Dec 10, 2009

AKU KE TV??

...Hmmmm....

(Minggu nie dan seterusnya akan ada banyak pasal tukar kerja....biasalah orang excited tak pernah kena tukar keja.....)


Tetiba rasa diri ini dihargai bila orang rebut-rebut nak kita. Rupanya ada value jugak aku nie....Ingatkan takda sapa pun heran. (kembang pungkok sikit....sikit je)

Ye la....Aku sangat outspoken dengan bos-bos. Ada tak kena, aku perli baiiiik punya. Nasib le kalau nak terasa. Pernah markah prestasi aku beza 0.5 je dengan kaki ponteng opice aku. Sedih gila time tuh.

Lagilah sedih bila orang lain tiap-tiap tahun dapat tukar opis. Aku...sampai 5 bos bertukar, tapi aku tetap keras kat sini jugak. Rasa cam takde value.

Bila nak hantar surat tukar, pengarah cakap, dia tak akan terima. Alasannya, dia tak akan keluarkan aku selagi dia tak keluar situ....duduk lah aku kat sini. Kat bawah ketiak dia.

Sekarang nie, bila dia dah bertukar...dia pulak sibuk-sibuk nak atur aku ke mana...Bos stesen nie request. Pengarah bagi kebebasan aku nak kemana. Bos aku pulak nak aku stay kat radio....hmmm delima nieh....

Kita nie bukannya ketegeri pekerja yg best pun. Slalu je engkar arahan. Kalau suruh pi bengkel, aku lari... takpun masuk dalam 30 minit, pastu aku keluar. Perhimpunan bulanan lagilah aku nak pi...biasalah rebel tak bertauliah...kursus patutnya setaun kena attend at least 7 hari...aku - 5 hari pun rasa dah banyak giler....

Nie tetiba rasa cam nak kembang hidung sepuas-puasnya bila orang asyik dok VOTE FOR ME for this place and that place.....


Mari kenal dengan bos-bos saya yang glemerglemer belaka tak macam saya:



Nie bos aku sekarang...KHALIM ROHANI.
Otai besar dalam Pengulasan Siaran Langsung. Banyak event-event negara macam kat istana-istana dia yang cover.
Cool boss...Gila Mahbub...
Banyak buat pengacara majlis. Banyak gila aku blajar ngan dia dari segi ulasan, protokol. Banyak jugak peluang dia bagi kat aku. Yang best bila dia bagi chance kat aku buat ulasan dengan dia kat Istana Negara masa hari Keputeraan Agong. Lepas tu, Parlimen.





Akak yang glamorous nie nama dia sangat sinonim dengan berita di Radio.
Dialah NORAINI IBNU. Body yang mantap walaupun dah masuk 50-an. Harap-harap aku ada body cam dia bila aku dah masuk umur itu....hehehhehe
Sangaaat pemurah dari segi makanan. Bos yang cool jugak. Tapi kadang-kadang emosi dia boleh tahan jugak....biasalah pompuan, every month hormon tak stabil....hahahahah.
Bos di Drama Radio sekarang. Masih lagi baca berita Radio.





Bos ini sangat muda...baru je awal 30-an. Nak kata bos pun macam tak sesuai, sebab rasa macam dah jadi kawan-kawan pulak. Sangat cool tapi sensitif sangat. Cepat sangat nangis. Cengeng aa dia nie....hehehhehe.

Memandangkan hubby dia di tengah laut setiap masa, dahtu keja pulak kat Terengganu, dan dia pulak di Kuala Lumpur, bantuan aku sangaaat didambakan masa dia jadi bos aku. Tambah bila dia pregnant, hantar anak sulung dia ke sekolah 1st time...nak isi minyak kereta...

Sekarang nie dah balik ke negeri kesayangan dia, Ganu kite. Editor Berita di sana. Puas hati dia dapat balik sana....
opps...nama dia RIDA SUZIRAWATI MUDA





Saja nak letak gambaq nie. Sebab dia seorang yang agak pendiam, dulu la...masa jadi bos aku. Sekarang nie tak dah. Ye la...dulu unit kitoarng semua perempuan, haruslah tak boleh lebih-lebih mesra kan...Ini pun Otai besar nie. Suara dia slalu dengar masa baca berita radio. Juga pengacara event-event besar macam Tilawah Al-Quran. Suara dia macho beb.
Dia ....Sallehudin Hj. Ramlan.

Nak cerita banyak pun, dia jadi bos aku kejap je...boss yang cool. Rela mengambil alih tugas kitoarng bila kitoarng dah tak mampu nak cover. Siap buat rekoding sendiri lagi. Kalau ada assgment luar, kitoarng mintak nak keluar ramai-ramai...dia kasi je. Tapi bersyarat la. Tu yang best...memang cool habis lah.
Sekarang nie di KLfm.





(Yang berbaju biru itu ya...bukan JAYJAY.)
Bos nie orang yang sangat tiptop dalam bekerja. . Tapi dari segi emosi agak fail. Boss First. Banyak giler blajar dengan dia. Suara dia sangat sexy. Aku suka. Orang yang sangat tegas kalau bab kerja nie. Tapi rajin sungguh dia belanja kitaorang makan. Nak memujuk balik la tuh...hehehhe.
Lagi satu, dia adalah wife kepada bos aku yang sekarang nie.
Hebat tak? aku berboskan laki bini....
nama dia Shahizan Jelas.

Banyak sangat cerita dengan bos nie...seorang yang hyperaktif. Takde masa nak tarik nafas. Sampai bila kitoarng dapat bos baru, waaah...rasa heran dan ajaib kenapa kami tak banyak kerja...hahahha.
workaholic gila kami masa dibawah dia. Dialah yang banyak bentuk cara aku bekerja sekarang...mungkin. Sekarang nie dia berjawatan bos di Hiburan radio.


OUT OF MY MIND bila dengar latest news aku akan ke TV.....suka giler aku dengar rumors nie...

5 comments:

JohnJenin said...

wah mesti dok tersenyum lebaq dengaq rumours nak pegi tempat keja idaman..murah rezeki kamu...

ouT oF My MinD said...

pck john:
bukan tersenyum lebaq.....tp dah siap berangan dh...!!

mizzyN said...

2 out of 5 orang di atas ialah x bos ku jua.

velkam to ibc (hopefully)

TuRf 'n' PoWeR said...

CONGRATS...aku suka kalau tukau2 department...or tukau2 tempat keja nih....sebab aku suka suasana baru...belajar benda baru...maybe lepas nih aku nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa plak la...macam boring kena bangun pagi..mandi pagi...pegi keja....wakakakakkakakaka

Anonymous said...

真正的友誼,有如健康失去時,始知其價值..................................................

Total Pageviews