Jul 5, 2010

RUMAH OOOO RUMAH

...Hmmm.....

Tadi aku pi beberapa bank sekitar Kuala Lumpur. Survey pasal nak buat loan rumah. Memandangkan aku nie JAHIL dalam bab beli rumah nie, beberapa soklan lembab dan bodoh aku tanya. Ye lah...biarlah tanya soklan bodoh, at least kita puas hati dan paham kan. Aku kalau bab tanya soklan nie, aku selalu mengaplikasikan teori 1 laki 5 bini tuh...

FIRST, Bank sign board putih...layan ok. penerangan dia pun jelas. Aku puas hati.
pastu pi bank signboard biru muda. Kat sini, orang yang bagi penerangan kat aku tu, memang aku rasa nak angkat kaki aku letak kat muka dia je. Bukan sebab dia tak hensem....tapi sebab kurang ajar dan PR dia suck giler.

Dia beri penerangan kat aku macam aku nie sangat bahalol. Ambik ko...dah lama aku tak guna pekataan bahalol nie. Dah lah cakap bongkak dan ego. Pastu, takdan aku nak explain bagi habis itu dah ini, dia terus potong cakap aku dan mengatakan aku nie nak tipu dia...kepala hotak apa kan. Tunggu lah aku habis cakap dulu bangang....

Pastu, dia tengok slip gaji aku...dia cakap kata agak berat jugak lah dengan memek muka Cam aku nie tak layak benarlah nak beli rumah. Apa yang ko perlu cakap adalah...layak dengan tidak je. Aku dah boleh paham. Pastu dok cakap gomen nye rate fix..itu ini itu ini....cakap bongkak lagi...aku time tuh memang nak angkat kaki letak muka dia dah.

Aku pun dengan bongkaknya, aku cakap kat dia aku ada side income dengan monthly dapat fix almost 2k...dia bleh dok tanya, job tu masuk tiap-tiap bulan ke? Of course lah...aku tipu ko lagi...hahahha. Memang selayaknya orang cam ko kena tipu...

Dah tu siap cakap bank lain semua sama je rate dia itu ini. Nak tipu aku pulak dia. Ingat aku nie malas sangat ke nak heret punggung aku yang power nie pi ke bank lain untuk survey. Ngong! Dah la tak respek aku as ur potential customer, cakap kuat-kuat. Tak gentleman langsung...suruh amik kerusi sendiri kat meja sebelah. Bongok tul. Sorilah aku nak berurusan dengan Bank ko lagi even aku boleh pi cawangan lain. Tapi disebabkan pegawai bank tu PR dia suck...go to hell lah. Patutlah tak ramai customer kat bank tuh....

Pastu aku gerak pi bank signboard merah pulak. Kali nie akak plak layan aku. Best...dianye offer pun sangat menarik. Siap dia cakap, aku sangat layak nak buat loan rumah tuh. Puas hati aku.

oh...aku nak beli rumah bukan sebab apa. Dua orang best friend aku akan move out bulan nie. So, aku keseorangan. kebetulan pulak, tuan umah aku nak jual rumah tu. Lagi tambah kebetulan, dia nak upkan sewa rumah pulak. Sakit kepala aku...haih. Macam-macam.

Kalau blogger-blogger yang ada rumah nak jual sekitar Kuala Lumpur yang harga reasonable, bagitahulah saya. Kalau nak sewa kan kat saya pun, saya ok..

OUT OF MY MIND dengan segala hal yang terjadi. Lepas nie kena buat entry saya syukurlah...sebab akhir-akhir nie jiwa tak tenteram dan asyik menghukum diri sendiri...haih.

2 comments:

mizzyN said...

hoh polower naik 4 orang dalam masa 3 hari, jelezzz nie.

- bakal bekas housemate anda

sreSHAziela said...

cimb suck! elak kan klau blh..

i beli my first property 2006.. gaji 1700 jer.. tak tau mcm mana leh lps.. umah bwh 100k lah tp nye.. umah merpati.. tingkat2..

klau u serius nak beli u try crk bank lelong.. harga not bad.. 5% je deposit..

kota damansara byk new property.. sana tgh naik.. try lah

Total Pageviews