..Hmmmm....
baru balik dari Singapura. Shopping tak lah sakan. Tapi rasa cam dok dalam syurga dunia. Best gila tgk SALE dia. Perghhhh...meleleh.
Yang best, setiap kali kita pi dengan orang baru, setiap kali tulah kita akan jumpa benda baru. Macam baru baru nie (BERAPA BANYAK BARU DAAAA), aku jumpa kedai Perfume yang murah giler. Kat kedai tu, diorang jual yang Tester nyer. Bukan Tester yang dah kena test. nie tester yang baru...aku ada terbaca satu blog, yang mengatakan, tester nyer perfume more lasting dia punya ghau ghau. dan terbukti benar.
Lokasi perfume Lucky Mall (kot. aku lupa. tapi ada lucky). naik juling bijik mata aku bau perfume. Semuanya wangi. semuanya nak. tapi ada satu perfume tu, tak boleh blah bau dia. Bau kubur siot. hahahhahaha. series. agaknya, ambik pati bunga kemboja kot. Harga 100ml dalam RM70. murah kan. murah kan. kan kan kan.
Then. Cotton On. perghhhhh gila nak mampos sale. Kalau kat Malaysia, dua pasang kasut jenama Rubi tu harga RM70. Singapore, RM50 dah boleh dapat. Beza kan harga dia. Walaupun kita rasa macam mahal, tapi tak paham value dorang setelah di convert ke duit kita dapat lagi murah. Me in heaven lah, apa lagi.
Dan lagi satu, di sana...Cotton On kat ION mall adalah tak sama harga dengan mall-mall di sekelilingnya. Pecayalah.
Dan, yang pasti, matlamat utama kalau ke Singapore nie adalah untuk mencari Charles & Keith. Love design kasut ngan Handbag dia. kat sana murah. murah banyak. suka suka suka...
Malamnya pulak, pi makan kat area mana tah. Sedara kawan aku bawak. Makan Sup tulang Singapore yang kaler merah dan tidak bersup tapi cuma berkuah aje. Perghhhhh. Sedap siot. Pastu makan roti john yang bukan rupa roti John kat negaraku terchenta. Roti John dia adalah roti yang dimasak dengan telur dadar dan rasa roti bersalut telur dadar!!. Yummmeh beb.
Next, impian aku kat kota singa nie adalah nak tengok rumah diorang. camnalah gamaknya rumah diorang yang apartment-aparment yang dapat kita tengok kalau naik MRT. Ngupanya kecik je. 1st rumah yang kitoarng pergi tu 3 bilik je. yang 1 lagi 5 bilik. Owner yang 5 bilik tu cakap, umah dia besar sangat, so bila anak dia dah kawin nanti, dia nak pindah umah kecik sikit. Padahal...masa aku tidur umah dia tu, takde lah besar mana pun. Kecik je. Standard 1600sf rasanya. Itu pun dia rasa dah besar.
Lagi 1, apartment dorang ngupanya parking kena bayar ala-ala macam nak masuk mall. Malam-malam ada orang akan pi scan kat cermin kereta sekiranya kupon bayaran tu dah expired. Gua tengok sendiri ye, 2 orang makcik berbaju putih berseluar gelap, scan cermin depan semua kereta pada jam 1++ pagi. Gila gigih.
Dan sedara kawan aku baru je kena saman 400 dolar kerana terlewat nak topup parking yang bernilai 70 dollar. perrrrrggggghhhhh. Bagi aku shopping pun best!!
Ok, travelog entry yang tidak di bayar oleh mana-mana badan dan agensi di Singapore sudah berakhir. OUT OF MY MIND sebenarnya boring ketika ini.
2 comments:
ya betul, orang kata barang kat singapore mahal tapi sebenarnya bila dikonvert ke RM, harganya adalah lebih murah sebenarnya...
i ada beli baju tommy hilfiger dgn harga singdollar 60. cuba convert in rm? still cheap kan compared to price in RM begitu juga with my CK handbag...
oh how i miss orchard road
its lucky plaza. kalau kau kerja dengan google map, dah lama kena buang kerja. hahahahah
Post a Comment