...Hmmm....
Produk kurus memang mampu menguruskan body dalam masa yang cepat dan singkat. Kalau tak pecaya tengok testimoni. Tapi...tapi, bagaimanakah kesan jangka panjang? aku lebih suka dengan cara lambat dan cara yang aku sendiri maki hamun diri sendiri mcm joging, trekking, cycling...park keta jauh2. window shopping x tentu hala as my slimming regime.
Cara camni walau sebulan hilang 1kg, tapi 1 kg yang hilang itu akan hilang terus walau kita stop 2 bulan dari bersenam atau melakukan apa sahaja. Bukan tu aje...sihat semua benda.
Apa point kalau kurus kering tapi stamina out kan....
#pendapatperibadi
Itu apa yang aku tulis dalam FB lah.
lain-lain cara aku buat selain daripada apa yang aku list kat atas adalah:
Produk kurus memang mampu menguruskan body dalam masa yang cepat dan singkat. Kalau tak pecaya tengok testimoni. Tapi...tapi, bagaimanakah kesan jangka panjang? aku lebih suka dengan cara lambat dan cara yang aku sendiri maki hamun diri sendiri mcm joging, trekking, cycling...park keta jauh2. window shopping x tentu hala as my slimming regime.
Cara camni walau sebulan hilang 1kg, tapi 1 kg yang hilang itu akan hilang terus walau kita stop 2 bulan dari bersenam atau melakukan apa sahaja. Bukan tu aje...sihat semua benda.
Apa point kalau kurus kering tapi stamina out kan....
#pendapatperibadi
Itu apa yang aku tulis dalam FB lah.
lain-lain cara aku buat selain daripada apa yang aku list kat atas adalah:
Aku selalu ambik cuka apple untuk kontrol berat badan aku. jangan lah ambik togak/langgah camtu je. melecur usus ngan tekak korang. Cara dia, letak sikiiiiiiiit je cuka nie, campur lah dengan ayaq masak. Rasa dia mula-mula memang tak boleh terima. Tapi lama-lama ok lah. Rasa dia masam-masam sikit. Kalau tak lepas jugak, korang tambah lah sikit madu. Jangan gula tau. Sebab proses nak turunkan berat badan adalah dengan kurangkan ambik gula jugak. Ada ngerti.
Korang ambik lah cuka apple nie pagi secawan...malam sebelum tidoq secawan. Kalau dah serasi ngan rasa dia, ambik dan minum sejam sebelum makan. Konfem ia mampu menyekat anda dari makan banyak. Sungguh. Aku ambik nasik sepinggan pun rasa cam penat nak mati nak habiskan. rasa cam dah makan 10 pinggan tau. Kalau ambik sebelum tidoq...sila standby diri anda untuk bangun tengah malam sebab ia jugak berfungsi sebagai nyah toksin. Jadi asyik nak kencing sahaja dan lebih banyak dari biasa. Perghhhhh....dah gaya juai produk aku bercerita.
Next....:
Hah....ini petua kedua. Psyllium Husk. Dia macam oat, tapi dia bukan oat. Benda alah nie adalah serat yang terbaik aku ambik. Satu paket benda nie dalam RM20.00. dekat Giant, tesco, carrefour or mana-mana mall or farmasi mcm watson, guardian, care menda tah...ada juai. So, korang takyah sibuk nak beli kat penjual produk ke apa ke. sepaket nie setengah tahun pun tak abis.
Cara ambik dia:
Korang boleh bancuh dengan apa je...nak bancuh dan minum terus pun boleh. Tapi...psylium husk nie dia cepat sangat menjadi pejal/getah/jeli (x reti nak decribe). So, lepas bancuh terus kena minum tau. Kalau x lalu nak minum camtu je sebab rasa dia yang mcm makan oat raw, bolehlah campur dengan madu. bancuh madu dulu+air, lepas tu masukkan benda alah nie, terus minum....tapi kalau dia dah jadi pejal, korang korek dan kunyah je lah pelan. Sila minum air yang banyak sepanjang hari kalau korang ambik serat nie, sebab dia mcm menyerap air dlm badan sikit.
kebaikan dia:
benda nie, bagus dia...dia cuci kolon. dan buat korang rasa full gila takyah nak ambik makanan dalam portion yang banyak. Kira makan untuk hidup lah, bukan hidup untuk makan. Benda nie bila dok dlm badan, dia bersifat macam span yang menyerap air dan bahan-bahan x penting dalam body . jadi kita akan rasa nak membuang. Ehem...next nak cita pasai bahan tinjah nie. Taik korang akan floating ye bila amek benda nie. Sebab dia bersifat serat, so, sebab itu dia floating. dan menurut dari hasil kajian aku kat google, vegeterian memandang taik yang floating adalah taik yang sihat. Ye, aku google sebab apa taik floating bila ambik benda ni. Takde lah aku google "taik timbul".
Lepas tu, ko akan rasa ringan je perut ko. ye lah, dah berak habis habisan kan. Dalam Seminggu perut korang akan kempis sikit....sungguh akan kempis...sikit je lah.
keburukan:
Dia ada buruk gak. keburukan dia adalah perut ko akan bloating kalau ambik nie. Maybe dalam 2/3 hari lah. Bloating kalau bagi lelaki yang x tau, buncit lah. kalau pompuan, time period kita selalu bloating. Tapi dont worry, sebab benda nie menyebabkan angin dlm body jugak. sebab tu bloating kejap. nak kurangkan bloating nie, makan pisang.....setel.
tau dak apa nie? inilah miracle water...
Ini adalah plain water lah. Apa yang hangpa perlu buat adalah dengan minum paling paling 8 gelas ayaq. Apa aku buat adalah dengan beli bekas yang besaq. Aku jadikan misi aku kat office, separuh hari...aku MESTI habiskan satu bekas tu. Kalau tak, hang jangan keluaq pi lunch. Padan muka. So, lepas lunch...Refill dah habiskan ayaq tu sebelum balik keja. Alah, benda dah depan mata...takkan menjeling je kan. Langgah je lah.
Amalkan jugak minum ayaq masak je masa makan. biaqlah depa nak kata kita kedekut...Napa, depa nak tanggung bil hospital ka kalau kita kena kencing manis? Air masak nie bukan sahaja mampu menguruskan body kita, malah kita rasa full jugak bila kita ambik sebelum makan. Dan juga mendapat kulit yang cantik...tadaklah bekerak macam apa. Pipi pun cekang ja....ye lah cukup ayaq. Awet muda kooooooot.
lemon pun bagus tau.
campur lemon dengan segelas ayaq....tambah madu sikit, ais sikit...yummy
bakaq lemak. potong lemak.
OKlah.....setakat ini sahaja ilmu yang makcik ada untuk kurangkan berat badan anda.
jangan sekadar ambik ja semua benda nie tanpa senaman....itu penting. Kalau korang versi obese pun, mula mula buat excersice 10 minit...esok tambah lg 5 minit...dan tambah lagi.,.lagi dan lagi. lama-lama rasa benda itu menjadi rutin, semua benda jadi muda. Tapi yang paling penting adalah.....:
KUATKAN MENTAL. FIKIR POSITIF...!!!!
OUT OF MY MIND aku mengah nak mati makan ayam penyet sepinggang. Tak makan habis, membazir. Dah makan sampai habis, rasa cam nak meletup perut.....fuh fuh fuh..
9 comments:
huhu..tgah diet jugakk :(
harap2 kuat semangat and tak kantoi lagi :D
@ effa ayub
nk diet memang kna kuat smangat....
tp sbnarnya nk muatkn bju yg kita dah bli atau baju lama... boleh pakai korset
Good info
Good luck dear
im on atkins diet.. i already take the apple cider. its good act. :)can i consume that psyllium husk?
effa ayub:
kantoi sehari 2...ok je...jgn hari hari
iza:
korset payah nk napas...huhuhu
anon:
boleh rasanya...entah...google bout it plz
suka dengan cuka epal ni, walau diri sendiri belum cuba lagi.
member sekolah saya boleh turun berat dari 60kg ke 52kg selepas 2 bulan. dia amalkan cuka epal, air lemon, lecithin shaklee dan herblax shaklee. dan of xourse kena jaga makan.
semua baju2 lama dah boleh pakai semula, suka tak terkata.
wanna
http://kioskvitamin.blogspot.com
Salam,boleh try 'Pati Herba Madu' dah ada cuka apel dan air lemon..utk kurus,jaga jantung dan buang kolestrol.hubungi sya Puan Fyda tel 0194452572.penghantaran seluruh Malaysia.
I pun dah try nie ... Memang terbaik and sihatt ๐๐๐๐๐๐
Berikut Ini Beberapa Situs Toto Slot Online :
FUJI188
MANJA4D
TIS4D
WOKEBET
PETANI88
PANTAI88
Daftar FUJI188
Markas Prediksi
Situs Togel Online
Agen Bola SBOBET
Berita Seputar Nasinal Dan International :
Berita Terkini
Global News
Grup Prediksi Toto
Post a Comment