Feb 26, 2009

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA-MEREKA INI...?

...Hmmm....

Mereka-mereka ini seglemer Farah Fauzana, Linda Onn, Halim Othman, Kieran, dan Dj-dj top masa kini. Tapi, masih ingatkah anda dengan nama-nama dan muka-muka ini? Dimanakah dorang nie sekarang yang mana satu masa dulu, sangat popular. Suara mereka selalunya dinanti-nantikan dan juga menjadi kegilaan.

Entry kali nie aku nak dedicate kepada DJ-DJ lama yang satu masa dulu memang glemer giler. Dan ada antaranya aku sendiri tak pernah dengar dan kenal. Kat sini aku letakkan pic-pic dorang yang aku dah google utk tatapan.



SHAHIZAN JELAS
Program topnya bagi yang suka dengar RMKL/KLfm mestilah Evergreen Everlasting. Lagu yang dia pilih memang best giler. Masih lagi bertugas sebagai boss di unit hiburan radio. 3 tahun lagi nak pencen. Akak nie masih lagi bergetah dan ko tanya lah lagu apa pun, semua dia tau.




KHALIM ROHANI
Tuan haji nie nama dia biasa aku dengar bila time baca berita dan dj radio dolu-dolu. Mak aku memang suka dengar radio. Jadi nama nie agak familiar dengan aku. Tak pencen lagi. Umur baru je 52 tahun. Masih lagi baca berita. Sekarang nie jadi bos kat Unit Pembangunan & Pertanian Radio. Pakcik nie cool aje. Fakta yang mungkin korang tak tau, dia adalah suami kepada akak dia atas, Shahizan Jelas.




SALAHUDDIN HAJI RAMLAN
Ok, aku suka giler dengar suara dia dulu. Sampai aku jumpa dia, aku masih lagi teruja kalau dengar dia bercakap. fuh...cair beb. Tapi takdelah sampai tangkap cintan. Sekarang nie kerja belakang tabir je yakni Ketua Bahagian Rancangan di radio KLfm dan jadi pembaca berita radio. Baru je masuk awal 50-an tak salah aku. Dia sangat coooolll...




NORAINI IBNU
Masih belum pencen juga. Masih lagi bergetah. Masih lagi mantap. Tapi sekarang beliau tidak lagi menyumbang suara di corong radio. Sekarang nie bos di Unit Hal Ehwal Awam Radio. Aku baru tau dia nie rupanya bini Herman Tino.


MUSTAZA MAAH
Dah pencen. Nama dia maybe familiar bagi orang-orang yg dh old skool. Pernah kenal jugak dengan dia. Aku familiar dgn nama dia sbb dia banyak baca berita radio dengan jadi Dj dolu-dolu. Sekarang nie dia buat apa lepas pencen pun tak tau. Siapa ada kabar berita beliau?


NORHAIZAN DAHLAN
Masih lagi bertugas di bawah radio dan satu masa dulu antara yang suaranya merdu giler. Sekarang nie di Unit Hal ehwal Awam Radio sebagai penerbit.


MOHD ALIMI WAN MAHMOOD

Sekarng nie bertugas di Bilik Berita TV bahagian sukan. Suara beliau masih lagi boleh didengari di TV bila ada event sukan.


ZAZMIE ZAIN

Belum pencen jugak. Masih lagi aftif dalam bidang penyiaran nie. Sekarang nie bertugas di Melaka.fm. Dia seorang yang sanggat best dan cool. Ini pun antara nama besar yang popular satu masa dulu dengan PUJAAN 10 NESCAFE.


ABDULLAH HASHIM
Aku familiar dengan nama nie bila aku tgk sukan olimpik. Dia antara pengulas sukan yang best pada aku. Tapi sekarang bekerja belakang tabir di IPPTAR (tempat orang berkhursus dlm bidang penyiaran)


*Yang aku senaraikan kat sini semuanya yang aku kenal dan pernah dengar namanya. Yang mungkin lagi lama, tak dapat den nak trace. Agak-agak la, DJ-DJ yang glemer giler skarang nie akan dilupakan seperti nama-nama diatas tak? Kalau ye, mesti sedih dan OUT OF THEIR MIND kan.

Feb 24, 2009

CLICHÉ NOVEL MELAYU

...Hmmm....

Aku memang kaki buku. Dalam tempoh sebulan aku baca lebih 10 buah tapi kurang 50 buku. Minat aku dengan buku dah lama, dari kecik lagi. Kalau yang umur sama dengan aku, mesti tau siri sekolah Seri puteri, anak-anak Hadi, Nancy Drew dan besepah lagi. Buku-buku nie lah yang banyak menarik interest aku nak baca buku secara intensifnya.

Semalam aku pi MPH, cari novel melayu (kompem aa love story) yang officemate aku dok kecoh-kecohkan best. Novel yang dia baca tu pun housemate dia nyer. Aku dah mintak nak pinjam lepas dia abis baca. Aku bukan kedekut nak kuar duit, tapi kalau novel melayu nie banyak sangat yang mengecewakan. So, nak jimat duit, aku slalunya pinjam dulu yang orang nyer, pastu kalau best, aku beli buat collection. Nak dipendekkan cita, minggu nie dah masuk 3 minggu aku tunggu buku tuh. Dan sebab aku nie jenis yg kurang sabar sikit kalau bab buku nie, aku pun decide nak beli ajelah. Tapi biarlah aku rahsiakan tajuk buku tuh. Sesungguhnya aku nyesal beli buku nie.



Koleksi novel aku kat kg. Sayang sangat.


Lepas semalam berhempas pulas sampai kul 4 pagi aku dok ngadap buku tuh, kesimpulan yang dapat, novel melayu memang tipikal. Dari sejarah dah banyak sangat buku aku baca, tak kira novel Melayu or inggeris, novel melayu lah paling banyak sekali cedok mencedok idea nie.

Kat sini aku senaraikan fakta fed-up aku kt novel melayu:-

  • NAMA PENULIS
Fuyooo, aku tak sangka nama penulis-penulis kat Malaysia nie canggih-canggih giler, berbelit-belit lidah aku nak nyebutnya. Kalah nama aku yang simple and sweet ini. Nampaknya ibu-ibu sebelum ibu aku lagi kreatif dalam mencipta nama untuk anak. Aku tau, nama diorang guna adalah nama samaran, tapi jangan lah over sangat.

Ambik contoh ZA'BA (sori kalau salah eja) nama yang dipendekkan dan juga melambangkan identitinya tersendiri. Kalau nama canggih manggih pun, storynya suck giler, takde gunannya. Dalam hal nie, aku respek penulis yang mampu establish guna nama sendiri, yelah, pergi mana pun orang tau ko adalah penulis tersebut dan peminat-peminat ko memanggil nama sebenar ko. Contohnya Norhayati Berahim, Zuraidah Othman, Ahadiat Akashah, Ramli Awang Murshid, Che Det....etc.

Takdelah ayat macam nie yang keluar "nie Irtizaharnah Marqisah Lailatul yang nulis novel cinta di bawah ketiak suami kan..." Kesian la mak ayah korang yang penat kayuh basikal, naik tangga turun tangga, terjun sungai, pusing satu kampung, buat apa kata survey nak cari nama korang. Tapi sia-sia, korang tak bangga dengan nama itu.


  • NAMA WATAK
Kenapalah tak diwujudkan nama watak yang biasa. Even kalau nak letak nak yang luar biasa pun, janganlah setiap kali nama watak itu muncul, nama tersebut ditulis dengan nama penuhnya.

Contohnya: Jacquline Janet Sarah Mcgreen (ini nama seorang watak, bukannya 4 orang). Babak: Jacqueline Janet Sarah Mcgreen sangat kecewa dengan Norhafliza kerana memungkiri janji untuk bertemu di Burger King. Nadhrah Rara pula sudah bermasam muka kerana hajatnya nak makan di Pizza Hut tidak kesampaian disebabkan Jacqueline Janet Sarah Mcgreen beria-ia nak makan Burger King. Katanya dia mengidam sebab pembawakan budak.

Duh....mestikah nama yang wajib panjang dan canggih ini dalam semua watak novel melayu mesti diulang-ulang dengan menggunakan nama penuhnya. Apa salahnya menggunakan singkatan Jackie, Nadh and Half. Kan jimat masa orang nak bacanya. Dah la tu, kenapa lah tak guna nak yg simple and sweet macam Aida ke, Nora ke, Nurul ke, Ain ke, Liza ke whateverlah untuk watak tuh. Nie tak, nama wajib canggih and berbelit-belit dan namanye kalau nak keturunan baik-baik kena ada SYED or SHARIFAH. Kenapa, nama yang takde pangkal camtu, keturunan tak baik ke? realistik sikit la beb. Lagi satu, Tan Sri Syed Kapal Api Syed Kapal Laut.


  • JALAN CERITA
Duh..duh...duh..(8x lagi duh). Aku dah baca lebih kurang 5 novel dengan jalan cerita yang hampir serupa, nak kata hampir pun tak sesuai, tapi serupa. Jalan cerita yang paling tipikal sekali Anak orang Kaya dgn anak orang miskin tak boleh bersatu. Kalau bersatu, pelbagai onak duri lah terjadi. (percintaan 2 darjat nie ada lagi ke)

Heroin baik nak mampus tahap pijak semut pun tak mati, sentiasa merelakan dan memaafkan apa orang buat kat dia, pendek kata reda je, macam takde backbone. Hero pulak macam lahanat perangai mula-mula tuh, yela anak orang kaya, bapak pulak Tan sri katakan. So, dunia ini hero itu yang punya. Tahap hensem taraf model. Kalau dah taraf model, napa tak jadi model or pelakon je, buat apa susah-susah nak keja ngan mak bapak.

Bila dah pipik ngan enggang tak boleh bersatu, maka terpaksalah diwujudkan caranya. Idea yang paling kreatif yang boleh diorang nie pikir adalah dengan tangkap basah or kahwin paksa or wasiat keluarga or terhutang budi tergadai body. Disebabkan perkara-perkara yang tak diingini terjadi antara kedua pihak nie, maka konflik yang tak berkesudahan pun terjadi..........gaduh, baik balik, jatuh cinta, gaduh lagi, pujuk balik, gaduh, nyesal, idup bahgia selamanya. Ending mesti main dengan anak dua tiga orang tak pun pi honeymoon kat oversea. Sekian.



Mag yg aku tak penah miss beli. Baru jumpa last year. Best giler


Antara lain cliche novel melayu:
  • Watak ketiga mesti jahat nak mampus. Tahap kalau nak kat hero tuh, kalah drama Korea. Bersungguh-sungguh. Macam takde jantan lain kat dunia nie.
  • Bini Tan Sri mesti tahap mak tiri punyer physco. Kalau tak suka orang miskin, tahap gaban punyalah. Last-last baru nak insaf, tu pun lepas kena bala ke or terdengar monolog orang jahat. Baik tahap dewa pulak lepas tuh.
  • Kalau heroin dapat keja, takdenye nak keja kat Supermarket dulu ke apa ke. Terus lepas habis study dapat keja jadi executive, lawyer, docter...etc. Hakikat dunia realitinya, sangatlah payah dapat keja.
  • Fakta banyak yang salah. Nampak sangat tak buat homework. Contohnya (xdapat nak pikir buat masa nie)
  • Tak henti-henti memuji kekacakan dan kejelitaan watak utama sepanjang penulisan novel itu. Macam TWILIGHT - STEPHANIE MAYER nyer citer. Nak muntah aku. Ye, aku paham diorang ini sangat jelita dan tall dark and hensem.
  • Target audience or pembaca novel melayu adalah untuk orang melayu je. Kita boleh tau klise-klisenye dengan penceritaan dan dialong2 dlm novel tu.
Dan Hakikatnya, novel melayu or inggeris sama je. Tapi tahap kesamaan idea penulisan dan olahan penulis Malaysia sangat sama. Tak percaya, cubalah sehari korang lepak kat MPH ke, BORDERS ke, mana-mana lah, dan cuba baca novel-novel melayu nie sepintas lalu. Sama jee. Walaupun banyak novel sekarang yang tipikal, aku still lagi suka penulis yang ceritanya lain dari yang lain macam Norhayati Berahim, even though dia skrng nie pun macam terikut-ikut penulis-penulis picisan yang bagai cendawan tumbuh lepas hujan tuh. (fuh gempak pulak wording yang aku guna).

*Paling OUT OF MY MIND bila ada satu watak hero novel melayu ini disamakan wajahnya macam George Clooney, heroinya macam Catherine Zeta Jones. Terus aku tutup buku tu, tak baca langsung dan masih elok lagi berhabuk dekat rak aku.

Feb 23, 2009

DEMAM OSCAR

...Hmmm....

Aku nak minta half day ari nie. Aku masih lagi demam. idung aku pun masih lg dok sok sek sok sek. Suara aku masih lagi sengau. Dan aku kesian dengan officemate aku, takut dorang tejangkit pulak.
Yang penting aku dah settlekan keja aku. Jadi bolehlah aku balik kot time nie..

Tapi, reason utamanya aku nak balik tgk OSCAR....hehehhe

Feb 21, 2009

...Hmmm...

Ketika ini aku mengeluarkan suara jantan. Oleh itu wahai kengkawan, jika telefon aku dijawab oleh suara parau dan garau lg macho, jgnlah terkejut. itu aku g sedang mengalami perubahan hormon...

OUT OF MY MIND sbb sakit tekak....:-(

Feb 20, 2009

@#$%^&*?%$...HMMM???

...Hmmm....
  • Nampaknye aku spend weekend aku kt umah je lah (mcm la x biasa plak kan). Sebab status aku skrng nie, aku dh dijangkiti virus-virus demam. Spanjang aku kja almost 4 taun, aku x penah sekali pun ambik MC. Cuti aku yg dibawa ke tahun ini berjumlah 56 hari (setelah ditambah ngan taun nie punyer cuti). Dan cuti yang perlu aku settle taun nie sblum burn begitu sahaja ada dlm 10 hari...Banyak tuh.
  • Sepatutnya esok aku bergerak ke Sabah utk cover story di sana. Tetapi memandangkan kelembapan satu jabatan tuuuutttt, aku terpaksa mendelaykan trip aku ini. Bagus jugak. Kalau tak, lepak kat hotel je lah...huhuhu.
  • Baru je lepas balik tgk UPIN dan IPIN. Best ceritanya. (jgn bg tau bos, aku pi tgk time keja...hahhahaha)
  • Akhirnya jumpa juga movie THE OTHERS lakonan Nicole Kidman. Terpaksa beli yang original, lepas puas cari cap angsa takde.
  • Tengah berdoa semoga bos aku yang hampeh tak ikut serta pergi ke Bukit Selambau utk cover story election (Arghhh...ini mungkin penyebab kenapa aku boleh demam). Bos aku nie DEEEVAAAA beb. Nyampah. Memandangkan Bukit Selambau nie dekat dgn kg aku, aku plan nak stay kat umah je. Malas nak dok hotel. Tapi kalau ini keadaanya. Camna aku nak cilok balik kg? aku taknak bawak DEEVAAA hampeh nie ke kg aku, aku tak sudi beliau jejak kaki ke umah aku (boleh tak??).
Dah OUT OF MY MIND sekejap sebab tekak terasa cam ada api....agrhhh....

Feb 18, 2009

KO TAK NAK KURUS KE...???

...Hmmm....

Pada ketika ini, patutnya aku sibuk menyiapkan skrip program siaran malam ini. Tapi, sekeliling aku time nie, penuh dengungan. Dan pada ketika ini, aku rasa macam aku ada dekat pusat kecantikan, gym, kedai jualan langsung dan juga tepi jalan.

Kenapa?



Ini lah penyebabnya. Tiap-tiap hari ada je yang datang nak discuss kejayaan masing-masing melangsingkan badan. Ada yang baru seminggu ambik dah turun 2kg. Ada yang dah ambik 21 hari dah turun 6kg. Dan ada yang dulu gedempol dah dapat body Anuar Zain. Wow... hebat tu.

Aku bukannya tak teruja or terpengaruh dengan sembang-sembang mereka-mereka ini. Tambahan lagi, ejennya dok sebelah meja aku. Lagi la...bila ada orang yang guna produk nie datang opis aku dok brag diorang nye success, dia pun sibuk tanya aku, bila lagi...bila lagi..bila lagi.

Boleh tak kalau aku cakap, aku rela spend duit aku ribu2 beli add on DSLR aku daripada melangsing badan aku? Ye la, herbalife nie, produk dia ribu2 tau. mahal giler.

Bukannya aku tak teringin nak kurus. Dan hakikatnya, aku dah pernah kurus selama 22 tahun. Nak kurus keding, nak jadi hanger bergerak, nak badan ideal, semua tu aku dah pernah rasa. So, aku nak merasa pulak badan voluptuos ini. Yeah, some say, body aku sexy. Some say, tegap. Some say, gemuk lah. Tapi pada aku...aku selesa dengan keadaan sekarang, so what.

Terasa jugak bila orang dok sibuk suruh aku kurus badan nie. Ye la, kita nie sehabis daya think positif and love diri sendiri, tapi bila ada anasir-anasir negatif nie...adoiii...





Untuk dapat body ideal menurut Herbalife, aku perlu turun 15kg. fuh...takde la banyak sangat pun...hehehehe. Dan sekarang nie, dengan cara aku sendiri, aku cuba kurangkan body mass index aku nie dengan cara aku sendiri. Yaknie, aku disiplin diri aku tak makan malam, makan epal, dan kurangkan amik nasik (1/2 aje) dan amik extra lauk, pastu pi taman amik gambar secara sedar tak sedar rupanya aku dah round satu taman dan secara tak langsungnya aku dah excercise.

Resultnye, after 2 weeks aku dah kurang 2kg...yippeee....

Jimat duit aku tak yah beli Herbalife. Dan dari penceritaan yang aku curi-curi dengar kawan-kawan aku nie, walaupun amik herbalife, disiplin diri yang sangat tinggi amatlah perlu dititik beratkan. Sampai kalori sehari ko amik berapa pun perlu dikira. Tambah lagi, diorng ini tidak merasa lapar, jadi bagi yang ada gastrik, pastinya akan memberi efek sikit yakni sakit perut la sebab tak amik makanan, perut kosong. Lepas tu, diorang nie akan kencing yang keterlauan dan juga minum air yang keterlauan sebab nak ganti air dalam badan yang dah hilang.

Dan pengamal-pengamal herbalife nie, tetiba aje begitu arif pasal nutrisi dan juga perlunya amik air sebanyak 8 gelas sehari a.k.a 2 liter air. Tapi, u all kena sedar, for normal person, 8 gelas sehari bukannya untuk tujuan ganti air kencing yang korang dok kencing kerap tuh, tapi utk fluid dlm body dan juga untuk kulit yang sihat.

Nanti aku nak siasat dengan sesiapa yang arif dalam bidang perubatan. Kalau kencing yang kerap tanpa boleh di control, adakah ia akan memberi effect kepada buah pinggang dan pundi kencing kita? Ada sesiapa boleh jawabkan?

Korang rasa, lepas diorng nie takde duit nak beli herbalife nie, dan diorang berenti ambik produk nie, berat badan diorng naik balik tak?

Dan disini dengan OUT OF MY MIND nya aku mengistiharkan berat badan aku ketika ini 65kg.

Feb 17, 2009

IMPIANNYA INGIN BERGELAR MODEL

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

KEPANDAIAN MANUSIA....!

...Hmmm....

Korang agak la....apa yang tak kena dgn gambaq2 nie? Semuanya dijumpa dalam satu hari.


(1)


(2)

.

.

.

.

.

.

.

.

jawapannya....tadaaaaaaaaa....


Mangkuk ayun mana lah yang letak mangkuk ngan sudu nie dalam lif. Kot ye pun malas nak basuh, letak la kat mana-mana meja.




Bijak pandai manakah ini? kakakakaka.....
(kenapa aku ketawa. Jgn di tanya)



* selapas di sound check oleh anak kawan aku, aku guna perkataan lawan bagi pandai sbgai tajuk entry aku. Katanyanya, jangan sebut bodoh, nanti Allah marah. Baik cik Damia. Auntie paham...hahahah Auntie? sangat OUT OF MY MIND.

BENCI AAA AKU...

...Hmmm....

Benci betul kalau tengok wayang kalau orang yng tengok wayang tak respek orang lain. Semalam aku pi layan cita Tom Cruise nak bunuh Hitler. Cerita dia ok. Tapi yang tak ok adalah couple sebelah aku. Aku rasa nak terajang-terajang. Hantuk-hantuk kepala 2 ekoq bewak hidup nie je....

Aku ngan MizzyN duduk kat seat 4 orang. so, sblah aku 2 ekor couple nie la. Yang aku bengang bukan pasal dorang dok romen sebelah aku. Bukan sebab itu, tapi sebab dok tak diam. Sat pusing sana...pusing sini. Goyang-goyang kerusi. Lepas tu dok bising-bising. pastu dok gedik-gedik. Ieee...aku tampar jugak anak orang nie. Dah la busuk. Nasib baik la aku beli mentos. Sekotak habis sbb nak tahan busuk...yuck...mandi ke tak ko nie...ieeuuuu.

Sebelum-sebelum nie pun, banyak kali lah bila tgk wayang, orang jenis kepala hanjing nie suka buat nyusah orang. Dan selalunya aku lah yang bernasib malang duduk depan dan sblah dorang nie. Kalau duduk depan, mesti orang dok belakang aku suka goyang-goyang, gedik-gedik kaki. bila aku toleh belakang. Dia buat tak tau je. Bila tegur, buat bodoh. Smpai satu tahap, aku dah tinggi suara sikit baru le nak berenti. Tu pun, dok ngomel-ng0omel balik kat aku.

Nie aku senaraikan benda yang irritating orng buat dlm wayang:
  • tak reti nak off hp.
  • gelak yg overdose padahal benda tak lawak pun.
  • orang rambut afro.
  • dok buat komentari. tak yah le nak buat ulasan kak oii...kitoarng pun tak buta huruf lagi nak paham cita nie.
  • tak mandi
kalau korang ada list, korang tambah la sendiri.

Feb 13, 2009

JANGAN TANYA AKU PASAL LAGU MELAYU

...Hmmm...

Hari Selasa hari tu, aku terserempak dengan DJ yg tgh buat playlist lagu. Aku tak ambik pot pun lagu apa dia nak siarkan kat radio (sbb lagu zaman dolu-dolu). So, sambil dok gossip-gossip hal opice dgn DJ glemer nie (glemer ke?), tetiba dia bertanya sesuatu dengan aku.

" weh, lagu Farahwahida yang masa final AJL tu..tajuk apa ye?"

" Hah?lagu Farahwahida?"

"Ye la...ala yang bunyi cina-cina tu"
dia tanya aku lagi sambil tangan dok cari kat button teropong dlm sistem lagu.

"Silap orang le ko tanya aku kak. Aku tak dengar lagu Melayu..."
Tetiba statement kalau orang dengar cam belagak giler konon tak dengar lagu melayu padahal aku nie melayu habis keluar dari mulut melayu aku dalam bahaya melayu.

Dan akak tu terus terdiam sambil pandang aku dengan herannya. Aku pulak rasa dah tak keruan.

"Eh kak. Aku tak dengar sangat lagu melayu sebenarnya. Kalau aku rasa lagu melayu tu sedap pun, aku tak tau sapa nyanyi dan apa tajuk lagu tu. So, aku tak tau la kak lagu Farahwahida tu tajuk apa."
statment hipokrit nak cover balik ayat sebelum ini sebelum cerita aku kononya tak dengar lagu melayu tersebar satu negara.

Akak tu pun dengar la satu satu lagu Farahwahida. Pastu dia cakap

"Lagu nie la akak cari..."

"ooo lagu nie ke....sedap ek"
aku pun blah masuk konti....


* seriusnya, jgn tanya aku pasal lagu melayu. Yang latest aku tau pasal lagu melayu adalah lagu Anuar Zain - Lelaki ini sahaja. Itu pun setelah aku tgk rakaman show utk raya dia. Ketinggalan tak aku?

* Dan jangan sesekali tanya ada tak barang free yang berjenama kompeni aku. Sebabnya, aku pun kena beli...hahahaha. Sadis tak?

OUT OF MY MIND tak aku kalau tak tau pasal lagu melayu....huhuhuhu.

Feb 12, 2009

ADOI..PANJANG NYE TAG NIE.

...Hmmm...

aku nie asyik di tag je. Ada yg aku paham, aku try buat. ada yg tak paham aku buat pura2 tak nampak...hehehhe. so, ini tag tlh ditag oleh fizafeya. adoii la...

The rules:
Bold the statements that are true to you.
Italise the statements that you WISH are true (aku highlight kaler merah yg aku wish true la sbb yg fiza italic semuanya tak boleh ditegakkan). Leave the Fibs alone. Then, stab 5 guys to do the same test.

I miss somebody right now (bestnye kalau dapat feeling cam nie). I don't watch TV these days. I own lots of magazines (memang banyak giler) I wear glasses or contact lenses. I love to play video games (aku slalu dwload game.ada psp). I've tried marijuana. I have been in a threesome. I have been the psycho-ex in a past relationship. I believe honesty is usually the best policy(yup..so tru). I curse sometimes (everytime actually). I have changed a lot mentally over the last year (ye la..more matured i think but still out of my mind...;0)

I carry my knife/razor everywhere with me (nak bawak tp slalu lupa). I'm totally smart (kalau aku tak ckp demikian, siapa lagi?). I've broken someone's bones (kalau lah boleh....aku nak patahkan tulang dot dot dot). I'm paranoid sometimes (not sometimes, but everytime. aku pernah kena ragut, rumah kena pecah 2 kali). I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free( yup of course. nak buat liposuction...hehehhe). I need money right now (nak beli add on dslr. nak repair keta. nak beli tv baru. nak beli SKII nak beli....the list go on on on on).

I love sushi. I talk really,really fast (jika aku berbicara dlm bahsa utara). I have long hair (kalau la...dah lama nak rasa berambut panjang. smpai satu tahap aku rasa nak pakai wig je...huhuhu).
I have lost money in Las Vegas. I have at least one sibling (yup..ada 3 adik kt bwh lagi).

I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past. (for wedding and photoshoot) (hehhehe...camna le rupa aku ek?). I couldn't survive without Caller I.D. I like the way I look (ye la. mesti la). I am usually pessimistic (hmmmm...true). I have a lot of mood swings (sudah pasti. tambah kalau hari lampu merah).

I have a hidden talent (apa agaknye ye..?) I'm always hyper no matter how much sugar i have (betul..betul.aku tak reti nak duduk diam). I have a lot of friends (aku memang byk kawan). I am currently single (and still available...*wink *wink *wink). I have pecked someone of the same sex (hehehehe). I enjoy talking on the phone. I practically live in sweatpants or PJ pants. I love to shop (mestilah.semua suka kan)

I enjoy window shopping (boleh kata tiap2 hari buat). I would rather shop then eat. I don't hate anyone (aku harap sangat).I dislike them. I'm completely embarrassed to be seen with my mother. I have a cell phone (wajib ada even aku x suka sgt pun). I believe in God (yup). I watch MTV on a daily basis (yup..suka tgk video klip). I have passed out drunk in the past 6 months. I've rejected someone before (yup. aku seorg yg suka window shopping ;p). I have no idea what i want to do for the rest of my life. I want to have children in the future (mmang la. aku nak mini me). I have changed a diaper before (aku ada ramai cuz).

I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything (aku alergik kat seafood..untung orng yg kuar ngan aku, selalu dpt mkan seafood aku). I have a lot to learn (ye la..ilmu tu x pernah habis). I have been with someone at least 10 years older or younger (org older boleh kwn ngan aku. orng lagi muda bleh tepuk tampar ngan aku...) I am shy around the opposite sex (so true...x caya tanya jackie and mizzy) I have tried alcohol before. I have made a move on a friend's significant other or crush in the past (not only in the past. even skrng jugak...*sigh *sigh *sigh) I own the "South Park" movie. I would die for my best friends (betul tak kengkwan?) I think that Pizza Hut has the best pizza. I have used my sexuality to advance my career (aku nak naik pangkat, naik gaji, nak lulus exam. kalau la boleh..). I love Michael Jackson, scandals and all. Halloween is awesome because you get free candy. I watch Spongebob Squarepants and i like it. I have dated a close friends's ex.

I am happy at this moment! (of course. aku dh dapat apa yg aku nak)! I'm obsessed with guys. I study for tests most of the time (kalau le aku rajin study dulu, dah lama aku keja kat NASA). I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met. I can work on a car (even sleep in my car) I love my job (suka sgt. tp tak suka my current boss) I am comfortable with who I am right now (ye kot. try everyday very hard to thibk positif). I have more than just my ears pierced (kalau le aku tak fobia kepada kesakitan). I walk barefoot wherever i can (a'a..even kat office). I have jumped off a bridge (mandi sungai dulu main terjun titi).

I love sea turtles. I spend ridiculous money on makeup. I plan on achieving a major goal/dream (ye..aku nak smbung study. nak beli umah dan nak tawin).I'm proficient in a musical instrument. I worked at McDonald's restaurant. I hate office jobs (yee..aku benci stuck at my dest everyday). I love sci-fi movies (ye so true). I think water rules. I went college out of state (bila la boleh pergi). I like sausage (nyum nyum). I love kisses(muahhh...). I fall for the worst people (ye..aku suka bad boy..)

I adore bright colours (my current obssesion kaler merah). I can't live without black eyeliner (kononnye nak buat stail avril ngan angie). I don't know why the hell i just did this stupid thing (just loving it). I usually like covers better than originals. I can pick up things with my toes. I can't whistle. I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.I have ridden/owned a horse (sambil menunggang di tepi pantai). I still have every journal I've ever written in.I can't stick to a diet.I talk in my sleep (kawan aku ckp. tu pun sekali je).

I try to forget things by drowning them out with loads of distractions (ye..tp bila nak tidur dia dtg balik. tension)
. Climbing trees is a brilliant past-time (aku suka panjat pokok. tapi nak turun tak reti...).

I have jazz in my blood. I wear a toe ring. I have a tattoo. I can't stand at LEAST one person that i work with (ye..betul.tepat sekali). I am a caffeine junkie. I have been to over 15 conventions (putus terpaksa. nak wat camna. kena cover story).I will collect anything, and the more nonsesical, the better (ye..byk dh dlm collection). I'm an artist.

I only clean my room when necessary (ala..aku sorang je. apa nak heran hehehhe). I like a person of the same sex (kalau tak suka, camna nak nak berkawan). I love being happy.I am an adrenaline junkie. (aku sorang yg hyper active dgn cara aku sendri)

Feb 11, 2009

THANX RIHANNA



...Hmmm...

Thanx Rihanna. Walaupun aku tak suka ko, aku tetap nak ucap thanx kat ko. Dan a lot of thanx to Chris Brown (aku minat lagu pck nie) sbb ko dah pukul Rihanna, dan Rihanna ada pulak kaitan dengan negara kita secara kebetulannya. Mostly, web-web gossip hollywood mengaitkan Rihanna dan Malaysia. So, takleh la nak band minah nie, sbb dia dah glemerkan nama Malaysia.

Pecayalah. Orang yang tak penah dengar nama Malaysia sebelum nie, akan google cari mana lah letaknya negara kita nie. Dan aku pasti, Paris Hilton jugak akan cari, dan lepas tu, dia pun decide nak datang negara tercinta nie untuk shopping dan bercuti kat Langkawi or Club Med kat Cherating sebabnya dia tak sangka ada negara nama Malaysia dekat Asia nie. Dan Angelina Jolie pun datang gak nak cari anak angkat untuk tambah collection dah sedia ada, yelah lates news about this sexy lady, dia dah smpai Thailand kan, of course lepas nie dia turun kat sini pulak.(pic me..pick me..pick me... mama angie and papa Pitt).

On the heels of the domestic dispute involving Chris Brown and girlfriend Rihanna on Sunday, both singers have pulled out of upcoming gigs. Rihanna postponed a concert in Malaysia this week and Chris has pulled out of the upcoming NBA All-Stars.

Rihanna’s Los Angeles-based reps informed Malaysia’s Pineapple Concerts that her concert, scheduled for Friday, will be rescheduled for an unspecified date “in light of recent events involving Rihanna.” The singer, who was released from the hospital yesterday, reportedly intends to return to her native Barbados to be with family and is continuing to cooperate with police during their battery investigation against Chris.

-source http://www.scandalist.com-


hahahahha....pastinya aku OUT OF MIND kalau mama jolie and papa pitt amik aku jadi anak angkat depa.Jadi nanny anak-anak dorang pun tak kesah la.... Bestnye....*sigh *sigh *sigh

BANGKOK, THAILAND

..Hmmm...

Sblum nie aku dh announce penutupan Blog Kaki Travel aku dan just nak tumpukan semuanya dekat sini saje. So, ini entry first berita travel yang baru aje berlalu itu.

LOKASI:Bangkok, Thailand
TIME:22 Januari - 26 Januari 09
MONEY SPEND: RM 700.00
DAY 1:
Ayuttya - World Heritage (cantik giler for 1st timer yg pergi sana)

DAY 2:
Floating Market - boleh tengok sampan-sampan yang stuck dlam jem....;p

DAY 3:
Chatcujak Market - Syurga beli belah. Open on weekend only.


Memandangkan flight kitoarng malam, jadi agak rugi satu hari jugak la. Tapi, kitoarng tak kesah, kitoarng dah plan apa yang nak buat sepanjang kat sana. Ok, sesampai je di airport, kitoarng amik teksi ke Regent Hotel, di Ramkamheng.

REGENT HOTEL:
RM63.00 - STANDARD ROOM (harga selepas diskaun. Normal 70++). kitoarng stay 3 malam. Dan ini muslim hotel. Tak payah ragu. Ada 2 org staff boleh ckp melayu. Ada staff yg inggeris suck. Dia x paham lngsung apa kita cakap.

HOTEL AREA KHAO SAN (lupa nama hotel):
Malam last, kitoarng decide nak stay kat area Khoa San. Satu malam bilik utk 3 orang RM45.00.







Ini pic di Regent Hotel

DAY 1

Kitoarng plan nak ke Ayuttya. Dari info yang kitoarng dah cari kat Internet and mostly di forum2, ada yang mencadangakan pergi dengan train dan bila sampai kat Ayuttya, ambik tuk tuk dan mulalah melawat temple.

Base on maklumat tu, kitoarang pagi-pagi lagi amik cab pergi ke Stesen keretapi kat Hualampong. Hualampong nie macam KL Sentral kat Malaysia, tapi versi Klasik sikit. Sampai je kat sana, kitoarng di terjah oleh Tourist Information Counter (TIC). Very nice person. Dia tanya kitoarng nak kemana dan mensuggestkan alternatif terbaik untuk kitoarng travel nak pergi certain-certain tempat. Dan TIC itu bagi tahu, keretapi amik masa 2 jam nak smpai, dan sgt crowded dan kalau nasib tak baik, kenalah berdiri sepanjang perjalanan. Keretapi dia pun, kerusi dia kayu aje.







pic stesen kat Hualampong

Setelah timbang tolak semua, kitoarng pun decide nak ke Travel Agent (TA) yang memang ada kat stesen keretapi tuh. Sebelum nie, di Phuket, kitoarng pernah dinasihatkan oleh Travel agent, kalau nak amik trip or any pakej kat Thailand, plz consult them. Sbb price lagi murah. Dan kenyataan ini memang betul. Dan aku sendiri pernah make this mistakes.

Lepas di explain oleh TA pasal all the trip and pakej yang ada. (kitoarng mmg plan nak pi Floating market. Ayuttya nie last minute nye plan). Kitoarng pun amik la pakej tuh.

AYUTTYA :
RM 80.00 (per pax). Teksi exclusive utk kita. 1 jam perjalanan. melawat 7 temple. hantar ke hotel terus lepas balik.






FLOATING MARKET:
RM105.00 (per pax). Satu van 10 orang - campur dengan tourist lain. almost 2 hours perjalanan. trip to floating market. Gajah ngan Buaya Show+ticket. Lunch yang best. Cobra show. Tempat Ukiran Kayu. Jewelery Factory.
* naik sampan kat floating market RM15.00.
* Selain dari gajah n boya show. tempat lain tiket kena bayar sendiri kepada sesiapa nak tgk show. kalau taknak. Lepak la kat luar.




CHATCHUJAK MARKET:
memang heavent giler kat sini bagi yang suka shopping mcm aku. Banyak benda unexpected kita jumpa dan market nie sangat luaaaaasssss. Penat ooo makcik berjalan. Kitoarng sampai dalam kul 12.00 t/hari and kitoarng settle pusing part luar shj (diulang part luar shj. dan kadang2 je masuk dlm) dalm kul 7.00 mlm. Besar tak? dan ia diiktiraf biggest market in Asia. Dia bukak Time weekend je.



*kalau ada mende nak tanya, silakan. Selagi boleh layan, layan kan ajelah.
dan kali ni nye entry, my mind still intact in my head.

Feb 10, 2009

MENEMBAK

...Hmmm...

Sempena cuti Thaipusam, agak kelu bahasa jugak nak kemana. Akhirnya, inilah masanya aku nak tunjuk skill aku yg hampeh dekat fizafeya. Pada mulanya, kami langsung tak terpikir nak cari model. Tetiba, pada hari kejadian, ada sorang model willing nak ikut join sekaki. Itu pun selepas dipujuk dengan kata2 hikmat bahawa walaupun ko takde CINTA (ini nama yang diberi kepada cam aku oleh fizafeya) yang besar, takpe aku bagi kebenaran untuk ko bermain dengan CINTA aku.

Setelah dilenjan secukupnya oleh FIZAFEYA (aku seorang yg x lokek nak kongsi as long as aku ada kat depan tu jugak...hehehhehe), Fizafeya memuji secukupnya CINTA aku ini dan mengatakan aku memilih CINTA yang tepat dan dia jatuh cinta dengan CINTA aku. Inilah aksi model jemputan dari nun jauh di.......(mizzy, ko aje yg tau aku suka gelar ko aper...;p)







aksi-aksi model yang kononye berlari dengan laju. Padahal baru je 5 tapak, dah terjelir lidah macam apa tah. (aksi ini diambil dengan cara manual)




ini bukanlah aksi sumbang sejenis.
Tetapi aksi kononnye amik wedding picture.

Siapakah juwitanya? siapakah terunannye?



inilah Fizafeya yang namanye asyik diualang-ulang-ulang dlm entry kali nie.
(ini hanya hiasan - bukan tuan sebenar)

KAPUT

SECARA OFFICIALNYA AKU TELAH MEMBUAT PENUTUPAN CEREMONY UTK BLOG AKU YG PALING LAMA DAN DECIDE NAK TUMPU KEPADA SATU BLOG SAHAJA DISEBABKAN KEGAWATAN EKONOMI DUNIA DAN JUGA ARUS POLITIK PERDANA YANG TAK TENTU HALA.

SEMUA ENTRY DAN BAKAL ENTRY DI KAKI TRAVEL BLOGSPOT AKAN DIMUATKAN DI BLOG INI. DAN TAK LARAT NAK MANTAIN. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN BACKPACKER SEBELUM INI.

*SOB*SOB*SOB ;(

Feb 6, 2009

ME n AGE - SIRI II



OUT OF MIND right now, dont know what to do. hav a lot of time.
thanx kat kengkawan yg sudi makan2 ngan aku malam tu,
even kek yang di 'suprise' kan kat aku pun, aku kena bayar sendiri....huk huk huk.

sadis betul dapat member camni.

PINEAPPLE EXPRESS

...Hmmm....

Smlm layan cita nie. Cerita nie pasal:

Lazy court-process clerk and stoner Dale Denton (Seth Rogen) has only one reason to visit his equally lazy dealer Saul Silver (James Franco): to purchase weed, specifically, a rare new strain called Pineapple Express. But when Dale becomes the only witness to a murder by a crooked cop and the city's most dangerous drug lord, he panics and dumps his roach of Pineapple Express at the scene.

Dale now has another reason to visit Saul: to find out if the weed is so rare that it can be traced back to him--and it is. As Dale and Saul run for their lives, they quickly discover that they're not suffering from weed-fueled paranoia: incredibly, the bad guys really are hot on their trail and trying to figure out the fastest way to kill them both. All aboard the Pineapple Express.

Cerita nie best sebab:
  • Funny giler yang pastinya bukan jenis splastik.
  • Lakonan yang hebat oleh abg James Franco (bg yang tak kenal, mamat nie belakon jadi kawan Spiderman yang dok minat kat Mary Jane tuh) lepak giler dia blakon dan dia lagi funny dari Seth Rogen dalam cita nie.
  • Kalau korang tak tau pasal dadah pun boleh tengok jugak. Sebabnya dalam cita nie dia cerita mana datang asal usul Pineapple Express nie.
  • Kelakar tengok macamana seorang dewasa menguruskan alam percintaanya dengan budak High School. Ye la, budak pompuan tu cuba nak belagak mature dan laki tuh pulak immature. So, funny masa diorang gaduh.
  • Seorang dealer yang tak pernah ada best friend tetiba terasa terharu dengan 'persahabatan' beliau yang tak diduga walaupun stoner tuh tak nak kawan ngan dia. Time dioarng bawak diri masing-masing, klakar giler James Franco menangis giler-giler punyer kat taman...hahahhahaha. So, funny.
  • Aku nak gelak giler bila James Franco dealer dadah boleh guna term nie. BFFF - BEST FUCKING FRIEND FOREVER. Ye la, selalunya digunakan oleh Paris Hiton and the geng kan.
  • pendek kata, cerita nie buat anda tersenyum la. Even ada part yang boleh duga...

Bintang-Bintang: 3
1/2 / 5

p/s: cerita nie tak mungkin keluar wayang malaysia. Ye lah. cita pasal dadah.


Feb 5, 2009

TRIVIA - ADOLF HITLER (1889-1945)

ADOLF HITLER, DICTATOR.
Hitler turn Germany into war machine and murdered six million Jews in the Holocaust. Hitler was so angy at the terms ending World War I that he joined the National socialist (Nazi) party, becoming its leader. in the 1933 elections, the Nazis got 37 percents of the vote and President Hindenburg asked Hitler to become chancellor (chief minister).

In 1938, Hitler invaded Austria, then in 1939 Czechoslovkia and Poland too, and so began World War II. As Germany faced defeat in 1945, he married his mistress Eva Braun on 29 April in their bomb shelter in Berlin. They shot themselves the next day.


p/s: just nak share info sbb baru beli buku The Miles Kelly Book of Knowledge - A guide to everything you have ever wanted to know.

Feb 4, 2009

MAKCIK KAYA....!!!

...Hmm...

Dalam keadaan aku tgh sakit perut nie, aku dapat berita Dewan Undangan Negeri Perak dah dibubarkan. yeye.....bestnye.

Boleh buat OT pi cover story kat Perak pulak. Hari tu kat Terengganu turun 2 orang je, kali nie nak cover satu negeri...kompem satu batalion yang turun...hahahaha....bagus..bagus.

Tak sabar aku. Cepat...negeri mana lagi nak buat election baru? aku nak claim OT ngan milage banyak-banyaaaakkk tu. Bestnye aku...makcik kaya...

|

|

|

|

HAHAHAHAHAHAHA....... (GELAK MAKCIK KAYA)
aku rasa OUT OF MY MIND sebab kaya OT and milage.

HOI...!!!

…Hmmm…


Apa perasaan korang kalau nampak orang buang sampah dari luar cermin kereta? Takpun yang bukak pintu dengan selambanya, buang sampah yang berbentuk bekas-bekas platik keropok contonhnya.


Part aku, aku sangat pantang tok nenek. Sampai tahap aku rasa nak lempang je orang yang buang sampah nie. Tapi yang mampu aku buat adalah menjerkah orang-orang ini dari dalam ruang kereta aku je. Ye la, kereta aku sedang bergerak dan kereta orang yang no manners tu jugak sedang bergerak.


Apakah yang menyebabkan orang-orang ini takde kesedaran sivik aaa? Nak kata kat sekolah tak ajar, aku rasa lebih dari tu dah ajar. Even dalam setiap agama pun mengatakanan, kebersihan itu asas keimanan.


Ada tak kita pernah tengok umah-umah ibadat yang kotor? Aku rasa tak pernah kan. Even surau yang makmumnye tak sampai sepuluh orang pun, bersih keadaannya.


Jadi kenapa nak kotorkan negara kita ini yang sememangnya kotor ini? Cuba bayangkan, semua orang pikir, ala…kecik je sampah nie. Kalau 10 ribu orang pikir benda yang sama, pastu buang sampah yang kecik nie, tak ke benda yang kecik tu jadi menimbun?


Aku pi Bangkok, Bandaranya yang paling sibuk. Jem dia, kul 10 malam pun tak habis lagi. Bayangkan sesaknya. Even highway dia pun jem teruk, tapi…jalan dia bersih gila. Memang bersih, dan aku sangat kagum. Kagum giler. Yela, macam mana jalannya hitam semacam, dah la besar, sampah kecik-kecik pun takde.


Dan setiap lokasi kaki lima yang peniaga-peniaga pasar malam nie meniaga, lepas dorang close dorangnye gerai, tapak dorang meniaga tu, takde pun sampah yang tinggal. Macam mana asal keadaan tempat tu, macam tulah ditinggalkan.


Tak macam peniaga-peniaga kita. Datang tapak tu, bersih aje. Lepas peniaga nie blah...adoii…..terukknya. sampah merata-rata. Apa salahnya kalau malas sangat, korang sapu, kutip letak dalam plastik sampah lepas tu letak satu tempat, senang abang-abang yang angkut sampah nak buat kerja.(tp nak buat cam nie pun memerlukan tahap kerajinan jugak kan...)


Jangan lah tak beperikemanusiaan dengan mengatakan:


“Biarlah…nanti takde keja pulak tukang sapu”


Memanglah…itu kerja dorang. Tapi bertimbang rasalah. Bukan semua tempat diorang nie boleh jaga. Jadi tanggung jawab kita lah nak jaga kebersihan nie. Tak reti ke?


Pernah tak korang terpikir, di Dataran Merdeka kalau selepas sesuatu even. Contohnya Malam Merdeka. Malamnya orang ramai sambut Ambang merdeka, lepastu, semua dah balik, tinggal lah sampah bertaburan. Esok tempat yang sama nak dibuat perarakan, perbarisan yang dihadiri oleh Agong. Kompem tempat tu kena bersih sebersih bersihnya. Banyangkan, brother-brother, pakcik-pakcik, akak-akak, makcik-makcik yang kena berkerah tenaga nak bersihkan kotoran yang kita tinggal. Agaknya pukul berapa lah diorang siap bersihkan kawasan Dataran Merdeka sebelum start Perbarisan tu ye?


Huh…Panjang pulak entry kali nie. Saja je….nak buat kempen kesedaran sikit. Kalau nak harap aku sorang aje nak menyemakkan kereta aku dengan sampah-sampah aku, dan korang sesedap rasa nak tak nak kotorkan kereta korang dengan buang sampah tu kat luar, tak de maknaya Malaysia nie nak jadi bandaraya dunia. Yang FIRST CLASS…


Kekallah Malaysia yang asyik diejek dengan perkataan BOLEHLAND.!!


Kalaulah aku dapat jadi Perdana Menteri...sehari pun cukuplah. aku akan kaw-kaw nye buat satu hari tu, hari bersihkan Malaysia. Dan esoknya...wah...semua tempat pastinya sparkling clean *bling*bling*bling....





Ini tidak, kitanye pemimpin-peminpin tak kira la Pembangkang atau tak Bangkang, semua sibuk nak cakap pasal politik lagi. Dah le...tunggu la election 4 taun lagi kalau nk sibuk sangat politik. Korang dah terpilih, buatlah kerja yang sepatutnya. Nie tak...lompat katak la...kompat belalang lah...penat la...bosan...sampai nak baca newspaper pun naik nyampah.


OUT OF MY MIND la aku gamaknya kalau aku jadi PM....

Total Pageviews