Dec 7, 2009

DELIMA ORANG TERBUANG.....

...Hmmm....

Sekarang nie dalam delima. Bahagian Penerbitan akan dimansuhkan dan sebahagian dari kami akan diserapkan ke lokasi-lokasi terpilih. Dari kabar-kabar yang mungkin boleh dipercayai, nama aku kena masuk kat satu steSen radio yang urban.

Adus.....

Malasnya aku nak ke sana. Aku suka sangat buat production. Happy. Pengetahuan yang luas. Dapat pi lokasi-lokasi yang best lagi hebat yang kita sendiri tak jangka dapat nak jejak kaki ke sana.

Kalau aku masuk ke radio urban tu, pastinya dunia aku lepas nie - lagu popular, artis, roadshow...Kalau aku kena kerja belakang tabir je, no hal la jugak. Kalaulah di arahkan untuk berkonti? berposing? ayark.....ayark.....aku tak minat dunia glemer nie beb....delima betul.
Itu satu hal.

Sekarang nie pulak, Bos stesen berbahasa Inggeris dah jumpa dengan pengarah aku. Dia request aku dengan seorang lagi partner in crime aku (yang memang aku dah bosan giler kerja dengan dia) untuk masuk stesen Omputih tu. Request tu...jangan wat main....

Bila dapat je berita tu....terkebil-kebil bijik mata aku. Ye la...English aku bukan perfect. Cakap pun bunyi melayu je lebih. Nahu-nahu semua aku dah lupa...kalau bab suruh aku baca...memang le superb English aku. Tapi...kalau suruh aku cakap, haih.....bukan rojak lagi dah...dah jadi sampah masyarakat dah...huhuhuhu...

Yep..memang kalau aku masuk Stesen orang putih itu aku akan kerja di belakang tabir. Buat production...tapi, tidakkah imej stesen akan 'tercalar' sikit bila seseorang yang bekerja di steten English, tapi tak fluent Englishnya bila berurusan dengan orang?

Aku ok je...postive part adalah cabaran aku nak improve English aku yang hidup segan mati tak mahu nie. Tapi aku dah jemu sangat dah keja ngan radio nie. Rasa cam nak ubah angin....

Angin aku.......
Aku nak sangat ke TV. Bahagian production...bahagian berita pun tak kesah. Nak rasa camna hectic kerja kat tempat macam tu. Kalaulah dapat..........

OUT OF MY MIND nak tunggu surat pertukaran yang nak keluar 16hb dan ke atas....tunggu dan lihat je lah ke mana dunia aku lepas nie...Berdunia dengan artis ke? Cakap Omputih ke? tak pun dunia TV yang sangaaat baru....

- baru je bermesra-mesra dengan dunia fotografi..camna nak bagi masa lepas nie kalau aku keja shift. Haih -

3 comments:

JohnJenin said...

take it as a new challenge. we never know what ahead of us..

*chewah..feeling cakap omputih. apa2 hal pon good luck..janji ada keja noks..

ouT oF My MinD said...

pck john:
noks mmg syukur sbb ada keja. tp noks kena jugak pikir tmpt yg best, jugak tempat yg noks bleh jadi ketua pengarah cepat...;p

DrSam said...

maca JohnJenin cakap tu...terima aje segala cabaran mendatang. You'll never know, your grass could be greener on the other side of the field.

Total Pageviews