Mar 19, 2009

BILA HIDUP HURU HARA


Masak benda nie pun boleh jadi rentung?
Anak dara apa ko nie hah?


...Hmmm....

Apa agaknya fikiran orang tengok makanan rentung di atas? Ya, aku pecaya, ramai yang pikir, aku tak reti masak. Benda yang senang macam tu pun boleh rentung. Aku tak kesah. Yang penting perut aku kenyang. Yup kenyang.

.
.
.
.
.
.
.

Aku akui..aku bukanlah boleh dikategorikan pandai masak sangat. Sekadar aku nak makan dan orang-orang yang tak cerewet boleh lah. Takde la terer macam makcik-makcik.

Benda yang rentung di atas adalah ayam slice. Aku cadang nak makan dengan maggi. Hakikatnya aku memang hantu maggi. Tak kiralah kalau aku pi makan kat kedai yang banyak pilihannya. Aku tetap pilih maggi. tu pun kalau aku rasa boleh masuk lagi lah. Meggi tomyam dan meggi goreng ayam.

Ayam slice tu rentung sebab aku masak dalam bekas di bawah ini.



Sian aku kan...masak pun pakai rice cooker lagi.


Dulu time dok asrama aku and the geng selalu masak guna rice cooker. Bila kitaorang habis study, periuk rice cooker dah sampai herot berot dah punggungnya. Langsung dah tak boleh pakai. Bila ada spotcheck....rice cooker nie disorok dalam bilik mesin yang pastinya ditimbun dengan baju busuk kitoarng. Memori kitoarng dengan rice cooker sangaaaat banyak.

Salah satunya yang aku ingat, geng kitoarng semuanya 10 orang. 9 orang darinya budak satu course. Sorang lagi...yakni my friend Jackie, kos lain. Ada satu bulan tuh, kitoarng semua satu bilik dah kering...memang kering tahap korek tabung punyalah. Lagi 2 hari camtu baru elaun masuk. Nak mintak duit dekat family, semuanya takut....(tak tau nape semua orang xnak mintak duit extra kat family). Stok makanan yang kitoarng ada, hanyalah tepung gandum, dengan bawang.

Malam tu pulak, budak kos aku ada exam. jadi, malam tu, geng-geng aku amik exam, jackie tinggal sorang dalam bilik. Balik je, dia buat suprise kat kitoarng. Tadaaaa....dia dengan rajinnya dah buat cucuq bawang (orang sini panggil jemput2 bawang kot). Kitorang yang dah letih makan maggi, semuanya menjerit cam hapa lagi. Happynye dapat makan cucuq. Even, simple nak mampus, tapi sedapnya.....huh....tuhan je tau. Thanx mummy jackie. (Dia sangat bangga sebab dapat buat somthing yg kitorng happy sangat. Sebab takde duit je time tuh....hehhehehe)

Motif kat sini bukannya aku cuba nak mengembali memori zaman study. Tidak sama sekali. Cuma meng'apply' kembali cara survival ini...Takdelah nak masak fancy-fancy pun. Masak meggi je. Tu pun lepas perut aku dah separuh kembung makan Meggi rendam. Adoi...



Gambaran dari dalam rice cooker.
Macam nie tau nak masak, adik-adik.




Dah...tak payahlah nak simpati dengan aku lagi. Aku bukannya takde dapur. Tapi puncanya.....

.
.
.
GAS HABIS !!

Dah 2 minggu. Bila pi kedai bawah umah, asyik pompuan warga luar tu cakap, gas takde, bos tak ambik gas, saya tak tahu nape bos tak mau ambik gas. Aku dah hampir nak letupkan kedai tu dah....nasib baik aku buzy pikirkan hal lain. Tekak aku pun dah penat makan luar...huhuhu.

Tapi jangan risau. Tika aku type nie, gas baru je sampai. Semuanya atas jasa baik pakwe MizzyN (yup...dia dah ada pakwe). Dia telah bersusah payah bawak tong gas kitorang, pegi cari kat kedai luar. Nasib baik ko pakwe kawan aku....kalau tak dah lama aku ngorat....ngeh ngeh ngeh. (jangan risau ye mizzy.)



Yummy...sedapnye maggi ini. Perisa tomyam lagi.



Semua keja aku kt office dah beres. Gas dah ada. Yup...idup aku dah back to normal. OUT OF MY MIND!

8 comments:

mizzy N said...

sama-sama daun keladi. lain kali suruh shimmy housemate pulak beli gas heh heh heh.

mizzy N said...

aku ingat cubaan memasak roti dalam rice cooker mula-mula tu.

Oh gas sangat payah nak jumpa. Tapi yang bestnya cari drive through pun boleh nampak dah sebab orang tayang kat luar kedai.

thoyol said...

wanita agung..

hahaha...

Eliz said...

Hahahaha aku bangga giler!!! Makacih!! Makacih.. haahah kenyang korg makan masakan aku... But hey peeps.. minah nieh dulu expert masak tom yam. Time tuh tom yam dier paling sedap ahhah dan semestinya aku sgt seronok sbb aku selalu memasak ngan dier.. ngeh ngen

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
nak harap shimmy....kim salam lah. Tadi cek post box, ada orng ltak flyer gas...ces, napa la aku x cek smlm. xde le susah mr.P...dah la murah plak tu.

Thoyol:
thanx mr. thoyol. wanita agomng selalunya mesti tahu survive di kala susah.;P

eliz:
thanx jackie. tomyam aku still ump cam dulu. Meh la umah...boleh aku masak. Ko beli la barang2nye...boleh?...hehehe

mizzy N said...

sebab tu la kena cek surat hari2

Eliz said...

ngarrrrr.....malas nak beli bahan!! ngeh ngeh

ouT oF My MinD said...

eliz:
ooo mkn free ko nak ek....banyak celita muka ko.

Total Pageviews