Sep 29, 2009

APA ADA DALAM RADIO?

...Hmmm....

Dalam satu stesen radio - tidak semua staf yang mengatakan dia kerja radio itu adalah DJ (Disc Jockey? - salah term nie sebenarnya), RJ (radio Jockey? - jugak salah termnya).

Di ulang, tidak semua yang bekerja di radio itu adalah juruhebah.

Disebabkan ketika nie aku sangat rajin nak menaip, aku nak explain sikit peranan-peranan orang dalam radio dan disebalik radio. Ini di stesen tempat aku kerja ya... aku tak tahu pasal stesen lain.


Pengawal Stesen dot dot dot
pengawal bukan pegang tombak. aku sendiri tak tau kenapa term pengawal digunakan. Tapi, pengawal nie lah yang mengawal selia stesen radio. Senang kata - BOS BESAR satu-satu stesen radio tu.

Ketua Bahagian Rancangan (KBR)
Ini orang kedua dalam stesen. Beliau bertindak menyusun jadual kerja juruhebah-juruhebah nie. Juga menjaga program-program di bawahnya. Kiranya, anak buah dia lebih rapat la dengan KBR nie...senang nak mintak cuti. Senang nak tukar jadual kerja.

Penyelia
Kerja dia selia. Selia program-program yang dibawah stesen mengikut bahagian-bahagiannya.

Penerbit
Kerjanya menerbitkan program-program yang telah dirancang atau program-program yang memang disiarkan di radio. Contoh: Drama - penerbit inilah bertindak untuk mencari skrip, membuat rekoding dengan pelakon, editing - pendek kata dari A sampai Z, penerbit nie lah yang buat. Setengah-setengah stesen radio, suara penerbit nie jarang kedengaran. Nama dia pun dengar tak dengar je.

Contoh: "Sekian dari penerbit drama hari ini, Fauziah Sidek". Dengar tak dengar je nama penerbitnya. Padahal dialah yang bersusah payah menerbitkan drama 15 minit, nak terbit 15 minit tu pun, ambik masa 2 hari tau....bukan senang. Pendek kata, penerbit nie tak pernah diberi lime light. Bila penerbit menang anugerah...habis semuanya di ungkit.

Kerja penerbit juga best, boleh jalan-jalan keliling dunia.....

Juruhebah
Nak cerita jugak ke? hidup dioarang tak macam orang sangat. Kalau tugas tak ada time khas, terpaksalah mereka nie menyesuaikan dengan alam. Kerja time orang dah balik, orang pergi keja, dorang tidur....camtulah. Kengkadang payah giler nak jumpa dioarang nie. Lain dari duduk di konti main lagu, cakap itu ini serba sediikit dan mainkan program yang penerbit dah siapkan, tugas dorang jugak kena buat susunan lagu. Lagi satu...tugas dorang kompem la menjadi ikon stesen. muka dorang nie menjadi hiasan surat khabar dengan billboard....

Pengulas
Bukan calang-calang orang yang boleh buat ulasan nie. Silap kata, habis. Pendek kata, protokol semua kena arif la. Fakta-fakta kena jelas. Ulasan yang dibuat juga mestilah padat. Tidak meleret-leret. Pengulas-pengulas nie lah yang selalunya ada di majlis-majlis yang melibatkan Agong, PM dan TPM dan juga menteri-menteri yang berkenaan. Parlimen, Istana antara lokasi-lokasi korang boleh jumpa pengulas nie.

Nak kenal dioarang nie senang je, selalunya dengan headphone, alat-alat teknikal yang besepah di depannya, jugak kertas-kertas yang banyak giler. Padahal nak bagi laporan 5-10 minit je. Kalau majlis-majlis kecik, dorang nie selalu dengan HP, dan kertas di tangan. Cakap sambil tangan mengawang-awang.....Kerja nie best lagi mencabar. Silap kata, buatlah surat tunjuk sebab....huhuhu.

Tukang Komplen / Pemantau tak berbayar
Inilah manusia yang paling aku nyampah. Keja dia dok kat tepi radio, cari kesalahan orang. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, dia alert gila. Lepas tu, benda kecik tu dijadikan isu. Apa lagi....tadah je lah. Nie lah pengampu dan bos paling besar sekali dalam satu-satu stesen. Bila dia dah tua, suara tak lagi sesuai nak ke udara. itulah akibatnya.

OUT OF MY MIND dengan semua orang ini....kalaulah aku Sailormoon kan best...bertukarlah.

4 comments:

TuRf 'n' PoWeR said...

OOOooooooOOOoooo Gitu Ghupenya...aku ingatkan sama jer semuanya

mizzyN said...

Senarai tugas si Tukang Komplen sangat menarik tapi sbb Pemantau tak berbayar, xnak la.

mizzyN said...

oiii, tgh main tukar baju. dah joget belom?

ouT oF My MinD said...

dah joget dah pun....ponat den

Total Pageviews