Feb 18, 2009

KO TAK NAK KURUS KE...???

...Hmmm....

Pada ketika ini, patutnya aku sibuk menyiapkan skrip program siaran malam ini. Tapi, sekeliling aku time nie, penuh dengungan. Dan pada ketika ini, aku rasa macam aku ada dekat pusat kecantikan, gym, kedai jualan langsung dan juga tepi jalan.

Kenapa?



Ini lah penyebabnya. Tiap-tiap hari ada je yang datang nak discuss kejayaan masing-masing melangsingkan badan. Ada yang baru seminggu ambik dah turun 2kg. Ada yang dah ambik 21 hari dah turun 6kg. Dan ada yang dulu gedempol dah dapat body Anuar Zain. Wow... hebat tu.

Aku bukannya tak teruja or terpengaruh dengan sembang-sembang mereka-mereka ini. Tambahan lagi, ejennya dok sebelah meja aku. Lagi la...bila ada orang yang guna produk nie datang opis aku dok brag diorang nye success, dia pun sibuk tanya aku, bila lagi...bila lagi..bila lagi.

Boleh tak kalau aku cakap, aku rela spend duit aku ribu2 beli add on DSLR aku daripada melangsing badan aku? Ye la, herbalife nie, produk dia ribu2 tau. mahal giler.

Bukannya aku tak teringin nak kurus. Dan hakikatnya, aku dah pernah kurus selama 22 tahun. Nak kurus keding, nak jadi hanger bergerak, nak badan ideal, semua tu aku dah pernah rasa. So, aku nak merasa pulak badan voluptuos ini. Yeah, some say, body aku sexy. Some say, tegap. Some say, gemuk lah. Tapi pada aku...aku selesa dengan keadaan sekarang, so what.

Terasa jugak bila orang dok sibuk suruh aku kurus badan nie. Ye la, kita nie sehabis daya think positif and love diri sendiri, tapi bila ada anasir-anasir negatif nie...adoiii...





Untuk dapat body ideal menurut Herbalife, aku perlu turun 15kg. fuh...takde la banyak sangat pun...hehehehe. Dan sekarang nie, dengan cara aku sendiri, aku cuba kurangkan body mass index aku nie dengan cara aku sendiri. Yaknie, aku disiplin diri aku tak makan malam, makan epal, dan kurangkan amik nasik (1/2 aje) dan amik extra lauk, pastu pi taman amik gambar secara sedar tak sedar rupanya aku dah round satu taman dan secara tak langsungnya aku dah excercise.

Resultnye, after 2 weeks aku dah kurang 2kg...yippeee....

Jimat duit aku tak yah beli Herbalife. Dan dari penceritaan yang aku curi-curi dengar kawan-kawan aku nie, walaupun amik herbalife, disiplin diri yang sangat tinggi amatlah perlu dititik beratkan. Sampai kalori sehari ko amik berapa pun perlu dikira. Tambah lagi, diorng ini tidak merasa lapar, jadi bagi yang ada gastrik, pastinya akan memberi efek sikit yakni sakit perut la sebab tak amik makanan, perut kosong. Lepas tu, diorang nie akan kencing yang keterlauan dan juga minum air yang keterlauan sebab nak ganti air dalam badan yang dah hilang.

Dan pengamal-pengamal herbalife nie, tetiba aje begitu arif pasal nutrisi dan juga perlunya amik air sebanyak 8 gelas sehari a.k.a 2 liter air. Tapi, u all kena sedar, for normal person, 8 gelas sehari bukannya untuk tujuan ganti air kencing yang korang dok kencing kerap tuh, tapi utk fluid dlm body dan juga untuk kulit yang sihat.

Nanti aku nak siasat dengan sesiapa yang arif dalam bidang perubatan. Kalau kencing yang kerap tanpa boleh di control, adakah ia akan memberi effect kepada buah pinggang dan pundi kencing kita? Ada sesiapa boleh jawabkan?

Korang rasa, lepas diorng nie takde duit nak beli herbalife nie, dan diorang berenti ambik produk nie, berat badan diorng naik balik tak?

Dan disini dengan OUT OF MY MIND nya aku mengistiharkan berat badan aku ketika ini 65kg.

6 comments:

ab geldofg said...

susah nak jwb ptnyaan ko tu

mizzy N said...

kalau diseplin mantain la kot berat badannya tapi kalau belasah makan dan gaya hidup maka naik la kot. yang penting dah tua memang kena jaga gaya hidup termasuklah hamba Allah ini.

Eliz said...

errr..err.. aku tak la nak kurus.. cuman nak dapat bod cam dulu! Janji nmpk lawa ngan swim wear yg kita beli kat bangkok tuh! huhuhuh

azyze gomez said...

statement nadh tu macam aku je hahahaahahah

F I Z A F E Y A said...

body hang sekarang lebih seksi. aku ske the new u. hehe.

alisha said...

aku mmg kurus sejak skolah & sblm kawen..sindrom 'bahagia lps kawen' yg jgkit kt aku harus dipersalahkan bila berat aku naik mencanak..smpaikan, aku p training pon, org tanya 'brapa bulan u peknen..?' uhhhhh...! lps tu, trus aku peknen bby no.2! ha..puas ati aku! biar badan gumok, janji laki syg..org len nk kutuk? peduli hapa aku!

Total Pageviews