....Hmmm....
Kali nie aku memang nak sangat RAGE..Aku tensen sampai aku rasa nak nangis pun ada. Tapi nasib baik lah aku nie ICE QUEEN, so air mata keras...
Kisahnya.
Producer aku memang ada probs ngan Editor.
Ediotor aku plak memang ada probs ngan Producer aku nie.
Dua-dua sangat emosi.
Dua-dua jantan.
so, sesi tak bertegur sapa terjadi.
Editor aku nie, punyalah marah tahap petala ke-8. Jangankan sebut nama program, apa-apa berkaitan dengan program sumanya dia tak mau amik tau dan akan boikot habis-habisan. Termasuklah aku yang tak bersalah nie. Disebabkan masalah kekurangan editor, kami terpaksa menggunakan alternatif lain.
Bila dah guna alternatif lain, walau camna sekalipun, nak mintak tolong ke apa ke, tetap kena melalui editor-editor yang sedia ada kat tempat keja aku nie. salah satunya, nak "capture" bahan dari tape ke hard disk. nak tak nak memang kena buat camtu. dan kami shooting still lagi guna tape beta yang besar tu.
Bila nak transfer, hanya ada 2 Mac je boleh guna. Sorang editor baik nie, dianya mesin memang ada password. ok fine, aku mintak tolong time dia ada je. Tapi editor aku mesin dia takde password. Untuk siapkan program raya aritu, dapatlah aku capture bahan guna mesin dia.
Bayangkan, aku yang sebelum nie terkial-kial nak guna MAC apatah lagi Final Cut Pro (software editing) boleh jadi terer sekarang nie sebab pergaduhan dorang.
ok...pengenalan dah panjang.
disebabkan 'terer' nya aku dalam ilmu capture capture bahan nie, so aku mengambil la peluang time malam untuk transfer bahan. Kalau siang, kacau dorang plak kan. Mau aku kena bambu.
semalam (isnin) - aku stayback. tunggu editor aku blah. Kul 7++ dia belum blah lagi. dua-dua editor ada kat situ. bila dia nampak je aku masuk bilik tu, dengan bawak beg biru yang berisi hard disk...editor aku nie (aku bagi nama dia amad lah) si amad, terus je cakap kat John (editor baik) =
"weh, lepak lah dulu...main game seround dua, awal lagi nie nak blah"
aku dengan muka tak malunya, duduk lah dalam tu jugak. Yelah, nak tak nak kena juga transfer bahan tu. kalau tak, bila nak start buat editing. Ada lah dalam setengah jam aku duduk situ. Sambil tu aku tegur tegur lah si Amad nie. Dia langsung tak peduli aku. Malu siot. cam aku terhegeh-hegeh. Tapi bila orang lain tegur, dengar plak dia disamping kebisingan bunyi game dia tu.
pastu, aku sms kawan aku, mintak dia call aku....cover line untuk aku keluar. Malu siot kalau belah camtu je. setel..tak dapat lah aku nak transfer bahan. buang masa aku sehari.
hari nie, jam 5 aku dah blah balik. Tido jap kononnya. Kul 9.15 malam aku gerak pi opis dengan harapan amad takde dan bilik tu kosong. Tempat si amad nie agak tersorok sikit, so kita kena bukak pintu dulu, baru nampak dia ada ke tak. aku dengan kompidennya terus lah terjah masuk bilik tu.....jeng jeng jeng. dah boleh agak dah kan, amad ada. SIOOOOOOOOOOOT.
aku terkaget sebentar.
dia terkejut.
aku relax je tegur dia.
dia tak balas.
aku tanya soklan lagi...
dia tak jawab.
aku malu...
dia buat dunno.
aku sms kwn aku...mintak dia call...
kawan aku tak balas.
aku tembak kawan aku nie..
kawan aku call dengan paniknya.
aku buat-buat sembang ngan kawan aku.
pastu aku blah sembang kat bilik lain. aku sembang ngan kawan aku dlm 20 minit. dengan harapan biarlah amad balik dulu...dan, aku pun gerak lah pi mesin dia.
JENG JENG JENG....cuak kali ke-800...kali nie memang aku carut habis-habisan lah amad nie.
pasal apa tau....pasal dia letak password kat MAC dia tu...setan tul lah. aku memang habis-habisan rage nie.....
RAGE ENTRY TIME:
apahal nak letak password bagai...itu harta kerajaan kot. kalau ada masalah ngan producer aku tu, apa kaitan ngan aku plak. kalau ye pun ko taknak amik tau pasal program aku nie, takyah aaa sampai nak libatkan sosial. aku dulu antara yang keluar lunch ngan ko kot. ko taknak tolong keja aku. FINE. aku paham. tapi sampai dengki taknak kasi aku siapkan keja aku terus nie apahal. aku buat sendiri. time aku sendiri. tak melibatkan ko sekulumit pun, apahal plak ko nak buat perangai camtu.
ko taknak tegur aku? apa salah aku pulak? sebab aku still lagi dalam program tu? hello, aku nie budak baru dalam production tv. kalau aku hebat, diva, no hal lah jugak aku boleh request nak buat program lain. nie tak....dalam sakit hati, terima je lah. yang ko nak emosi sangat tu apahal. Tau lah ko hebat, tapi tak yah lah nak kobar-kobar sangat belagak.
ieeee...tak paham betul lah aku perangai jantan sekarang nie. emosi kacau kalah pompuan. tu lah hormom estrogen tak terlepas, terperangkap dalam body. camtu aaa.....
aku memang OUT OF MY MIND marah gila-gila ngan semua orang sekarang nie.
ye lah...
aku akan happy-happy balik cam dulu.
dont worry ya guys.
harap-harap buah pelam dapat tolong aku lah...=)
OUT OF MY MIND bila mood swing...sapa boleh tolong aku lupakan masalah aku nie. benci lah, aku sendiri penat dengan diri aku....!