Last Year, kitoarng dijemput program tentera bersama media di Sabah. Banyak jugak lokasi yang tak pernah sampai, dapt jugak jejak kaki kat sana. Port yang paling best, konfem la Pulau Layang-layang. Heaven sangat...
Banyak juga aktiviti yang disediakan. Antara acara wajib, pastilah pertandingan menembak. Bagi team kami, peluang menembak guna pistol nie, adalah kali kedua. Sebelum nie, dekat PDRM. Takut tapi best. Dalam pertandingan tuh, kami semua memang tak ambik port langsung masa taklimat. yelah, tak dengar apa pun. Bising je lebih. Jadi aku ngan mizzyN banyak dok berposing kat belakang khemah pertandingan nie....Bila turn kami sampai, kami memang blur gila. Ambik pistol, dengar arahan pegawai-pegawai yang sebelah kami. Tembak habis peluru, letak dan terus pergi berposing lagi kat belakang.
Paling tak sangka lepas tu, team kami dipanggil untuk ke final sebab dapat markah tertingi.
Dan inilah hasilnya, team yang hanya ada pengalaman menembak 2 kali. Ahirnya menyandang gelaran juara. Hadiahnya disampaikan oleh TPM ketika itu. Hadiahnya...jeng jeng jeng
Baucar membeli belah di Parkson sebanyak RM100. Yea...boleh shopping.
Tapi...apa ye nak beli? Lagi 2 bulan dah nak expired. Setelah di timbang tara sebaiknya, akhirnya aku berjaya juga menggunakan Voucher nie dengan membeli SK II. Hahaha...tipikal pompuan. Saja je nak try produk nie. Alang-alang takde la aku nyesal sangat kalau ia tak berkesan....bijak tak???
OUT OF MY MIND? tidak...aku rasa ini yang paling logik sekali...
7 comments:
hehe..best ke SK II??
aku beli sarung kusyen dengar seluar dengan baucer itu. mana ek pergi seluar tu?
siapa gadis yang comel tu? ahax ahax.
ezzati:
stakat nie pakai, best je rasa...heheheh...tunggu result dlm masa 25 hari lagi...
mizzyn:
ko beli seluar ke baju???
kompius.
mmmmm skII... best tak?
aku beli seluar la akhirnya, walaupun mula2 tu aku ambil baju.
kenapa SK 11? Cubalah garnier, baru pasa sanda :P
eliz:
tunggu lg 25 hari, baru ada jawapan. sbb hasilnya ternyata selepas 28 hari...;p
johnjenin:
pasha sanda? sapa tu? aku kenal cate blanchett je, sbb tu terpengaruh...hehhehe
Post a Comment