Feb 26, 2009

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA-MEREKA INI...?

...Hmmm....

Mereka-mereka ini seglemer Farah Fauzana, Linda Onn, Halim Othman, Kieran, dan Dj-dj top masa kini. Tapi, masih ingatkah anda dengan nama-nama dan muka-muka ini? Dimanakah dorang nie sekarang yang mana satu masa dulu, sangat popular. Suara mereka selalunya dinanti-nantikan dan juga menjadi kegilaan.

Entry kali nie aku nak dedicate kepada DJ-DJ lama yang satu masa dulu memang glemer giler. Dan ada antaranya aku sendiri tak pernah dengar dan kenal. Kat sini aku letakkan pic-pic dorang yang aku dah google utk tatapan.



SHAHIZAN JELAS
Program topnya bagi yang suka dengar RMKL/KLfm mestilah Evergreen Everlasting. Lagu yang dia pilih memang best giler. Masih lagi bertugas sebagai boss di unit hiburan radio. 3 tahun lagi nak pencen. Akak nie masih lagi bergetah dan ko tanya lah lagu apa pun, semua dia tau.




KHALIM ROHANI
Tuan haji nie nama dia biasa aku dengar bila time baca berita dan dj radio dolu-dolu. Mak aku memang suka dengar radio. Jadi nama nie agak familiar dengan aku. Tak pencen lagi. Umur baru je 52 tahun. Masih lagi baca berita. Sekarang nie jadi bos kat Unit Pembangunan & Pertanian Radio. Pakcik nie cool aje. Fakta yang mungkin korang tak tau, dia adalah suami kepada akak dia atas, Shahizan Jelas.




SALAHUDDIN HAJI RAMLAN
Ok, aku suka giler dengar suara dia dulu. Sampai aku jumpa dia, aku masih lagi teruja kalau dengar dia bercakap. fuh...cair beb. Tapi takdelah sampai tangkap cintan. Sekarang nie kerja belakang tabir je yakni Ketua Bahagian Rancangan di radio KLfm dan jadi pembaca berita radio. Baru je masuk awal 50-an tak salah aku. Dia sangat coooolll...




NORAINI IBNU
Masih belum pencen juga. Masih lagi bergetah. Masih lagi mantap. Tapi sekarang beliau tidak lagi menyumbang suara di corong radio. Sekarang nie bos di Unit Hal Ehwal Awam Radio. Aku baru tau dia nie rupanya bini Herman Tino.


MUSTAZA MAAH
Dah pencen. Nama dia maybe familiar bagi orang-orang yg dh old skool. Pernah kenal jugak dengan dia. Aku familiar dgn nama dia sbb dia banyak baca berita radio dengan jadi Dj dolu-dolu. Sekarang nie dia buat apa lepas pencen pun tak tau. Siapa ada kabar berita beliau?


NORHAIZAN DAHLAN
Masih lagi bertugas di bawah radio dan satu masa dulu antara yang suaranya merdu giler. Sekarang nie di Unit Hal ehwal Awam Radio sebagai penerbit.


MOHD ALIMI WAN MAHMOOD

Sekarng nie bertugas di Bilik Berita TV bahagian sukan. Suara beliau masih lagi boleh didengari di TV bila ada event sukan.


ZAZMIE ZAIN

Belum pencen jugak. Masih lagi aftif dalam bidang penyiaran nie. Sekarang nie bertugas di Melaka.fm. Dia seorang yang sanggat best dan cool. Ini pun antara nama besar yang popular satu masa dulu dengan PUJAAN 10 NESCAFE.


ABDULLAH HASHIM
Aku familiar dengan nama nie bila aku tgk sukan olimpik. Dia antara pengulas sukan yang best pada aku. Tapi sekarang bekerja belakang tabir di IPPTAR (tempat orang berkhursus dlm bidang penyiaran)


*Yang aku senaraikan kat sini semuanya yang aku kenal dan pernah dengar namanya. Yang mungkin lagi lama, tak dapat den nak trace. Agak-agak la, DJ-DJ yang glemer giler skarang nie akan dilupakan seperti nama-nama diatas tak? Kalau ye, mesti sedih dan OUT OF THEIR MIND kan.

8 comments:

Eliz said...

DJ THR time college dulu saper ek? Yang buat segment citer seram..

ouT oF My MinD said...

itu ISMA HALIL. dulu dia pernah jadi dj kat RADIO MUZIk. bestkan dulu time dok hostel kita dok wat takut kat diri sndiri...kehkehkeh.

mizzy N said...

alangkah indahnya kalau aku pun kenal dorang dulu sebelum kenal di tempat kerja.

F I Z A F E Y A said...

sorang pun tak kenal, kecuali nama Noraini Ibnu saja yang aku pernah dengar masa kecik2 dulu

mizzy N said...

baru aku perasan beb, mana profil ko?

JohnJenin said...

Alimi Wan Mahmood je yang pakcik kenal. Tu pon nasib baca berita sukan kat bernama TV.

Bagus ada orang macam kamu yang mengingatkan orang sekarang kepada orang yang terdahulu.

ouT oF My MinD said...

john jenin:
ooo ye ke...dia skrng bca berita sukan kt bernama tv. xtau pulak saya.

kengkawan lain:
sebenarnya ramai lagi. Tp aku x kenal sgt. Ada Sharifah mohd yusoff. Habib Abu Bakar.

Anonymous said...

dulu dj Andy Hakim tu dari Radio Satu. Setiap rabu lepas tengah malam rancangan kembara. Aku hanya seorang pengembara...

Total Pageviews