Cerita nie buat aku tersenyum sendiri. Of course, 1st person aku kongsi cita nie pastinya dengan jackie bon bon. Dia punya la suka...gelak tak hingat. sabar je lah...
Aku jumpa dengan kak Honney di seberang jambatan semasa mengambil fax. Dan dia ingin bertanya sesuatu dengan aku.
kak Honney (KH): Hang ada pakwe tak?
Aku: Hah?...aku...? takdak. Awat?
KH: Hang single la nie...betul takde pakwe nie.
Aku: a'a..ye la aku single lagi. takde pakwe langsung. nape?
KH: nie aku nak bagitau hang, ada orang nak kenal ngan hang. nak kawan ngan hang.
Aku: oooo....ye ke. Sapa? Awat dia tak cakap kat aku sendiri? Orang radio ke tv?(aku dh tersengih cam kerang busuk)
KH: Orang _____. Dia suruh aku tanya dulu. Mana tau hang dah ada pakwe. Dia suka kat hang sebab hang orang utara. Hang nak kenai tak?
Aku: la...sebab aku orang utara je. Lain...??
KH: lain aku tak tau. Hang nak kenai ke tak?
Aku: aku nie kak...aku cakap dulu la, aku tak minat orang kerajaan. dan lebih spesipik, aku tak minat orang satu tempat keja.
KH: oooo...takpa la. kalau hang tak minat. betui hang tak mau kenai dia dulu?
Aku: sapa kak...hang bagitau la. Nak tau gak....
KH: Ala...budak yang kita sembang hari tu. Sebelum nie dia dah nampak hang banyak kali. Tapi dia tak berani nak tegur. Tak terbukak hati lagi. Tapi lepas sembang aritu, dia baru tebukak mata. Dia rasa hang ok. Pastu bila hang terserempak ngan dia, hang senyum kat dia. Takdak la buat tak kenal. so, dia pikir hang tak sombong pun. mesra. Sebab tu dia nak kawan ngan hang.
(ini bukan ayat tekan butang lif, naik sendiri. tapi Kak Honney yg cakap ye.)
Aku: Hmmm.....ye ke.....hehhehehehe. Tak sangka aku. laku gak ek. pasai dia tak jumpak aku sendiri?
KH: dia suruh aku survey dulu. hang tak mau try ka?
Aku: Takpa la kak, sebab aku tak minat orng kerajaan, aku tak mau la try. Kalau tersangkut payah kak. Sian pulak dia nanti. Lagipun aku nie hipokrit. Kat opis orang tengok aku baik. Tapi kat luar aku nie setan. Sian budak tu nanti terkejut.
KH: Ala hang bukan bunuh orang ka. perompak ka....
Aku: Takpa lah. Aku tengok dia pun innocent je. Sian dia pulak. Lagipun dia orang kerajaan. Hang cakap je kat dia aku dah ada pakwe. Tak payah la cakap aku tak suka orang kerajaan. ok.
KH: oklah...hang lepas nie jangan dok pandang dia semacam pulak. Sian dia.
Aku: relax aa kak...aku nie kan brutal. Apa hal plak aku nak pandang semacam. buat biasa dah la.
KH: oklah....
hehehhehehe.....tak sangka aku. tak sangka....buah cempedak jadi nangka....hahahhaha. aku bukan gelak kat budak tu, tapi gelak kat diri sendiri. adoi la....sebab aku tak pernah bekecimpung secara serius dlm bab-bab nie. Malunya aku time tu rasa cam orang nak masuk minang je...
Tapi betul ke cara aku tuh, sebab aku tak minat dengan orang kerajaan tambah lagi satu tempat keja, eloklah aku tak start or try nak 'kawan'. Pandangan korang camna...???
OUT OF MY MIND rasanya sebab ramai kawan aku cuba jadi cupid.
6 comments:
weh psl dia org kerajaan? gila punya prinsip...
hmmm....biarlah org kata aku gila. Sebab aku tau camna keadaan dlmnya. memang xleh judge semua orang cmtu. Tapi 98% adalah sama je.
dan kalau dia bukan tipikal gomen, orait je...tp...
pakcik setuju dengan kamu. ada pro kons dia keja satu pejabat. time bercinta mungkin takdak masalah. tapi bila dah kawen. susah o0o0
oOoOoO
i have to agree with NY.. mmg line gomen tak masuk arrrr
ko kan kata dah masa nak ada bopren dulu. tapi di ketika umur begini memang kita menjurus ke arah nak bopren untuk serius je kan. bak kata kakak aku lagi bercinta untuk kahwin. bercinta 4, 5 kali pun semua nak mencari that guy.
Post a Comment