Aug 17, 2009

H1N1

...Hmmm.....

Hari Sabtu hari tu, aku menguatkan hati pi Hospital Melaka. Bukan sebab hospital di KL ramai orang, tapi dah seminggu aku kat Melaka, jadi lebih senang aku ke sana. Sepanjang aku kerja, rasanya tak pernah sekali pun aku pergi hospital. Jadi, bedebar gak la masa nak kena pi tu. Yelah, sekarang nie keadaan tak bagus...takut oooo.



fesyen terbaru....


Sampai je kat hospital, aku pergi tanya bahagian pendaftaran. Diorang tanya apa masalah aku, aku cakap batuk-batuk dan mungkin asma. Tanpa cakap panjang, aku dengan kawan aku disuruh masuk ke bahagian kuarantin....Aku cakap..aku hanya batuk je. tapi...diorang cakap, aku MESTI jugak ke bahagian kuarantin tu. waaaa....apa cerita nie kan. Aku takde demam. Cuma batuk teruk je.



mendungnya dibahagian kuarantin nie...semua orang sakit-sakit yang sakit.



Di bahagian kurantin, tak ramai lagi orang. pagi lagi. Kena isi borang. Tunggu dengan orang-orang lain...aku jadi panik sikit. Yelah...aku di bahagian kuarantin. Tak tahu sapa yang ada H1N1 dan siapa yang takde kan....dibuatnya bejangkit sebab aku terpaksa di bahagian tu camna? Dah la orang depan, belakang, kiri kanan...dok batuk batuk pastu bersin lagi...ayarrkkk.....

lepas 30 minit lebih kurang tunggu bahagian tu, kami ramai-ramai di bawa ke bahagian rawatan sakit luar. Pak guard yang bawak. Jalan lah ramai-ramai. Kelakar rasa masa tu. Rasa macam nak kena sumbat di satu tempat yang tiada hala tujunya....hahhahaha...jauh benar imiginasi aku. Semua orang tengok time tuh....



buat pemeriksaan kat bahagian luar dulu sebelum jumpa doc. cek suhu semua....



Sampai di sana, cek tekanan darah...suhu..ngan apa tah lagi...aku pun tak sure. Lepas tu baru lah, di panggil jumpa dokter....

Lucky me. aku dapat dokter hensem dan muda dan sangaaat baik hati...hahhahahahha. Risau aku denyutan jantung laju dari biasa bila dia check penafasan....hehehheheh. Kawan aku cakap, lama jugak aku kat dalam tu. Aku tak perasan. Tapi memang aku ngan doc tu borak panjang. Siap lepas bukak mask, doc siap tanya lagi:


"awak ada adik dekat UM ke...?"

"takde..."

"hmm...muka awak serupa dengan somebody yang saya kenal dkt UM..."

"ramai jugak kata macam tu. Agaknya saya nie muka pasar malam kot.."--------------->hahahhahahahha.....



Ada lah dialog-dialog lain lagi....tapi pendekkan cita, dia suruh aku buat x-ray. Sebab katanya, asma aku dah takde. Nafas aku semput mungkin sebab penat kerja. Tapi sebagai langkah jaga-jaga, dia suruh aku buat x-tray, sebab takut ada jangkitan kuman dalam paru-paru. lepas tu jumpa dia balik....baik doc...jumpa kamu lagi 100 kali pun aku sanggup....;p

Kesudahannya aku tak kena apa-apa selain batuk sebab cuaca dan sejuk sangat dan jugak terlebih bekerja. Tak payah kuarantin di rumah...yea yea....tengkiue doc hensem. Lepas je balik dari hospital tu, aku balik hotel...tukar baju dan membersihkan diri balik...takut ooooo.

OUT OF MY MIND.....hahahhahahah. pasti lah.

p/s-doc, kalau kamu terserempak dengan blog saya ini, jangan lupa tinggalkan komen....hehehehe.

6 comments:

mizzyN said...

kuarantin di rumah la paling gumbira, hehhe hanya jika keje di ofis cam aku. yiha!

ouT oF My MinD said...

mungkin jugak mizzyn. kalau ada stock buku. cd. tenet...katil yg empuk. fuh...best giler

ouT oF My MinD said...
This comment has been removed by the author.
TuRf 'n' PoWeR said...

sib baiklah ko ok.....

Eliz said...

nyempat!!! aku tak nak masuk kuarantin!!!! aku mc 2 hari nieh pasal demam

ouT oF My MinD said...

turfnpower:
yep...nasib takde benda yg serious.

eliz:
ye la pompuan antibodi cap ayam

Total Pageviews