang lain pun macam tuh.
U allz, update lah cepat.
Aku tengah bosan nie.
Korang kan slave aku yang tugasnya adalah entertain aku.
So, jangan malas-malas eh.
Aku malas takpe, sebab blog aku tak best.

note:
- malam pudu jail nak roboh, aku ada pi sana amik pic. nanti aku upload.
- aku berjaya beli buku yang aku sendiri malu nak beli.
- minggu nie, hidup aku penuh drama.

OUT OF MY MIND minggu nie asyik dok layan malonkolik diri sendiri. haih....

Jun 18, 2010

...Hmmmm....

arghhh...rindu dia.
benci lah.....ish. ish. ish.
jom ramai-ramai lempang diri aku....!

OUT OF MY MIND betul nie..
dah dah dah...jangan gelak kat aku...
entry yang betul2..ada kat bawah nie..

Jun 17, 2010

JAPANG....HERE I COME..!!

....Hmmm.....

Bulan nie, aku dihujani dengan berita gembira. Siot....memang gembira habis lah.
Tapi berita paling syok, mestilah aku dapat semalam. Tak hengat punya syok....

apadia...? aku dah ada boyfriend....
duuuh....itu tak best pun....

berita nie lagi syooook....

semalam aku dapat call dari kenalan aku di Jepun.
wow...dah 2 tahun x contact, tup tup tup....dia call aku. Speechless.
aku sebenarnya pun dah lupa nama dia....;p

dia call aku nak inform...dia nak belikan aku tiket pi balik ke JEPUN....
hoyeeeee...JEPUN siol...JEPUN.

aku terkaget. Kaget gila...sampailah aku kluar statement.

"ko nak jual aku ke kat sana...?takde angin ribut, tetiba ko mau beli tiket pergi Jepun..."
"Eh...dulu kan saya dah janji akan hadiahkan awak sesuatu.....nie saya mau tunaikan lah."

dia cakap sangaat skema. Ye lah. Dah mastautin lama giler kat sana...

waaa....sekarang nie dia suruh pilih mau pergi bulan September or Oktober. Suruh aku setelakan Visa bagai..memang cita-cita aku lah nak pi sana...tak sangka pulak dengan cara camni. Syukuuuur....!!


yeaaa...bleh jumpa sinchan...!




bandar apakah ini?
tak kesah lah...janji best


OUT OF MY MIND bila aku pikirkan balik..takde lah besar mana pun pertolongan aku kat dia. Thanx Hendra..!

Jun 6, 2010

KERETA BARU?

....Hmmm.....

Aku sekarang nie tengah memimikirkan nak tukar kereta. Nope, bukannya ada masyuk besar-besaran pun. Kalau ada...alhamdullilah. Aku nak tukar sebab bila aku bawak kereta kesayangan aku tu jalan jauh, performance dia dah tak ummmp.

Ramai yang berpendapat, kereta lepas 4 tahun, dia akan start buat problem. Masyarakat cina banyak mengambil langkah lepas 4 tahun, tukar kereta. Ye lah, ada jugak betulnya. Dari mengeluarkan duit nak repair itu ini yang maybe makan kos lagi besar, baik tukar kereta baru kan. Ini sangat aku rasai bila kereta aku dah masuk tahun matangnya.

Lagipun...kalau ikut logiknya, aku bayar monthly 4++, tapi performance dah tak ummph, pastu kena kluar kos dia buat perangai lagi, lebih baik aku bayar 4++ yg aku takyah pikir apa-apa sangat kan....

Tapi tu lah...aku sayang gila ngan kelisa aku. boleh selit-selit paking. jimat minyak (sebelum nie lah), comel cam aku...pendek kata, memang sayang giler lah aku kat keta nie. insurans pun tak payah nak bayar mahal sangat dah.

so, patut ke aku tukar kereta..??



Nie kereta aku sekarang.
dia dah tak larat nak lar 200km/j dah.
sian dia.




Nie kereta yang aku rasa nak trade-in.
comel cam kelisa aku.
jadilah, aku kan sorang je...buat apa beli keta besar,
nanti ramai nak numpang....;p




suka jugak keta nie. Tapi besar sgt.
tak sesuai nak buat dok KL.
lagipun...nanti ramai nak naik. tak boleh..tak boleh.




nie saja je...comel pulak rasa.
kalau aku angkat nie, canteek tak.?
mampu ke pointnye

OUT OF MY MIND nak memikirkan benda nie pun. ye lah, effect akunya poket tuh.

Jun 3, 2010

JOM SUPPORT AKU....;P

...Hmmm....

Sebelum nie aku dok sibuk cakap aku dah tukar department kan. So, nie lah program yang aku produce. Kalau ada masa free...silalah layan Sabtu nie 12.30 tgh/hari di TV1....!!




OUT OF MY MIND nak menyiapkan program 30minit je pun

May 29, 2010

JALAN-JALAN

Hmmmmm

4 hari 3 malam aku takde kat Malaysia.
Merantau jap. Menenangkan pikiran...kononnya.
Cuba relaks kan diri dan emosi.
cuba menguji sesuatu...kononnya jugak...
Cerita panjang akan di update kemudian.
jet leg tak habis lagi...



pemandangan di sini buat kitoarng rasa macam dok kat Karachi lah, Nepal lah...India lah.
View memang superb gilos. Itu adik aku ya...



Di mana je aku pi..mesti paparazi kejar aku..
haih. spoil aku nyer holiday je. terpaksa lah pose kat diorang jap.
Aku tak mau lah di cop sombong pulak kan...peace...!!



Ini hasil keboringan menunggu sunset seawal 3.30am.
gilos...penat-penat sampai kat lokasi yang perjalanan 4 jam,
baru nak tdo, dah kena bangun pulak. tabahkan hati....!
tp mmg puas hati lah.

OUT OF MY MIND trip kali ni agak mengecewakan...kecuali lokasi kat gunung tuh. Memang terbaik...!

May 24, 2010

REMINDER UTK AKU..#1

...Hmmmm....

Aku terbaca dalam majalah wanita yang aku terpaksa baca masa aku kat saloon. Nak kena bagitau jugak kata aku pi saloon.

Majalah tu tulis pasal, perlunya kita menulis jurnal pasal apa yang kita sangaaaat bersyukur dan gumbira supaya satu hari nanti bila kita bersedih, kita boleh bukak balik jurnal tu, dah baca kembali benda yang kita syukuuuur sangat dan gumbira sangat.

So, sebab aku ketandusan. Bukan tandus, tapi kemalasan nak menaip yang kronik sangat nie, aku decide aku nak buatlah entry im grateful nie...

Bukan apa, aku rasa makin hari makin aku dirundung stress level yang tinggi. Sampai satu tahap orang kata aku coool sangat macam takde perasaaan. takut weh, kalau muka dah jadi botox tanpa kena suntik botox.

Jadi...untuk entry pertama aku sangat beryukur nie...ialah:

  • aku gembira sangat dapat keja sekarang yang sangat kena ngan jiwa aku. walaupun keja nie banyak buat aku stress.
  • aku gembira sebab ada mizzyN ngan aku...sebab dia sukaaa sangat layan aku yg ting tong nie.
  • aku gumbira bila ada orang suka kat aku sebab aku. bukan sebab lain.
  • aku syukur sangat bila ada family yang best...yang kadang-kadang tak best pun..

OUT OF MY MIND punya suka....!

Total Pageviews