Mar 20, 2013

EARTH HOUR 2013

EARTH HOUR DATANG LAGI.....
JOOOM SUPPORT....!!


Mar 14, 2013

SAYA NAK KURUS / BODY IDEAL

...Hmmm....

Produk kurus memang mampu menguruskan body dalam masa yang cepat dan singkat. Kalau tak pecaya tengok testimoni. Tapi...tapi, bagaimanakah kesan jangka panjang? aku lebih suka dengan cara lambat dan cara yang aku sendiri maki hamun diri sendiri mcm joging, trekking, cycling...park keta jauh2. window shopping x tentu hala as my slimming regime. 

Cara camni walau sebulan hilang 1kg, tapi 1 kg yang hilang itu akan hilang terus walau kita stop 2 bulan dari bersenam atau melakukan apa sahaja. Bukan tu aje...sihat semua benda. 

Apa point kalau kurus kering tapi stamina out kan....
#pendapatperibadi



Itu apa yang aku tulis dalam FB lah.
lain-lain cara aku buat selain daripada apa yang aku list kat atas adalah:


Aku selalu ambik cuka apple untuk kontrol berat badan aku. jangan lah ambik togak/langgah camtu je. melecur usus ngan tekak korang. Cara dia, letak sikiiiiiiiit je cuka nie, campur lah dengan ayaq masak. Rasa dia mula-mula memang tak boleh terima. Tapi lama-lama ok lah. Rasa dia masam-masam sikit. Kalau tak lepas jugak, korang tambah lah sikit madu. Jangan gula tau. Sebab proses nak turunkan berat badan adalah dengan kurangkan ambik gula jugak. Ada ngerti. 

Korang ambik lah cuka apple nie pagi secawan...malam sebelum tidoq secawan. Kalau dah serasi ngan rasa dia, ambik dan minum sejam sebelum makan. Konfem ia mampu menyekat anda dari makan banyak. Sungguh. Aku ambik nasik sepinggan pun rasa cam penat nak mati nak habiskan. rasa cam dah makan 10 pinggan tau. Kalau ambik sebelum tidoq...sila standby diri anda untuk bangun tengah malam sebab ia jugak berfungsi sebagai nyah toksin. Jadi asyik nak kencing sahaja dan lebih banyak dari biasa. Perghhhhh....dah gaya juai produk aku bercerita. 


Next....:




Hah....ini petua kedua. Psyllium Husk. Dia macam oat, tapi dia bukan oat. Benda alah nie adalah serat yang terbaik aku ambik. Satu paket benda nie dalam RM20.00. dekat Giant, tesco, carrefour or mana-mana mall or farmasi mcm watson, guardian, care menda tah...ada juai. So, korang takyah sibuk nak beli kat penjual produk ke apa ke. sepaket nie setengah tahun pun tak abis. 

Cara ambik dia: 
Korang boleh bancuh dengan apa je...nak bancuh dan minum terus pun boleh. Tapi...psylium husk nie dia cepat sangat menjadi pejal/getah/jeli (x reti nak decribe). So, lepas bancuh terus kena minum tau. Kalau x lalu nak minum camtu je sebab rasa dia yang mcm makan oat raw, bolehlah campur dengan madu. bancuh madu dulu+air, lepas tu masukkan benda alah nie, terus minum....tapi kalau dia dah jadi pejal, korang korek dan kunyah je lah pelan. Sila minum air yang banyak sepanjang hari kalau korang ambik serat nie, sebab dia mcm menyerap air dlm badan sikit.

kebaikan dia:
benda nie, bagus dia...dia cuci kolon. dan buat korang rasa full gila takyah nak ambik makanan dalam portion yang banyak. Kira makan untuk hidup lah, bukan hidup untuk makan. Benda nie bila dok dlm badan, dia bersifat macam span yang menyerap air dan bahan-bahan x penting dalam body . jadi kita akan rasa nak membuang. Ehem...next nak cita pasai bahan tinjah nie. Taik korang akan floating ye bila amek benda nie. Sebab dia bersifat serat, so, sebab itu dia floating. dan menurut dari hasil kajian aku kat google, vegeterian memandang taik yang floating adalah taik yang sihat. Ye, aku google sebab apa taik floating bila ambik benda ni.  Takde lah aku google "taik timbul". 

Lepas tu, ko akan rasa ringan je perut ko. ye lah, dah berak habis habisan kan. Dalam Seminggu perut korang akan kempis sikit....sungguh akan kempis...sikit je lah. 

keburukan:
Dia ada buruk gak. keburukan dia adalah perut ko akan bloating kalau ambik nie. Maybe dalam 2/3 hari lah. Bloating kalau bagi lelaki yang x tau, buncit lah. kalau pompuan, time period kita selalu bloating. Tapi dont worry, sebab benda nie menyebabkan angin dlm body jugak. sebab tu bloating kejap. nak kurangkan bloating nie, makan pisang.....setel. 





tau dak apa nie? inilah miracle water...

Ini adalah plain water lah. Apa yang hangpa perlu buat adalah dengan minum paling paling 8 gelas ayaq. Apa aku buat adalah dengan beli bekas yang besaq. Aku jadikan misi aku kat office, separuh hari...aku MESTI habiskan satu bekas tu. Kalau tak, hang jangan keluaq pi lunch. Padan muka. So, lepas lunch...Refill dah habiskan ayaq tu sebelum balik keja. Alah, benda dah depan mata...takkan menjeling je kan. Langgah je lah. 

Amalkan jugak minum ayaq masak je masa makan. biaqlah depa nak kata kita kedekut...Napa, depa nak tanggung bil hospital ka kalau kita kena kencing manis? Air masak nie bukan sahaja mampu menguruskan body kita, malah kita rasa full jugak bila kita ambik sebelum makan. Dan juga mendapat kulit yang cantik...tadaklah bekerak macam apa. Pipi pun cekang ja....ye lah cukup ayaq. Awet muda kooooooot. 




lemon pun bagus tau. 

campur lemon dengan segelas ayaq....tambah madu sikit, ais sikit...yummy
bakaq lemak. potong lemak. 

OKlah.....setakat ini sahaja ilmu yang makcik ada untuk kurangkan berat badan anda. 
jangan sekadar ambik ja semua benda nie tanpa senaman....itu penting. Kalau korang versi obese pun, mula mula buat excersice 10 minit...esok tambah lg 5 minit...dan tambah lagi.,.lagi dan lagi. lama-lama rasa benda itu menjadi rutin, semua benda jadi muda. Tapi yang paling penting adalah.....:

KUATKAN MENTAL. FIKIR POSITIF...!!!!

OUT OF MY MIND aku mengah nak mati makan ayam penyet sepinggang. Tak makan habis, membazir. Dah makan sampai habis, rasa cam nak meletup perut.....fuh fuh fuh..


Mar 13, 2013

E-BOOK BUKAN UNTUK SAYA

...Hmmm....

MizzyN ada cadangkan kat aku suruh baca e-book. Mungkin sebab lebih senang, lebih flexible.

Tapi aku adalah peminat susah mati buku yang memang berupa buku kerana beberapa sebab:


  • Bau buku sangaaaaaaaaaaaaaat menaikkan napsu.
  • Aku nak rasa feel membaca dan feel pegang buku itu. 
  • bateri cepat drain...so mebaca sambil charge telefon sangat annoying nak mati. 
  • e-book agak payah nak langkau-langkau nak baca, sebab dlm separuh bab pembacaan aku, aku suka pi belek tengah dan separuh belakang untuk tau cerita selanjutnya, ini membuatkan aku lagi berkobar-kobar nak habiskan pembacaan buku tu. Tapi kadang-kadang ia jugak mampu mematikan mood nak mebaca gak, sebab next next chapter yang mcm meeeeeh....=(.
  • Seriesly, bila ko pegang smart phone dengan kusyuk...orang selalu cakap layan FB lah itulah. Dan sedangkan dengan aku melayan FB, Twitter, Instagram, Whatapps bagai pun mampu membuatkan aku anti-sosial dan aku tau geng-geng aku dah cukup annoyed gila babi ngan aku sebab dok melayan tepon dari dorang...so aku taknak lah sikap obses aku dengan buku menyebabkan lepas tu dorang dah tak mau ajak aku lepak-lepak lagi. 
  • Dan aku sakit mata dengan cahaya dari hp itu...x best lah....











So, aku rasa aku takkan terjebak dalam dunia e-book kot. Mungkin kalau 1 hari nanti buku dah takde dalam dunia nie, baru aku terjebak dengan e-book. 

OUT OF MY MIND pernah baca e-book. Pastu sakit hati sendiri sebab nak baca next chapter kena beli. Sungguh membengangkan tau..



....TERMASUKLAH AKU...


Feb 28, 2013

JOM PUTIHKAN KULIT

...Hmmmm...

Kenapa orang melayu sangat obses nak cerahkan kulit eh?

Sekarang nie kalau ko bukak FB, konfem konfem besepah dengan iklan nak putihkan kulit. Nak jadi adira lah itu lah ini lah....Dah tu dalam tempoh 2 minggu ko dah putih. PLING....PLING....PLING putih....

Siapa yang cipta stigma putih itu menawan?
Adakah disebabkan taste lelaki melayu malaysia nie suka kulit putih, so disebabkan taknak ketinggalan takde boifrend, tak berlaki, takut suami cari yang kulit putih lagi dari ko, so ko ambik keputusan nak jadi putih.

Pernah seorang sahabat lelaki aku cakap....:

Dia : "wei, cuba hang tgk pelakon kt cita tv3 nie....cun wooooo....putih gila....geram aku tengok..."
Aku : " biasa ja....tak cun mana pun. Harap putih ja. Apa yang hang nampak dia cun sangat?"
Dia : "cuba hang tengok....putih kot. mesti dia pink...."
Aku : "pink...? apakah?"
Dia : Gelak gelak.....

Pink? apakah yang dimaksudkan dengan pink? Adakah dia membayangkan certain certain anggota badan yang kaler pink? seperti vajayjay?

Kalau itulah yang dibayangkan keindahan pink nya.....

So, bagi yang amek produk pemutih, make sure part-part angoota badan korang menjadi pink bila korang ambik produk pemutih. Ye lah, kang sia sia je...tengok muka kemain putih melepak. Tapi...bila part lain hitam belegam...cane?


p/s: pic kat bawah nie semua aku google je. Ampun ye.....sebab korang rela dijadikan model testimoni, so aku rasa tak salah lah....korangkan model. Janganlah sentap eh.


Pergh...jeles aku. Dah comei dia nie. sumpah comei....



Yang nie pun aku jeles.....ketara sangat perbezaannya. bila kulit gelap, takyah melawa sangat. takde sapa pun nak pandang ko. Bila putih, jooom ubah imej. Seiring dengan kecantikan lah kan bergaya pun. 




Perghhhh....mak bapak dia hensem ngan cun gila....Couple nie baik kan, amek anak angkat. 




Family nie pun bertuah mempunyai mak bapak good looking.....

OKbye

CUTI BEKU. HARAP MAKLUM

yeay....

Untuk makluman semua pegawai unit bla bla bla bla......cuti akan dibekukan mulai 15 mac hingga 15 april 2013 sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umu ke-13...

yeay.......
yabedabedu

Feb 26, 2013

Feb 21, 2013

ANNAPURNA BASECAMP TRIP - THROWBACK PIC 2012




 turun tangga......



Seawal jam 4 pagi naik tangga dekat 40 minit untuk tgk sunrise.....



Traffik jem bila semua pakat turun lepas tengok sunrise



Naik tidaklah sebahaya turun....watch ur step...



speed sambil camwhore



lepas dah turun tengok sunrise, breakfast, pack barang....
teruskan perjalan ke next pit stop. 



Arggggggghhhhhh....
memang menguji. sangat menguji......



Lepas dah sampai puncak gunung tadi...jalan dah rata ke next bukit. 



Porter aku yang gagah perkasa. Yang perempuan tu, partner travel aku. 




Happy gila bila jumpa tempat camni...boleh berenti rehat. 



Seorang diri je lalu sini...dah kena tinggal ngan dorang sebab slow sangat...
Kuatkan hati. 



Melepaskan lelah...



1 hari adalah dalam 3 gunung kami turun naik untuk sampai ke 1-1 pit stop....



Untuk buang rasa penat - jumpa orang kita saya hi hi hi hi...namaste namaste...senyum senyum...
bagi kata-kata semangat sikit....dan teruskan perjalanan. 



wehooooo sampai.....disambut oleh keldai.


salah satu track 



view dari sinwa...lagi 2 hari baru sampai ke basecamp dari sini. track dia memang tahap menyumpah.


layan teh panas dengan suhu yang sangaaaat sejuk. 





Sepanjang track...memang banyak lah air terjun camni....memang cantik gila. 



track yang aku nyumpah sepanjang perjalanan. tangga macam nie sepanjang seharian perjalanan. 
tercabut lutut weh....



redakan hati dan perasaan dengan tengok pemandangan....



sambung tracking....



bekongsi cerita.....


Muka tak sanggup nak teruskan perjalanan tapi tetap nak kena jalan walau boleh je kalau taknak teruskan....




track ko nampak dekat tapi sejam jugak nak sampai.....


layan air terjun....layaaaaaaaaaaaaaaaan. 



sungai dia bila ko jatuh, ko kompem meninggal....air dia laju  nak mati. batu dia besar besar gila weh. 


dalam guest house....


siapa cepat dia dapat bilik...siapa lambat, hang tidoq dalam khemah....



biri-biri nie dibawa naik ke atas kawasan nie untuk meragut sahaja. start dari himalaya point, apa jenis daging adalah dilarang sama sekali untuk dimakan. 



Shangrila weh...jangan buat main. 


menghabiskan masa dengan main daun terup..masing-masing nak tunjuk skill negara sapa yang paling best game guna daun terup....memang kelakar weh. 



hujung sana dari korea....pastu, australia, England, Israel, Nepal, Russia, dan Malaysia....
Yang penting mamat Israel tu memang hensem dan juga sangaaaaat baik. rajin gak dia temankan aku yang dok jalan sensorang nie.



Sejuk tahap pakai baju 3 lapis pun masih dok sejuk.....



Ramai pakcik pakcik dan makcik makcik yang gigih nak ke basecamp. Diorang nie lah pemberi semangat kat aku secara tak langsung. Ye lah...aku muda, kuat...takkan tak mampu, sedangkan dorang boleh je kuatkan kederat dorang. 


i loveeeeeeeeeeeeeeeeee nepal......



trek landai....tapi penat gak...kat sini memang superb. 



oklah bye...nanti akku upload lagi. 

Total Pageviews