Feb 11, 2009

BANGKOK, THAILAND

..Hmmm...

Sblum nie aku dh announce penutupan Blog Kaki Travel aku dan just nak tumpukan semuanya dekat sini saje. So, ini entry first berita travel yang baru aje berlalu itu.

LOKASI:Bangkok, Thailand
TIME:22 Januari - 26 Januari 09
MONEY SPEND: RM 700.00
DAY 1:
Ayuttya - World Heritage (cantik giler for 1st timer yg pergi sana)

DAY 2:
Floating Market - boleh tengok sampan-sampan yang stuck dlam jem....;p

DAY 3:
Chatcujak Market - Syurga beli belah. Open on weekend only.


Memandangkan flight kitoarng malam, jadi agak rugi satu hari jugak la. Tapi, kitoarng tak kesah, kitoarng dah plan apa yang nak buat sepanjang kat sana. Ok, sesampai je di airport, kitoarng amik teksi ke Regent Hotel, di Ramkamheng.

REGENT HOTEL:
RM63.00 - STANDARD ROOM (harga selepas diskaun. Normal 70++). kitoarng stay 3 malam. Dan ini muslim hotel. Tak payah ragu. Ada 2 org staff boleh ckp melayu. Ada staff yg inggeris suck. Dia x paham lngsung apa kita cakap.

HOTEL AREA KHAO SAN (lupa nama hotel):
Malam last, kitoarng decide nak stay kat area Khoa San. Satu malam bilik utk 3 orang RM45.00.







Ini pic di Regent Hotel

DAY 1

Kitoarng plan nak ke Ayuttya. Dari info yang kitoarng dah cari kat Internet and mostly di forum2, ada yang mencadangakan pergi dengan train dan bila sampai kat Ayuttya, ambik tuk tuk dan mulalah melawat temple.

Base on maklumat tu, kitoarang pagi-pagi lagi amik cab pergi ke Stesen keretapi kat Hualampong. Hualampong nie macam KL Sentral kat Malaysia, tapi versi Klasik sikit. Sampai je kat sana, kitoarng di terjah oleh Tourist Information Counter (TIC). Very nice person. Dia tanya kitoarng nak kemana dan mensuggestkan alternatif terbaik untuk kitoarng travel nak pergi certain-certain tempat. Dan TIC itu bagi tahu, keretapi amik masa 2 jam nak smpai, dan sgt crowded dan kalau nasib tak baik, kenalah berdiri sepanjang perjalanan. Keretapi dia pun, kerusi dia kayu aje.







pic stesen kat Hualampong

Setelah timbang tolak semua, kitoarng pun decide nak ke Travel Agent (TA) yang memang ada kat stesen keretapi tuh. Sebelum nie, di Phuket, kitoarng pernah dinasihatkan oleh Travel agent, kalau nak amik trip or any pakej kat Thailand, plz consult them. Sbb price lagi murah. Dan kenyataan ini memang betul. Dan aku sendiri pernah make this mistakes.

Lepas di explain oleh TA pasal all the trip and pakej yang ada. (kitoarng mmg plan nak pi Floating market. Ayuttya nie last minute nye plan). Kitoarng pun amik la pakej tuh.

AYUTTYA :
RM 80.00 (per pax). Teksi exclusive utk kita. 1 jam perjalanan. melawat 7 temple. hantar ke hotel terus lepas balik.






FLOATING MARKET:
RM105.00 (per pax). Satu van 10 orang - campur dengan tourist lain. almost 2 hours perjalanan. trip to floating market. Gajah ngan Buaya Show+ticket. Lunch yang best. Cobra show. Tempat Ukiran Kayu. Jewelery Factory.
* naik sampan kat floating market RM15.00.
* Selain dari gajah n boya show. tempat lain tiket kena bayar sendiri kepada sesiapa nak tgk show. kalau taknak. Lepak la kat luar.




CHATCHUJAK MARKET:
memang heavent giler kat sini bagi yang suka shopping mcm aku. Banyak benda unexpected kita jumpa dan market nie sangat luaaaaasssss. Penat ooo makcik berjalan. Kitoarng sampai dalam kul 12.00 t/hari and kitoarng settle pusing part luar shj (diulang part luar shj. dan kadang2 je masuk dlm) dalm kul 7.00 mlm. Besar tak? dan ia diiktiraf biggest market in Asia. Dia bukak Time weekend je.



*kalau ada mende nak tanya, silakan. Selagi boleh layan, layan kan ajelah.
dan kali ni nye entry, my mind still intact in my head.

5 comments:

F I Z A F E said...

gmbr toilet di atas nmpk clean dan wangi, ko patut ltk gmbr selepas toilet tersebut dilenjan oleh korang bertiga hahaha

Eliz said...

ep..eppp.... toilet kitaorg clean tau!! eventhough kitaorg duduk tmpt backpackers.. clean gak tau! ahahah..horror laaa toilet tak clean

Naddy said...

yang penting sekali toilet kena bersih kalau tak, mesti tak tido malam.

Naddy said...

bangkok dangerous

no one dead, no one die

ke

no one die, no one dead

???

ouT oF My MinD said...

NOBODY DIE, NOBODY DEAD

Total Pageviews