May 23, 2009

BESTNYE TENGOK WAYANG KAT GSC SIGNATURE

..Hmmm...

Semalam dapat tengok wayang dekat GSC Signature, The Garden. First time. Tengok movie Monster VS Aliens. Pakcik aku belanja. Sebab dia nak dating dengan wife dia *wink *wink.
So, aku diberi tugasan menjaga anak dia yang umur 4 tahun, Lisa.

Bestnya dapat tengok wayang kat situ. Takde langsung rasa sakit hati macam tengok wayang kat Midvalley. Sebabnya, ruang yang sangaaat luas antara kerusi kita dngan kerusi depan dan belakang. Jadi, takde masalah orang dok gedik-gedik kaki, mengganggu kosentrasi.

Ada tiga barisan menegak sahaja. Dan jarak antara barisan nie, sangat jauh....happynya sebab tak boleh dengar orang bersembang dan buat ulasan...yea yea...

Nie buat aku nak menjadi penggunjung setia kat situ nieh...



Lebih kurang macam nielah dalamnya.


Tapi ada yang tak bestnya, bila kita tengok wayang di mana dalamnya tak ramai orang, dan jarak itu agak jauh, dan movienya pulak cerita kartun yang lawak...semua orang macam keras takde respond...rasa macam hilang teruja, excited dan juga 'kemeriahan' tengok wayang itu. Ye la, part kita nak gelak, macam aku sorang je yang memberi respond yang sepatutnya....Jadi, membuat aku lepas tu, hanya ketawa dalam senyap sahaja...tak bestnye...

Tapi yang part aku tak tahan nak gelak dan sanggat comel, aku rasa adalah sebelum movie mula, aku dah cakap kat Lisa, jangan cakap dan buat bising bila movie dah start..dia faham dan angguk dan dengan tertibnya makan popcorn (sangat kedekut, sikit pun tak bagi aku..hampeh).

Tetiba, orang di depan kitaorng, berbisik dan juga mengeluarkan perbualan yang agak kuat, dan masa tu, masih lagi iklan, dia mengadu dekat aku...kenapa abg dengan kakak kat depan bercakap....aku sudah tak tau nak cakap apa.....hehehehe

budak-budak pun paham apa itu diam dan jangan buat bising...tapi kenapa kita yang besar nie macam tak faham bahasa???

Saja nak ngarut dalam entry nie, sebab jadi sangap duduk rumah seharian....OUT OF MY MIND pulak rasanya....Jom nonton Transformers di situ nanti...sapa nak join?

9 comments:

DrSam said...

kalau panggung macam tu, memang best kalau tengok terminator atau transformer nanti.

Naddy said...

- bestnya merasa wayang baru tapi tak bestnya gelak sorang2 part yang memang patut gelak ramai2.

- "gedik2 kaki", ahaha!

- shhhhhh, mak dia tak ajar masa kecik tu sebab tu dorang kaki mereview dan borak kat telefon dgn kuatnya!

Naddy said...

SIAPA NAK MENJUAL DI HARI PUSPANITA RTM, JUMAAT 29 MEI NI? SEWA TABLE RM50, JUAL LE DR 8 PAGI KE 5 PTG. BAYAR KEPADA PUSPANITA RTM PADA HARI ITU. EMAIL ME EZRARA@YAHOO,COM

ezzati said...

mcm best jerkk..nk try jgk la tgk ctu..jom..nk ikot

ouT oF My MinD said...

Dr.sam:
itulah...lgpun summer dh dkt nieh.

mizzyn:
-ala, tnmpt tu sesuai le nk bercintan-cintun...privacy beb. privacy.

-gedik ada plbagai jenis dan gaya ye.

-dulu-dulu mana ada mak bapak nak bawak anak tgk wyang. tak baik. pasal tu jd lagu tuh.

oii napa wat iklan kt sini aa. smjak bila pulak ko masuk puspanita nieh.

ezzati:
jom...join.

Naddy said...

jom tido office aku. wakakka!

Naddy said...

aku tau nape ko payah bangun tido, sebab takde partner tu. pasang satu partner power... partner jam alarm la!!

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
jgn turi tulang beb....curi benda lain takpe...

Naddy said...

orang nak curi hati ko, ko tak bagi. usik lagi sekali ye.

Total Pageviews