Aug 18, 2009

HASIL MENUAI

...Hmmm....

Aku baru je balik bertugas seminggu di Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009. Memandangkan pihak kementerian sudah membeli 'airtime' di radio untuk membuat liputan, jadi kami kena berkampung di Melaka.

Jadi media nie kadang-kadang 'murah rezeki' jugak. Ada je yang menghantar barang mintak dipromosikan. Ada yang bila dah memang kena interview pun, bawak jugak 'buah tangan'. Aku bermakna aku (aku tak tau orang lain), tak pernah mintak untuk merasa barang-barang mereka secara free....malu ooooo....sangat malu. Malu kalau di cop muka goodies bag...tapi kalau orang dah memberi, baiklah kita menerima...tak mau malukan diorang pulak....hehehhehe.

Hasilnya selama seminggu.....tadaaaaa:-


Ini hasil yang pasti kena bawak balik kg. Kalau tak serah kat kampung, maknanya expire je lah kat umah tu. Jadi tukun tiruan.



sapa nak produk-produk nie. sila tinggalkan alamat. Nanti aku post mana yang ada lebih dari satu. Bila lagikan nak rasa produk buatan malaysia...



Tengok...baja pun aku dapat. Tapi ini bukan pemberian. Tapi hadiah kuiz yang aku menang teka beras dalam tong. Aku ingat dapat beras. Sekali dapat baja daaa....



OUT OF MY MIND bila tetiba nak makan satu-satu barang tetiba tengok tarikh dah expired....

jenguk le blog lagi satu jugak -> me n cam

8 comments:

mizzyN said...

kalau dah nama dia media, memang muka cap goodies bag jugela. Cuma bezanya mereka meminta, kita tidak.

Anonymous said...

nak nyanyi jugak la.

tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

nader

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
depens kepada section mana ko bekerja. kalau kena section cam pakwe ko...huuu. kaya barang electronik dan jugak baucer lah...

Eliz said...

weiiihh nak nak bak kat aku skit!

ouT oF My MinD said...

eliz:
okies...akan aku bg ko sikit

DrSam said...

Alhamdulillah, menjadi betul hasil tuaian kali ni. Rezeki jangan ditolak...

Precious said...

Wah wahhh ... banyak tuuu ... Elok ler kasi org len sikit eh. Jangan membazir!

ouT oF My MinD said...

drsam:
orng kata, berkat bebakti kepada tanah....;p

precious:
sbb tu la membuka tawaran ini....

Total Pageviews