Oct 21, 2009

APA ADA DALAM HANDBAG?

...Hmmmm.....

Nak membuktikan aku jugak mempunyai sifat feminin jugak, entry kali nie aku nak buat tipikal entry dalam blog sorang pompuan....nie atas permintaan seorang blogger yang ingin menyaksikan apakah barangan yang aku bawak dalam handbag aku yang gedabak tuh...

Oh ya....aku banyak koleksi handbang dan juga high heel...lebih dari 20 aku rasa...ini akibat fetish selepas 20 tahun menjadi seorang tomboy tegar....(series...series aku ada lebih dari 20 hanbag, lebih 20 high heels, 20 tahun jadi tomboy tegar lagi series)

wokeh....nie benda yang slalu terkandung dalam handbag aku...harap je beg besar..barang takde pun.




topi...wajib pakai utk hari-hari bad hair day.
Aku ada banyaaaak koleksi topi. Tapi dah setengah tahun nie, topi nie jadi fav aku. pakai sampai reput




Ini tutup lens je.
Body nya tengah mengambil picture penutup nya....
Memandangkan beg asal camera nie dah kena cilok masa kenduri adik aku, jadi aku guna je hanbang aku sebagai perumah sementara....sadis.
(takde sapa-sapa ke hadiahkan beg camera kat aku...;)





Jangan tak tau, dalam beg yang penuh koperat dan kewanitaan, barang ini juga termasuk dalam antara yang wajib berada di dalamnya. Aku sendiri tak tau masa bila aku nak main, ye la, masa aku banyak habis untuk drive ngan kat tempat keja. Shoping pun sama...Takpa, hanya untuk pemberat je. (bila nak main, slalu bateri habis)





Ini wallet aku, merangkap perangkap resit. perangkap syiling jugak. Beg nie beli kat Vietnam. Keychain beli kat atas flight Air Asia....sungguh aku beli kat atas Flight Air Asia. Sewaktu abang steward hensem menolak troli....kesian tengok dia...terbang RM10.





Talifon baru....talifon yang hanya digunakan untuk angkat call. Jugak nak sms...jugak camwhore sikit-sikit. Jugak sebagai internet bergerak tika outstation. Jugak sebagai radio. Sebenarnya aku lagi selesa dengan Nokia screen kuning aku. Simple dan cepat. Tapi, sebab aku memerlukan radio bila di lokasi, so...terpaksa la spend duit sikit.






Oh ya...perkara wajib nie. Kunci keta. Kunci Rumah.
tak yah explain panjang-panjang lah.


OUT OF MY MIND untuk menyiarkan gambar handbang aku....tak nak ah...nanti peragut tengok barangan dalam handbang aku, tak pasal je kena aim....jangan tak tahu, diiorang pun pandai apa guna internet. Betul tak?

7 comments:

Naddy said...

kucen tu dah pudar belangnye.

ni gambar bontot barang je.

DrSam said...

20 tahun 20 hbag dan high heel...penuh satu almari camni.

ouT oF My MinD said...

mizzyN;
aku dgn barang = pakai sampai hancur.

drsam:
takde le almari. gobok je...hehehhe.

Azyze said...

syabbas ida kerana menyahut seruan aku untuk tayang isi beg hang :)

sib baik barang aku tak la mahal mana sangat, so mungkin pencopet agak segan nak curi eheheh. lagipun beg aku bukannya branded mat saleh macam hang eheheheh

ouT oF My MinD said...

AZYZE:
mana ada aku beli branded mat saleh...nama je mat saleh, tap orang asia punya rekaan...

beli handbang sebb design, keluasan dan ketrampilan. bukan sbb jenama...

fizafe said...

tisu takde ke? hehhehe

Azyze said...

ida,
i'm having a contest on my blog, senang je. hadiahnya buku, so why don't you join in?
Guess songs, share your favourite mtv and WIN!

good luck.

oh, semorang pun boleh join :)

Total Pageviews