Nov 29, 2010

RASA COOL BILA DEWASA

.....Hmmmm...

Bila umur kita dah mencapai lebih dari 25++, kebanyakkan dari kita akan rasa dan mula lebih bertenang. Perkara sebelum nie kita rasa sangat besar dan jugak bapak segala masalah, kita dah heran. dah anggap remeh.

So, bila tetiba sekarang nie banyak sangat bergaul dengan budak-budak umur 25--, aku mula merasakan betapa kebudak-budakan nye permainan dorang. agaknya, camtu lah kot pakcik makcik yang dah dewasa nampak aku.

Dan sebenarnya, kalau lah aku masih lagi dah umur 25 tahun, sudah pasti aku sudah mengeluarkan ayat sebegini:

"OIII MADAFAKER, KO INGAT KO BAGUS SANGAT KE. PEGI MAMPOS LAGI BAIK LAH, KO INGAT KO BAGUS SANGAT KE HAH. TOLONG LAH CERMIN SIKIT. ATTETION WHORE!#$$#^&^*())_)&^%$##)!!()*pooi_**&hv())&%$#@#$$#@#"

OK, dah bertenang sikit.

OUT OF MY MIND banyak dah nieeeeeee

Nov 26, 2010

KERETA HANTU

...Hmmm....

Keta aku berhantu. Sungguh.

Dulu dia matikan enjin bila kat trafik light ngan bila aku pijak break nak lock semua pintu.

Sekarang, masa tengah drive pun dia boleh mati enjin sendiri. Tapi 30 saat kendian, Air-cond ngan radio je idup.

Dan kereta jugak mampu terus meluncur laju bagai takdak apa-apa yang jadi.

berhantu tak keta aku???
HUWAAAAAA.....hantu punya hantu.
Nak suruh aku keluar duit lah tu.....

OUT OF MY MIND bila dah jaga keta bagai nak rak, servis tak pernah miss, cam tu gak jadinya.

Nov 15, 2010

MABUL, TUN SAKARAN MARIN PARK

Hmmm.....

baru je balik shooting kat area Semporna, Mabul, Sipadan, Tun Sakaran Marine Park. Akan di update kemudian sebab sekarang nie sangat bizi buat editing.


Tun Sakaran Marine Park


Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau mabul

Nov 5, 2010

SINGLE ITU LEBIH MULIA KATANYA

...Hmmmm....

Ok. Dah masuk November. Tahun depan, tak lama pun. Lagi 2 bulan lebih kurang, umur gua naik lagi. Gua tak freak out pasal gua tak nikah lagi. Tapi orang sekiling gua yang susah hati. Sayang diorang. Sungguh.

Tapi semalam gua lepak ngan makcik gua yang kawin ngan pakcik gua.
Time lepak, kakak makcik gua pun ada.

Entah takde ujung pangkalnya dorang tetiba boleh cakap camni kat gua:

"Jangan kawin, single lagi best dan lepak sebab takde sapa kacau, takyah jaga anak bagai. Nak buat apa buat. Macam hang lani. Jeles kami tengok..."

Aik. What da heck??
makcik-makcik ku, aku juga ada perasaan nak besenggama jugak kengkadang. mana boleh korang je.
CHILL

OUT Of MY MIND. HAPPY DEEPAVALI
chill

Nov 3, 2010

TRAVELOGUE LAH SANGAT: SINGAPURA

..Hmmmm....

baru balik dari Singapura. Shopping tak lah sakan. Tapi rasa cam dok dalam syurga dunia. Best gila tgk SALE dia. Perghhhh...meleleh.

Yang best, setiap kali kita pi dengan orang baru, setiap kali tulah kita akan jumpa benda baru. Macam baru baru nie (BERAPA BANYAK BARU DAAAA), aku jumpa kedai Perfume yang murah giler. Kat kedai tu, diorang jual yang Tester nyer. Bukan Tester yang dah kena test. nie tester yang baru...aku ada terbaca satu blog, yang mengatakan, tester nyer perfume more lasting dia punya ghau ghau. dan terbukti benar.

Lokasi perfume Lucky Mall (kot. aku lupa. tapi ada lucky). naik juling bijik mata aku bau perfume. Semuanya wangi. semuanya nak. tapi ada satu perfume tu, tak boleh blah bau dia. Bau kubur siot. hahahhahaha. series. agaknya, ambik pati bunga kemboja kot. Harga 100ml dalam RM70. murah kan. murah kan. kan kan kan.

Then. Cotton On. perghhhhh gila nak mampos sale. Kalau kat Malaysia, dua pasang kasut jenama Rubi tu harga RM70. Singapore, RM50 dah boleh dapat. Beza kan harga dia. Walaupun kita rasa macam mahal, tapi tak paham value dorang setelah di convert ke duit kita dapat lagi murah. Me in heaven lah, apa lagi.

Dan lagi satu, di sana...Cotton On kat ION mall adalah tak sama harga dengan mall-mall di sekelilingnya. Pecayalah.

Dan, yang pasti, matlamat utama kalau ke Singapore nie adalah untuk mencari Charles & Keith. Love design kasut ngan Handbag dia. kat sana murah. murah banyak. suka suka suka...

Malamnya pulak, pi makan kat area mana tah. Sedara kawan aku bawak. Makan Sup tulang Singapore yang kaler merah dan tidak bersup tapi cuma berkuah aje. Perghhhhh. Sedap siot. Pastu makan roti john yang bukan rupa roti John kat negaraku terchenta. Roti John dia adalah roti yang dimasak dengan telur dadar dan rasa roti bersalut telur dadar!!. Yummmeh beb.

Next, impian aku kat kota singa nie adalah nak tengok rumah diorang. camnalah gamaknya rumah diorang yang apartment-aparment yang dapat kita tengok kalau naik MRT. Ngupanya kecik je. 1st rumah yang kitoarng pergi tu 3 bilik je. yang 1 lagi 5 bilik. Owner yang 5 bilik tu cakap, umah dia besar sangat, so bila anak dia dah kawin nanti, dia nak pindah umah kecik sikit. Padahal...masa aku tidur umah dia tu, takde lah besar mana pun. Kecik je. Standard 1600sf rasanya. Itu pun dia rasa dah besar.

Lagi 1, apartment dorang ngupanya parking kena bayar ala-ala macam nak masuk mall. Malam-malam ada orang akan pi scan kat cermin kereta sekiranya kupon bayaran tu dah expired. Gua tengok sendiri ye, 2 orang makcik berbaju putih berseluar gelap, scan cermin depan semua kereta pada jam 1++ pagi. Gila gigih.

Dan sedara kawan aku baru je kena saman 400 dolar kerana terlewat nak topup parking yang bernilai 70 dollar. perrrrrggggghhhhh. Bagi aku shopping pun best!!

Ok, travelog entry yang tidak di bayar oleh mana-mana badan dan agensi di Singapore sudah berakhir. OUT OF MY MIND sebenarnya boring ketika ini.

Nov 1, 2010

HALAL KE??




oh...sangat cuak bila orang asyik tanya sebarang makanan yg di post aku, halal ke. Kalau tak halal, takde maknanya aku nak post. diam sendiri sudah.

OUT OF MY MIND tul diorang nie

Total Pageviews