May 27, 2009

AKU DAN INTERVIEW

...Hmmm....

AMARAN: ENTRY KALI NIE PENUH DGN TULISAN.


Bulan depan, genap 4 tahun aku kerja kat tempat aku sekarang nie. Ramai yang dok tanya aku, camana aku boleh kerja tempat sekarang. Entah...aku pun tak tau. Jangan tanya aku camana aku terpilih. Yang pasti, aku tak hingin langsung kerja dengan _________ masa aku study dulu. Pergi interview pun sebab family aku paksa....dasat tul.

Aku budak lulusan IT. Memang dulu masa tengah study, aku berkobar-kobar nak jadi seorang programmer. Sebab dalam bab programmer nie lah aku paling handal sekali. Jangan sesekali suruh aku design web site. Aku tak kreatif....kreatif aku pun setakat buat web site stail budak-budak je. Masa kena buat assgment design web site pun, aku buat website McDonald ..memang colourful habis lah.

Aku buat entry nie, sebab rasanya dah lebih 20 orang tanya soalan yang sama kat aku. camna aku dapat kerja nie. Camana masa interview. Apa kena buat...Boring betul.

Ok....balik pada cita macam mana aku dapat kerja sekarang. Nie jugak panduan untuk orang yang nak pergi temuduga jawatan nie. Ada 3 step: Ujian bertulis, Ujian Suara, Ujian lisan (interview). Jangka masa semua sekali...dalam 5 bulan jugak la. Penapisan dibuat berdasarkan kalau lulus satu-satu ujian tuh, dia boleh pergi ke ujian seterusnya.


Ujian Bertulis.
Kacang je. Ada objektif dan Subjektif. Objektif sangat senang....tak tau pun, tembak je. Subjektif - korang kena mengarang sikit lah. Buat dua karangan, satu dalam English, satu dalam BM. Satu lagi subjektif adalah terjemahan. Terjemah text dari BM - BI, BI - BM. Aku rasa semua nie senang je bagi yang baru lepas grad. Sebab masih fresh lagi. Bagi yang senior...aku rasa, kompem lagi boleh.
Tips: silalah banyak membaca untuk buat karangan ini. Yang pasti, bukannya dia suruh buat karangan Kasut Tumit Tinggi Saya.


Ujian Suara (audition)
Masa aku kena pergi stage nie, aku masih lagi blur, apa tugas kerja yang aku mintak nie. Sebabnya, jawatan untuk lulusan IT sangat terhad. Jadi, pilihan lain, main hentam sahaja. Mana perkejaan yang bunyi best sikit, apa lagi...pilihlah.

Ok, sampai je tempat temuduga tu, aku sibuk tanya orang, apa skop kerja nie sebenarnya. Ada jugak yang pandang aku dengan muka hairan. Dalam hati mesti fikir..."camna minah nie mintak kerja, tapi tak tau apa tugasnya"...lantaklah...

Dalam surat panggilan, ada dinyatakan 5 tugasan yang boleh dipilih masa ujian suara nieh. Yang aku ingat ye...juruhebah, liputan siaran langsung, juruacara majlis, lagi dua aku dah tak ingat sangat. Aku pilih juruhebah, sebabnya yang lain aku langsung tak tau apa maknanya (dasat tak..hahaha). Untuk tugasan juruhebah, ada beberapa perkataan dan ayat yang diberi. Jadi, masa kita buat tugasan tuh, kita mestilah menggunakan point-point yang diberi tuh. Maka, bermulalah tugasan korang tuh.....ya saudara, siaran ini ditaja sepenuhnya oleh bla bla bla.....(selepas aku habis jadi DJ tah apa-apa, juri senyum-senyum siap cakap, berapa banyak Ok lah awak guna nieh)....

Selain tugasan yang boleh dipilih tuh, ada satu tugasan wajib. Baca berita. Dalam BI dan BM. Jadi, part baca berita nie kena sangat berhati-hati. Contenglah text berita tuh. Dekat mana nak pause, dekat mana nak berhenti, dekat mana nak tarik nafas. Sebutan mestilah jelas dan lancar. Jangan makan perkataan-perkataan yang disebut tuh. Dah setel...boleh balik. Tunggulah surat panggilan seterusnya dalam masa sebulan. Itupun kalau lulus stage inilah.....



Ujian Lisan
Adakah betul aku panggil nie ujian lisan. Tak kesah lah. Ujian nie, kita akan jumpa dengan orang SPA dan jugak wakil tempat ko nak kerja. Dia akan tanya macam-macam la. Ada lawak. Ada logik. Ada tak lawak. Ada tak logik.

Pengetahuan am dan juga pengetahuan isu semasa, sangat sangat penting. Kalau korang rasa jawapan korang tu tak betul, takpe, jawab je. Yang penting kita jawab soalan dan yakin. Kalau dia tanya, betul ke jawapan yang awak bagi. Cakap je, ya...senang. tak payah nak gelabah lebih-lebih. Dan basicnya, sama je macam pergi interview kat tempat lain...Dah selesai, baliklah rumah. Tunggu jelah panggilan. Sekian terima kasih.

Peringatan:
Bila dapat surat menyatakan sila berpakaian sopan, bukan bermaksud anda boleh berpakaian blouse/kemeja macam pergi interview kat swasta tuh. Tapi maksudnya, pakailah baju kurung (ini untuk perempuan. Aku rasa, lelaki takde masalah sangat). Aku masa pergi interview jawatan ini, pakai macam nak pergi interview kt swasta. Aku hampir disuruh keluar, tapi nasib aku baik, mood mereka-mereka ini baik ketika itu. Lagipun, masa aku study dulu, kitoarng di prepare untuk bekerja di sektor swasta.

Sebelum tuh, sempat diorang tanya "kenapa pakai macam nie? Ada tak u nampak candidate lain pakai macam u?"

aku jawab "Tak boleh pakai macam nie ke...Tapi dalam surat cakap, sila berpakaian sopan, saya fikir, pakaian ini sudah cukup sopan."

mereka terus tersenyum dan cakap "nasib baik mood saya baik hari nie. Kalau tak saya dah suruh awak keluar cari baju lain dah...." lepas tu...stat la interview. Kalau lah betul dia suruh aku cari baju lain, mau aku pergi office kat situ pinjam baju makcik-makcik...hehehehe

Balik umah, aku risau dan confident, aku tak akan dapat jawatan sekarang....itulah kisahnya.

OUT OF MY MIND tak aku menjawab macam tuh???

9 comments:

Naddy said...

PANJANG BERJELANYA POS. Eh tercaps lock. Ok nak baca dulu :P.

Naddy said...

oit jangan conteng text tu kang kena marah dengan org jaga peksa. masa aku exam budak tu kaw2 kena tegur sebab conteng text. kah kah, pada masa yang sama dia juga membantu calon audition seterusnya yang guna text itu.

ko mmg oomm.

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
conteng2 manja la...nasib baik la aku kena org yg baik. takde pun dia sound cek aku...
siap dia yg bg idea buat camtu.

Sre said...

good tips.. btw bab pemakaian yg lemah tu.. pakai baju kurung lah plk kan..

pasni klau keje pon kena pakai baju kurung gak ker ari2? sopan tu kemeja n seluar kire ok lah kan..

anyway.. gd luck for ur new job :D

DrSam said...

walaupun you dikira berpakaian 'kurang sopan' namun kelakuan dan gelagak you yang bersopan santun ala-ala Wanita Melayu terakhir tu yang menarik hati penemuduga tu kan :)

ouT oF My MinD said...

sreSHAziela:
tmpat aku tak le ketat sangat bab pemakaian. Asalkan sopan dan tidak keterlaluan. Rules baru smjak dpt tuan baru, boleh pakai jeans...tapi, bos kecik-kecik yg tua bangka jeles tak boleh pakai jeans..so, diorang dok ceceh2 la kata pakai tak ikut etika...blah la...
Aku pakai ikut fesyen terkini lagi..jeans colour....biar makcik-makcik berbulu bijik mata...hahahhahaahha

DRSAM:
sopan santun? wanita melayu terakhir? wah...pandai dr sam perli saya ek....hahahha

thoyol said...

good post there..

aku pun lulusan it jugak tapi sekarang sedang sibuk membina career dalam bidang HR & Recruitment.

pokoknya, apa kelulusan kita pun tak kisah. yang paling penting adalah kesungguhan and kemampuan diri kita sendiri. Kalau kita tak explore peluang yang ada, tak mungkin kita akan sampai di mana kita ada sekarang.

betul tak?

:)

ouT oF My MinD said...

thoyol:
ya...betul...betul..
x boleh nak memilih sgt skrng nie. dan peluang x banyak yg datang.
tp masa mula-mula kerja, lost jugak la apa yg dorang ckp...tp skrng dh ok skit la...yg nasib baiknye, IT sudah di apply dlm tugasan aku. Jd xde la takut2 sgt nak guna equipment nieh

Eliz said...

elllo... lama aku tak singgah.. mmm ko pun kes kena paksa ker? heheheh .. weiih dont worry i will join your boat soon! Wakakakaka.... mmm tapi konsep baju sopan tuh mcm pelik la... mcam orhodox jer kena pakai baju kurung huhuhuh

Total Pageviews