Dec 30, 2009

BILA BENDA DITUNGGU SUDAH TIBA...


Benda yang ditungu-tunggu dah tiba...
Akak yang hntar surat nie jadi heran sbb aku sangat gembira dapat surat ini setelah 4 tahun....



Padan muka aku....Minggu depan aku kena gerak ke opis baru....




Nie meja aku sebelum dapat surat....Sarang menternak tikus ngan ular sawa....




uiii....semaknya meja orang ini.....
Jenuh la aku nak angkut semua barang




Hah...nie la akibat kalau 4 tahun tak pernah buang semua benda....
dah 5 kotak ko nak pindah barang. Nie tahap nak pindah rumah dah nie...




Fasa nak clearkan barang.....majalah je sekotak.

OUT OF MY MIND bila rasa nak terkucil kena pergi tempat baru sebab aku takde ilmu pengetahuan langsung dalam penerbitan TV.

Dec 29, 2009

SEDIHKAH AKU....ATAU KORANG YANG BERSEDIH...

...Hmmm....

Tadi masa baru sampai kat ofis...aku terserempak dengan seorang bos satu stesen radio nie. Pada hemat semua orang, senior terutamanya...kalau terpilih untuk masuk ke stesen itu, maka kita adalah orang yang terpilih dan bagus....

Tapi pada hematnya...kami terutamanya aku, tak hingin langsung nak masuk ke situ. Dah beberapa tahun aku melobi untuk mintak ditukarkan ke tempat lain. Aku tak mau dah satu bumbung dengan stesen radio itu....dengan perangai hulu semua orang dalam tu, buat aku sakit kepala dan nyampah tahap maksima.

Ok...balik pada cerita aku terjumpa dan hakikat sebenarnya dia sebenarnya menunggu untk "bercakap" dengan aku.

Aku sampai, masa aku nak membelok kereta masuk parking, aku nampak dia. Aku tak minat sangat dengan Boss ini, kerana dia sangat bermuka-muka. Jadi bila aku dah park kereta, aku take my own sweeet time dok dalam kereta. Malas nak terserempak dengan dia. Lepas, 15 minit aku buang masa, aku keluar...buat-buat bukak bonet segala....

Tiba-tiba.......suara yang aku tak suka kedengaran....(sebahagian dari cerita je nie...)

"AIDA....."
"hah...ye aji...."
"Dah dapat dah surat tukar..."
"belum....."
"tapi awak dah tahu kan awak ke mana..."
"a'a....ke TV..."

"takpe....awak jngan susah hati....nanti bila awak ke sana, kita usahakan tukar awak ke masuk balik ke radio..." - aji ni memang poyo....dia cakap camni kononnya nak kita rasa terharu sebab dia prihatin dengan kita. Tapi padahal.....

" takpa lah aji...lagipun memang saya sendiri yang request nak ke tv....nak rasa dunia baru pulak.." terus dia terdiam.....ayat poyo dia berjaya aku cantas....hahahhahah....setan betul hang nie ida....

"baguslah awak ke tv...sayang dengan apa you blajar selama nie kalau ke tempat iklan....at least dekat tv, awak boleh sambung apa yang awak dah tahu..." ces...ayat cover malu....

Itulah kisahnya....aku rasa pelik sebab orang anggap aku kecewa gila sebab tak dapat nak terus berkhidmat kat stesen itu....sedangkan.....sedangkan...sedangkan....

haih.....hanya korang-korang yang memilih jalan untuk menjaga periuk nasik masing-masing je buat camtu...aku suka periuk nasik aku tunggang terbalik....nak buat camna...memang perangai aku camtu....

Kisahnya ....nama-nama kami nie disenaraikan, kemudia orang-orang di stesen itu buat vote memilih siapa yang dioarng suka untuk masuk ke situ....

Nama aku tak termasuk calon kegemaran ramai...maka terpaksalah aku cari kotak lepas nie.

dan nama yang terpilih semuanya jenis...play safe...(mesti diorang guna jenama DUREX nie)....hahahhaha

OUT OF MY MIND OUT OF MY MIND.....



nielah insan terbuang dan tidak dekehendaki...
sapa nak aku...cepat....

Dec 23, 2009

PI JAYBEEE

..Hmmm.....

Petang nie gerak pi JayBee...Negeri MizzyN. Esok mau pi "jalan-jalan" di sekitar Orchid Road kat Singapore. Program semua dah siap. Skrip Semua dah setel. Cuti dengan hati tenang.

Oh ya...Tujuan ke Jaybee...
Ada orang itu mahu melangsungkan pertunangan....
waaa....tinggallah aku membujang keseorangan....sian aku...hehehhe

Tapi takpe...aku Single by choice...
takdak hal punya...

OUT OF MY MIND bila orang itu sanggup support perjalanan pergi balik aku ke Jaybee...seronoknya. Alangkah bagusnya, kalau dia jugak support aku masa pi "jalan-jalan" di Orchard Road nanti....boleh lah...boleh lah....tak boleh? takpalah.....



Dec 21, 2009

AGAK-AGAK KAT MANA NIE...???

...Hmmm.....



cuba teka...dimanakah gambaq air yg nyaman ini diambilk...????
.
.
.





.
|
V

SUNGAI GOMBAK YANG BUSUK DI TEPI PWTC
TEMPAT SARANG PENAGIH TUH.....



OUT OF MY MIND masa nak ambik pic nie, kena tahan busuk yang over dose...

ANTOBODI CAP AYAM

...Hmmm.....

2009 - banyak kali betul aku demam tahun nie....aku sendiri tak paham kenapa antibodi aku jadi antibodi cap ayam...Adakah sebab aku selalu ejek sahabat aku - jacquelin yang tiap-tiap bulan pasti demam? Mungkin.....

Minggu nie demam lagi. Maybe letih sangat. Yelah...usahawan muda...perniagaan baru nak berkembang. Kena lah usaha lebih sikit...

2010 - harap tahun depan, antibodi manusia aku berfungsi seperti biasa. Dan lemak-lemak tepu aku mulalah mencair....

OUT OF MY MIND kesiankan dekat sahabat aku yang terpaksa memendam rasa bila aku tak mampu melayan dorang bercakap...letih la....


Dec 10, 2009

AKU KE TV??

...Hmmmm....

(Minggu nie dan seterusnya akan ada banyak pasal tukar kerja....biasalah orang excited tak pernah kena tukar keja.....)


Tetiba rasa diri ini dihargai bila orang rebut-rebut nak kita. Rupanya ada value jugak aku nie....Ingatkan takda sapa pun heran. (kembang pungkok sikit....sikit je)

Ye la....Aku sangat outspoken dengan bos-bos. Ada tak kena, aku perli baiiiik punya. Nasib le kalau nak terasa. Pernah markah prestasi aku beza 0.5 je dengan kaki ponteng opice aku. Sedih gila time tuh.

Lagilah sedih bila orang lain tiap-tiap tahun dapat tukar opis. Aku...sampai 5 bos bertukar, tapi aku tetap keras kat sini jugak. Rasa cam takde value.

Bila nak hantar surat tukar, pengarah cakap, dia tak akan terima. Alasannya, dia tak akan keluarkan aku selagi dia tak keluar situ....duduk lah aku kat sini. Kat bawah ketiak dia.

Sekarang nie, bila dia dah bertukar...dia pulak sibuk-sibuk nak atur aku ke mana...Bos stesen nie request. Pengarah bagi kebebasan aku nak kemana. Bos aku pulak nak aku stay kat radio....hmmm delima nieh....

Kita nie bukannya ketegeri pekerja yg best pun. Slalu je engkar arahan. Kalau suruh pi bengkel, aku lari... takpun masuk dalam 30 minit, pastu aku keluar. Perhimpunan bulanan lagilah aku nak pi...biasalah rebel tak bertauliah...kursus patutnya setaun kena attend at least 7 hari...aku - 5 hari pun rasa dah banyak giler....

Nie tetiba rasa cam nak kembang hidung sepuas-puasnya bila orang asyik dok VOTE FOR ME for this place and that place.....


Mari kenal dengan bos-bos saya yang glemerglemer belaka tak macam saya:



Nie bos aku sekarang...KHALIM ROHANI.
Otai besar dalam Pengulasan Siaran Langsung. Banyak event-event negara macam kat istana-istana dia yang cover.
Cool boss...Gila Mahbub...
Banyak buat pengacara majlis. Banyak gila aku blajar ngan dia dari segi ulasan, protokol. Banyak jugak peluang dia bagi kat aku. Yang best bila dia bagi chance kat aku buat ulasan dengan dia kat Istana Negara masa hari Keputeraan Agong. Lepas tu, Parlimen.





Akak yang glamorous nie nama dia sangat sinonim dengan berita di Radio.
Dialah NORAINI IBNU. Body yang mantap walaupun dah masuk 50-an. Harap-harap aku ada body cam dia bila aku dah masuk umur itu....hehehhehe
Sangaaat pemurah dari segi makanan. Bos yang cool jugak. Tapi kadang-kadang emosi dia boleh tahan jugak....biasalah pompuan, every month hormon tak stabil....hahahahah.
Bos di Drama Radio sekarang. Masih lagi baca berita Radio.





Bos ini sangat muda...baru je awal 30-an. Nak kata bos pun macam tak sesuai, sebab rasa macam dah jadi kawan-kawan pulak. Sangat cool tapi sensitif sangat. Cepat sangat nangis. Cengeng aa dia nie....hehehhehe.

Memandangkan hubby dia di tengah laut setiap masa, dahtu keja pulak kat Terengganu, dan dia pulak di Kuala Lumpur, bantuan aku sangaaat didambakan masa dia jadi bos aku. Tambah bila dia pregnant, hantar anak sulung dia ke sekolah 1st time...nak isi minyak kereta...

Sekarang nie dah balik ke negeri kesayangan dia, Ganu kite. Editor Berita di sana. Puas hati dia dapat balik sana....
opps...nama dia RIDA SUZIRAWATI MUDA





Saja nak letak gambaq nie. Sebab dia seorang yang agak pendiam, dulu la...masa jadi bos aku. Sekarang nie tak dah. Ye la...dulu unit kitoarng semua perempuan, haruslah tak boleh lebih-lebih mesra kan...Ini pun Otai besar nie. Suara dia slalu dengar masa baca berita radio. Juga pengacara event-event besar macam Tilawah Al-Quran. Suara dia macho beb.
Dia ....Sallehudin Hj. Ramlan.

Nak cerita banyak pun, dia jadi bos aku kejap je...boss yang cool. Rela mengambil alih tugas kitoarng bila kitoarng dah tak mampu nak cover. Siap buat rekoding sendiri lagi. Kalau ada assgment luar, kitoarng mintak nak keluar ramai-ramai...dia kasi je. Tapi bersyarat la. Tu yang best...memang cool habis lah.
Sekarang nie di KLfm.





(Yang berbaju biru itu ya...bukan JAYJAY.)
Bos nie orang yang sangat tiptop dalam bekerja. . Tapi dari segi emosi agak fail. Boss First. Banyak giler blajar dengan dia. Suara dia sangat sexy. Aku suka. Orang yang sangat tegas kalau bab kerja nie. Tapi rajin sungguh dia belanja kitaorang makan. Nak memujuk balik la tuh...hehehhe.
Lagi satu, dia adalah wife kepada bos aku yang sekarang nie.
Hebat tak? aku berboskan laki bini....
nama dia Shahizan Jelas.

Banyak sangat cerita dengan bos nie...seorang yang hyperaktif. Takde masa nak tarik nafas. Sampai bila kitoarng dapat bos baru, waaah...rasa heran dan ajaib kenapa kami tak banyak kerja...hahahha.
workaholic gila kami masa dibawah dia. Dialah yang banyak bentuk cara aku bekerja sekarang...mungkin. Sekarang nie dia berjawatan bos di Hiburan radio.


OUT OF MY MIND bila dengar latest news aku akan ke TV.....suka giler aku dengar rumors nie...

Dec 9, 2009

KRISMAS YG OVERDOSE

....Hmmmm....

Krismas sehari je...tapi kenapa hiasan kat supermaket buat aku rasa cam aku kat New York, London, Paris nie...???

OUT OF MY MIND
(gambar menyusul)


Dec 7, 2009

DELIMA ORANG TERBUANG.....

...Hmmm....

Sekarang nie dalam delima. Bahagian Penerbitan akan dimansuhkan dan sebahagian dari kami akan diserapkan ke lokasi-lokasi terpilih. Dari kabar-kabar yang mungkin boleh dipercayai, nama aku kena masuk kat satu steSen radio yang urban.

Adus.....

Malasnya aku nak ke sana. Aku suka sangat buat production. Happy. Pengetahuan yang luas. Dapat pi lokasi-lokasi yang best lagi hebat yang kita sendiri tak jangka dapat nak jejak kaki ke sana.

Kalau aku masuk ke radio urban tu, pastinya dunia aku lepas nie - lagu popular, artis, roadshow...Kalau aku kena kerja belakang tabir je, no hal la jugak. Kalaulah di arahkan untuk berkonti? berposing? ayark.....ayark.....aku tak minat dunia glemer nie beb....delima betul.
Itu satu hal.

Sekarang nie pulak, Bos stesen berbahasa Inggeris dah jumpa dengan pengarah aku. Dia request aku dengan seorang lagi partner in crime aku (yang memang aku dah bosan giler kerja dengan dia) untuk masuk stesen Omputih tu. Request tu...jangan wat main....

Bila dapat je berita tu....terkebil-kebil bijik mata aku. Ye la...English aku bukan perfect. Cakap pun bunyi melayu je lebih. Nahu-nahu semua aku dah lupa...kalau bab suruh aku baca...memang le superb English aku. Tapi...kalau suruh aku cakap, haih.....bukan rojak lagi dah...dah jadi sampah masyarakat dah...huhuhuhu...

Yep..memang kalau aku masuk Stesen orang putih itu aku akan kerja di belakang tabir. Buat production...tapi, tidakkah imej stesen akan 'tercalar' sikit bila seseorang yang bekerja di steten English, tapi tak fluent Englishnya bila berurusan dengan orang?

Aku ok je...postive part adalah cabaran aku nak improve English aku yang hidup segan mati tak mahu nie. Tapi aku dah jemu sangat dah keja ngan radio nie. Rasa cam nak ubah angin....

Angin aku.......
Aku nak sangat ke TV. Bahagian production...bahagian berita pun tak kesah. Nak rasa camna hectic kerja kat tempat macam tu. Kalaulah dapat..........

OUT OF MY MIND nak tunggu surat pertukaran yang nak keluar 16hb dan ke atas....tunggu dan lihat je lah ke mana dunia aku lepas nie...Berdunia dengan artis ke? Cakap Omputih ke? tak pun dunia TV yang sangaaat baru....

- baru je bermesra-mesra dengan dunia fotografi..camna nak bagi masa lepas nie kalau aku keja shift. Haih -

Dec 4, 2009

TUKAR KULIT / BLOG SKIN

....Hmmm....

Aku memang suka tukar kulit. Bukan tukar kulit macam ular tu...tapi tukar skin blog. Tengoklah apa jadi ngan blog aku sekarang....Entah apa-apa dah. Sapa yang Out of your mind cam aku...nie aku kasi web skin yang cantik dan terbaik....



Tapi sebelum tu, meh aku remind dulu beberapa perkara sebelum korang gatal-gatal nak tukar kulit blog korang. Ye la...nanti hilang banyak benda kat blog tu, aku jugak kena bambu.

  • sebelum tukar kulit....sila SAVE dulu HTML korang yang asal kat mana-mana tempat. Word pun ok...ini sebagai langkah berhati-hati sekiranya anda tak suka kulit yang anda suka tu, anda boleh kembali ke kulit asal balik....VOILA - senang je kan.

  • Kedua - Segala yang korang ada dalam blog....cth: macam follower, recent komen, nuffnang, widget yang hype hype dan gempak yg korang selama nie penat-penat dok hias kasi penuh dalam blog tu....akan HILANG. ingat...HILANG. Jadi, sebelum nak tukar blog tu, ujilah tahap kerajinan saudara dan saudari supaya tak menyesal di kemudian hari. Tambah lagi menyesal, bila korang hilang LINK blog yang best-best yang korang selalu dok baca dalam senyap tapi tak ikut jadi FOLLOWER. Macam blog aku yang best nie....hahahhaha. SO, cepat-cepatlah jadi FOLLOWER. At least, nanti bila nak trace balik..senang je, pi dekat Blog List - Add blog i follow...setel masalah.

  • korang perasan tak, kalau tak perasan sekarang pun tak apa, sebab korang akan perasan bila korang tukar skin korang nanti......NAVIGATION BAR (NAVBAR) kat atas kepala tu akan hilang. Jadi agak payah kita nak ke DAHSBOARD kita kan. Jadi, u-alls kena jadi pakar HTML kejap...senang je. Jangan risau.....

Inilah NAVBAR


cari perkataan ini dalam Edit HTML:

#navbar-iframe
{
display: hidden;

apa yang korang perlu buat adalah tukar ke:

#navbar-iframe
{
display:visible;

itu je. Kalau malas sangat nak taip. delete je perkataan hidden tu. Hasilnya sama je. macam nie.

#navbar-iframe
{
display:;


_____________________________________________________
opppss....masih tak jelas ek camna nak upload skin tu..
ok aku bagi detail.




masuk page ini. Carilah ribuan skin yang korang suka.




contohnya korang suka skin nie...korang click la kat DOWNLOAD tu. Kalau nak view dulu, nak tengok apa hasilnya kat blog korang sebelum di ubah suai, clik lah kat LIVE DEMO tu.




save.....




bukak folder yang korang dah save tu...
(fuh...detail giler aku menerangkan)



ok...sekarang...sila COPY ikon di atas nie dan PASTE kat dekstop korang.
Ala..kalau taknak buat camni pun takpe. tapi aku suka...sebab senang, takyah nak bukak banyak-banyak folder dah...cari kat desktop je.
Bila dah siap...delete je.





ok...apa yang korang perlu buat sekarang nie adalah....
jeng jeng jeng...ni saat kritikal nie...sangat penting...
Sila UPLOAD IKON yang korang dah paste kat desktop tadi.





OK...kata-kata warning dan amaran seperti yang ditunjukkan oleh anak panah itu adalah amaran bahawa korang punya widget yang gempak-gempak akan hilang...Jadi bersiap sedialah nak upload balik nanti. Bila korang rasa sangat yakin nak tukar...biarlah apa terjadi sekalipun dekat blog korang tu, sila click CONFIRM & SAVE.
VOILA.....korang dah dapat skin baru....yea. yea. yea....!!!



Jadi lepas tu, dah siap...JANGAN LUPA MUNCULKAN kembali korang punya NAVBAR....!!! kalau tak payah le nak kembali ke Dashboard kalau korang-korang yang ada banyak sangat blog nak di mantain.

OUT OF MY MIND tak penerangan aku nie....benda simple je.....tapi menerangkan macam apa tah....

p/s: saja je nak guna kata ganti diri yang banyak kat u-alls/sedara/sedari/anda/korang....


Dec 3, 2009

SALE BUKU DATANG LAGI

..Hmmm.....

Semalam, sempat jugak aku ngan MIZZY-N melarikan diri ke SALE buku. Agak frust juga tak dapat pi awal-awal. Ye la, kompem le banyak buku dah kena rembat. Tapi takpe, dari tak sempat nak pi langsung, at least dapat la jugak malaburkan duit di hari last. Semua buku dah di 'sale' kan ke RM5. Wahhh....apa lagi....MARI KITA REMBAT BUKU....



Inilah kompeni yang buat sale yang membahagiakan ini.




Ini buku yang disambar aku...



Ini buku mizzyN dgn aku




Magazine yang masih bertarikh tahun nie. Jangan harap la kalau nak beli yg baru...mahal siot. Time ni di lelong sema mag RM3. Beli 5 percuma 1 lagi....best best best.



Aku ada satu buku nie, itupun pakcik aku punye. DONT SWEAT THE SMALL THING. Best bukunya. Jadi kali nie aku beli yang dikompile 3 bijik buku...best best best.




Saja gatal ambik. Sebab nak paham apa kawan aku sibuk sangat dok cita pasal investment nie. Mana la tau pasnie minat pulak aku nak invest dalam saham besar-besar pulak....best best best.




Mula-mula tak hingin jugak nak ambik buku nie. Sebab tak pernah nampak pun sepanjang aku dok bekecimpung dengan jayanya dalam buku genre nie. Lepas baca sinopsis sikit...rasa cam menarik...apa lagi...rembat le sebijik. Ala RM5 je.....best best beest.



b
Buku ini lebih kepada nak memahami asal-usul sesuatu perkataan dan dari mana wujudnya perkataan tersebut. Saja je rembat. Sebab rasa cam best.




Sekarang nie aku tgh bekecimpung dengan novel paranormal. Ini je yang menarik hati time tuh.




Cerita pasal seorang budak pompuan yang dipaksa jadi tentera untuk negara dia. Rasa cam best jugak



Sebab harga dia RM1.00.
Dan sebab aku nak tau jugak sebab apa kaum ini blur sangat.




Ramai sangat suka komplem aku banyak kasut. Kalau ada lagi yang bersuara kasut aku dah banyak sangat, nah...amik buku nie baca....




aku kan perasan aku nie 18, haruslah di mantain terus dan selama-lamanya. Sebab tulah buku nie berada dalam koleksi jugak.




Ada satu topik tu menarik perhatian. Lagi pun RM5...apa kesah.




Sebab aku slalu dijadikan bahan rujukan atas tindakan couzin-couzin aku yang sedang nak membesar. Jadi aku mesti prepare diri aku....(poyo giler aku).




Buku nie Funny giler....giler giler giler funny punyalah.




Preparation sebelum nak pi PARIS....


OUT OF MY MIND mencari masa nak abiskan buku-buku nie....Semua sekali aku habis dalam RM59.00 je....best best best.

Nov 30, 2009

CAMWHORE TIME JEM

...Hmmm....

Apa harus anda lakukan bila stuck dlm jem yang sangat teruk di musim perayaan...tambah lagi bila anda jem di Highway yang memang tak boleh lari ke mana pun...?

Marilah kita camwhore ramai-ramai. Time tulah nak ngasah bakat dan seni kita. Inilah hasil ART kitaorang....

ART ini kitoarng panggil CAMWHORE TIME JAMMED...drum roll puhleaze....


























So...kalau ada galeri nak amik ART kitoarng nie...jangan segan-segan ye...
OUT OF MY MIND....yea...OUT OF OUR MIND bila stuck dalam jem nak balik ke KL. Bayangkan dalam masa 4 jam...hanya 40 km je bergerak....argghhhh!!!!


Nov 24, 2009

AKU YANG KOMPUSE BAHASA

...Hmmm....

(AMARAN: entry bertulisan yang panjang.)

Bila memperkatakan pasal bahasa, aku lah manusia yang sangat kompius. Bukan kompius bahasa asing pun, tapi kompius dengan bahasa kebangsaan sendiri.

First aku kompius samada sekarang nie pakai nama Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu. Kedua, adalah sebutan.

Fokus aku adalah masalah kedua. Sebutan.

Aku orang utara dan datang pulak dalam kawasan pendalaman jugak. Baling, Kedah. Kami mempunyai dialek sendiri. Dialek kami tersendiri. Ada orang kata ada bunyi-bunyi Kelantan sikit. Ada jugak kata bunyi macam siam....Gitu lah.

Ini antara contoh percakapan yang aku copy dekat facebook WARISANBUMI BALING.

tulong bui thu suma oghang baling pakat buka FB masuk WARISAN BUMIBALING. Nati bila2 ada masa kita pakat susong progreng jupa tang mana2. Kita pakat bui ghioh sikit progreng kita tu.. (cakat ulu), lps ni utok oghang baling hat iley pulak.


Burok tak bunyinya...hahahah. aku tak pandai pun sebenaqnya cakap hulu nie. Sebab aku cakap hilir. Maknanya, cakap bahasa kedah standard lah. Selalunya cakap hulu nie, orang yang tinggal kampung dalam-dalam sikit. Tapi bila kita dengar diorang nie cakap, bunyi dia sangat best. Jadi kami orang hilir nie, banyak la mengajuk dan lama-lama terikut. Best gila kalau jumpa geng pakat dok gelak kat masing-masing yang buruk bunyi cakap hulu dia....

Tapi.......
Kerja aku sekarang memerlukan aku cakap Kolumpo (bak kata orang kampung aku). Lama juga sebenarnya aku nak memahirkan penggunaan bahasa kolompo aku nie. Ada la dekat 2 tahun. Bayangkan kami PERLU menggunakan perkataan standard. Sebutannya juga standard. Sampai berbelit-belit lidah dibuatnya untuk di asuh cakap bahasa skema nie.

Bahasa Kolumpo yang dimaksudkan dalam erti kata bahasa standardnya adalah Sebutan Johor-Riau. Bayangkan punyalah kita nak mempraktikkan dan juga nak 'mengajar' orang bercakap dengan bahasa yang betul, aku kena terbitkan program "SEBUTLAH YANG BETUL".

Contoh:
PRODUK ==> sebutan kami bukanlah PRODAK...TAPI PRODUK.
STANDARD ==> STANDARD bukan STANDERD.
RADIO ==> RADIO bukan REDIO
(Sekian pelajaran untuk hari nie)


Berbalik kepada persoalan....takde apa pun sebenarnya.
Konflik aku adalah bila aku juga tersasul terus cakap kolumpo dan juga bahasa standard nie dengan kengkawan aku. Apa lagi....kena booo la...Sampai satu tahap, aku siap mintak mahap awal-awal lagi kalau tersasul cakap KL. Alasan aku...aku kena praktis selalu...huhuhuhu...

Baru-baru nie, dalam facebook aku bercerita sedikit pasal kerja aku. So, soalan depa (mereka) yang pertama sekali adalah....


"Hang cakap bahasa Baling ka..."

"Dak...Bahsa standard la...."

"Awat hang tak cakap Balin..." - memang kami sebut Baling = Balin

"Gila apa....tak pasai satgi aku dapat surat resign 24h" - macam lah tempat keja aku nak bagi surat resign sangat kan....tapi mesti akan dapat surat cinta berkajang-kajanglah.

"Kalau aku lah...aku cakap ja....Sampai lanie aku dok cakap lagi bahsa kita. Memang tak boleh buang lah. Bangga Gila..." - inilah ayat lebih kurang yang dinyatakan kebanyakkan kengkawan aku.


Ok...fine...aku pun bangga dengan bahasa kampung aku. Tak pernah malu sikit pun aku terhadap bahasa itu. Tapi Kerja dan juga personal, mestilah dipisahkan dalam situasi kerja aku sekarang nie. Tak boleh main aci redah je....Isu bahasa nie sangaaaaaat sensitif.

Yang selalu sensitif sangat pasal bahasa nie selain dari mereka yang patut sensitif (DBP, bos-bos-bos-bos besar) pastilah pendengar. Jangan ingat radio yang aku kerja takde yang suka mengomen....Sangaaaaat ramai. Jadi sebab itulah kami perlu sangat berhati-hati dengan ayat dan jugak perkataan serta sebutan yang dikeluarkan.

Dulu masa 1st suara nak ke udara (on air) aku tersalah sebut perkataan "pokai". Naik je atas, senior dah tegur...Pokai takde dalam kamus...Jadi jangan guna...

Bayangkan... satu perkataan yang salah tu, orang alert sangat....80 ribu perkataan yang betul itu, takde pun sapa nak kasi pujian. Banyak sebenarnya cabaran dan juga risiko-risiko terpaksa ditanggung dengan apa yang keluar dari mulut kami. Senior aku selalu cakap, kami ini ibarat guru yang mengajar anak murid....apa yang diperkatakan walaupun rasa tidak memberi impak apa-apa, tapi itu sebenarnya pelajaran yang mereka dengar.

hmmm....Jadi kengkawan aku dari Baling, Kedah...aku mintak mahap le kalau aku tersasul keluar perkataan skema atau tercakap Kolumpo...Maklumlah cek nie nak cari orang KL (poyo), cek dah dekat 10 taun duduk KL, mestilah kena cakap KL. Lagipun apa kelas cakap Balin kan....;p


OUT OF MY MIND bila aku baca tulisan dalam blog aku nie...yang pasti, tulis style lain, cakap style lain, luaran style lain, kerja style lain....tapi aku bukanlah jenis cakap tak serupa bikin., cuma hipokrit je....;p.

p/s - mizzyN yang masih lagi lost dengan perkataan utara...sian dia

Nov 23, 2009

SEKALI SEKALA MELAWAT ORANG KAT SPITAL



Nie 1st time dia masuk spital. Suspek Denggi. Sian dia. Pergi hospital Pantai dari jam 10 pagi, jam 3 baru di cek dan terus kena admit. Dah le pi sengsorang. Sian dia. Sapa kata hospita kerajaan je suck...swasta pun sama ja.




Nie pi melawat orang ke...pi posing?
Pesakit & pengunjung sedang berposing dengan menu spital untuk esok.




MizzyN pulak menjadi model.




Bukti nyata masuk spital...




Takyah la ko nak tutup mata ko tuh....Ini blog dia yang dia sangat malas nak hapdate...
Free Spirit


OUT OF MY MIND pulak bila terpikir, sapa nak jaga aku kat spital kalau aku kena admit. Family jauh....sob sob sob...sedihnya....
Adakah yang sudi melayan aku?


Total Pageviews