May 8, 2009

SINGLE vs DAH KAHWIN

..Hmmm....

Dua tiga minggu nie, aku selalu ditanya dengan soalan tipikal pasal kahwin...Wahhh...makin dekat adik aku nak kahwin, makin laju pulak soalan nie diajukan dekat aku..ok.aku tak kesah. aku boleh tepis lagi.

Tapi...ada satu benda yang aku sangat kesah. Aku sangat kesah, bila orang yang mengenali aku sering menasihatkan aku untuk bersuka ria selagi boleh sementara masih single. Nanti bila dah kawin, boleh settle down...cool down...what da fuck.???

Hello...guys...perkahwinan bukanlah satu bebanan atau sekatan terhadap hidup korang. Tapi satu kebebasan yang mutlak dan dapat dikongsi dengan seseoarang yang pastinya paham kita, sokong kita dan sebenarnya membebaskan diri kita ini tanpa perlu risau tentang beberapa perkara, kerana ada orang yang akan bersama-sama membantu kita...Ini pendapat aku.

Kenapa harus memandang perkahwinan itu sebagai pengakhiran hidup korang untuk bersuka ria? Untuk membuat sesuatu yang kononnya hidup single atau tak kawin aje yang boleh buat?

Pada aku...sebagai seorang yang masih single mingle, banyak perkara yang aku tak boleh nak buat. Dan kalau aku buat, of course masyarakat ortodok disekeliling aku akan memandang serong kepada aku. Tapi peduli apa aku....ada aku heran. Asal aku paham dan tau pasal halal/haram - dosa/pahala...itu sudah cukup.

Ini point-point aku betapa bezanya nak bersuka ria cara single dengan orang dah kahwin ye...
  • Ok...sebagai seorang single, pastinya kalau nak travel dengan boyfriend, 2 bilik perlu di booking...(ya...aku masih lagi memandang value yang tinggi bab ini). Kalau dah kahwin, satu bilik aje..dah jimat. Orang pun tak akan berkata-kata. Ye la, ko pergi dengan laki ko. Kalau yang single nie, cakap pergi dengan boyfriend, cakap sewa 2 bilik pun, orang tak akan percaya..ye lah, orang sekeliling aku nie kan ortodok...aku trim kening aku yg dah serabai pun, orang dah pandang serong...duh..duh.
  • Sebagai seorang yang single, protection tidak ada. Bodyguard. Kalau le sesuatu terjadi, sokongan kengkawan sahaja yang dapat diharapkan. Itu pun kalau kawan yang boleh diharap. Kalau tak...jeritlah ko sorang-sorang kat situ...
  • Membuat keputusan tentang sesuatu mungkin ada yang suka dan mungkin tidak. Perasaan tidak puas hati ini pasti wujud. Ini bagi yang single ye...Kalau yang dah kahwin, mungkin kena toleransi. Ye lah...nak jaga hati pasangan kan....
  • Bestye ada orang nak kongsi duit beli barang....Ada orang nak hadiahkan barang. Candle light dinner pun ada orang belanja...Ini bagi yang dah kawin. Yang single...ha..jangan nak ngada-ngada. Bayar sendiri la beb kalau nak. Duit seringgit pun nak berkira. Betulll...kenyataan beb. Duit seringgit itu, dikala berada di negara orang, sangaaatlah berharga.


-Honey...kita candle light dinner sambil tengok sunset nak tak...
-Ko dah buang tebiat ke hah??? Anak tu sapa nak jaga???



Apa-apa pun, yang dah kahwin, kalau rasa nak teruskan kehidupan macam single yang kononnya boleh bersuka ria tak hingat dunia...carilah pasangan yang serasi dah satu kepala. Kalau dia jenis yang pasif pun, ajarlah dia perlahan-lahan untuk menyukai apa yang kita suka. Dah namanya pun perkongsian hidup. Bukan kongsi bab itu aja....segalanya kena kongsi lah..

Lagi satu...pada pandangan aku, kenapa bila kita dah kahwin, kita perlu berubah dari menjadi diri kita? Kalau betul dia itu sukakan kita, dia perlu menerima kita seadaanya...bukannya diri kita ini dibentuk untuk mengikut corak dan arah yang dia nak...

ya...aku memang tak kahwin lagi. Senang cakap. tapi apa aku peduli...dan jangan sesekali bercakap, "nanti ko kawin, ko tau lah..". yup...aku tak tahu aku macam mana in da future. Mungkin juga menjadi golongan yg kena cucuk hidung...tapi harapnya tidak lah...!!!

Betulkah apa yang aku perkatakan ini...???



Baju ini tiada kaitan dengan cerita...tapi untuk bakal pakwe aku,
sumpah...aku pernah kurus...hehehhee


OUT OF MY MIND nya tengok couple tua yang bercuti di Bali, sambil berpimpin tangan...soo sweet. aku nak macam itu, bila tua nanti...itupun kalau laki aku rasa aku tak buang tebiat la...huhuhu

4 comments:

Naddy said...

laki ko pasti out of his mind kerna wifeynya yang konon nampak ganas dan girang nie sebenarnya pemalu dan agak mengada2 jugak. boleh cayer tak cerita aku nie kawan2?

Eliz said...

wahahahahahahah... aku no comment la pasal aku ketegri single & stok bawak kepala sendir. But i do understand what you mean & aku berubah sedikit maser aku ada pakwe orthodox.. but think abt it now.. kenapa aku harus mengubah diriku yg sedia maklum happening? Heheheh..

Anways.. aku tgk kawin aku yg kawin ok jer,, masih gak bersuka ria,,nguah nguah

thoyol said...

sape yang rasa berkahwin nie melimitkan life diorg, surely kawin nanti akan terkongkong..

alih-alih nanti akan jadi gaduh+cerai+curang+etc..

bagi aku, kawin nie bukannya pengakhiran, tapi permulaan bagi satu sesi toleransi dan tolak ansur antara dua pihak. Kalau ko dah rasa mampu untuk bertolak ansur, sila berkahwin. Kalau tidak, jangan harap kau bahagia.

*aku baru nak post topic nie. Agaknya orang-orang separa muda macam kita nie mmg ada keresahan yang sama kot. Hehe..

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
shhhh....abislah kredebiliti aku..

eliz:
ye ke...??
aku rasa ko brubah byk giler...

thoyol:
yep stuuju ngan ko.
*psss..agaknya ko pun kne sindrom musim kawin cam aku jugak kot.

Total Pageviews