Sep 9, 2009

WAITER KURANG AJAR....SIAP KO!!

....Hmmmm....

Semalam aku pergi bukak puasa di satu kementerian nie. Salah satu acaranya, pastilah mengkayakan anak-anak yatim. Aku bukan nak cerita pasal kementerian nie, tapi nak cerita pasal kebodohon mamat catering yang dok hidang juadah bukak puasa nie.

Majlis nie buat kat satu dewan institusi. So, takdelah grand sangat macam kat hotel. Dah tiba masa nak bukak puasa - yang ada atas meja air oren - gado-gado (pecal ke nama lainnya?) - ayam goreng - tempe goreng cili - kuih muih. Itu je. Nasik takde. Semua meja camtu.

Majoriti dalam dewan tu adalah anak yatim dan orang miskin yang diraikan. Mereke-mereka nie memang dibawa jauh nun dari utara timur dan selatan.

Nak dijadikan cerita. Bila dah boleh bukak posa, pakat makan la kuih dulu. Lepas tu, orang-orang kat table aku dah start ambik ayam goreng dan lauk-lauk yang ada tuh. Sampai lincin jugak la....Dalam pemikiran kami, ini mungkin chinese style. makan lauk dulu...nasik kemudian.

Sama jugak la dengan table anak-anak yatim tu. Dah lapar, makan lah apa yang terhidang. Sekali lepas sembahyang magrib, budak-budak tu ditegur dengan kasarnya. lebih kurang camnilah ayatnya :

"kenapa korang makan lauk nie. Mana ada lauk lain dah nanti...Lauk nie nanti nak makan dengan nasi. kalau dah habis takde tambah-tambah dah..."

Anak-anak yatim tu terkebil-kebil bijik mata. Letak la balik lauk tu.

Gila ke apa. Dah la jam 8.00 dah, nasik tak sampai lagi. Kuih letak 10 bijik je satu table. Sapa tahan beb...tambah budak-budak. Mau aku gi cepuk je muka waiter tu. Nasib baik la, bulan puasa...kalau tak...dengan tenaga aku yang banyak, mau kena mamat tuh.

Dan paling tak logik. Ada ke di Majlis Bukak puasa peringkat Kementerian yang dihadiri oleh menteri - lauknya 3 jenis je. Ayam goreng - tempe - daging masak lemak. Biar betul beb. Kedekut sangat ke kementerian tersebut. Tau le kementerian yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan luar bandar. Tapi takkan la, makanan pun daif benar. Memang la patut bersyukur. Tapi still tak patut. Kesian kat budak-budak.

OUT OF MY MIND bila tengok kejadian tu. Rupanya bukan budak-budak je kena tegur camtu, geng reporter meja sebelah pun kena gak....huhuhu. sadis. Oh ya, geng kami akhirnya makan nasi dengan lauk daging masak lemak je....sebab lauk lain dah selamat dah...hehehehhe. Balik makan maggi...

14 comments:

DrSam said...

memang ramai yang daif adat dan sopan dikalangan kita. Anggaplah itu semua dugaan yang menguji kesabaran dibulan yang mulia ini.

mizzyN said...

dahle semua media yang ada tuh, dah jadi mcm debat perdana dah.

ps - nasib baik ada megi. makan biskut kering pun gembira juga.

ouT oF My MinD said...

drsam:
itulah...saya tak paham. konsider la sikit perasaan budak2 tu. kesian diorang...ada ke pi marah2 camtu.

mizzyn:
itulah...kalau tulis dlm paper, sian la menteri tuh. mampus sprm mesti pi siasat. lauk x banyak...tp harga mahal (saja buat spekulasi...). hehehhehe

mizzyN said...

lauk sedap tp lagi sikit daripada lauk dining hall tu....

anyway marilah join

http://mizzyn.blogspot.com/2009/09/jomlah-join.html

intan izani said...

bace pun dah terasa hampeh nye
nape la tak ckp awal2
sian bebudak tu...

TuRf 'n' PoWeR said...

ko tgk tak kat meja VIP...takut nak bodek menterinye pasal....ada 150 jenis lauk kat meja VIP....yang lain..gamaknya 3 dah cukuppp....

Hazrey said...

Babe, there is nothing wrong for you to reveal the name of the kementerian here. Biar diaorang tahu.

ouT oF My MinD said...

turfnpower:
tak sempat pulak aku nak jeling. tp cam nikmat je lauk kt VIP table tuh...

hazrey:
kementerian wilayah dan luar bandar. shapie apdal

TuRf 'n' PoWeR said...

lain kali ko angkat kerusi ngan pinggan duk sebelah pak menteri....cakaplah ko pun tetamu VIP gak....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe picture software, [url=http://bariossetos.net/]make windows 98 look like vista[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] windows xp software to buy cheap oem software for
office software programs [url=http://hopresovees.net/]storm educational software[/url] academically discounted software
[url=http://bariossetos.net/]adobe photoshop cs4 extended registration serial number pc[/url] buy educational software
[url=http://bariossetos.net/]academic price software[/url] Adobe Creative Suite
software reseller opportunities [url=http://vonmertoes.net/]buy chess software[/b]

Anonymous said...

The writer of ny-mind.blogspot.com has written a superior article. I got your point and there is nothing to argue about. It is like the following universal truth that you can not disagree with: Every major celebrity will have at least twelve fan pages hosted on GeoCities. I will be back.

Total Pageviews