Mar 9, 2009

AKU NAK MASUK AMAZING RACE

...Hmmm.....

Aku bukak Forum.cari.com.my. Lokasi fav aku utk baca gossip artis malaysia. Ya, aku memang suka baca gossip artis nie. Aku tak tau napa. Bukan artis Malaysia je, Hollywood pun. Ko tanyalah apa pun, aku pasti tau pasal gossip tuh. Even bila aku dengar Hitz.fm bila si Richard dengan nada gaynya menceritakan pasal gossip artis Hollywood pagi-pagi, aku dah tau sehari lebih awal. Tapi selalunya aku just kongsi cerita gossip ini bila orang bertanya sahaja. Kalau tak, aku simpan utk pengetahuan diri sendiri dan kadang-kadang bila orng sekitar aku bercerita pasal gossip-gossip tersebut aku just senyum sinis..sebab diorang baru nak tau....kesian..hehehhe.

OK....aku bukan nak bercerita pasal pengetahuan 'luar biasa' aku pasal gossip nie. Tapi pasal bila aku bukak ruangan gossip tersebut, gossip apa tau yang banyak keluar...Pasal budak-budak hingusan AF. DUH...DUH...DUH....kalau budak2 AF yang sebelum2 nie aku tak kesah sangat. Tapi nie tak....AF7. Bayangkan...belum jadi bintang, baru je terpililih tu pun belum tentu lepas konsert first, dioarng dah ada gossip. Dan lagi...gossip dioarng tu tersenarai dalam gossip artis Malaysia pulak tuh. Gila ka apa...senang giler nak dapat title artis kat malaysia nie. Memang betul la, cakap kawan aku, artis Malaysia nie tahap tepi longkang je... belum apa-apa dah digelar artis...uweekk..muntah aku.


nak merasa pakai jubah konvo dengan cepatnya, sinilah tempatnye.


Dah la tu...ada jugak forumer-forumer yang awal-awal lagi dah meroyan, letak avatar dengan pic budak2 AF nie. tah apa-apa. Nak gelak aku. Taksub betul.

Pada aku la, AF memang top, memang boleh popular cepat, sebab audience dia mostly malay. Dan AF nie seolah-olah macam dalam cerita SLUMDOG MILLIONAIRE. Cerita harapan semua orang yang ingin lari dari belenggu kemiskinan dan ingin rasa cepat kaya, popular. Cara yang cepat pastinya masuk AF. Kalau untung jadi MAWI. Kalau malang jadilah FAIZAL...huhuhu.

Pada pendapat aku, peserta-peserta AF dengan One In A Million dengan Amerika Idol sangat berbeza. Setakat ini aku follow One In A Million dan America Idol. Belum lagi tengok AF. Tapi kalau nak dibandingkan dengan lepas-lepas, tahap AF nie jauh lebih rendah dari segi bakat. Ada yang betul-betul talented dalam AF nie, tapi jarang yang menang. Contoh aku ambik Amelia. Suara minah nie sedap. Ini terbukti dalam One in A Million. Tapi dalam AF dulu, sedap jugak. Tapi biasa la, voter lebih utamakan yang ada rupa extra dan aura. Entahlah.

Tapi pertandingan realiti camnie sebenarnya membuatkan ramai lagi la student2 kita berimpian nak jadi artis. Tak kira la pelakon ke, penyanyi ke, pelawak ke apa ke. Buat apa belajar rajin-rajin. Tengok Mawi, Siti, Nabil, apek......ok je, kaya je, best je. Tak caya, buatlah survey kat sekolah-sekolah, mesti impian dorang kebanyakan camtu.


Kalau korang rasa korang mampu buat lawak pandai, ada talent, masuk la kat sini.


Aku berani cakap macam tu sebab apa tau, sebabnya aku dulu ada seorang kawan cita-cita dia memang nak jadi model. So, dia hanya menyiapkan diri dia untuk bergelar model saja time kitoarng sekolah menengah dulu. Dulu belum lagi wujud realiti tv. Aku akui, memang dia cantik. Dan dengan kecantikan dia ni, dia tak kisah SPM dia dapat berapa dan duduk di kelas corot sekalipun. Katanya, nak jadi model muka kena cantik saja. Aku yang memang masih lagi duduk bawak tempurung, dengar aje. Manalah aku tau apa requirement nak jadi model. Dan aku dulu pun tak pernah memimpikan kerja tempat sekarang sbb aku tak tau apakah requirement kerja ini nak dari aku.

Tidak macam budak-budak sekarang. Nak jadi artis, tau mana tempat nak tuju. Untung dioarang. Tapi sayangnya, diorang tak tau dunia di dalamnya macam mana. Tengok je la Tom Tom Bak. Budak-budak nie terer giler nyanyi. Siap ada vibrato, falseto segala (betul ke term aku nie?). Yang menari lagilah. Malu aku sebab tak boleh buat cam dorang. Tak salah diorang nie nak tunjukkan bakat dorang dalam tom tom bak tu. At least diorang boleh belajar menonjolkan diri sendiri dan berani. Confident. Tapi harapnye, takdelah bercita-cita nak jadi penyanyi, pelakon dan macam-macam pe lagi....kalau betul ada bakat, talented tahap kate winslet, Leonardo aku tak kisah. Nie setakat boleh besar-besarkan mata, tak payah la.

Dulu dalam cerita ibu mertuaku, nak bersuami/isterikan orang seni nie, jangan haraplah. Tapi sekarang, siap canang satu negeri lagi....huhuhu.

Aku OUT OF MY MIND sebab tak boleh nak masuk Amazing Race...

3 comments:

F I Z A F E said...

weh, kalau nk masuk amazing race ajak aku...
ajak aku g buat personal loan dulu, duit deposit hehehe

Anonymous said...

Sudah pastinya tugas kita ialah duk depan tv tengok AF7 sambil mengkritik. Tengok je bukan mengundi pun.

Naddy said...

kalau nak masuk kena mintak izin ksu dulu tapi sebab kena rahsia so kena mintak cuti tanpa gaji dan kata nak menjelajah ke seluruh asia.

amazing race malaysia pun aku tak habih lagi.

Total Pageviews