Mar 4, 2009

TRAGEDI UJUNG BULAN FEBRUARI

...Hmmm....

Cerita nie patutnya di post minggu lepas. Tapi memandangkan asyik error je, aku menunjukkan keganasan aku dgn terus mendelete posting tersebut. Pandai tak aku? dan arini aku terpaksa type balik kisahnya....huhuhu. padan muka aku. ini ceritanya...

Last week, 3 hari berturut-turut bos aku membuat amukan puakanya dengan memberi silent treatment kat staff-staff dia yg seramai 6 orang nie (bayangkan 6 org je dia tak dpt nak uruskan). Selama 3 hari itu kami hidup dengan bermaharajalela dengan happynya. Buatlah apa pun, bos kami tidak akan ikut serta. Hatta nak melihat wayang di siang hari. Gempak btul time tuh. Geng-geng lain lagi selamat, sebab berpeluang pergi ke kantin dan mengutuk beliau sesuka hatinya tanpa ragu-ragu.

Puncanya...kami sendiri tak tau apa sebabnya. Tetiba datang office hari isnin last week, dia terus menonong masuk biliknya. selalunya dia lepak kat luar bawak gossip-gossip or merungut-rungut itu dan ini. Tapi hari tu tak macam hari lain. Aku seperti biasa buat tak heran. Kengkawan aku pun buat tak heran. Mungkin gaduh dengan laki dia pagi tadi kot. Lantaklah.

Hari Pertama = tiada siapa peduli

Hari Kedua = Masih muka asam kelat lagi. Kami membuat tuduhan terhadap engkau dan aku. Mungkin engkau yang berdosa. Tapi masih kami tidak pedulikan dia. Kami happy saangat....

Hari Ketiga = waaaahhhh...extra kelat dia hari nie. Macam buah kelubi yang muda dibuat jeruk.

Kami mula membuat teori. Antaranya, sebab kami bagi markah sikit untuk penilaian kat dia. Kami pi meting lupa nak bagitau dia. Kami lupa jemput dia makan. Kami bersuka ria tanpa menjemput dia merasmikan acara suka ria itu...dan macam-macam lagi.

Tapi 2 jam kemudian, 'akak kecewa' (nanti aku cerita pasal akak kecewa ini) sebelah meja aku terfikir sesuatu. Katanya, adakah kita telah melupakan besday boss. Kami semua bertanya bila besdaynya. "hari sabtu arietuh" kata akak kecewa. Aku dengan sepantas kilatnya cuba menyiasat..dengan menghantar message di facebook. (kelas tak aku. bercium molot dgn boss melalui facebook).


aku antar



dia balas



hahahahhahah.....Gelak besar aku. siap aku print bagi kat semua kengkawan aku lagi. Dorang pun gelak sama besar ngan aku. Sadis betul.

Pastu dorang ngusik-ngusik manja ngan aku yang mengatakan boss aku paling marah dengan aku and nurul (budak baru masuk) sebabnya time besday kitoarng arie tu, dia bagi adiah, time dia langsung kitoarng tak ingat. Aku just balas, what the hell...sapa suruh dia tak ingatkan kitoarng besday dia bakal menjelma. Boleh kitoarng buat pulut kuning, ayam panggang dan kenduri pisang.

Nak ingat besday orang, program aku pun slalu kena log sebab salah tarikh, inikan pulak tarikh-tarikh penting orang yg xde kepetingan dalam hidup aku...(log = log adalah laporan sekiranya terdapat masalah dengan program yang disiarkan atau yang berkaitan. Dan ada seoarng DJ yang malas, suka sangat log aku).

Buat apalah nak OUT OF OUR MIND sekirang takde orang ingat besday anda. Renung balik, kenapa orang tak ingat tarikh penting dalam sejarah idup anda keluar tengok dunia.

*hari keempat = bos aku cakap rugi dia merajuk, takde sapa memujuk. hahahha...mengong tul. Takde masenya kitoarng nak memujuk ko. Banyak keja lain lagi boleh buat. Dapat apa pujuk ko.



7 comments:

Naddy said...

huk alo, so tak matang/mengong sebab orang tak ingat besday dia. aku rilek je beli beday kek sendiri untuk jamu orang dan ko pula belanja kami makan. tapi ada pulak yang kata caa itu, lantaklah kan daripada kita out of my mind sebab nak harap orang lain hepikan kita. kitalah penghappy diri kita sendiri. hepi belated plas 1 bulan pada ko ;-P

Naddy said...

ada gosip pasal AKAK KECEWA... ni kena tunggu ni. tak sabar nak baca ruangan gosip nie.

JohnJenin said...

wakakaka bos pon sensitip. drama sungguh. Pakcik budget mula2 korang bagi penilaian rendah kat dia. padahal kes besday saja. Muahahaha

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
itulah...kita seharusnya belanja mak kita yg bersusah payah meneran kita kluar utk melihat dunia. bukannya meraikan kita. untuk ayah pun jgn lupa walaupun fungsinya......???

johnjenin:
hahahah....sadis kan bos aku. lg sian bila dpt anak buah cam aku.

thoyol said...

aku selalu nyanyi sindri2 jer utk diri aku.. huhu..

sanna hiswa ya jamil...

*kesat air mata*

ouT oF My MinD said...

thoyol:
siannya...takpe nnt besday ko, aku antar kad bsar2 tuh...siap yg ada lagu lgih.

Eliz said...

ko nyer boss tuh ader syndrom la... mati aku kalo dpt boss cam tuh..hari2 nak kena beri kasih sayang and attention.. kucing pun lontar dulu time college!

Total Pageviews