Jul 17, 2010

KOMUNIKASI KOMUNIKASI.

...Hmmmm.....

Apa akan jadi kalau kita lost intrest dgn hidup kita? Bukannya tahap nak bunuh diri ke apa. Tapi lost intrest dgn apa yg kita biasa buat sebelum nie. Cam tengok novel yang sangat best pun, dah takde feel nak baca. Tengok DSLR yang mahal pun dah tak rasa bestnya amik gambar tu. Nak bersosial dengan orang, lagilah tak selera.

Itulah yang aku rasa sekarang nie.

Aku sering menekankan dalam relationship, tak kiralah family, kawan, musuh, kerja atau berkasih-kasihan, komunikasi adalah penting. Ya…sangat penting. Kita tak boleh sebarangan nak merajuk, tak nak bercakap, tapi buat memek muka yang terbaik dengan harapan, siapa-siapa yang kita tak puas hati tu faham apa yang kita cuba sampaikan….

hello, manusia hanya akan faham xpresi muka anda dengan suka, sedih, marah, geram, sakit atau apa2 je memek yang kita boleh buat. Tapi, hakikatnya, kenapa kita happy, geram, marah tu…semuanya perlu di suarakan.

Kalau tak suarakan..sapa nak pahamkan...

camtulah jadi ngan aku sekarang. Aku ada cerita pasal kawan yang aku baru kenal nie. Hari nie, dah sebulan kami lost komunikasi. Adakah sebab aku ada buat salah ngan dia ke? Atau dia memang tak mau kawan ngan aku? Atau dia sedang menguji perasaan dia? Atau dia takut aku rejek dia? Atau dia ada masalah kewangan? Atau dia fikir aku nie tak setanding dengan dia? Atau dia plainly not interested at me?

Tengok..berapa persoalan yang aku boleh buat dengan dia tak xplain kenapa dia tak mau contact aku dah. Aku sebagai seorang perempuan, biasalah…aku buat spekulasi macam-macam. Bagi pihak lelaki jawapan direct nya mungkin aku nak ruang. Mungkin…

Bukannnya aku tak hingin nak berkofrentasi dengan dia. Tapi aku tak berani sebab aku tau dia nie sangat sangat sangat sensitive. Kat sini aku sebagai orang yang mementingkan komunikasi..fail dengan jayanya.

Sekarang nie, aku dalam fasa mau give up. Tapi sebab aku suka dia, dan aku rasa dia antara manusia yang rare spesis, aku sangat sayang dia. Sayang ye…bukan cinta pun. Belum tiba masanya aku nak ada feel itu, kalau camni lah dia buat kat aku camna aku nak jatuh cinta kan.

OUT OF MY MIND tak keruan sebab ini bukan aku yang sebenarnya...

2 comments:

mizzyN said...

rilek my fren
the day will come when the truth will come out

thoyol said...

hoho..

mmg bebetul out of my mind ek.

stay strong. :)

Total Pageviews