Jan 30, 2009

...................???!!

...Hmmm...

Lately, banyak giler post aku berunsurkan sakit jiwa dan amarah yang sangat keterlaluan. Ok, pasni tak mau dah melampau. Tapi post sebegitu pastinya aku ada juga.



gengster nak pi kutip duit perlindungan...:p


Aku, Mizzy N and jackie baru je balik dari Bangkok. Banyak giler tempat kitoarng pergi. Dari sebaik-baik tempat, sehingga lah sejahat-jahat lokasi....hehhehe. Tapi yang pastinya, tempat yang jahat itu, time buat, memang berdebar-debar dan juga tahap tidak selesa itu sangat ketara. Tapi bila dah lepas, fuh, rasa cam gempak pulak bercerita dengan kengkawan sebab dorang tak pernah buat.

Ada yang kerut-kerut muka. Ada yang tumpang gelak, ada gak yang xde memek muka langsung. Lantak lah. Nak judge-judge la. Yang penting, benda yang kitoarng buat itu, kitoarng tahu tahap batasannya. Dan aku tau, korang jeles bila korang tak dapat buat mcm kitoarng buat...hehehhee.



gengster dlm proses buat rambut ganasz.


Pada aku, benda semua nie atas pertimbangan diri. At least apa yang orang cakap, kita tau apa yang dimaksudkan. Dan dah ada experience. Dan dapat menilai baik buruknya dengan lebih jelas, bukan dengan hanya mendengar orang menyampai aje.

We cannot trust people even ourself....hehehhee....truly OUT OF MY MIND with my birthday celebration last night.....


Tahap kegembiraan bila dah dapat duit perlindungan yang banyak.
yang kurus tu, accountan aku....
shh....jgn bgtau sesapa..rahsia

Jan 29, 2009

ME n AGE

...Hmmm...

Arie nie, umur aku turn satu nombor lagi. Tapi dah 10 taun umur aku dah bertukar pun, aku still rasa cam muda belia lagi dan rasa takde apa-apa perubahan sangat pun. Tapi dari achievement, banyak jugak yg boleh dibanggakan (pada diri aku sendiri la). Tapi pada part-part lain, huhuhu...macam biasa lah.

Even kalau kengkawan aku yang tak jumpa aku dah 10 taun pun, says aku still cam dulu. Cam tak berubah pun. Beli tiket wayang pun, orang kaunter still tanya aku aku dah cukup 18 ke belum and sometimes tanya kad student. Nak kata aku nie kecik molek, haram la....dah taraf-taraf mak budak dah..hehehe.

Tapi maybe sebab aku nie dok tak sedar diri aku nie dah makin tua kot, kenkadang orang salah paham...tapi itu yang bestnye....awet muda...hehehheee

Yang penting, STAY COOL n CUTE and kenkadang OUT OF MY MIND..hehehhe.

Jan 28, 2009

DONT MAKE MY DAY SUCK PLZ

...hmmm...

Pagi yang ceria bagi aku hari nie. Yelah..baru je masuk opis lepas jalan-jalan kat over da sea. Tapi, pagi aku yg best nie dah dicemari dengan gossip-gossip dan juga pertanyaan yang bertubi-tubi. Dah la tu, tak sempat lagi aku duduk kat meja aku nie. Baru dalam perjalanan nak ke meja nie.

Apa halnye nie...???

Boss aku yang asam kelat tuh, cakap aku bercuti tak mintak cuti. Pastu tak bagitau dia pun aku nak pi Oversea. Pastu siap marah-marah kat co-worker aku yang aku nie tak mintak cuti, membelakangkan dia lah, apa lah...dan macam-macam lagi.

What da fuck?

Hello mem, kalau aku tak mintak cuti, camna aku boleh dapat kebenaran bercuti ke luar negara atas urusan persendirian dari orang atasan. Kalau aku nak cuti tanpa bagitau kemana aku nak pegi, peduli apa aku. Itu hak aku. Ini negara demokrasi yang membolehkan aku buat apa aje asal aku ikut je peraturan. So, what da heck aku mesti bagitau ko apa aku buat time aku cuti.

aku pi jalan-jalan, bukan guna duit ko pun. Yang ko nak sibuk sangat nak tau aku pi cuti kat oversea kenapa?

aku tau le ko agak kecewa sebab ko mampu pi oversea kalau kompeni hantar ko je, thats why la, kalau ada job kat luar, ko yang pulun dulu...

Aku asyik bicthing pasal bos aku je. Dan dia memang seorang yang layak dibichting, diwhoring, dan disula. Aku tak penah jumpa bos yang sebengap ko.

Sedarlah, semua staff kat bawah ko, tak suka ko.....hahahhaha.
plz, dont make my day suck...and my mind still ok lagi right now.

Jan 21, 2009

CHECK IT OUT - MY 1ST SHOT

...hmmm....

Kali nie aku nak letakkan hasil 'menembak' aku. Apa kelas kalau beli simpan dalam kotak je kan. Takde le best sangat pun. Baru je nak balajar menatang apeture, speed, ISO dan apa tah lagi...
Setelah di edit serba sedikit...tadaaaaa............(drum roll plz)



cousin aku yg dh kepenatan mjadi model.




macam berani je...




sian dia, penat pusing zoo.




aku tak paham, apakah yg direnungkan kura-kura nie. Adakah memikirkan nasibnya yg x bleh idup bebas.




Pic yang dah di edit utk bg nampak mcm miniature (jadi tak?). Keadaan jam dari umah aku tiap2 pagi hari bekerja.




satu lagi percubaan membuat fake miniature.




button badge kat beg mizzy N




"apa usya-usya...!"



pssst - rasa-rasa, layak tak lagi kalau aku nak amik job tangkap pic nie?

OUR LIFE SUCK!



Jan 19, 2009

I'M LOVING IT....!!

...hmmm...

Takdak ayat yang mampu aku huraikan tahap happy aku yang dah menggaban...Kesabaran itu kadang-kadang nikmatnye sanggaaat indah. Dan sampai ayat ini, aku dah 2 minit OUT OF MY MIND apa nak cerita.

Bukannya aku happy akhirnya aku medapat buah hati...bukan. Mendapat buah hati, mungkin juga tahap happynya lain skit.

Bukannya aku happy sebab akhirnya aku berjaya juga kluar dari office aku yang makin hari makin panas dan membahang rasanya, walaupun majoriti umat dalamnya mengaku sangat beriman dari segi perbuatan tapi bukan dari segi mulut yang puaka tahap longkang. Bukan.

Nak kata aku happy aku mendapat durian runtuh 100 juta (pound, dollar, ringgit dan bukan rupiah), sudah pastinya tidak. Jika ya sekalipun, aku mungkin tak sempat nak meracau dalam buku nota aku ini kerana, ramai lah yang pastinya dok call nak ngaku sedara, nak ngaku kawan, repoter-repoter sibuk nak interview aku. Ye la, dapat 100 Juta tak besebab dan secara misteri. Pastinya mejadi story yang best terutama dekat KOSMO, METRO, dan seangkatan dengannya.

Biarlah aku pendekkan cerita lagi.

Bukannya apa, mind aku agak distract sbb akak kecewa sebelah meja aku nie, buat siaran saluran ASTRO (ulangan). ASTRO cerita yang dia kecewa dengan kerjayanya. Aku rasa aku dah dengar cerita nie dah tahap mcm ulangan cerita P. Ramlee. Dah boleh tahu jalan ceritanya, bezanya movie P. Ramlee rasa tak jemu pun. Cerita akak yang kecewa nie, aku rasa cam dah nak tunggang terbalikkan meja dah.

Biarlah dia dengan kecewanya, jangan biarkan kecewanya menggangu hidupku yang happy ketika ini.

Hah, aku happy sebab aku dah beli benda yang paling aku idamkan. Nie lah benda yang buat aku grin like a monkey...



My 3rd honey bunnyz...apa ye nama aku nk bagi?
Dengan lahirnya darling nie dalam idup aku, maka makin giat la CAMWHORING aku lepas nie.

Jan 15, 2009

KECELARUAN PAHAMAN

...Hmmm...

Tadi aku n geng buat ketupat time lunch smbil borak-borak kosong. Antara yang menjadi bahan tong kosong kitaorang adalah kecelaruan bahasa yang keterlaluan. Bukan lah kami nie bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi kami ini datang dari seluruh pelusuk negara tercinta.

Apa yang celaru bahasanye. Ok ini citanya, Aku datang dari Kedah, Kak Liza (penang), MizzyN (Johor), Jacqueline (Sarawak). Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita cakap, orang lain tak berapa paham. Tambah masa mula-mula aku kenal ngan Jacqueline and MizzyN. Diorang banyak tak paham apa aku cakap. Sebabnya, aku very proud ngan akunye bahse utara, so, aku cakap la bahsa utara tanpa hiraukan orang sekeliling.

Bila Mizzy start buat muka blur bila aku cakap, dan dia mengiyakan apa je aku cakap dan juga dia sering kali membuat perbuatan yang akhirnya aku gelak dekat dia, baru le aku paham dia tak paham apa aku cakap ngupanya...(aku kenal MizzyN baru je +-3 tahun).

Masalah juga timbul bila aku sibuk nak cakap slang 'kampung' ngan kawan yang datang dari daerah sebelah daerah aku nun di utara masa study dulu.

Dan sekarang nie, masalah juga timbul bila, seorang budak Kelantan yang masuk geng ketupat panas kitoarng suka sangat cakap bahsa Kelate dia. Aku pulak dok paham apa dia cakap...

Antara ayat-ayat yang terkeliru oleh orang sekitar aku yang bukan mai dari utara (even skrng nie aku dah cakap kolumpo, pekataan utara yang sebati masih lagi tekeluaq).

  • ROTI - aku selalu merefer semua benda tak kira biskut empat segi or roti gardenia as ROTI. Sori guyz...ini memang tabiat hakiki. Tapi masih terselamat bila aku cakap roti gardenia ngan roti empat segi...
  • KASUT - Aku selalu mintak tolong MizzyN ambikkan kasut aku kat dalam kereta. Dan dia selalunya ambik kasut high heel aku. Padahal, kasut yang aku maksudkan adalah kasut selipar aje...
  • COKLAT - Aku pernah mintak tolong dekat seoarng bro kat opis aku beli coklet time dia nak pi kantin. Aku cakap kat dia, beli dalam seringgit dah le. tak yah banyak2. Hasilnye, sepapan coklet Crispy ada atas meja aku bila aku balik dari recording...Mula tu aku hairan gak, bila masa aku suruh beli Crispy, bukan ke aku suruh beli coklet (sebutan cekelet). Aku tanya kat bro tu, "nie coklet sape?" "dia cakap, hang punyala..."aku pun tergaru-garu kepala sebentar. "La, saya nak coklet Hacks, Hudsons or seangkatan dengannya." "Tadi kan hang mintak coklet, abg beli la yang tu. Lain kali cakap la gula-gula. tak pun, cakap nak Hacks, Hudsons..." terkena aku sebijik...Tapi takpe, kenyang gak le ngan coklet Crispys pemberian free dari bro yang baik itu....nyum..nyum..
  • ROJAK - Aku sendiri kompius dengan masyarakat di KL yang memanggin Pasemboq sebagai rojak. Sangat tak boleh terima kenyataan. Rojak is rojak. Ala...rojak yang ada buah tu. Yang kaler hitam tu kuah dia. Bukan yang ada sotong, ubi kentang, telur dan makanan tambahan lain. bukannnn....itu pasemboq. Aku selalu kena tune otak aku dalam seminit nak hantar isyarat bahawa rojak itu adalah pasemboq di KL...Sebabnye aku penah hampir betegang urat jugak le ngan orang kedai bila aku mintak rojak, dia bagi pasemboq. Tak kira, nak rojak jugaakkkk.....
  • KOKO - Ada seorang kawan aku, gelak yang keterlaluan bila aku suka kaler KOKO. apa yang funnynye dengan kaler KOKO. Biasa je aku rasa. KOKO a.k.a COKLAT a.k.a BROWN. what so funny about that? masih lagi menggaru-garu kepala.....???
  • AYAQ ACAQ - Siapa tau apa itu AYAQ ACAQ. aku suka make funs kat foreigner-foreigner celup Malaysia yang baru je kenal ngan aku and tak familiar ngan bahsa utara. Sedap giler beb air nie... nak try, boleh...no hal...hahahahhahaha
  • BAJU - buat pengetahuan semua, baju adalah direfer kepada semua baju. Tak kiralah kiranya kitoarng nak beli baju blouse ke, baju skirt ke, baju tangan panjang ke, baju t-shirt ke, baju dalam ke....semua benda adalah baju. So, please ask what type of baju we want to buy and wear... jika tak, pandai-pandailah membuat andaian sendiri.

hmmm....dah tak ingat dah apa lagi pekataan yang kompius. Nanti aku ingat balik. Tapi several words yang aku dah belajar ngan kengkawan aku yang kaya dengan perkataan indah mereka sendiri.

  • BELEBE - merepek (kelantan)
  • GOBOK - almari (Johor)
  • BACIN - Ajinamoto(sarawak)
  • PUSUK - Ikan Bilis (Sarawak)
  • ASAM - Buah Mangga (word kawan aku sendiri - pemahaman aku asam is jeruk)
  • BUTANG - kerongsang (butang pada aku adalah butang baju, kerongsang is kancing)
  • BURIT (bukan mencarut ye) - Punggung (Sarawak) - sitiuasi di mana aku hampir mengangat tangan kat seorang bro yang cuba berbuat baik dengan aku. Dia hanya nak bagi tau seluar aku kotor di belakang, nasib baik le ada pakcik teksi menyelamatkan keadaan time tu. Tapi ayat dia, sangat memalukan aku...sorry la bro, tak niat nak sound check u keterlaluan.

Banyak lagi words yang aku tak berapa nak ingat time nie. Nanti aku tambah lagi, jika diizikan oleh akal pikiran aku yang dok memberi isyarat sudah tiba masanya aku balik ke umah dan sambung mentenet kat umah.

Jan 14, 2009

BAJET SDN. BHD

...Hmmm...

Aku bab jalan jauh nie, dah lama mempraktikan membawa bekal. Tapi selalunya bila balik kampung la. Tu pun, aku beli gak la tapau, pastu benti kat R&R mana-mana, maka aku and eskot-eskot aku pun membukak le bekal masing-masing.

Tapi yang paling best, kalau balik dari kampung ke KL la. Syahdu je bila family bekalkan nasik n lauk...even simple je lauknye (sbb aku slalu rush nak balik KL), tapi...sedapnya, tak hingat. Thanx famly...hehehe...

Dengan bekalan yg aku bawak nie, kenkadang bleh jimat Rm30. Tak kira la kan...jimat jugak kan. Kenkadang ada gak mata-mata orang muda yang kononnye hype dari aku memerhati and says..."huyoo...bawak mangkuk tingkat". so what. dosa ke? Apa aku kesah...yang penting famly aku sayang aku. Diorang tak mau aku makan benda tak bekasiat sebab dorang tau, aku akan makan asam, kopok, cwinggam, pau, sandwich lemau dan seangkatan dengannya sepanjang pejalanan aku ke kolumpo....

apa-apa hal pun yang penting aku kenyang. and stay tune with my mind....




mangkuk tingkat yang nak diantar balik kat tunang paksu aku, dijadikan bekal makanan aku. Rugi ooo, bawak balik bekas kosong je. Bawak berat keta je...





Lauk simple je. Ini je yang sempat dimasak..ok lah. sedap ooo...makan sambil buat ketupat sebakul dua...hehehehe

FUCK ISRAEL




...hmmm...

aku bukanlah pandai sangat nak berbicara pasal peperangan. Aku hanya mampu simpati dengan saudara-saudara kita yang kat Palestine nun. Zaman sekarang dah sangat tak sesuai peperangan berdarah. dan to Israel...fuck u big time....

Kat sini several picture yang aku google di tenet. kalau le aku mampu ke sana, dah lama aku berjuang dengan dorang. Dah lama aku tembak-tembak setan-setan tu. Bahlol. Kesian la oiii....



























Jan 7, 2009

BOSS FROM HELLLLLL

...hmmm...

nie luahan rasa hati aku yg dah sanggaaat membeku. why and bout what. Aku tak tau camna nak start benda cuak nie. Huh...double huh. and triple huh. Nie semua pasal sapa lagi. BOSS aku la..iieeeeeeee....(dush.dush.dush).

Boss aku nie sukaa sangat cuti. Datang keja lewat. Kalau kompeni dia sendiri aku tak kesah la sangat..tapi kompni orang. paham tak. Itu satu hal la.

Disebabkan dia nie suka sangat cuti, maknanya dia takde kat opis la. Bila takde kat opis, maknanya orang lain kena settle kan la. Dan bila ko dah cuti lama-lama. Banyak le urusan kitoarng balaci nie kena setellkan. Jadi bila dah banyak sangat benda balaci-balaci kena hendle, apa lagi, terlupa la nak sampaikan dua tiga benda. Its normal la. Kami nie manusia. paham ke tak nie.

So, bila ko tak tau pasal certain-certain benda yang balaci-balaci ko nie lupa nak bagitau, ko jangan le overdose naik angin gila ko tuh. Ini tak, ko tak malu ke membuat demostrasi hentak-hentak meja time meting ngan orang luar dari unit kita, pastu ko keluar dengan biadapnye time meting yg di chair oleh pengarah yang pastinya pangkat dia lagi tinggi dari ko. Dan semua orang dalam meting menyaksikan aksi monopose ko tuh. Jaga le maruah diri beb. Jangan le hangin tak tentu pasal. Ko pikir hangin ko je, hangin balaci-balaci ko kat opis ko tak pikir pulak?

Bos aku nie pompuan dah monopos. Dia nie tak boleh langsung kalau anak buah dia dapat berita dulu dari dia. sangat pantang tok nenek. Cthnya, kalau orang jemput makan, dia tak akan pegi makan kalau orang yg jemput tu tak jemput dia personally. Even kalau kitoarng nie, cuba menyampaikan jemputan tu pun, dia tak akan pergi. Dia cakap, kenapa tak panggil dia personally. What da fuck. Ko ingat ko tu bini Agong ke. Apsal, darah ko kaler lain dari kitoarng ke. Perut ko pecah ke, kalau makan kat tempat orang tak jemput ko personally. bullshit.

Banyak dah aksi-aksi bodoh ko tu aku dah perati. Sampai kitoarng semua dah naik meluat sangat dah dengan ko. Ko datang lewat kat opis, lewat bukan sebarang lewat, kul 11 pagi baru nak nampak muka. Pastu ko nak cover dengan beli makanan. Hello, kitoarng takde le kebulur sangat nak makan. Bukannya kitoarng takde duit nak beli sendri.

Lagi satu, gaji ko lagi besar dari kitoarng nie. Plz la...buat kerja yang setimpal dengan gaji ko. Bukannya tugas ko hanya masuk bilik ko, bukak pc, dok update facebook, tgk cd, main games. Gaji ko dibayar untuk buat keja. Paham tak. Ini tidak, keja ko, ko sanggup bagi dekat akak yang mata dia yang hanya nampak dalam jarak 2 meter. Kesian akak tu. Nak kata tidak, tak boleh. Bodoh betul. Akai takde ke....?

seriusly, aku dah hilang respek ngan dia nie. Aku hilang respek bila aku rasa aku nie lagi bijak dari dia. hahahhahahahha.....aku dah fucking OUT OF MY MIND!!

Jan 6, 2009

TIPU SANA SINI

...Hmmm...

Baru-baru nie aku dapat maklumat pasal tipu sana sini. Pegi mana-mana pun tipu. Nie aku senaraikan kes-kes tipu yang aku dapat. Kredit untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

  • gejala ceti haram
  • penipuan institusi kewangan
  • penipuan sindiket lelongan kerta dan rumah
  • penipuan pasaraya besar
  • penipuan makanan beracun
  • produk GMO
  • penipuan makanan haram
  • penipuan gores dan menang
  • penipuan 'mat kiosk'
  • salahlaku polis, peguam, doktor dan lain-lain
  • penipuan dalam penjualan kerta, telefon dan rumah
  • penipuan bengkel-bengkel kereta
  • penipuan perkhidamtan telefon
  • penipuan stesen minyak
  • penipuan sindiket saham high yield, internet scam
so, guys, nak maklumat lebih silalah ke lawan web PPIM. Harap info nie berguna utk u all.
and just dont lost your mind like me....


KEGAWATAN EKONOMI

...hmmm...

Untuk 2009 nie, aku nak selitkan jugak bahan-bahan yang lebih ilmiah dalam blog aku. Tapi bukan maknanya terlampau berilmu. Just benda yang make sense kepada orang ramai je. Cthnye, maklumat yang aku terima hari ini pasal kegawatan ekonomi.

Ini hasil yang aku dapat dari tetamu program aku hari ini. Kredit to Dr. Rosli Salleh, Pensyarah Kanan & Ketua Unit Pengajian Luar, Fakulti Ekonomi, UPM.

Menurut Dr. Rosli, kegawatan ekonomi berkemungkinan besar akan berlaku dalam suku kedua atau ketiga tahun ini. (suku kedua tu maknaknya dalam bulan April, suku ketiga dalam bulan 9. lama gak le nak gawat nie).

Puncanya adalah penurunan indikator ekonomi (aku pun tak tahu apa benda nie), yang sedang berlaku di negara-negara maju seperti Eksport negara Jepun dan Korea yang menurun dengan agak mendadak dan juga kegawatan yang melanda syarikat-syarikat gergasi di Amerika, Eropah dan Jepun.

Jadi, negara kita juga akan dilanda kegawatan ekonomi sebab negara kita adalah net exporter, yang mana kebanyakan pembeli produk kita adalah negara-negara maju dan sudah pastinya permintaan barangan dari negara kita akan menurun sebab negara-negara besar ni dah susah. Petroleum, sawit dan getah semuanya turun harga (sebab tu le ramai orang kg akan susah. mostly penoreh getah la.)

Oleh itu, negara bakal mengalami penurunan ekonomi. Hanya tahap seriusnya sahaja yang tidak pasti.

jadi, aspek paling penting dah pastinya mengawal perbelanjaan kita. yakni perbelanjaan berhemah. Jangan lah dok boros macam aku nieh.

Untuk berhemah dalam berbelanja, kita perlulah kenal pasti antara KEPERLUAN dengan KEHENDAK.

KEPERLUAN - sesuatu yang mesti kita perolehi dan hidup.
KEHENDAK - sesuatu yang kita beli untuk memenuhi keperluan hidup kita dan keluarga.

Whatever pun, tak semstinya kita nak tunggu gawat ekonomi baru nak belanja berhemah. Patutnya benda nie dah lama kita praktik dalam hidup. And mostly, part of da thing aku must do utk taun nie, pastinya mulakan membuat simpanan...huhuhu.

percaya atau tidak, sepanjang dah tiga tahun kerja, aku takde simpanan tetap selain KWSP. dan sekarang nie, KWSP dan stop. aku kena mulakan altelnatif lain. huhuhuhu...

if talk about money, aku selalu OUT OF MY MIND. plz guys, dont be like me....!!!


Jan 5, 2009

CUP CAKES


tadaa...inilah cup cakes cokelet rice versi unplugged


...hmmm...
Semalam lepas hantar barang cousin aku kat Bangi, tengah dok sembang-sembang, tetiba Mizzy N menyuarakan suaranya untuk buat cupcakes. Dia cakap, kita beli bahan, ko buat lah. Wah...wah...nasib baik mood aku baik je. Angin rajin pun sepoi-sepoi bahasa je menyapa. Apa lagi, bawak lak kelisa aku menuju ke pasaraya.

Yang bestnye. Dua-dua orang tak tau, apa bahan nak buat kek. Yang aku ingatlah, kena letak telur ngan butter. So, kitoarng dua belegar-legar la kat aisle bahan buat kek. Angkat letak. Angkat letak. Weh, apa nak beli nie. Mizzy N bijak sikit, dia pi usya kotak kek instant, tengok bahan-bahan. Kitoarng pun amik le bahan-bahan yang tertulis. Nasib baik le, tak beriya-iya cari bahan pengawet yang dibenarkan....hahahhaaha.


Baru aku tau, bila kita nak masak kek nie, bancuhan kita nie akan rata dengan sendirinye. Aku ye ye je, dok nak rata. nak bagi cantik...huhuhu. Sadis.


bahan-bahanye:
  • tepung gandum
  • baking powder - serbuk penaik (nie agak kompius jugak nak kena beli ke tak)
  • coklet rice - (bahan 1st yg dirembat mizzyN tanpa budi bicara)
  • essence vanilla
  • serbuk koko
  • coklet masak
  • butter


Hasilnye lpeas masak. comeinye dia kembung....


Balik je umah, aku buat le apa yang patut, ikut deria ke-6 aku. Tapi part nak masuk baking powder, dah agak ragu-ragu. Takkan aku nak letak sebotol kot. So, aku suruh mizzy N tepon mak dia. Nasib baik. Terima kasih makcik...jasamu dikenang. Hasilnye. mula-mula manis nak mampus. Last-last, sedap giler...


Nyum...Nyum. Sedap ooo..

Even aku nie tak berapa nak pandai masak, Tapi aku willing nak cuba tau. So, boleh kawin le aku pas nie...kehkehkeh....OUT OF MY MIND.


NEWEST SKIN

...Hmmm...

aku stat this new series entry for '09 with new skin. (series ke?).

Hari nie baru stat keja. Dah 2 minggu aku cuti. Cuti-cuti pun aku pi gak opice. Rasa cam rugi le pulak. Boleh ke tarik balik cuti tersebut? takpe lah. Amal jariah je...

Dah cuti lelama nie, malas pulak rasanya nak buat keja. Dari pagi aku dok cari guest for my slot, takde lagi. Ayark...payahnye. Ada yang dok cuti lagi. Ada yang dok dalam mood cuti lagi (cam aku). Dan ada gak yang saja-saja je datang opice cara cam bercuti.

New Year 2009, aku sambut kat umah je. Sian aku. takde jemputan nak celebrate di mana-mana tempat dan kawasan jajahan. Aidil (kawan aku) siap pelik lagi. Dia cakap, aku kan happening, takde ke orang nak ajak pi merambu. Aku just cakap, usia mematangkan kita....hahahha. Apa maknanya...aku pun tak tau.

Tapi hakikatnya, aku malas nak besempit-sempit dengan Mat-mat bagla. Bergesel-gesel dengan abang-abang indon. Bermasam-masam muka dengan abe-abe Pinoy. Berkerut-kerut kening dengan jejaka-jejaka yang datang dari mana entah. Dan memberi senyuman semanis mungkin kat pakwe-pakwe mat saleh....(wink.wink.wink.)



Negeri aku yang dah tak berapa nak jelapang.


So, memangdangkan cuti aku agak besepah lagi, aku pun geraklah balik kampung aku nun jauh kat utara. 5 jam drive, sampai gak aku kat kampung. Semua tegezut....huhuhu. Aku balik kampung beb.

Adoi la. Aku nak cita pasal newskin blog aku nie aje. Nape plak aku over de top plak. oklah. Stop dulu. Raving OUT OF MIND yang keterlaluan pun tak best gak. Bak kata aku sendiri. Jangan le banyak wording sangat. Pening den nak baca...

Jan 1, 2009

HELLO 2009...!!!

HAPPY NEW YEAR.....2009!!

wah....nie entry aku yg paling latest....in 2009.
banyak dah aku plan utk 2009. and part yg paling kompem taun nie, yg mmg ada dlm diari '09, of course my bacpack to Bangkok, Thailand and Bali, Indonesia. Tak sabar pulak rasanya...yelah, setelah sekian lama dok mengeras kat Malaysia negara yg tercinta.

anyway......appy new year guyz. muge-muge taun nie is da happiest year in ur life.
and for me...still OUT OF MY MIND, maybe in a wise way...*wink, wink, wink

Total Pageviews