Apr 12, 2009

BAJU KURUNG OH BAJU KURUNG

...Hmmm....

Baju kurung. Baju Kebangsaan untuk pompuan. Baju yang seksi juga. Aku langsung tak minat dengan baju yang satu ini dan agak rebel jugak bila kena pakai baju nie time raya masa usia belia remaja. Kenapa aku tak minat dengan baju nie....

Seksi
Aku rasa baju nie sangat seksi. Sebabnya, bila pakai baju nie, tambah yang berkain lembut (aku x pandai jenis2 kain nie) bila di tiup angin...fuh segalanya yang patut terlindung semuanya nampak. sedap la mata-mata lelaki nie. Dan bagi pompuan, satu bala bila angin kuat. Mana nak tarik bahagian atas bagi mengelakkan kain tu melekap terus ke body, mana nak elak kain terselak. Tak cukup tangan rasanya. Lagi satu, bila kain tu melekap ke arah celah kankang...aduih...malu ooo. Lagi dasat rupanya dari pakai seluar. At least seluar masih lagi tebal. kain baju kurung...??? Akibat angin, body bagaikan dibogel di khalayak ramai.....huhuhu.

Comot/selekeh/serebeh/serabai
Bila aku pakai baju kurung, aku rasa diri aku nie sangat selekeh. aku tidak tahu bagi pihak orang lain. Aku tak suka corak bunga-bunga besar..rasa cam makcik-makcik. Aku tak suka manik-manik dan pendek kata, semua style corak baju kurung semuanya aku tak bekenan. So, mostly style baju kurung aku kotak-kotak atau plain colour je. Lagi satu baju kurung nie macam baju ragbi. Memerlukan padding di bahu a.k.a letak span. Padding span di bahu sangat '80an nye stail. Jadi, banyak baju aku dah dibuang paddingnya. Dan malang bagi aku yang tidak berbahu bidang, bila baju kurung yang aku pakai tuh nampak cam droopy/sagging. Ini menyebabkan orang yang memakainya (mcm aku) rasa cam selekeh. Aku lihat ramai mengalami masalah macam aku.


Jenis Kain
Baju kurung banyak stailnya. Kalau kena dengan ukurannya, ia pasti tepat dan cantik di badan. Kalau tak...tak tahulah. Stail baju kurung gak ikut musim. Tambah-tambah jenis kain. Bagi aku yang tak ikut peredaran semasa bab kain baju kurung nie, kadang-kadang aku nak gelak jugak. Yelah..cthnya masa sibuk Syed Muzafar pi space, maka wujudlah kain angkasawan yang begermalapan dengan manik-manik yang ditaburkan penuh kain. Harganya mau cecah hampir RM100. Tapi kalau kita pi beli skarang, mau la ada 4 meter RM25 aje. Sekarang nie, aku tengok trend orang pakai baju corak kain ala-ala songket. Aku jugak agak rebel bab jenis kain ini. Aku tak akan beli kain yang sedang menjadi trend. Biarlah aku kekal dengan jenis kain sepanjang zaman.

Fesyen
Selain pada tuh, Fesyen juga memainkan peranan penting. Tambah-tambah dekat nak raya. Dulu pernah orang gilakan baju stail Veitnam, toleh kiri, toleh kanan, kita nampak fesyen tuh. Last year, aku tengok ramai yang pakai baju kelawar. Ala...baju yang macam baju tidur kelawar tu, yang ada kepak kat bawah lengah. Aku tak tau nama fesyen tu apa...aku just panggil baju kelawar. Macam dah takde idea nak buat stail apa je...fesyen cam baju tidur pun bleh jadi trend. Lagi satu, stail tangan saloma...ala stail kembang payung kat pegelangan tangan tuh. Ini satu aku tak paham. Macam mana nak makan kat umah kenduri? yelah...bila dah baju tu, besar di bahagian lengan, potensi nak masuk dalam kuah adalah besar. Dan bab fesyen ini, aku masih lagi suka baju kebaya labuh...cun oo..(fesyen utk baju kurung sekarang yg in adalah pesak gantung or baju kurung pahang).


Tailor
Agak payah nak cari tailor yg kena dengan citarasa kita. Kalau dah dapat tailor yang best, makna kata, sampai tailor tu meninggal la kita kan stick dengan dia. Macam aku, aku suka dengan sorang tailor dekat Alor Setar, even aku di KL skarang nie, aku akan kirim kain suruh tailor tu buat. Tak kesah la dapat lambat sikit pun. Asal Puas hati. Aku pernah banyak kali baju yang aku harapkan tak menjadi. Memang sakit hati. Jangan harap la aku nak pakai. Yang paling aku tak boleh lupa, aku buat baju kebaya kat johor. Akak nie siap dah ukur badan aku dan aku pecaya dengan kepakaran dia sebab dia ambik tempahan baju koperat dengan baju pengantin. Tapi, lain jadinya dengan baju aku. Ada ke, baju kebaya tu dibuat sekali ganda lagi besar dari badan aku. Pastu kain pakai pulak tahap boleh masuk lagi sorang...hello akak..im not that big ya....kenapa ko boleh bagi alasan takut aku menjadi lagi besar bila baju sampai kat aku. duh...you insult me big time akak.

Payah nak match
Bagi yang bertudung. Maybe agak payah nak match dengan baju. kalau baju dah penuh bunga, choice yang ada pastinya dengan tudung yg colour plain. Yang paling popular pastinya tudung bawal (nape ye dipanggil tudung bawal?). Jadi, pemaikaian baju kurung menjadi biasa apabila dimatchkan dengan tudung plain ini. Dan pastinya seorang perempuan yang bertudung memerlukan semua jenis colour tudung utk matchkan dengan warna dan bunga baju kurung itu. Bagi yang ingin play safe, beli aje kaler hitam dan putih. senang...Dan pecaya atau tidak, bagi yang tidak mengetahuinya, tudung bawal nie ada gred dan gred yg bagus boleh cecah sampai ratusan ringgit...mahal tu. Kalah harga baju kurung yg dah siap tempah.

Aku hanya buat baju kurung 3 helai sahaja setahun...OUT OF MY MIND bila terpaksa pergi ke istana dengan memakai baju kurung tidak sedondon. Boleh tak aku pakai kain dari baju lain...bajunya dari jenis kain yang lain...itukan tidak sedondon...hahahhaha.Dan aku masih lagi memakai baju kurung yang dibuat masa aku umur 15 tahun...

4 comments:

Naddy said...

i like baju korong, rasa serabai tapi senang nak gi opis.

a.b geldofg said...

harap2 satu hari baju kurung tk pupuslah ye hehehe

Naddy said...

baju kurung takkan pupus sebab ia sangat tradisional sebagaimana cheongsam dan saree.

thoyol said...

aku sangat suka baju kurung..
and perempuan yang pakai baju kurung lagi menggoda bagi aku..

haih...

seksi..

Total Pageviews