Apr 21, 2009

RITUAL MANDI BUNGA

...Hmmm.....

Atas permintaan fizafeya yang ingin tahu mengenai mandi bunga, kat sini aku senaraikan apa yang perlu... melalui pengalaman aku mengikuti kawan hari tu.

Mandi bunga ketegori kawan aku ini adalah kategori biasa. Jadi hanya 3 jenis bunga sahaja yang diperlukan. Tapi, akak itu cakap, kombinasi yang dia selalu guna adalah bunga kekwa, melur dan orkid. Hari tu, kitorang bawak daisy, rose, kekwa dengan melur...Dan juga, limau purut sebagai bahan tambahan.

Sebelum aku teruskan...aku dah tanya akak tersebut, boleh tak aku ceritakan pasal hal ini dekat orang. Dia bagi green light. So, jangan risau ya....

Sambung balik....Bunga-bunga yang kitoarng bawak itu, diambil bahagian kuntumnya sahaja. batang dan daun tak ambik. Lepas tu, dibuat bulatan macam kolam dan disusun cantik-cantik. Ditengah-tengahnya, diletakkan limau purut yang dah dipotong dari kepala dahulu. Doa dibaca. Sekejap je...dalam 5 ke 10 minit.

Cara mandi pulak. Mandi selepas asar, mengadap kiblat. Tapi kalau sebelum tu nak mandi biasa dulu pun boleh lepas tu mandi bunga nie. Bila dah mandi....bunga yang melekat di body dan jugak yang jatuh dilantai..jangan sesekali di sentuh direct dengan tangan. Kena pakai glove or plastik nak kutip yang kat lantai tuh. Bagi yang tinggal kat body, lap aje dengan tuala. Yang balance sikit-sikit kat lantai, kalau tak dapat nak kutip...curahkan je masuk lubang.

Bila dah dikutip bunga-bunga tu, masuk dalam plastik. Then ludah 3 kali. Tak payah nak bersungguh-sungguh. Sebagai syarat je. Opps...lupa pulak nak bagitau pasal kenapa tak boleh pegang dengan tangan, bunga-bunga tuh. (aku seorang yang skeptik..mesti banyak tanya soalan bodoh, sorry ye akak..jumpa orang macam aku.)

Jawapannya: Sebab kita dah niat buang segala yang buruk dengan mandi bunga itu, jadi bila kita menyetuh secara direct bunga-bunga tersebut, seolah-olah kita mengambil semula apa yang ingin kita buangkan. hmmm....

Bila dah selesai semuanya....apa lagi. Buanglah bunga tersebut. Selesai....

Bagi yang merasakan perlu lagi 'seri' mandi bunga ini, jika tak puas hati dengan 3 jenis itu, bolehlah buat dengan 7 jenis bunga pulak. Itulah penjelasannya. Sebab 7 jenis bunga ini, lagi 'power'.

Tapi...apa-apahal pun biarlah niat kita kerana Allah ya. Dan untuk lebih kepastian, aku akan tanyakan kawan-kawan aku yang lebih arif mengenai hukumnya.... jika aku berjumpa dengan mereka.

Nak ke tidak buat benda nie...terpulang. Jangan fikir sampai OUT OF YOUR MIND sudah..wah...dah macam 'bomoh' dah aku bercerita...hahhahaha. Dan aku masih lagi berpegang, jodoh pertemuan itukan ditangan tuhan...

4 comments:

a.b geldofg said...

betul apa2 saja itu adalah kuasa tuhan

F I Z A F E said...

tengkiu a lot kerana sudi berkongsi, aku rasa Nona pun takde bagitau secara detail cara2 dan sebab musabab tentang mandi bunga ni.

Eliz said...

wahhhh layout baru,.. menarik... yup yup sbb aku rasa mandi bunga tuh its actually to get rid bad energy & i mean tgk la spa yg kat luar pun imply mandi bunga ...cuma mahal & its commercial use.. heheeh... i mean no harm in trying to get rid bad energy... muhahahahah

ouT oF My MinD said...

a.b geldofg:
stuju....betul...betul...

fizafeya:
apa salahnya kongsi ilmu. So, kalau aku wat progrm gempak nnt, jgn lupa tgk. kompem detail xde mksud tselindung...hehehhe (bila lah tu ye)

eliz:
thanx....yup...byk yg aku google say, aura bunga itu sbnarnya yg diabsorb oleh kita. energy bunga yg cun dan sweet.

Total Pageviews