May 27, 2009

AKU DAN INTERVIEW

...Hmmm....

AMARAN: ENTRY KALI NIE PENUH DGN TULISAN.


Bulan depan, genap 4 tahun aku kerja kat tempat aku sekarang nie. Ramai yang dok tanya aku, camana aku boleh kerja tempat sekarang. Entah...aku pun tak tau. Jangan tanya aku camana aku terpilih. Yang pasti, aku tak hingin langsung kerja dengan _________ masa aku study dulu. Pergi interview pun sebab family aku paksa....dasat tul.

Aku budak lulusan IT. Memang dulu masa tengah study, aku berkobar-kobar nak jadi seorang programmer. Sebab dalam bab programmer nie lah aku paling handal sekali. Jangan sesekali suruh aku design web site. Aku tak kreatif....kreatif aku pun setakat buat web site stail budak-budak je. Masa kena buat assgment design web site pun, aku buat website McDonald ..memang colourful habis lah.

Aku buat entry nie, sebab rasanya dah lebih 20 orang tanya soalan yang sama kat aku. camna aku dapat kerja nie. Camana masa interview. Apa kena buat...Boring betul.

Ok....balik pada cita macam mana aku dapat kerja sekarang. Nie jugak panduan untuk orang yang nak pergi temuduga jawatan nie. Ada 3 step: Ujian bertulis, Ujian Suara, Ujian lisan (interview). Jangka masa semua sekali...dalam 5 bulan jugak la. Penapisan dibuat berdasarkan kalau lulus satu-satu ujian tuh, dia boleh pergi ke ujian seterusnya.


Ujian Bertulis.
Kacang je. Ada objektif dan Subjektif. Objektif sangat senang....tak tau pun, tembak je. Subjektif - korang kena mengarang sikit lah. Buat dua karangan, satu dalam English, satu dalam BM. Satu lagi subjektif adalah terjemahan. Terjemah text dari BM - BI, BI - BM. Aku rasa semua nie senang je bagi yang baru lepas grad. Sebab masih fresh lagi. Bagi yang senior...aku rasa, kompem lagi boleh.
Tips: silalah banyak membaca untuk buat karangan ini. Yang pasti, bukannya dia suruh buat karangan Kasut Tumit Tinggi Saya.


Ujian Suara (audition)
Masa aku kena pergi stage nie, aku masih lagi blur, apa tugas kerja yang aku mintak nie. Sebabnya, jawatan untuk lulusan IT sangat terhad. Jadi, pilihan lain, main hentam sahaja. Mana perkejaan yang bunyi best sikit, apa lagi...pilihlah.

Ok, sampai je tempat temuduga tu, aku sibuk tanya orang, apa skop kerja nie sebenarnya. Ada jugak yang pandang aku dengan muka hairan. Dalam hati mesti fikir..."camna minah nie mintak kerja, tapi tak tau apa tugasnya"...lantaklah...

Dalam surat panggilan, ada dinyatakan 5 tugasan yang boleh dipilih masa ujian suara nieh. Yang aku ingat ye...juruhebah, liputan siaran langsung, juruacara majlis, lagi dua aku dah tak ingat sangat. Aku pilih juruhebah, sebabnya yang lain aku langsung tak tau apa maknanya (dasat tak..hahaha). Untuk tugasan juruhebah, ada beberapa perkataan dan ayat yang diberi. Jadi, masa kita buat tugasan tuh, kita mestilah menggunakan point-point yang diberi tuh. Maka, bermulalah tugasan korang tuh.....ya saudara, siaran ini ditaja sepenuhnya oleh bla bla bla.....(selepas aku habis jadi DJ tah apa-apa, juri senyum-senyum siap cakap, berapa banyak Ok lah awak guna nieh)....

Selain tugasan yang boleh dipilih tuh, ada satu tugasan wajib. Baca berita. Dalam BI dan BM. Jadi, part baca berita nie kena sangat berhati-hati. Contenglah text berita tuh. Dekat mana nak pause, dekat mana nak berhenti, dekat mana nak tarik nafas. Sebutan mestilah jelas dan lancar. Jangan makan perkataan-perkataan yang disebut tuh. Dah setel...boleh balik. Tunggulah surat panggilan seterusnya dalam masa sebulan. Itupun kalau lulus stage inilah.....



Ujian Lisan
Adakah betul aku panggil nie ujian lisan. Tak kesah lah. Ujian nie, kita akan jumpa dengan orang SPA dan jugak wakil tempat ko nak kerja. Dia akan tanya macam-macam la. Ada lawak. Ada logik. Ada tak lawak. Ada tak logik.

Pengetahuan am dan juga pengetahuan isu semasa, sangat sangat penting. Kalau korang rasa jawapan korang tu tak betul, takpe, jawab je. Yang penting kita jawab soalan dan yakin. Kalau dia tanya, betul ke jawapan yang awak bagi. Cakap je, ya...senang. tak payah nak gelabah lebih-lebih. Dan basicnya, sama je macam pergi interview kat tempat lain...Dah selesai, baliklah rumah. Tunggu jelah panggilan. Sekian terima kasih.

Peringatan:
Bila dapat surat menyatakan sila berpakaian sopan, bukan bermaksud anda boleh berpakaian blouse/kemeja macam pergi interview kat swasta tuh. Tapi maksudnya, pakailah baju kurung (ini untuk perempuan. Aku rasa, lelaki takde masalah sangat). Aku masa pergi interview jawatan ini, pakai macam nak pergi interview kt swasta. Aku hampir disuruh keluar, tapi nasib aku baik, mood mereka-mereka ini baik ketika itu. Lagipun, masa aku study dulu, kitoarng di prepare untuk bekerja di sektor swasta.

Sebelum tuh, sempat diorang tanya "kenapa pakai macam nie? Ada tak u nampak candidate lain pakai macam u?"

aku jawab "Tak boleh pakai macam nie ke...Tapi dalam surat cakap, sila berpakaian sopan, saya fikir, pakaian ini sudah cukup sopan."

mereka terus tersenyum dan cakap "nasib baik mood saya baik hari nie. Kalau tak saya dah suruh awak keluar cari baju lain dah...." lepas tu...stat la interview. Kalau lah betul dia suruh aku cari baju lain, mau aku pergi office kat situ pinjam baju makcik-makcik...hehehehe

Balik umah, aku risau dan confident, aku tak akan dapat jawatan sekarang....itulah kisahnya.

OUT OF MY MIND tak aku menjawab macam tuh???

May 23, 2009

BESTNYE TENGOK WAYANG KAT GSC SIGNATURE

..Hmmm...

Semalam dapat tengok wayang dekat GSC Signature, The Garden. First time. Tengok movie Monster VS Aliens. Pakcik aku belanja. Sebab dia nak dating dengan wife dia *wink *wink.
So, aku diberi tugasan menjaga anak dia yang umur 4 tahun, Lisa.

Bestnya dapat tengok wayang kat situ. Takde langsung rasa sakit hati macam tengok wayang kat Midvalley. Sebabnya, ruang yang sangaaat luas antara kerusi kita dngan kerusi depan dan belakang. Jadi, takde masalah orang dok gedik-gedik kaki, mengganggu kosentrasi.

Ada tiga barisan menegak sahaja. Dan jarak antara barisan nie, sangat jauh....happynya sebab tak boleh dengar orang bersembang dan buat ulasan...yea yea...

Nie buat aku nak menjadi penggunjung setia kat situ nieh...



Lebih kurang macam nielah dalamnya.


Tapi ada yang tak bestnya, bila kita tengok wayang di mana dalamnya tak ramai orang, dan jarak itu agak jauh, dan movienya pulak cerita kartun yang lawak...semua orang macam keras takde respond...rasa macam hilang teruja, excited dan juga 'kemeriahan' tengok wayang itu. Ye la, part kita nak gelak, macam aku sorang je yang memberi respond yang sepatutnya....Jadi, membuat aku lepas tu, hanya ketawa dalam senyap sahaja...tak bestnye...

Tapi yang part aku tak tahan nak gelak dan sanggat comel, aku rasa adalah sebelum movie mula, aku dah cakap kat Lisa, jangan cakap dan buat bising bila movie dah start..dia faham dan angguk dan dengan tertibnya makan popcorn (sangat kedekut, sikit pun tak bagi aku..hampeh).

Tetiba, orang di depan kitaorng, berbisik dan juga mengeluarkan perbualan yang agak kuat, dan masa tu, masih lagi iklan, dia mengadu dekat aku...kenapa abg dengan kakak kat depan bercakap....aku sudah tak tau nak cakap apa.....hehehehe

budak-budak pun paham apa itu diam dan jangan buat bising...tapi kenapa kita yang besar nie macam tak faham bahasa???

Saja nak ngarut dalam entry nie, sebab jadi sangap duduk rumah seharian....OUT OF MY MIND pulak rasanya....Jom nonton Transformers di situ nanti...sapa nak join?

May 21, 2009

BETUL KE MODEL JE BOLEH JADI PENGACARA..??

...Hmmm....

UPDATE: aku berada di industri penyiaran sekarang ini. Menjadi pengulas radio untuk acara-acara besar negara seperti di Istana Negara, Pilihanraya, Perasmian-perasmian yang melibatkan PM dan TPM. Terlibat secara langsung dengan program-program pertanian. Ya, aku tau, post aku semuanya suck giler. Sebabnya aku dah bosan bercakap hal serius kerana aku sudah dikelilingi dan bekerja dengan orang yang serius dan protokol. Aku berada di tempat yang sama sudah 4 tahun. Jadi salahkan aku untuk mencuba di lapangan lain pula..???


Marahnya aku....aku sangat marah....
Al kisahnya kejadian di ofis:


KL: Weh...hang ada kawan yang nak pi audition tak? Hang kan ramai kawan yang macam model.

Aku: Audition apa...??

KL: Ala...rancangan tut tut tut tuh....

Aku: oooo...bila?


KL: Hang ada kawan ker yang nak pi audition tuh?
Sapa?

Aku: Aku lah....

KL: Hang.....

(maka gelak yang tahap dewa keluar. Bukan dia saja, ada lagi sorang akak batu api jugak join sekaki...gelak kuat giler nieh. Team akak kecewa pulak tersenyum sinis)

Aku: Awat pulak gelak..? Tak layak ke? (Nada perli nieh)

KL: Tak la...pengacara selalu good looking...ala-ala model...kan ke bila mekap muka dah lain..

Brownie: Weh...nape korang gelak kat dia. Aku sokong dia pi. Dia ada bakat apa...

Aku: Terima kasih Brownie...weh KL...bila audition tuh?
(aku memang dah cam cuak nie. Ye la..rendah-rendahkan aku)

KL: Entah...nanti aku tanya kawan aku. Hang betul nak pi ke...

(sambil muka dok senyum-senyum lagi)


Aku: Yup...(dan aku terus tulis dalam nie)




Aku sangat suka akak nie walaupun dia suka sampuk cakap guest dia.
Tak kiralah apa orang kata kat dia, gelakkan dia.
yg pasti..dia dh kaya raya sekarang.



Bengang tak? Apa, nak pergi audition jadi pengacara tuh mesti muka macam model ke? Macam mana pulak dengan bakat? Aku tengok pengacara dekat tv, takdelah semua rupa macam model. Biasa je....

Kalau betul lah, orang rupa tak model macam aku kat Malaysia nie, tak payahlah buang masa gatai nak pi audition. Kompem tak dapat.



Aku sanggat suka program nie....
Dan admire diorang punya pengacaraan - santai je.


Oprah. Jimmy Kimmel. David Letterman. Larry King. Aznil. Azwan. Zamzarina. Ally Iskandar. Adlin Aman Ramli. Ac Mizal. Mike Rowe. Mamat Mythbuster.....ramai lagi lah.

Adakah mereka-mereka ini rupa macam model? Memang tipikal melayu suka rendah-rendahkan orang. Gelak-gelak kat orang dengan jayanya kalau kita nak buat sesuatu. Aku tau, korang memang takde cita-cita. Sekadar berpuas hati di level sekarang.

Ya..napa nak kerja teruk-teruk...Dah tahap sekarang pun, kira syukur dah kan...kan...kan....

F**k lah korang berpikiran ortodok. jumud. jahil. Sebab itu aku tak kawan dengan korang....Stupid A**.




Aku jugak suka pakcik nie.
Program dia dulu hanya disiarkan di tv local sahaja.
Lepas tu, dia cuba menghantar tape audtion program dia ini (Dirty Jobs).
Nah...sekarang nie, program nie dah hits dekat Discovery Channel.
Dia juga tanpa segan silu menunjukkan rasa geli dengan sesuatu yang dia memang geli
bila dia jadi pengacara program ini




Macam mana pakcik nie boleh telan semua makanan tah apa-apa nieh?
yuck..yuck...


Rasa-rasa patut tak aku pi try audition tuh?
OUT OF MY MIND..bengang kat dorang...

May 20, 2009

SIAPA MAU PESAN MINYAK WANGI...???

...Hmmm....

Hari tuh masa aku pergi bandung, aku beli minyak wangi. Tapi bukan dalam botOl yang cantik jelita. Tapi dalam botol biasa aje. Memandangkan aku akan pergi ke Bandung lagi bulan depan, adalah orang memesan untuk tolong belikan minyak wangi nie.

Dia tanya harga. Aku bagitau...dan dia agak terperanjat. Mulanya aku ingat aku beli dengan harga mahal. Tapi rupanya...dia yang beli dengan harga 3 kali ganda dari kawan dia. oooo...rupanya kawan dia sudah 'berniaga' cukup-cukuplah dengan dia. Tak kesahlah...

Perfume nie bau dia long lasting. Kiranya sampai petang/malam pun tahan la. Jenama-jenama dia pun up to date jugak.



Barisan botol-botol minyak wangi yang pelbagai jenama.
Nak campur pun ok...
Aku dah try campur Anna Sui dengan DKNY delecious...sangat best.




Proses campuran akan dijalankan...




Macam dalam lab pulak ganyanya.




Aku beli 30ml. Mula tu, ingat botol berpenutup biasa.
Tapi rupanya, penutup yang boleh sembur tuh...baguslah.


Jadi, ada tak sesiapa nak memesan dengan aku? Ala...murah je aku jual...hehehhe.
Harga kengkawan.

May 18, 2009

SUNSET DAN......











uik...apakah yang terdampar ini...??
mintak maap ye kepada yg berkenaan. Aku sangat suka dgn pic ini...;p
psst..jgn mengaku sapa ko...

May 14, 2009

000...BARU AKU TAU MACAM MANA NAK BUAT SUSU

...Hmmm...

Rajin betul ex budak praktikal aku hantar email. Ada yang best. Ada tak. Email yang dia hantar kali nie, aku rasa nak buat kenangan dalam blog aku...Sharing is Caring...peluk















OUT OF MY MIND tak...sila ketuk kepala aku...dush..dush..dush!!

May 11, 2009

PENJARA PUDU

...Hmmm...



Teringinnya nak tengok apa yang ada disebalik tembok ini.


Tadi masa aku dalam perjalanan nak ke Berjaya Times Square, aku lalu depan Penjara Pudu. Dalam keadaan jem, sempat la penjara seribu kisah nie menjadi tajuk perbualan. Aku teringin sangat nak masuk dalam penjara nie, nak tengok sendiri keadaan dalamnya. Nak tengok bilik gantung, penjara itu sendiri dan tempat-tempat yang kita sendiri tak pernah tau.



pic ehsan Mizzyn


Alangkah bagusnya, kalau penjara pudu nie dibuka untuk tarikan pelancong. Menjadi ikon. Lagipun penjara nie dah lebih 100 tahun, mesti banyak peristiwa yang boleh diketengahkan. Dan aku percaya, geng-geng seekers yang suka mengejar hantu pun, pasti teruja nak meneroka tempat ini. Betul tak en. thoyol...? (apa cita mimaland??).





Disini aku sertakan serba sedikit maklumat yang aku copy dari Jabatan Penjara Malaysia...

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.



Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Dulu tak salah aku, ada dibuka untuk pelancong. Sekarang ada tak lagi? Aku rasa dah takde..Siapa tahu?

Apa kata, kita letak semua rempit-rempit dalam penjara pudu nie seminggu. Biarkan dorang rasa camna rasa hidup dalam penjara. Kena kejar hantu...huuuu....huuuuu (bunyi hantu camna ek)? OUT OF MY MIND tak...?

May 9, 2009

KESIAN BUDAK NIE...TAPI..

...Hmmm....

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram. - Petikan dari myMetro-

Kesian budak nie...tapi kenapa kamu memilih jalan yang bodoh untuk balas dendam. Banyak cara lain lagi nak balas dendam dik oi...Jalan dendam yang kamu pilih ini, membinasakan diri kamu sendiri. Terpaksa tahan sakit gugurkan anak, kena rogol, jadi lauk, hidup tak tentu hala...Kamu yang dok tanggung derita sorang-sorang atas pembalasan dendam yang tidak kena caranya....Sekarang nie, datuk kamu syok-syok aje terlepas amarah kamu. Kamu..dapat apa? Kepuasan?

OUT OF MY MIND bila sesuatu terjadi menyalahkan 100% mak bapak. Kenapa tak salahkan diri sendiri?

Adakah patut kita kesian dekat budak macam nie..atau pegi mampos la sama kamu????

May 8, 2009

STAR TREK...BESTNYER

...Hmm....

Silalah pergi lihat STAR TREK. Best giler. Action dia dari mula cita sampai habis. Tak rugi la. Cita dia dekat 3 jam...Tak terasa pun panjang citanya. Aku tak pandai sangat nak buat review...yang aku boleh cakap...adalah best. Nie plan nak tgk sekali lagi...


MovieWeb - Movie Photos, Videos & More



SINGLE vs DAH KAHWIN

..Hmmm....

Dua tiga minggu nie, aku selalu ditanya dengan soalan tipikal pasal kahwin...Wahhh...makin dekat adik aku nak kahwin, makin laju pulak soalan nie diajukan dekat aku..ok.aku tak kesah. aku boleh tepis lagi.

Tapi...ada satu benda yang aku sangat kesah. Aku sangat kesah, bila orang yang mengenali aku sering menasihatkan aku untuk bersuka ria selagi boleh sementara masih single. Nanti bila dah kawin, boleh settle down...cool down...what da fuck.???

Hello...guys...perkahwinan bukanlah satu bebanan atau sekatan terhadap hidup korang. Tapi satu kebebasan yang mutlak dan dapat dikongsi dengan seseoarang yang pastinya paham kita, sokong kita dan sebenarnya membebaskan diri kita ini tanpa perlu risau tentang beberapa perkara, kerana ada orang yang akan bersama-sama membantu kita...Ini pendapat aku.

Kenapa harus memandang perkahwinan itu sebagai pengakhiran hidup korang untuk bersuka ria? Untuk membuat sesuatu yang kononnya hidup single atau tak kawin aje yang boleh buat?

Pada aku...sebagai seorang yang masih single mingle, banyak perkara yang aku tak boleh nak buat. Dan kalau aku buat, of course masyarakat ortodok disekeliling aku akan memandang serong kepada aku. Tapi peduli apa aku....ada aku heran. Asal aku paham dan tau pasal halal/haram - dosa/pahala...itu sudah cukup.

Ini point-point aku betapa bezanya nak bersuka ria cara single dengan orang dah kahwin ye...
  • Ok...sebagai seorang single, pastinya kalau nak travel dengan boyfriend, 2 bilik perlu di booking...(ya...aku masih lagi memandang value yang tinggi bab ini). Kalau dah kahwin, satu bilik aje..dah jimat. Orang pun tak akan berkata-kata. Ye la, ko pergi dengan laki ko. Kalau yang single nie, cakap pergi dengan boyfriend, cakap sewa 2 bilik pun, orang tak akan percaya..ye lah, orang sekeliling aku nie kan ortodok...aku trim kening aku yg dah serabai pun, orang dah pandang serong...duh..duh.
  • Sebagai seorang yang single, protection tidak ada. Bodyguard. Kalau le sesuatu terjadi, sokongan kengkawan sahaja yang dapat diharapkan. Itu pun kalau kawan yang boleh diharap. Kalau tak...jeritlah ko sorang-sorang kat situ...
  • Membuat keputusan tentang sesuatu mungkin ada yang suka dan mungkin tidak. Perasaan tidak puas hati ini pasti wujud. Ini bagi yang single ye...Kalau yang dah kahwin, mungkin kena toleransi. Ye lah...nak jaga hati pasangan kan....
  • Bestye ada orang nak kongsi duit beli barang....Ada orang nak hadiahkan barang. Candle light dinner pun ada orang belanja...Ini bagi yang dah kawin. Yang single...ha..jangan nak ngada-ngada. Bayar sendiri la beb kalau nak. Duit seringgit pun nak berkira. Betulll...kenyataan beb. Duit seringgit itu, dikala berada di negara orang, sangaaatlah berharga.


-Honey...kita candle light dinner sambil tengok sunset nak tak...
-Ko dah buang tebiat ke hah??? Anak tu sapa nak jaga???



Apa-apa pun, yang dah kahwin, kalau rasa nak teruskan kehidupan macam single yang kononnya boleh bersuka ria tak hingat dunia...carilah pasangan yang serasi dah satu kepala. Kalau dia jenis yang pasif pun, ajarlah dia perlahan-lahan untuk menyukai apa yang kita suka. Dah namanya pun perkongsian hidup. Bukan kongsi bab itu aja....segalanya kena kongsi lah..

Lagi satu...pada pandangan aku, kenapa bila kita dah kahwin, kita perlu berubah dari menjadi diri kita? Kalau betul dia itu sukakan kita, dia perlu menerima kita seadaanya...bukannya diri kita ini dibentuk untuk mengikut corak dan arah yang dia nak...

ya...aku memang tak kahwin lagi. Senang cakap. tapi apa aku peduli...dan jangan sesekali bercakap, "nanti ko kawin, ko tau lah..". yup...aku tak tahu aku macam mana in da future. Mungkin juga menjadi golongan yg kena cucuk hidung...tapi harapnya tidak lah...!!!

Betulkah apa yang aku perkatakan ini...???



Baju ini tiada kaitan dengan cerita...tapi untuk bakal pakwe aku,
sumpah...aku pernah kurus...hehehhee


OUT OF MY MIND nya tengok couple tua yang bercuti di Bali, sambil berpimpin tangan...soo sweet. aku nak macam itu, bila tua nanti...itupun kalau laki aku rasa aku tak buang tebiat la...huhuhu

May 6, 2009

YIPPIE...YIPPIE

...Hmmm....

Sepatutnya aku merahsiakan dulu berita ini...Tapi bila gembira dan teruja mengusai diri, aku tak dapat nak bendung kegembiraan aku nie..!!!!

Tiba saja kat airport, on aje hp, aku terus dapat call....mula tu aku agak kompius...tapi bila semuanya dah masuk dalam otak, kat tempat ambik beg tu jugak aku loncat-loncat dan menjerit kegembiraan...hahahhaha. Pedulikan semua yang memerhati, kerana...:

PROGRAM TERBITAN AKU MENANG AWARD YANG BERNILAI RM4K.....yea...yeamenari

OUT OF MY MIND sebab nak dapat duit...hahhaha. Bukannya sebab nak dapat award tuh. Baik tak hati aku berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang...(bukan duitnya ye...hehehehe)???jelir

May 4, 2009

YEA...YEA...NAK BALIK MALAYSIA DAH...!!!

...Hmmm....

Esok pagi balik ke negara tanah tumpah tercinta. Tak sabar nak minum teh ais dengan makan nasik lemak....nyum..nyum.

Itulah benda pertama selalunya yang paling aku teringin sgt nk makan bila dah jejak kaki kat Malaysia....

Jadi siapa yang sudi nak belanja aku teh ais ngan nasik lemak nie?
Sekali-sekala apa salahnya belanja orang yang OUT OF HER MIND cam aku kan.....

pssss - mizzyN. thanx ya. T-shirt buluh bewarna jingga bakal menyusul....

May 3, 2009

POSTO DARI BALI - MIZZY N PLZ ALERT...!!

...Hmmm....
Aku memang tak dapat tahan kegatalan aku mencari internet. Ketagih seh. Dengan kadar bayaran Rp1200....aku gagahkan juga ngadap benda ini. Tapi disini ingin aku sampaikan pesanan kepada yang berkenaan:
  • mizzyN - tolong contact tetamu aku untuk kompemkan program dia hari selasa nie. Urgent tau...kalau tak, aku kena log. Aku akan cuba online dengan kau Isnin nie jam 9.30am, untuk bagi instruction mana nak cari no. tepon akak tuh. Thanx a lot. Jangan risau, ada ole-ole dari bali ye. Aku dah puas sms ko, satu apa pun ko tak balas. Mintak tolong top-up pun takde jugak kabar berita. Sedey tul la.

plz respond ASAP. Nie message aku yang ke-1253 kat ko....!!!! OUT OF MY MIND bila tiada berhubungan dengan ko...Sesiapa terbaca message urgent ini, tolong kabarkan ke MIZZYN secepat mungkin ya....thanx...

from BALI with love...

Total Pageviews