Aku cukup hot dengan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Kalau filem itu dah di label 18s*, 18SG, 18 PL atau apa- apa yang melibatkan 18 tahun ke atas....kenapa perlu lagi dipotong dan disunting filem sehingga kita sendiri rasa frust dengan situasi pemotongan tersebut.
Pada hemah aku....orang yang berumur 18 tahun dah boleh pikir baik dan buruk. Dah boleh bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Dah tau semua carut-carutan yang perlu dipelajari. Dah tau semua apa itu making baby dan juga teknik-tekniknya. Dah tau sejauh mana keganasan itu boleh diterima akal dan dah tau segala-galanya lah.
Tapi pelik...filem-filem yang dilabel 18 inilah, beberapa adegan sesaat dipotong menyebankan kita rasa macam nak rage yang amat sangat. Ye lah...tengok kusyuk layan...tetiba cerita dia jump ke scene lain. Tak ke heran...tak ke rasa frust.
Sedangkan, penonton-penonton yang datang ke panggung tu datang dengan bayaran yang dikenakan termasuklah cukai hiburan untuk menonton cerita yang pastinya tiada gangguan yang over sangat seperti pemotongan scene-scene yang sangat tak profesional.
Sebagai contoh. Semalam aku melayan cerita (500) days of summer. Cerita yang best dan harus ditonton kali kedua. Tapi ada beberapa scene yang dipotong yang membuatkan orang dalam panggung jadi panas hati. OPPSS...scene itu tidaklah dipotong. Tapi percakapan perempuan tu di TOOOT TOOOT TOOOT kan. Bayangkan...perempuan itu menjerit perkataan itu dengan nada gembiranya...lepas tu mereka ketawa....Dan aku rasa, kalau dilepaskan pun perkataannya pun, aku rasa itu adalah antara funny moments dalam filem itu....tapi sayang, sepanjang adegan di taman tu...semuanya di TOOT TOOT TOOT kan. Kita rasa seperti menonton scene yang kosong-nada-dan tidak perlu. Alang-alang nak TOOT kan, baik buang terus je scene tu.
Penapisan filem diurus beberapa jawatankuasa yang dikenali sebagai panel tapisan, iaitu setiap satu panel dianggotai antara dua hingga tiga ahli. Panel ini dilantik oleh Pengerusi LPF mengikut Seksyen 4(1) Akta Filem.Dalam tugasnya, panel mengambil kira tema sesebuah filem, kemungkinan kesannya kepada penonton, jalan ceritanya diikuti dengan teliti dari awal hingga akhir serta mengambil kira mesej tersurat dan tersirat. Kemudian, ditentukan pula sama ada bahagian babak, adegan, dialog, suara dan sarikata sesuai atau sebaliknya berdasarkan garis panduan yang berkuat kuasa.
Perlu ditegaskan sistem klasifikasi LPF adalah berbeza dengan sistem yang diamalkan di sesetengah negara lain. Sistem klasifikasi meliputi dua kategori iaitu untuk tontonan umum dengan label ‘U’ dan bagi label ’18 Tahun Ke Atas’. Kategori filem untuk penonton berusia 18 tahun ke atas pula dibahagikan kepada empat kategori kecil iaitu 18SG untuk filem yang ada unsur ganas atau seram tidak keterlaluan, 18SX untuk filem unsur seks tetapi tidak keterlaluan, 18 PA, filem yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik dan 18PL untuk filem yang ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.
OUT OF MY MIND sebab banyak filem yang dipotong sesuka hati. Solutionnya: CD cap Ah Beng....(scene dalam TROPHIC THUNDER telah dicaras dengan kejamnya oleh LPF)
6 comments:
thats why aku TAK suka tengok wayang...aku akan tunggu DVD original kuar then aku beli....
gegerl: menonton wayang adalah satu penipuan kepada diri sendiri. Tak kira sama ada ia filim tempatan mahupun melepasi pantai negara kita. Kita tetap menjadi mangsa penipuan.
dvd cap lanun oso can.
betul tu. Potong stim betul kalau terover potong sangat...
hazrey:
aku suka ditipu. sbb aku pun kerja menipu.
mizzyn:
cap lanun, cap ah beng, cap along..cap rimau..= sokonglah industri cetak rompak.
drsam:
rasa cam nak mintak refund...tp sapa nak bagi?
hellioz:
love the opening credit - filem ini tidak ada kena mengena dgn sesiap kecuali awak jeniffer - bitch...
pastikan ek..buang perkataan sex tu.sebab rtm mmg blog... kalau nak buat cam s.e.x. hehehe mane ruangan chat nie
Post a Comment