Apr 3, 2009

HI....A/S/L PLZ...

...Hmmm....

Buat semua pompuan yang suka berchatting or skarang nie dlm proses nak cari kenalan kat dalam internet. Satu je aku nak cakap....hati-hati dengan penipu. Make sure orang yang korang kenal tuh, dalam tempoh sebulan korang dah buat list-list kat bawah nie nak elakkan scammer.

  • Kalau hensem macam mana pun pic yang dia hantar, tolonglah jangan percaya 100%. Silalah membuat temu janji dengan orang itu dan berjumpa in person. Tak pun, kalau dia dok jauh, cuba-cubalah berusaha untuk melihat orangnya yang sebenar melalui webcam. Kalau takde, pagi lah cyber cafe. Mesti lihat orang itu secara 'live'. Kalau dia mengelak...dia memang menipu.
  • Jangan sesekali memberi nama penuh korang yang best itu kat dorang nie kalau baru-baru chat. Guna je nama manja ke. timang-timang ke apa ke...bohong terus pun takpe. Ini nasihat yg aku dapat dr seorang scammer. Sebab katanya, dengan nama penuh kita tuh, dia boleh buat vodoo sebagainya...entahlah. Aku kurang percaya bab ini. Tapi orang ini beriya-iya mengatakan sedemikian. Tambahan lagi orang yang suka buat vodoo vodoo nie, mestilah abang-abang hitam...(beliau cakap).
  • Bagi yang suka letak pic banyak-banyak kt internet, cuba-cubalah alert kalau gambar-gambar anda digunakan orang lain (selalunya lelaki lah yg suka letak pic tipu). Nie pasti terjadi. Tambah-tambah kalau anda extra hensem. Sebab itu, peranan webcam amat penting.
  • Cuba-cubalah google maklumat orang yang orang korang 'berasmaradana' tu dalam internet. Jangan malas. Contohnya, kalau dia menyebut kerja-kerja yang kita sendiri tak familiar. Tgk apa bidang tugas kerja tu sebenarnya. At least, korang ada ilmu skit, dan cuba-cubalah bertanya itu dan ini pasal kerja tuh. Kalau dia boleh jawab dengan excellentnye, mungkin itu benar kerjanya. Kalau dia jawab acuh-tak acuh....pikir sendirilah.
  • Ok...nie untuk pompuan...jangan sesekali. Sekali pun jangan, bagi duit dekat orang yang korang kenal kat internet. Lain lah kalau korang kaya. Tak kiralah, sakit cammana pun dia, miskin sekalipun, hatta papa kedana sekalipun, JANGAN BAGI. Ini common sense. Tapi kadang-kadang biasalah, hati perempuan (aku terkecuali), mudah simpati. Tapi janganlah sampai ditipu. Bertegas sikit tak apa. Yelah...belum apa-apa pun dah pandai mintak duit...apa kes kan.
  • Duit-duit yang diminta yang kononnye tak bayar health insuran, nak dapat treatment, nak beli itu lah...nak bayar hutang lah...sebenarnya nak disalurkan ke tempat-tempat yang kita sendiri confuse. Dia tidak digunakan untuk diri sendiri. Kononnye ala-ala Robin Hood moden lah nie.
  • Cuba google info orang tersebut dekat semua pages cam facebook, myspace, friendster tagged or apa-apa jelah. Pasti akan ada profile orang tersebut. Nie just langkah berhati-hati yang perlu diambil lah.
  • Tolong tinggalkan ROOT = Ceritalah perihal orang tesebut dekat kawan-kawan korang yang open minden dan korang rapat, yang tau pasal semua perihal korang. Ye lah, at least apa-apa terjadi kat korang, kawan korang tau kan. Ini kewajiban bagi sorang pompuan dalam dunia sekarang. Safety reason beb.


Hi, i'm sexy_girl...wanna chat wit me..peace
saya single lagi tau...takpe, mama saya ok.


Sebenarnya...banyak benda yang aku nak cakap. Banyak benda yang nak diberitahu. Tapi, bukan semua orang itu jahat kan. Ada yang honest. Lagi satu, kalau orang itu ada blog, lagi bagus. Bukan apa...melalui penulisan or content dalam blog, kita boleh kenal serba sedikit camna orang itu. Kaki carut ke...hidup dalam blues ke...jiwang ke...rock ke...kaki pompuan ke...porn star ke...dan macam-macam ke lah...

Jangan OUT OF MY MIND macam aku ya....

9 comments:

Naddy said...

hoik gambar budak bawah umur!

Eliz said...

Whahahahah.... baik punya list advice kat atas tuh.. Hahaha sebab tuh aku chatting:
1)Mengunakan nama timangan
2)Agak-agak 2 or 3 months berkenalan, aku akan memberi nama betul
3)Pasal vodoo tuh,ada kemungkinan
4)Pasal google nama orang..yes aku terkena sbb partner aku menyiasat aku habis habisan & tau maner tempat bekerja. (setelah beliau tahu nama sebenar)
5)Yes aku pun rajin mengogglekan nama orang..kut kut la aku bercinta ngan anak tokeh besar! Muahaha
6)Pasal duit tuh,selalu aku mendengar scammer pompuan buat sebab cakap mak dier nak mampus,siap tahap leleh bijik mata
7)Akhir2 nieh aku dengar banyak scammer laki gak ah...termasuk isu yang sakit and tak mampu bayar insurance
8)Dan ada banyak lagi isu-isu yang aku tak larat nak sebut

The rest depends on luck.. if you are meant to be then you are meant to be.. muahahahahah....

Last but not least.. Selamat BerChatting

thoyol said...

hahaha...

nasihat yang bernas. tapi dah lama giler aku tak jumpa orang2 yang chatting mirc nie.. teringat zaman dulu2..

ym anonymous pun jarang jumpa..

kekadang nampak gak kat cc.. itu pun masuk channel sex. gersang gamaknya..

haha.. the glory of mirc lone gone edi.. good advise anyway. Aku nengok gambar budak tue terasa ko macam pedofil. Haha..

Eliz said...

weihhh maner comment aku yang panjang lebar??? Penat aku taip tuhhhhhh

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
sbb bwh umur la aku ltak...kang aku ltak yg dh cukup umur, lain pulak jadinya blog aku nie...tetiba pulak pic itu kuar paper dgn title 'pekerja media berkemban di lif'...huhuhu

Eliz:
yep...btul..kalau ko konfident ngan orng yg ko chat..ok je. tgk la kwn kita pun ada yg dh kawin ngan dia kenal kt tenet kan.

thoyol:
hahahha...Yup zaman MIRC. Aku penah gila2 suka chat kat situ. Yela...1st time ooo dpt chating.
weh...aku bukanlah pemburu kanak2. Cuma budak kecik ini byk dijadikan model sambilan dlm blog aku. Minah nie sangat drama queen.

Eliz:
comment di blog aku dipantau oleh aku...jadi ko bg komen pnjang2...ko kna tunggulah aku bukak blog aku. sorry ya eliz..aku oustation. sgt bz...nak nie komen ko...aku dh publish.

Eliz said...

ngeh ngeh.. makcik terpanik jap.. yup mostly kwn aku berbahagia dah setelah bertemu jodoh di laman tenet.. itu sumua ikot nasib arrr

Naddy said...

komen tak berkaitan, terima kasih kerna meninggalkan ammens yoko yoko di atas meja ikea hamba. sangat indah perasaan angin-angin sepoi tu di tummy ku yang meragam nie.

DrSam said...

tip-tip yang bagus. Tapi teknologi chatting ni belum wujud lagi semasa saya tengah mencari-cari dulu :)

Unknown said...

drsam:
takpe...at least jumpa jugak ur half one kan....

Total Pageviews