Feb 24, 2009

CLICHÉ NOVEL MELAYU

...Hmmm....

Aku memang kaki buku. Dalam tempoh sebulan aku baca lebih 10 buah tapi kurang 50 buku. Minat aku dengan buku dah lama, dari kecik lagi. Kalau yang umur sama dengan aku, mesti tau siri sekolah Seri puteri, anak-anak Hadi, Nancy Drew dan besepah lagi. Buku-buku nie lah yang banyak menarik interest aku nak baca buku secara intensifnya.

Semalam aku pi MPH, cari novel melayu (kompem aa love story) yang officemate aku dok kecoh-kecohkan best. Novel yang dia baca tu pun housemate dia nyer. Aku dah mintak nak pinjam lepas dia abis baca. Aku bukan kedekut nak kuar duit, tapi kalau novel melayu nie banyak sangat yang mengecewakan. So, nak jimat duit, aku slalunya pinjam dulu yang orang nyer, pastu kalau best, aku beli buat collection. Nak dipendekkan cita, minggu nie dah masuk 3 minggu aku tunggu buku tuh. Dan sebab aku nie jenis yg kurang sabar sikit kalau bab buku nie, aku pun decide nak beli ajelah. Tapi biarlah aku rahsiakan tajuk buku tuh. Sesungguhnya aku nyesal beli buku nie.



Koleksi novel aku kat kg. Sayang sangat.


Lepas semalam berhempas pulas sampai kul 4 pagi aku dok ngadap buku tuh, kesimpulan yang dapat, novel melayu memang tipikal. Dari sejarah dah banyak sangat buku aku baca, tak kira novel Melayu or inggeris, novel melayu lah paling banyak sekali cedok mencedok idea nie.

Kat sini aku senaraikan fakta fed-up aku kt novel melayu:-

  • NAMA PENULIS
Fuyooo, aku tak sangka nama penulis-penulis kat Malaysia nie canggih-canggih giler, berbelit-belit lidah aku nak nyebutnya. Kalah nama aku yang simple and sweet ini. Nampaknya ibu-ibu sebelum ibu aku lagi kreatif dalam mencipta nama untuk anak. Aku tau, nama diorang guna adalah nama samaran, tapi jangan lah over sangat.

Ambik contoh ZA'BA (sori kalau salah eja) nama yang dipendekkan dan juga melambangkan identitinya tersendiri. Kalau nama canggih manggih pun, storynya suck giler, takde gunannya. Dalam hal nie, aku respek penulis yang mampu establish guna nama sendiri, yelah, pergi mana pun orang tau ko adalah penulis tersebut dan peminat-peminat ko memanggil nama sebenar ko. Contohnya Norhayati Berahim, Zuraidah Othman, Ahadiat Akashah, Ramli Awang Murshid, Che Det....etc.

Takdelah ayat macam nie yang keluar "nie Irtizaharnah Marqisah Lailatul yang nulis novel cinta di bawah ketiak suami kan..." Kesian la mak ayah korang yang penat kayuh basikal, naik tangga turun tangga, terjun sungai, pusing satu kampung, buat apa kata survey nak cari nama korang. Tapi sia-sia, korang tak bangga dengan nama itu.


  • NAMA WATAK
Kenapalah tak diwujudkan nama watak yang biasa. Even kalau nak letak nak yang luar biasa pun, janganlah setiap kali nama watak itu muncul, nama tersebut ditulis dengan nama penuhnya.

Contohnya: Jacquline Janet Sarah Mcgreen (ini nama seorang watak, bukannya 4 orang). Babak: Jacqueline Janet Sarah Mcgreen sangat kecewa dengan Norhafliza kerana memungkiri janji untuk bertemu di Burger King. Nadhrah Rara pula sudah bermasam muka kerana hajatnya nak makan di Pizza Hut tidak kesampaian disebabkan Jacqueline Janet Sarah Mcgreen beria-ia nak makan Burger King. Katanya dia mengidam sebab pembawakan budak.

Duh....mestikah nama yang wajib panjang dan canggih ini dalam semua watak novel melayu mesti diulang-ulang dengan menggunakan nama penuhnya. Apa salahnya menggunakan singkatan Jackie, Nadh and Half. Kan jimat masa orang nak bacanya. Dah la tu, kenapa lah tak guna nak yg simple and sweet macam Aida ke, Nora ke, Nurul ke, Ain ke, Liza ke whateverlah untuk watak tuh. Nie tak, nama wajib canggih and berbelit-belit dan namanye kalau nak keturunan baik-baik kena ada SYED or SHARIFAH. Kenapa, nama yang takde pangkal camtu, keturunan tak baik ke? realistik sikit la beb. Lagi satu, Tan Sri Syed Kapal Api Syed Kapal Laut.


  • JALAN CERITA
Duh..duh...duh..(8x lagi duh). Aku dah baca lebih kurang 5 novel dengan jalan cerita yang hampir serupa, nak kata hampir pun tak sesuai, tapi serupa. Jalan cerita yang paling tipikal sekali Anak orang Kaya dgn anak orang miskin tak boleh bersatu. Kalau bersatu, pelbagai onak duri lah terjadi. (percintaan 2 darjat nie ada lagi ke)

Heroin baik nak mampus tahap pijak semut pun tak mati, sentiasa merelakan dan memaafkan apa orang buat kat dia, pendek kata reda je, macam takde backbone. Hero pulak macam lahanat perangai mula-mula tuh, yela anak orang kaya, bapak pulak Tan sri katakan. So, dunia ini hero itu yang punya. Tahap hensem taraf model. Kalau dah taraf model, napa tak jadi model or pelakon je, buat apa susah-susah nak keja ngan mak bapak.

Bila dah pipik ngan enggang tak boleh bersatu, maka terpaksalah diwujudkan caranya. Idea yang paling kreatif yang boleh diorang nie pikir adalah dengan tangkap basah or kahwin paksa or wasiat keluarga or terhutang budi tergadai body. Disebabkan perkara-perkara yang tak diingini terjadi antara kedua pihak nie, maka konflik yang tak berkesudahan pun terjadi..........gaduh, baik balik, jatuh cinta, gaduh lagi, pujuk balik, gaduh, nyesal, idup bahgia selamanya. Ending mesti main dengan anak dua tiga orang tak pun pi honeymoon kat oversea. Sekian.



Mag yg aku tak penah miss beli. Baru jumpa last year. Best giler


Antara lain cliche novel melayu:
  • Watak ketiga mesti jahat nak mampus. Tahap kalau nak kat hero tuh, kalah drama Korea. Bersungguh-sungguh. Macam takde jantan lain kat dunia nie.
  • Bini Tan Sri mesti tahap mak tiri punyer physco. Kalau tak suka orang miskin, tahap gaban punyalah. Last-last baru nak insaf, tu pun lepas kena bala ke or terdengar monolog orang jahat. Baik tahap dewa pulak lepas tuh.
  • Kalau heroin dapat keja, takdenye nak keja kat Supermarket dulu ke apa ke. Terus lepas habis study dapat keja jadi executive, lawyer, docter...etc. Hakikat dunia realitinya, sangatlah payah dapat keja.
  • Fakta banyak yang salah. Nampak sangat tak buat homework. Contohnya (xdapat nak pikir buat masa nie)
  • Tak henti-henti memuji kekacakan dan kejelitaan watak utama sepanjang penulisan novel itu. Macam TWILIGHT - STEPHANIE MAYER nyer citer. Nak muntah aku. Ye, aku paham diorang ini sangat jelita dan tall dark and hensem.
  • Target audience or pembaca novel melayu adalah untuk orang melayu je. Kita boleh tau klise-klisenye dengan penceritaan dan dialong2 dlm novel tu.
Dan Hakikatnya, novel melayu or inggeris sama je. Tapi tahap kesamaan idea penulisan dan olahan penulis Malaysia sangat sama. Tak percaya, cubalah sehari korang lepak kat MPH ke, BORDERS ke, mana-mana lah, dan cuba baca novel-novel melayu nie sepintas lalu. Sama jee. Walaupun banyak novel sekarang yang tipikal, aku still lagi suka penulis yang ceritanya lain dari yang lain macam Norhayati Berahim, even though dia skrng nie pun macam terikut-ikut penulis-penulis picisan yang bagai cendawan tumbuh lepas hujan tuh. (fuh gempak pulak wording yang aku guna).

*Paling OUT OF MY MIND bila ada satu watak hero novel melayu ini disamakan wajahnya macam George Clooney, heroinya macam Catherine Zeta Jones. Terus aku tutup buku tu, tak baca langsung dan masih elok lagi berhabuk dekat rak aku.

11 comments:

a.b geldofg said...

wah bnyaknya buku dia......pinjam boleh?

Naddy said...

fakta yang kau bebel itu mcm ko sebut semalam. kalau kena tangkap basah so kena la paksa kawin dengan cepatnya, soalnya boleh ke? mesti kena pergi amnbil ujian aids dan gi kursus kahwin.

Artis zaman sekarang battle dalam court dulu baru fikir nak kawin ke tidak.

JohnJenin said...

Pergh. Analisis yang mantap. Ayat tersirat ada. Ayat tersurat ada. Ayat melewah pon ada. Pakcik bangga dengan kamu!

Sebab itu jugaklah pakcik berhenti membaca novel melayu. Baik baca novel kartun macam Aca, Bersama Selamanya, Blues Untuk Aku dan lain lain. Tapi itu pon pakcik dah stop baca sebab novel kartun ni selalu cerita tak pernah nak habis. Hmmm..

Hobi pakcik sekarang baca blog plak :P

DrSam said...

boleh buka jadi library koleksi sebanyak itu.

F I Z A F E said...

aku teringin nk taip beberapa tajuk dan pengarang novel cliche kat sini, tp takut pulak nnt kene gam ngn RTM hehehe

F I Z A F E said...

mizzy siap boleh fikir nk kene pergi ujian AIDS dan kursus kawen...

ouT oF My MinD said...

ab geldofg:
pinjam...boleh aje. tp kena masuk minang dulu aaa...*wink *wink

mizzyN:
aku sudah soal siasat org yg arif. mereka berkata, lepas tngkap kalwat, maknanya dh suka sama suka. kursus dan ujian itu hanya duniawi, so, bleh kawin terus esoknye. tak tau le betul ke tak. takpe, nnt aku selidik lagi...

PAKCIK:
betul pck..katun pun dh x mantap cam dulu. tp blog nie buat kita tak sabar nak tunggu next update. ye la, ala-ala realiti tv gitu.

FIZAFEYA:
buku-buku tiada kaitan dengan tempat REHAT TUNGGU MATI (RTM) ini. jika hendak membuat sebarang list, silakan. aku takde hak nak blacklist atau nak masukkan ko ke ISA..hehehheh

ouT oF My MinD said...

DR SAM:
memang itu impiannya. tapi belum kesampaian. kalau dah ada umah sendiri wajib dibuat. rumah dah ada, cuma tangganya masih lagi belum kujumpa yang bekenan...hehehe

Eliz said...

errr.. aku dah lama tak baca novel melayu.. last aku baca time college aku rasa.. tuh pun pinjam buku Gayah kot.. but yes..its true the jalan cerita sgt tipikal.. tapi aku suka la nama jacqueline janet sarah mcgreen.. mengancam..har.. harrrrrr

Azyze said...

Perrgghhhhhhh ida,

berbongkah-bongkah koleksi Mills & Boons dan Historical Romances ko! Satu row, dua row... fullamak!


Mai pinjam!
(kita tukar2 pinjam baca pun boleh tapi ko tak boleh dog ear kan buku aku. Pantang tu, tanya Nadh)

:)

ouT oF My MinD said...

azyze gomez:
dog ear?..aku segala jenis ear tidak dibenarkan sama sekali.
kalu buku tuh aku beli baru, jgn harap la aku nk bg orng pinjam. kdekut skit. takut kotor...kemek.

kalau buku 2nd hand xleh buat apa la kan.

Total Pageviews