Jan 15, 2009

KECELARUAN PAHAMAN

...Hmmm...

Tadi aku n geng buat ketupat time lunch smbil borak-borak kosong. Antara yang menjadi bahan tong kosong kitaorang adalah kecelaruan bahasa yang keterlaluan. Bukan lah kami nie bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi kami ini datang dari seluruh pelusuk negara tercinta.

Apa yang celaru bahasanye. Ok ini citanya, Aku datang dari Kedah, Kak Liza (penang), MizzyN (Johor), Jacqueline (Sarawak). Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita cakap, orang lain tak berapa paham. Tambah masa mula-mula aku kenal ngan Jacqueline and MizzyN. Diorang banyak tak paham apa aku cakap. Sebabnya, aku very proud ngan akunye bahse utara, so, aku cakap la bahsa utara tanpa hiraukan orang sekeliling.

Bila Mizzy start buat muka blur bila aku cakap, dan dia mengiyakan apa je aku cakap dan juga dia sering kali membuat perbuatan yang akhirnya aku gelak dekat dia, baru le aku paham dia tak paham apa aku cakap ngupanya...(aku kenal MizzyN baru je +-3 tahun).

Masalah juga timbul bila aku sibuk nak cakap slang 'kampung' ngan kawan yang datang dari daerah sebelah daerah aku nun di utara masa study dulu.

Dan sekarang nie, masalah juga timbul bila, seorang budak Kelantan yang masuk geng ketupat panas kitoarng suka sangat cakap bahsa Kelate dia. Aku pulak dok paham apa dia cakap...

Antara ayat-ayat yang terkeliru oleh orang sekitar aku yang bukan mai dari utara (even skrng nie aku dah cakap kolumpo, pekataan utara yang sebati masih lagi tekeluaq).

  • ROTI - aku selalu merefer semua benda tak kira biskut empat segi or roti gardenia as ROTI. Sori guyz...ini memang tabiat hakiki. Tapi masih terselamat bila aku cakap roti gardenia ngan roti empat segi...
  • KASUT - Aku selalu mintak tolong MizzyN ambikkan kasut aku kat dalam kereta. Dan dia selalunya ambik kasut high heel aku. Padahal, kasut yang aku maksudkan adalah kasut selipar aje...
  • COKLAT - Aku pernah mintak tolong dekat seoarng bro kat opis aku beli coklet time dia nak pi kantin. Aku cakap kat dia, beli dalam seringgit dah le. tak yah banyak2. Hasilnye, sepapan coklet Crispy ada atas meja aku bila aku balik dari recording...Mula tu aku hairan gak, bila masa aku suruh beli Crispy, bukan ke aku suruh beli coklet (sebutan cekelet). Aku tanya kat bro tu, "nie coklet sape?" "dia cakap, hang punyala..."aku pun tergaru-garu kepala sebentar. "La, saya nak coklet Hacks, Hudsons or seangkatan dengannya." "Tadi kan hang mintak coklet, abg beli la yang tu. Lain kali cakap la gula-gula. tak pun, cakap nak Hacks, Hudsons..." terkena aku sebijik...Tapi takpe, kenyang gak le ngan coklet Crispys pemberian free dari bro yang baik itu....nyum..nyum..
  • ROJAK - Aku sendiri kompius dengan masyarakat di KL yang memanggin Pasemboq sebagai rojak. Sangat tak boleh terima kenyataan. Rojak is rojak. Ala...rojak yang ada buah tu. Yang kaler hitam tu kuah dia. Bukan yang ada sotong, ubi kentang, telur dan makanan tambahan lain. bukannnn....itu pasemboq. Aku selalu kena tune otak aku dalam seminit nak hantar isyarat bahawa rojak itu adalah pasemboq di KL...Sebabnye aku penah hampir betegang urat jugak le ngan orang kedai bila aku mintak rojak, dia bagi pasemboq. Tak kira, nak rojak jugaakkkk.....
  • KOKO - Ada seorang kawan aku, gelak yang keterlaluan bila aku suka kaler KOKO. apa yang funnynye dengan kaler KOKO. Biasa je aku rasa. KOKO a.k.a COKLAT a.k.a BROWN. what so funny about that? masih lagi menggaru-garu kepala.....???
  • AYAQ ACAQ - Siapa tau apa itu AYAQ ACAQ. aku suka make funs kat foreigner-foreigner celup Malaysia yang baru je kenal ngan aku and tak familiar ngan bahsa utara. Sedap giler beb air nie... nak try, boleh...no hal...hahahahhahaha
  • BAJU - buat pengetahuan semua, baju adalah direfer kepada semua baju. Tak kiralah kiranya kitoarng nak beli baju blouse ke, baju skirt ke, baju tangan panjang ke, baju t-shirt ke, baju dalam ke....semua benda adalah baju. So, please ask what type of baju we want to buy and wear... jika tak, pandai-pandailah membuat andaian sendiri.

hmmm....dah tak ingat dah apa lagi pekataan yang kompius. Nanti aku ingat balik. Tapi several words yang aku dah belajar ngan kengkawan aku yang kaya dengan perkataan indah mereka sendiri.

  • BELEBE - merepek (kelantan)
  • GOBOK - almari (Johor)
  • BACIN - Ajinamoto(sarawak)
  • PUSUK - Ikan Bilis (Sarawak)
  • ASAM - Buah Mangga (word kawan aku sendiri - pemahaman aku asam is jeruk)
  • BUTANG - kerongsang (butang pada aku adalah butang baju, kerongsang is kancing)
  • BURIT (bukan mencarut ye) - Punggung (Sarawak) - sitiuasi di mana aku hampir mengangat tangan kat seorang bro yang cuba berbuat baik dengan aku. Dia hanya nak bagi tau seluar aku kotor di belakang, nasib baik le ada pakcik teksi menyelamatkan keadaan time tu. Tapi ayat dia, sangat memalukan aku...sorry la bro, tak niat nak sound check u keterlaluan.

Banyak lagi words yang aku tak berapa nak ingat time nie. Nanti aku tambah lagi, jika diizikan oleh akal pikiran aku yang dok memberi isyarat sudah tiba masanya aku balik ke umah dan sambung mentenet kat umah.

1 comment:

Naddy said...

lagi satu, 'boya' yang dikenali dengan nama pelampong tayar kaler hitam.

Total Pageviews