May 11, 2009

PENJARA PUDU

...Hmmm...



Teringinnya nak tengok apa yang ada disebalik tembok ini.


Tadi masa aku dalam perjalanan nak ke Berjaya Times Square, aku lalu depan Penjara Pudu. Dalam keadaan jem, sempat la penjara seribu kisah nie menjadi tajuk perbualan. Aku teringin sangat nak masuk dalam penjara nie, nak tengok sendiri keadaan dalamnya. Nak tengok bilik gantung, penjara itu sendiri dan tempat-tempat yang kita sendiri tak pernah tau.



pic ehsan Mizzyn


Alangkah bagusnya, kalau penjara pudu nie dibuka untuk tarikan pelancong. Menjadi ikon. Lagipun penjara nie dah lebih 100 tahun, mesti banyak peristiwa yang boleh diketengahkan. Dan aku percaya, geng-geng seekers yang suka mengejar hantu pun, pasti teruja nak meneroka tempat ini. Betul tak en. thoyol...? (apa cita mimaland??).





Disini aku sertakan serba sedikit maklumat yang aku copy dari Jabatan Penjara Malaysia...

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.



Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Dulu tak salah aku, ada dibuka untuk pelancong. Sekarang ada tak lagi? Aku rasa dah takde..Siapa tahu?

Apa kata, kita letak semua rempit-rempit dalam penjara pudu nie seminggu. Biarkan dorang rasa camna rasa hidup dalam penjara. Kena kejar hantu...huuuu....huuuuu (bunyi hantu camna ek)? OUT OF MY MIND tak...?

14 comments:

Naddy said...

aku email ko gambau penjara pudu ek. cam ole skool ek, tampal a sini.

Naddy said...

jom pusing2 kl jalan kaki, dan kena ada entourage untuk sekuriti maksimus. aku jarang nak tgk org local jalan2 keliling kl belek stesen keretapi, penjara pudu, etc etc yang ada kat KL nie. manjang naik Lrt dgn keter je dan ini termasuk aku. selalu nampak orang putih aje.

Naddy said...

rasa cam setahap dgn pil3m n3gar@ plak ada ehsan2 nie.

F I Z A F E said...

thank u for the entry, akunih sanggup bergaduh ngn org semata nk online...psl nk tgk blog hang tau x, second blog nad, pastu baru buat urusan maybank2u aku.

DrSam said...

saya suka tengok mural dan lukisan yang dilukis oleh pesalah-pesalah ditembok penjara Pudu. Kalau lalu situ tak pernah tidak, mesti tengok punya.

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
tengkiu ye. jom..bila, pastu pi times square nak?? dan sila tulis menggunakan huruf yang sebenar ye, otak aku sudah tumpul untuk memahami apa itu pil3m n3gar@ - pilem negara...hahaha.

fizafeya:
thanx darling...terharu sangat. bila nak buat entry baru...rindu aa.

ouT oF My MinD said...

dr.sam:
saya pun. Tapi sayangkan dibiar mural2 tu merekah dimakan masa. Kalaulah diorang rajin touch up balik mural tu, kan cantik..at least boring2, boleh juga jamu mata..

a.b geldofg said...

mana lebih ko takut
hantu ke ketua polis negara?

ouT oF My MinD said...

a.b geldofg:
hantu la.....
ketua polis negara tu...baiik...;p

thoyol said...

aku la orang pertama yang menyokong pembukaan penjara pudu sebagai pusat pelancongan.

aku juga sanggup masuk tender untuk uruskan tour service utk penjara pudu.

nak join??

Eliz said...

aku sokong part penyamun & mat rempit letak kat jel tuh..hahaha biar kena sakat ngan antu2. Tapi takut gak nnt kalo diaorg sekutu lak ngan antu tuh..

ouT oF My MinD said...

thoyol:
nak..nak.
ko nak buat tour cari hantu ke..???
kalau tour tu, aku x nak lah. takut...

Hazrey said...

Dulu UDA diberikan penjara untuk dirobohkan menjadi kawasan komersil tapi aku tak ingat what went wrong.

Seingat aku ada bantahan terhadap pemusnahan antara warisan negara ini.

Dan sekejap dibuka kepada pelancong sama seperti Penjara Ayer MOlek di Johor Bahru, tetapi the latter is now being converted into penjara reman sebab proximity dengan court. Senang kerja. Kalau tidak kena bawak OKT dari Simpang Renggam which is tak cost effective, abis duit rakyat.

Dan berkisah pasal mat rempit, dulu ada seorang ketua polis trafik di Johor Bahru (kini sudah bersara), melakukan tindakan 'menghukum' pelumba haram ini dengan membawa mereka ke rumah mayat bagi melihat bedah siasat mangsa kemalangan bagi memberi kesedaran kepada mereka.

Majoriti menyokong tindakan itu, dan tak kurang ada yang membantah dengan alasan menghina waris si mati.

Pada aku ia satu tindakan yang baik, kerana peratusan pelumba haram yang insaf agak tinggi masa tu, dan lumba haram siap dengan aksi merbahaya senyap seketika di JB dulu.

ouT oF My MinD said...

hazrey:
thanx for da info..

Total Pageviews