Jun 25, 2009

CARI MIZZYN DI OFFICE AKU?

...Hmmm....

Tadi masa lepas buat keja sikit kat luar, aku kembali ke opis aku dengan mizzyN. Jam masa tu pukul 6.45 petang. Office aku dah kosong. Lampu pun dah separuh tutup, cuma bahagian belakang je yang terbukak lagi. Memandangkan kunci pintu kitoarng rosak, jadi kitoarng satu office pura-pura la kunci. Office aku nie ada 2 unit. Staff dalam office nie pun ada dalam 8 orang je.

Masa aku dengan MizzyN sampai, ada seorang akak nie dari bahagian tuut datang dari arah hujung ofis aku dengan ala-ala kelam kabut sikit. Aku kenal akak tu, tapi tak pernah bertegur sapa. Dia dengan tiba-tiba terus menegur MizzyN. Dah la panggil nama minah tu salah...sesuka hati je. Aku buat tak kisah dengan diorang dua orang, terus bergerak ke meja aku. Sambil tu dok dengar perbualan MizzyN dengan akak tu. (mizzyN ketika itu sedang fotokopi I/C).

Yang bestnya, MizzyN setahun setengah yang lalu memang satu ofis dengan aku, tapi di unit lagi satu tuh. Sekarang nie, ofis MizzyN, jauh nun di hujung dunia., di bangunan lain Dah lama dah minah nie tukar. Tapi akak nie dengan yakinnya berkata dia mencari MizzyN, dan nampak kelibat MizzyN di ofis nie. MizzyN menafikan.."Hari nie, ini baru je saya sampai ofis nie kak. Mana saya ada datang tadi". Tapi akak tu mengiyakan...maka terjadilah perbualan di antara mereka. Untuk mengetahui perbualannya silalah klik di sini -----> sembang mak limah bersama mizzyN. (jangan klik lagi. Mizzyn malas nak menaip)



Ini gambaran dari belakang/hujung ofis aku. Abaikan tuan punya meja dan kenapa meja dia sangat semak...


Beberapa perkara yang menarik perhatian aku:
  • akak, apa ko buat di ofis aku? di ulang sekali lagi, ofis aku, bukan ofis MizzyN.
  • Apa motif ko datang dari arah hujung dan belakang ofis aku? apa ko buat ha?
  • kenapa ko begitu defensive terhadap diri ko - terlalu banyak kata-kata yang pada hemah aku seolah-olah nak menutup sesuatu. Perbualan yang tiada henti dan juga pertolongan yang tidak diperlukan. Itu menunjukkan ko seolah-olah terperangkap dengan perbuatan ko sendiri, dan seolah-olah membela diri.
  • Engkau bercerita dengan MizzyN, ko cakap, ko bagi salam. Tapi takde orang jawab, jadi ko nak pastikan orang ada ke tak - akak, bukanke bila kita dah bagi salam kalau dah lebih dari 3 kali, kalau orang tak menjawab, maknanya orang takde atau orang tak nak hadap ko, dan ko patutnya blah, bukannya masuk tolong periksa ofis orang tuh. Itukan tak beradap namanya. Setahu aku, akak nie menerbitkan program berbentuk keagamaan...huh...mushkil. Lagipun, time tu kan time orang dah balik kerja, jadi kenapa ko nak cari lagi orang dalam ofis aku...????
oklah....aku yang OUT OF MY MIND agaknya. Protective sangat dengan ofis aku....haih. Bukan apa, sebelum nie, dah ada barang hilang. Tak best la nak main tuduh-menuduh kalau ada apa-apa lagi yang hilang lepas nie.

ps: boleh klik dah, mizzyN dah rajin taip.

1 comment:

mizzyN said...

"malas menaip" direct quote tu.

Total Pageviews