Jul 18, 2010

KELAB MALAM TU MEMANG DUNIA SAYA MAKCIK

...Hmmm.....

aku: wei pompuan di luar pikiran...berapa kali lu mau update sehari hah?
otak aku: suka hati aku lah....aku tengah jiwa kacau nie...deym.

Baru-baru nie, ada seorang seorang kakak yang concern menegur aku, katanya mata aku bengkak macam orang menangis di malam hari. Situasi nie berlaku kat opice. Disebabkan kakak nie tahu otak aku tak betul, dia cover balik kononnya mata aku lebih kepada bengkak tak cukup tidur.

Yang pasti, kedua-dua teori kakak tu...tak betul. Aku dah lama dah tak nangis...apa barang nangis-nangis ni beb. tak MY CHEMICAL ROMANCE lah kan....tidur tak cukup pun bukan. Sebab sekarang nie, aku dalam fasa yang overdose tidur. Faham-faham sendirilah kenapa kan....

So, usik mengusik kakak tadi tu, didengar oleh seorang makcik yang lagi 10 tahun nak pencen. Dengan selambanya dia cakap apa tau....dengan nada yang kuat pulak tu..

"tak cukup tidur sebab gi kelab malam kan...."

aku terdiam..sengeh...selamba jawab...

"a'a...pandai akak teka..."
aku blah pastu...

apa barang makcik pegi kelab malam. dah la guna term old skool plak tu. Orang sekarang panggil CLUBBING lah makcik. Lagipun, apa best kelab malam kat Malaysia, penuh dengan orang tua tak sedar diri yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia clubbing yang cuba nak cari kepuasan kat luar sebab bini dia dah monompous.

Saya kalau nak pi clubbing, saya pi oversea punya. Lagi best....happening dia lain macam. Mata pun tak sakit tengok sebangsa seagama terkinja-kinja cam hapa.

Ok. stop ayat sarkastik.

Mentang-mentanglah aku nie free hair, sexy tahap kim kardashian...ko senang-senang je cop aku kaki clubbing. ngok lah ko makcik. Itu bukan dunia aku lah...tetiba aku nak sentap kat makcik tu dengan usikan dia. Sian makcik...

Tapi kalau aku nie, bertudung litup ala tudung Indon tu, ada ke makcik tu nak cakap camtu. Mesti dia cakap..."Tak cukup tidur sebab buat solat sunat kan..."...

OUT OF MY MIND sentap....

5 comments:

NenekPenne said...

menda2 yang streotype tu memang selalu terjadi..

perception orang pada seseorang berdasarkan appearance kita memang selalu terjadi...dari situ timbullah prejudis..

kira mcm penyanyi nasyid, atau pompuan yang cakap lemah lembut, sopan santun tu adalah pompuan yang baik.. huh...mausia beb... mana ada yang baik mcm malaikat...

thoyol said...

orang kata saya gangster dan kerja bonzer..

tapi hati saya baik.. :(


hahaha..

@cu SaYaNg said...

geli tgk org2 tua yg nak mampus x sedar diri terkinja2 kat club...huh!

Adila Ayl said...

biasa la makcik2 tu... padahal nak kaver dulu diorang lagi sooo-sial kottt...
***tumpang lalu***

ouT oF My MinD said...

NENEK:
betul nenek....stuju.idup nenek! hehehhee.

thoyol:
gengster versi dlm hati ada taman eh...kelas. i like...=p

acusayang:
rasa cam nak gi tunjal2 je kepala sekor..bg kitaorng yg muda nie dah lah. sibuk je kan....hehehhe

adila:
klau tgk cita p. ramlee...siap pakai baju kebaya, kat bhgian breast tu muncung tajam tuuuuh....hahahhahah - lalu lah selalu -

Total Pageviews