Jun 14, 2009

PENCURI OH PENCURI

...Hmmm......

Amaran: Entry kali nie sangat banyak perkataan.....banyak sangaat....

Aku baru sampai ke KL. 5 hari cuti di kampung sebab adik aku kawin. Penatnya....macam hapa. Lupakan edisi penat, sebab aku memang sering diserang masalah kepenatan mengalahkan ibu beranak lima....

Hari Jumaat 12/06/09. Rumah makcik aku kena pecah. Aku tak sempat nak amik gambar keadaan dalam rumah, sebab sibuk dok soal selidik makcik aku dan mendengar teori-teori orang kampung. Rumah makcik aku di tepi jalan besar. Dia baru aje duduk umah tu dalam 1/2 tahun. Jarak rumah dia dari rumah aku dalam 10km. So, sepanjang nak berlangsungnya kenduri, siangnya dia di rumah aku, malamnya dia balik ke rumah dia.

Pada hari kejadian, hubby dia balik ke rumah. nak angkat kain. dan bukak lampu. masih lagi normal. Lepas tu, pergi umah aku balik. Malam, diorang satu family balik dalam jam 11.00 malam. Masa balik...rumah dah berselerak. Barang-barang besar langsung tak di usik. Yang dia cari, barang-barang yang kecik tapi berharga.

Teori aku: orang yang masuk adalah seorang penagih dadah yang agak bodoh.

PC yang didepan mata langsung tak disentuh. TV semuanya masih normal. Cuma yang tunggang terbalik adalah dalam bilik. Biasalah...mestilah tabung, barang emas, HP dan seangkatan denganya yang menjadi target.

Kesian makcik aku...nak kena kemaskan baju dalam 5 buah bilik...Bayangkan, semua almari dengan laci, habis di punggahnya.

Oh lupa...dia masuk ikut tingkap sliding yang dipecahkan.

Yang kelakar. Jiran depan rumah dia ada nampak 3 bijik motosikal yang berenti depan umah makcik aku. Tapi, dia langsung tak peduli...Nampaknya, kat kampung pun dah macam bandar. Jiran dah tak kisah langsung apa jadi....sadis betul.

Malam tu aje di kampung tuh, 3 buah rumah kena pecah masuk. Ada satu rumah tuh, semua bilik dikunci. Jadi pencuri tuh dah belasah cukup-cukup semua pintu bilik rumah tuh. memang totally rosak terus...kesian kan.

2 minggu sebelum kenduri adik aku, rumah aku kat kampung pun kena masuk pencuri. Tapi, sebab pencuri nie ada belas kasihan, dia hanya target duit atuk aku. Biasalah orang dolu-dolu, suka simpan duit dalam almari.

Duit dalam almari atuk aku tuh ada dalam RM3500. Tapi, yang kena angkut RM3000. lagi RM500, dia tinggalkan. Wah...ada jugak yang jenis simpati macam nie....Sabar jelah. Dan yang pasti, bukan rezeki adik aku lah, sbb duit yang kena curi tu, untuk kenduri dia....hmmm.

Part aku pulak. Sebelum aku pindah ke rumah sekarang. Aku tinggal di Blok 21, Ting. 13, Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Rumah aku ada sekuriti. Tapi dua kali kena pecah masuk.

Kali pertama, malam. Pencuri tuh masuk ikut ampaian yang sememangnya ada grill dan dah dirantai dan dimangga sebesar-besar mangga yang tuan rumah jumpa. Tapi dia tetap masuk. sanggup tanggung risiko jatuh ting.13 semata-mata nak mencuri. Potensi dia nak jatuh melalui tempat dia masuk tu...sangat tinggi. 80%.

Yang membuat aku jadi sangat fobia sampai sekarang...bila aku sendiri yang sedar pencuri tuh masuk dalam rumah bila dia bukak pintu bilik aku. Aku sewa bilik seorang. Di ruang tamu, lampu terbukak. Dalam bilik aku gelap. Jadi, bila dia bukak pintu, dia tak sedar aku ada dalam bilik dan aku terjaga bila aku terasa cam ada orang perati aku.

pencuri tu, tercegat dekat muka pintu. Maybe nak adjust mata dia dengan kegelapan bilik aku. Bila aku tersedar ada orang buka pintu bilik. Perkara pertama aku pikir adalah...tadi aku kunci pintu bilik ke tak. Yang kedua aku terpikir...nie housemate aku ke?

Bila aku tau itu kelibat lelaki...aku terus menjerit bagai nak gila....panggil kawan aku. memang tahap jerit lah. Bayangkan pak guard boleh dengar suara aku...hahahhaha.

Pencuri tu terkejut. memang terkejut gila lah. Dia terus lari dengan pantasnya. Aku pun tak tau camna dia boleh lari kuat gila, pastu, keluar ikut tempat dia masuk pulak tuh...part aku pulak. lepas dia lari, aku terus tutup pintu. Lepas tu terus jerit tak berenti-renti. Panggil nama kawan aku. Jantung time tuh...jangan cakap apa lah. memang tahap tak boleh tenanglah.

Time housemate aku semua dah keluar bilik diorang, ketuk bilik aku pun, aku tak mau keluar. takut ooooo.....lepas kena pujuk...baru aku keluar. aku tengok ada pisau kat ruang tamu. cari jari sampai tapak tangan semua ada kat dinding. nampak sangat dia tergelincir masa nak lari. Nasib baik lah, time aku jerit tuh, dia tak terus masuk dalam bilik aku, dan rodok perut aku. Kalau tak....tak dapat aku bayangkan kegilaan orang nieh.

Kali kedua, siang. 2 bulan lebih kurang lepas kes first. Time tu, aku balik kampung. Kawan aku call pagi...dalam jam 11.00 pagi...dia cakap rumah kena pecah masuk lagi. Kali nie, dia masuk cara beradap. Masuk ikut pintu depan. Telinga grill yang dimanggakan tu, dipotong. Jadi, dia masuk lah tanpa orang syak tempat mangga tuh dah kena potong.

Kali nie, memang rezeki dia lah. Kebetulan pulak, dua orang kawan jepun aku datang menumpang. Segala mak nenek gadjet yang aku sendiri tak pernah tengok, semua kena angkut. Laptop yang bahasa jepun pun kena cilok. Mana lah mamat tuh nak jual kan. Kos barang dorang je, dah dalam 20K...bayangkan. Tapi nasib baiklah budak-budak tu dah insurankan semuanya. kalau tak....Nangis jugak lah.

Aku...takde lah banyak sangat. Sebab beware dah. lagipun baru keja time tuh. Harta apa lah sangat yang ada. Cuma frustnye...koleksi jam tangan yang aku kumpul dari skolah menengah sampai lah time kena curi tuh...banyak siot.....memang tahap boleh open table kat pasar malam lah.

Polis pulak:
Dalam semua kejadian yang diceritakan....buat report. datang tengok. ambik gambar. balik.

haram pun nak amik cap jari ke...apa ke...Bila aku tanya kenapa tak ambik cap jari tuh. dia cakap, dorang tak cukup peralatan. Aik....takkanlah kat Malaysia nie kes pecah rumah dalam setahun ada 10 buah je kena pecah , jadi tak perlulah nak beli alat-alatan semua tuh. Takkanlah takde langsung alat2 yang boleh ambik, detect or whatever cam CSI tuh...miskinnye kerajaan kita ek. Yang peliknya. Kalau VVIP, langsunglah siasat cam hapa...esoknya dah boleh tahan pencuri...hmmmmm. Samada polis kita nie malas or memang takde alatan. Takpelah...berfikiran baik. Mesti tak cukup alat lah tuh kan.

Lagi satu, kita takde database yang boleh cek thumb print ke? Bukan ke semua thumbprint kita kena ambik masa nak buat IC. takkanlah tak boleh cek.

lagi satu jawapan yang paling bodoh yang aku terima dari polis tuh....dia cakap apa tau...
"macam mana kalau bila kita cek, nanti itu thumb print kawan awak sendiri. Tak ke naya kawan awak tuh...???"

camnie lah en. polis yang aku sendiri tak tau apa no dia sebab time dia ambik report aku dia pakai baju kemeja biasa aje....apakata, semua orang dlm rumah aku di ditolak kemungkinan untuk pecah masuk rumah sendiri sebab takde maknaynya nak masuk ikut ampaian yang pastinya kami semua perempuan-perempuan jelita yang gayat nie pasti tak akan buat. Kunci umah kan ada....kalau nak robek pintu bilik aku. dan kengkawan yang lain..bila2 masa pun boleh...

Dah tu, semenjak bila pulak body kawan aku semuanya kurus cam papan dan berdada nipis??? cuba cakap. pandai betul abang2 polis kita nieh cakap. Nak lepas tangan je. Lain kali, ayat tu, sila guna kepada budak umur 5 tahun ya. Tapi...rasanya budak umur 5 tahun tu lagi bijak agknya.

Lagi satu, dorang nie masa aku bawak kawan jepun aku buat report, sibuklah dok ngorat budak 2 orang nie. Siap mintak nombor telepon bagai. Camtu ke buat kerja. Takde maknanya aku nak jeles korang dok layan kawan2 aku nie lebey2.

hmmm...panjang pulak OUT OF MY MIND aku kali nie. mintak maaplah. sebab selalunya pencuri bermaharaja lela kat bandar-bandar je. Tapi sekarang nie, kat kampung...tiap-tiap hari rupanya.....sehari 3 hingga 4 buah rumah. gila betul.

En. polis sekalian...apa kata pi tangkap semua penagih-penagih dadah yang ada kat kampung-kampung tuh. Kalau still dok ada pencuri lagi lepas penagih semua kena tangkap, apa kata lepas tu, tangkap rempit-rempit pulak. Silalah kembalikan kedamaian dan keamanan kampung-kampung kat Malaysia nie. Tolonglah. Tolong....

8 comments:

JohnJenin said...

mak aih. banyak sungguh pengalaman pasal kecurian. pakcik baca pon sama naik takut dan risau. pasal polis malaysia tu pakcik no komen la. rumah pakcik penah kena, ambik ambik cap jari tapi hampeh takdapat tangkap pon.

Naddy said...

hati dia je payah nak dicuri, hahahaha. eh gelak kena lagi besorr HAHAHAHAHA.

ouT oF My MinD said...

johnjenin:
itulah...kita pun smpai fobia dlm rumah sndiri. polis...polis...polis...entahlah.

mizzyn:
hati aku nak dicuri, boleh. tapi biarlah.........;p

Eliz said...

I feel ya sister... rumah duda lama aku kat pantai panorama pun kena pecah masuk.. imagine driving license pun org tuh angkut. Aper ke benda nak buat ngan driving license USA? dah nieh pindah umah baru ok la NY yek.. tenang sikit jiwa kat sana

Unknown said...

eliz:
ye puan eliz...dah tenang skrng walaupun fobis tuh tak pernah hilang...
tp pencuri nie banyak versi. yg versi bodoh...beg LV pun dia tak kenal...hahahahhah. kalau jual pasar malam, laku beb.

Naddy said...

wau baju baru, terang kalernye.

Azyze said...

gile takut lah dengar pengalaman ko tuh!
aku rasa kalau aku, silap2 aku dah terfreeze je bila pencuri tu bukak bilik aku.

aku sangat-sangat berdoa pada tuhan takde sape pecah masuk umah aku masa aku ade kat umah, sebab penjahat sekarang semua berani mati. Silap2 dua puluh tiga puluh ringgit punya pasal, aku kena rogol ke, or mati ke..
naudzubillah!

ouT oF My MinD said...

azyze:
better pencuri masuk umah time kita takde, mcm akak kecewa kt opis aku nie, umah dia kena pecah...siap kena ikat. laki dia kena cekup dgn toto lagi...sian la. dah la umah sendiri.

last2 sbb fobia sgt, pegi pindah umah sewa. umah tu bg anak dia duduk.

kadang2 yg takutnye bila kita ada kt umah nie, sbb takde byk barang sgt dia boleh ambik, dia marah, mau dia rodok perut kita. Yelah...marah kan. takut oooo.

nak mati pun, jgn cara camtu. mintak simpang lah...
nanti aku cita pengalaman kena ragut pulak....

gila tak aku....

Total Pageviews