Sep 21, 2009

CUAK CUAK RAYA BERSAMA OUT OF MY MIND

...Hmmmm....

Benda paling aku cuak skali bila berkumpul sanak saudara nie.....bukan sanak saudara dekat. Tapi sanak saudara setahun sekali, adalah suka buat review dan upacara tegur menegur yang sangat over. Aku rasa cam dalam kamus idup diorang kalau tak bagi 'sedas dua', tak lengkap perjalanan raya diorang.....

Pertanyaan cliche yang selalu di tanya kat aku:


  • Bila lagi nie....? - Jawapan: Esok kot.... (soalan kawin la...)

  • waaaa....dah gemuk la hang lani...sihatnya. Bila nak kurus nie? - jawapan: hello guyz, aku dah kurus selama 23 tahun, kasi la can aku nak gemuk 5 taun lagi....

  • Waaaah....dah macam artis sekarang....tudung mana? - Jawapan: Hello...tak nampak ke aku tengah dok potong ayam, potong lemang, basuh pinggan tanpa henti sebab korang datang beraya ke rumah aku. Baju raya aku pun sempat dilaram sejam je....tudung? hilang jugak la....

  • Keja kat dot dot dot kan, kenal tak Azizah/azman/wahab/ani? Jawapan: ada 5 ribu staff kat HQ je. Dalam satu level pun aku tak kenal semua orang, lagi mau ambik tau lagi 4990 orang lagi.....

  • Tak pernah dengar suara pun. Kata kerja kat radio... Jawapan: Radio tu banyak jawatan yang diperlukan. tak semestinya suara wajib keluar radio je. Suara aku sangat exklusif. Hanya bila ada event yang melibatkan PM dan Menteri sahaja, pastinya kedengaran.
  • Takde duit raya ke kat saya..?? Jawapan: takde...bab duit raya saya mengamalkan cara cina. Orang kawin bagi kat orang bujang. terima kasih.



Sapa nak komplen lagi...aku letupkan korang kot nnt.


OUT OF MY MIND bila sedara tak berapa nak kenal cuba nak tegur kita sebarang. Pastu Lagi tak tentu arah bila ada sedara tak berapa nak kenal kita rasa cam nak ngorat...;p

1 comment:

Naddy said...

"Tak pernah dengar suara pun. Kata kerja kat radio."

Suara saya eksklusif hanya setahun sekali je on air - watak orang ramai pada bunyi latar drama radio.

Total Pageviews