Mar 30, 2009

PENAMAAN CALON - BUKIT SELAMBAU, KEDAH


Banyaknye transport FRU. Takut btul aku...Orang Bukit Selambau lagi rasa gerun. Sampai dorang cakap, klau dorang nampak lori merah nie, dorang lari. Takut kena sembur...sian.



Calon bebas.


Calon bebas lagi..


Penyokong-penyokong PKR memang ramai...ramai sangat.



Lagi-lagi calon bebas.



FRU yang cuba mengawal orang ramai...rami sangat.



Azmin Ali ngan Sammy vellu bermesra-mesraan.



Azmin Ali, Mahfuz ngan Datuk Razali Ibrahim...peace!



Salam...salam...



Gelak...senyum...gelak...kami baik apa.



Sammy Velly yg masih lagi glemer.



Dato Hishammudin yg hensem.




Wah...



Sharizat Jalil....cantik aa anak akak...



Rombongan BN yang nak hantar calon.



Inilah lokasinye...best aa budak2 skolah nie, dapat cuti.



Azmin Ali ngan calon nak bertanding.




Semangat giler orang PKR.




Calonnye nie nama dia Radzi Mat Zin. Mantan Exco apa tah dibawah PKR kat Baling. Dia datang nak jadi calon. Tapi, namanye takde pun dalam senarai jadi calon. Takde duit kot. Takpe...cuba lagi lain kali.



penyokong Calon bebas nie sangat bersemangat...



Penyokong PKR. Di bukit Selambau telah ditentukan jalan-jalan bagi penyokong parti. Untuk mengelakkan kejadian tak diingini.



Calon bebas lagi....ramai ooo 13 orang beb.



Akak-akak BN yang bertungkus lumus buat kerja apa tah.



Bendera-bendera yang bakal bergantungan di Bukit Selambau....

UMNO


Hari 1st persidangan UMNO.




Media memang murah rezeki. Ada je orang nak hantar makanan.
Sampai dah tak larat sangat dah nak makan.


Align Center

Staff berita radio.. rajinnye dioarng nie.




Semua interview yg direkod, kna edit dulu b4 on air. Time nie jangan sapa la nak kacau...concentrate beb...concentrate.



Abg nie cuba mencurik perhatian orang datang kat gerai dia. Funny giler mamat nie. Bila dia jumpa aku ngan mizzyn, dia asyik tanya, kluar paper mana...bila. Bang, pic abg mampu kuar dekat blog ini sahaja. mintak maap ye tak berterus terang...




Nielah baju 'ahkak' nie jual...





Penat giler dia nie. Sian aku....



Air tajaan sepenuhnya...




Camana BIG MAC ini boleh terlepas masuk kt persidangan UMNO nie. Sedangkan kat luar dewan, banyak pameran pasal Palestine, ngan GAZA. Tetiba, ada jugak yang nak taja makanan yang tidak kena gayanya. Ada ke belanja McDonald. Tak paham aku. Orang itu tak alert atau mengong?





Nie lagi lah kepenatan. Tech nie seminggu tak cukup tidur. datang kul 7 pagi, balik kul 3 pagi. aku tak heran kalau dorang nie berdiri pun boleh tidur.




Kasut siapakah yang cantik ini?




Text ucapan dasar Pak Lah yang terakhir sebagai presiden. Nie kena simpan nie, mana tau nanti orang n ak beli dengan nilai 8 juta...hahahha.




Siapa kata Najib mempunyai daya ingatan yang kuat? dia tengok screen la....
hahahha...kantoi.




Setianya dorang nie.



Geng-geng perayu undi exco...meriah giler..


Mar 28, 2009

DEDIKASINYA AKU...

...Hmmm....

Penatnya badan aku time nie, jgn kata apa lah. Bagusnya kalau ada orang nak urutkan...kenyit.
Hari nie setlle keja kat PWTC - Persidangan UMNO-59. First time aku kena cover pasal politik nieh. Agak gelisah cam kena bara jugak la. Sebab aku kurang arif pasal dunia politik nieh. Dah la tu, nama aku dah masuk dalam list untuk siaran langsung.

Adoii....beratnya bahu aku nie. Satu benda yang aku risau, dah mesti bila aku nervous, keupayaan aku untuk bercakap dengan laju macam bullet express sangat menonjol. Perkara yang patutnya dilaporkan dalam masa 5 minit, 3 minit pun aku boleh settle. Tapi nasib baik la kengkawan aku yang dah otai banyak tolong. Thanx korang. Jasamu dikenang.

Hah....hari nie pulak, aku kena gerak pi Bukit Selambau, Kedah. Yup, lepas habis je pergulungan UMNO, aku kena drive 5 jam ke Kedah. Adoii...penatnya. Tak tau le nak kata apa. Ahad balik, Isnin keja pulak....

Adakah sesiapa yang boleh menyumbangkan kerusi Ogawa dekat aku. Jenama tak ogawa pun ok...

OUT OF MY MIND rasanya bila tak cukup staff...dah request dekat 2 tahun, tu pun sorang je dapat...aparaaa...

Mar 25, 2009

JANGAN SEDIH

...Hmm...

Kenapa lah pakwe aku tak menang? nangih
Kenapa mesti abg mata kuyu.
Aku kecewa. Kecewa sangat.
Takpe abg Mukriz. I tetap love u.cium

-catatan OUT OF MY MIND dr PWTC-

CONGRAT ROZA & JARNO

...Hmmm....

Pernikahan Roza & Jarno kat Masjid KLCC. Congrat Guys...
















Mar 24, 2009

Mar 20, 2009

WAHAI SAYANGKU, HENTIKANLAH DUGAANMU ITU

....Hmmm.....

Kita dah berpacaran hampir 4 tahun. Tapi kenapa ko masih belum berubah. masih begitu. aku tak paham.......

Aku tak pernah miss bayar bill dekat ko. Aku dah amik banyak channel. Tv kotak dah diganti LCD. Speaker pun power giler. Walaupun cerita-cerita ko berulang, aku tak kesah sangat, aku layankan aje, sebab aku sayang kan ko. Aku rasa, takde orang setaksub aku terhadap ko. Walaupun family aku di kampung tak setuju aku berdampingan dengan ko, aku tak kesah. Aku tegaskan, aku sangat memerlukan ko.

Tapi, kenapa ko masih tak menghargai aku. Kenapa ko masih nak buat perangai. Kenapa walau takde ribut, takde angin kencang, ko tiba-tiba hilang...kenapa??

Oh, ASTERUK ko buat aku OUT OF MY MIND!! Making my life richer konon....blah la.

Mar 19, 2009

BILA HIDUP HURU HARA


Masak benda nie pun boleh jadi rentung?
Anak dara apa ko nie hah?


...Hmmm....

Apa agaknya fikiran orang tengok makanan rentung di atas? Ya, aku pecaya, ramai yang pikir, aku tak reti masak. Benda yang senang macam tu pun boleh rentung. Aku tak kesah. Yang penting perut aku kenyang. Yup kenyang.

.
.
.
.
.
.
.

Aku akui..aku bukanlah boleh dikategorikan pandai masak sangat. Sekadar aku nak makan dan orang-orang yang tak cerewet boleh lah. Takde la terer macam makcik-makcik.

Benda yang rentung di atas adalah ayam slice. Aku cadang nak makan dengan maggi. Hakikatnya aku memang hantu maggi. Tak kiralah kalau aku pi makan kat kedai yang banyak pilihannya. Aku tetap pilih maggi. tu pun kalau aku rasa boleh masuk lagi lah. Meggi tomyam dan meggi goreng ayam.

Ayam slice tu rentung sebab aku masak dalam bekas di bawah ini.



Sian aku kan...masak pun pakai rice cooker lagi.


Dulu time dok asrama aku and the geng selalu masak guna rice cooker. Bila kitaorang habis study, periuk rice cooker dah sampai herot berot dah punggungnya. Langsung dah tak boleh pakai. Bila ada spotcheck....rice cooker nie disorok dalam bilik mesin yang pastinya ditimbun dengan baju busuk kitoarng. Memori kitoarng dengan rice cooker sangaaaat banyak.

Salah satunya yang aku ingat, geng kitoarng semuanya 10 orang. 9 orang darinya budak satu course. Sorang lagi...yakni my friend Jackie, kos lain. Ada satu bulan tuh, kitoarng semua satu bilik dah kering...memang kering tahap korek tabung punyalah. Lagi 2 hari camtu baru elaun masuk. Nak mintak duit dekat family, semuanya takut....(tak tau nape semua orang xnak mintak duit extra kat family). Stok makanan yang kitoarng ada, hanyalah tepung gandum, dengan bawang.

Malam tu pulak, budak kos aku ada exam. jadi, malam tu, geng-geng aku amik exam, jackie tinggal sorang dalam bilik. Balik je, dia buat suprise kat kitoarng. Tadaaaa....dia dengan rajinnya dah buat cucuq bawang (orang sini panggil jemput2 bawang kot). Kitorang yang dah letih makan maggi, semuanya menjerit cam hapa lagi. Happynye dapat makan cucuq. Even, simple nak mampus, tapi sedapnya.....huh....tuhan je tau. Thanx mummy jackie. (Dia sangat bangga sebab dapat buat somthing yg kitorng happy sangat. Sebab takde duit je time tuh....hehhehehe)

Motif kat sini bukannya aku cuba nak mengembali memori zaman study. Tidak sama sekali. Cuma meng'apply' kembali cara survival ini...Takdelah nak masak fancy-fancy pun. Masak meggi je. Tu pun lepas perut aku dah separuh kembung makan Meggi rendam. Adoi...



Gambaran dari dalam rice cooker.
Macam nie tau nak masak, adik-adik.




Dah...tak payahlah nak simpati dengan aku lagi. Aku bukannya takde dapur. Tapi puncanya.....

.
.
.
GAS HABIS !!

Dah 2 minggu. Bila pi kedai bawah umah, asyik pompuan warga luar tu cakap, gas takde, bos tak ambik gas, saya tak tahu nape bos tak mau ambik gas. Aku dah hampir nak letupkan kedai tu dah....nasib baik aku buzy pikirkan hal lain. Tekak aku pun dah penat makan luar...huhuhu.

Tapi jangan risau. Tika aku type nie, gas baru je sampai. Semuanya atas jasa baik pakwe MizzyN (yup...dia dah ada pakwe). Dia telah bersusah payah bawak tong gas kitorang, pegi cari kat kedai luar. Nasib baik ko pakwe kawan aku....kalau tak dah lama aku ngorat....ngeh ngeh ngeh. (jangan risau ye mizzy.)



Yummy...sedapnye maggi ini. Perisa tomyam lagi.



Semua keja aku kt office dah beres. Gas dah ada. Yup...idup aku dah back to normal. OUT OF MY MIND!

Total Pageviews