Jun 29, 2009

DATO'? ADA AKU PEDULI

...Hmm...

This fucking so called Dato' telefon ofis aku. Mana aku tahu dia nie DATO'. Aku angkat macam biasa. Tak sampai pun 4 deringan lagi. cakap hello macam biasa, dia nak cakap dengan bos aku. Aku cakap, bos takde, dia keluar. Dah la tak perkenalkan diri. So, aku cakap lah macam tuh. Dia tanya lagi bos aku pergi mana, aku cakap, maybe jumpa pengarah aku.

Lepas tu, aku cakap, boleh bagi nombor, nanti saya minta dia call u balik. Lepas tu, dah la tak perkenalkan diri lagi, dia tanya aku, nama siapa sebab aku nie cakap kasar dan kurang ajar? aku terdiam. Ye la, kurang ajar? kasar? what da fuck?

So, aku tanya dia balik. Awak nie siapa? Dia cakap dgn tone orang ambik dadah, cakap nama dia. Dato' apa tah. Aku tak boleh pickup. Dia tanya nama aku lagi. Aku bagi full name lagi. Lepas tu, dia cakap, awak buat program apa dekat situ, aku bagitau lagi, penerbitan. Aku mintak dia tinggalkan nombor dia, dan aku cakap terima kasih, terus letak telefon. Orang dah menjalankan etika angka telefon pun nak cakap camtu lagi.

Kawan aku duduk betul-betul sebelah aku tanya, siapa tuh. Aku cakap dan aku cerita. Kawan aku baru je nak cakap, lembutnya aku angkat telefon. oooo ye ke lembut....dato' fucking tak cakap macam tuh pun. Yang aku angin sebab, dia dengan nada angkuh, sombong dan meninggi suara membuat tuduhan itu kat aku.

apa..ko ingat ko ada pangkat dato' aku nak layan ko extra. pergi mampus la. ko ingat ko dato' ko bleh sesuka hati nak main cakap macam tuh dengan orang. ko ingat pangkat datok tu boleh bawak pegi kubur? bodoh punya dato'. tu baru pangkat dato'. belum lagi dapat pangkat lagi tinggi. stupid fucking dato'. Go to hell la.

tengok la, kalau bos aku call dato' fucking nie, dan cakap itu orang biasa je...tau la aku nak call balik mangkut ayun nie, dan aku bambu dia. go to hell la....!!!!

Jun 26, 2009

MICHAEL JACKSON - DAH MENINGGAL

...Hmmmm......



King of pop dah meninggal yang berpunca dari cardiac arrest. Untuk berita selanjutnya CNN. Umur dia dah masuh 50. Minat jugak beberapa lagu dia. Mula-mula dengar, macam tak percaya je...yelah dia kan muda lagi. Dah tu, tak pernah pun dengar dia sakit except kes-kes dia je kan...R.I.P king of pop.

Jun 25, 2009

CARI MIZZYN DI OFFICE AKU?

...Hmmm....

Tadi masa lepas buat keja sikit kat luar, aku kembali ke opis aku dengan mizzyN. Jam masa tu pukul 6.45 petang. Office aku dah kosong. Lampu pun dah separuh tutup, cuma bahagian belakang je yang terbukak lagi. Memandangkan kunci pintu kitoarng rosak, jadi kitoarng satu office pura-pura la kunci. Office aku nie ada 2 unit. Staff dalam office nie pun ada dalam 8 orang je.

Masa aku dengan MizzyN sampai, ada seorang akak nie dari bahagian tuut datang dari arah hujung ofis aku dengan ala-ala kelam kabut sikit. Aku kenal akak tu, tapi tak pernah bertegur sapa. Dia dengan tiba-tiba terus menegur MizzyN. Dah la panggil nama minah tu salah...sesuka hati je. Aku buat tak kisah dengan diorang dua orang, terus bergerak ke meja aku. Sambil tu dok dengar perbualan MizzyN dengan akak tu. (mizzyN ketika itu sedang fotokopi I/C).

Yang bestnya, MizzyN setahun setengah yang lalu memang satu ofis dengan aku, tapi di unit lagi satu tuh. Sekarang nie, ofis MizzyN, jauh nun di hujung dunia., di bangunan lain Dah lama dah minah nie tukar. Tapi akak nie dengan yakinnya berkata dia mencari MizzyN, dan nampak kelibat MizzyN di ofis nie. MizzyN menafikan.."Hari nie, ini baru je saya sampai ofis nie kak. Mana saya ada datang tadi". Tapi akak tu mengiyakan...maka terjadilah perbualan di antara mereka. Untuk mengetahui perbualannya silalah klik di sini -----> sembang mak limah bersama mizzyN. (jangan klik lagi. Mizzyn malas nak menaip)



Ini gambaran dari belakang/hujung ofis aku. Abaikan tuan punya meja dan kenapa meja dia sangat semak...


Beberapa perkara yang menarik perhatian aku:
  • akak, apa ko buat di ofis aku? di ulang sekali lagi, ofis aku, bukan ofis MizzyN.
  • Apa motif ko datang dari arah hujung dan belakang ofis aku? apa ko buat ha?
  • kenapa ko begitu defensive terhadap diri ko - terlalu banyak kata-kata yang pada hemah aku seolah-olah nak menutup sesuatu. Perbualan yang tiada henti dan juga pertolongan yang tidak diperlukan. Itu menunjukkan ko seolah-olah terperangkap dengan perbuatan ko sendiri, dan seolah-olah membela diri.
  • Engkau bercerita dengan MizzyN, ko cakap, ko bagi salam. Tapi takde orang jawab, jadi ko nak pastikan orang ada ke tak - akak, bukanke bila kita dah bagi salam kalau dah lebih dari 3 kali, kalau orang tak menjawab, maknanya orang takde atau orang tak nak hadap ko, dan ko patutnya blah, bukannya masuk tolong periksa ofis orang tuh. Itukan tak beradap namanya. Setahu aku, akak nie menerbitkan program berbentuk keagamaan...huh...mushkil. Lagipun, time tu kan time orang dah balik kerja, jadi kenapa ko nak cari lagi orang dalam ofis aku...????
oklah....aku yang OUT OF MY MIND agaknya. Protective sangat dengan ofis aku....haih. Bukan apa, sebelum nie, dah ada barang hilang. Tak best la nak main tuduh-menuduh kalau ada apa-apa lagi yang hilang lepas nie.

ps: boleh klik dah, mizzyN dah rajin taip.

Jun 24, 2009

TRANSFORMERS - BEST OOOO ;p

...Hmmm....

Yea, puas hati dapat tengok Transformers yang seksi. Shia dgn jari patahnya. Megan Fox yg hot kononnya dengan aksi menonggeng bontotnya, dan pasti robot-robot yang banyak sekali sampai buat aku kompius mana satu yang Autobot dan mana satu Decepticon. Yang pasti tak nak spoil keterujaan orang lain untuk nontonnya, jadi.....resultnya, memang best la bg yg suka buang masa cam aku. Nak pi tengok lagi sekali...yea yea yea (sbb dpt half price)

Yang pasti, banyak la scene-scene yg cuba meruntun jiwa tapi tak.....
Oh ya, robot-robotnya lebih entertain kali nie. Juga expect cliche scene dan cliche shot dari michael bay ini...terima kasih.



Sapa nak join...angkat tangan....(tapi aku sorang je dpt diskaun tuh)

Jun 22, 2009

AKHIRNYA, GUNA JUGA BAUCER NIE

..Hmmm.....


Last Year, kitoarng dijemput program tentera bersama media di Sabah. Banyak jugak lokasi yang tak pernah sampai, dapt jugak jejak kaki kat sana. Port yang paling best, konfem la Pulau Layang-layang. Heaven sangat...



Banyak juga aktiviti yang disediakan. Antara acara wajib, pastilah pertandingan menembak. Bagi team kami, peluang menembak guna pistol nie, adalah kali kedua. Sebelum nie, dekat PDRM. Takut tapi best. Dalam pertandingan tuh, kami semua memang tak ambik port langsung masa taklimat. yelah, tak dengar apa pun. Bising je lebih. Jadi aku ngan mizzyN banyak dok berposing kat belakang khemah pertandingan nie....Bila turn kami sampai, kami memang blur gila. Ambik pistol, dengar arahan pegawai-pegawai yang sebelah kami. Tembak habis peluru, letak dan terus pergi berposing lagi kat belakang.

Paling tak sangka lepas tu, team kami dipanggil untuk ke final sebab dapat markah tertingi.




Dan inilah hasilnya, team yang hanya ada pengalaman menembak 2 kali. Ahirnya menyandang gelaran juara. Hadiahnya disampaikan oleh TPM ketika itu. Hadiahnya...jeng jeng jeng



Baucar membeli belah di Parkson sebanyak RM100. Yea...boleh shopping.



Tapi...apa ye nak beli? Lagi 2 bulan dah nak expired. Setelah di timbang tara sebaiknya, akhirnya aku berjaya juga menggunakan Voucher nie dengan membeli SK II. Hahaha...tipikal pompuan. Saja je nak try produk nie. Alang-alang takde la aku nyesal sangat kalau ia tak berkesan....bijak tak???

OUT OF MY MIND? tidak...aku rasa ini yang paling logik sekali...


NAK KENA PERGI KLINIK KE...

....Hmmm....

Aku sakit perut dah tahap cirit-birit yg keterlauan dan air dalam badan pun semakin berkurangan. Rasa nak muntah tu, sepanjang masa. Perut aku berdenyut-denyut macam ada orang dok main gendang. Rasa letih semacam, padahal dah tidur yang sangat keterlaluan.

Adakah tanda-tanda aku sakit:
  • H1N1
  • Denggi
  • Apendiks
  • Keracunan Makanan
  • Gastrik....
Selalunya, kalau aku nak ke klinik, sakit aku mesti dah agak kurang. Dan aku memang tak suka pergi klinik. Perlukah..??? OUT OF MY MIND mungkin. tumbukblur

Jun 18, 2009

ANAK TERBARU - CAMERA LOMO, GUMBIRANYA!!

....Hmmm......


Camera apa nie? macam mainan je...


Setelah lama ngidam benda nie, akhirnya tercapai jugak hajat. Takde dah leleh air liur lepas nie...Kalau best hasilnya, nantikan kemunculan fisheyes punya pulak....(sesepa - tolong lah bagi hadiah besday ini kat aku)..yea...yea...selamat masuk dlm keluarga camera aku....



nie packaging dia...cantik...lama jugak dalam kedai tu,
dok memikir camera jenis yang mana satu nak beli...rambang mata oooo



tu nama kedai yang aku beli...MOOKS CLOTHING CO. kat The Garden.
Orang kedai tu cakap, dekat pavilion pun ada jugak.




3 bulan sebelum tu, aku dah tempah camera lomo nie kat ROOM Mid Valley, Tapi sampai sekarang aku tak nampak barangnya. Satu hari tu, aku baca dalam majalah Time Out KL (TOKL), camera nie ada jual kat The Garden, tapi Tak dinyatakan nama kedainya...puas jugak cari. Tapi tak jumpa.
Jadi, hari nie extra rajin...extra bukak mata....akhirnya...tada....




Inilah hasil bakal berlaku dengan camera yang aku beli tuh....
gempak kan...Oh lagi satu, camera nie guna filem biasa. Bukan digital. Jenuh jugak lak nak hantar kedai pergi cuci.


THE 10 GOLDEN RULES
  1. Take your camera EVERYWHERE you go.
  2. Use it ANYTIME, day and night.
  3. Lomography is not an interference IN your life, but a part OF your life.
  4. Try the SHOT from the hip.
  5. Approach the objects of your Lomography desire as CLOSELY as possible.
  6. "DON'T Think"
  7. Be FAST.
  8. You dont have to know BEFOREHAND what you've captured on film...
  9. ...and you dont necessarily have to know AFTERWARDS, either.
  10. Dont worry about ANY rules.

OUT OF MY MIND bila dah dapat camera nie...lupa kejap DSLR. MizzyN cakap, aku memang dah gila sebab bila dah bubuh filem...tah apa-apa yang aku dah tangkap...hahhahaha. kompem le muka sendiri menjadi experiment.

Untuk extra info sila bukak web nie LOMOGRAPGY

Jun 16, 2009

BELI BEG TAK TENGOK DULU...GITULAH AKU

...Hmmm....



nak stop entry amarah...
nanti orng kata aku makan orang...

Jun 14, 2009

PENCURI OH PENCURI

...Hmmm......

Amaran: Entry kali nie sangat banyak perkataan.....banyak sangaat....

Aku baru sampai ke KL. 5 hari cuti di kampung sebab adik aku kawin. Penatnya....macam hapa. Lupakan edisi penat, sebab aku memang sering diserang masalah kepenatan mengalahkan ibu beranak lima....

Hari Jumaat 12/06/09. Rumah makcik aku kena pecah. Aku tak sempat nak amik gambar keadaan dalam rumah, sebab sibuk dok soal selidik makcik aku dan mendengar teori-teori orang kampung. Rumah makcik aku di tepi jalan besar. Dia baru aje duduk umah tu dalam 1/2 tahun. Jarak rumah dia dari rumah aku dalam 10km. So, sepanjang nak berlangsungnya kenduri, siangnya dia di rumah aku, malamnya dia balik ke rumah dia.

Pada hari kejadian, hubby dia balik ke rumah. nak angkat kain. dan bukak lampu. masih lagi normal. Lepas tu, pergi umah aku balik. Malam, diorang satu family balik dalam jam 11.00 malam. Masa balik...rumah dah berselerak. Barang-barang besar langsung tak di usik. Yang dia cari, barang-barang yang kecik tapi berharga.

Teori aku: orang yang masuk adalah seorang penagih dadah yang agak bodoh.

PC yang didepan mata langsung tak disentuh. TV semuanya masih normal. Cuma yang tunggang terbalik adalah dalam bilik. Biasalah...mestilah tabung, barang emas, HP dan seangkatan denganya yang menjadi target.

Kesian makcik aku...nak kena kemaskan baju dalam 5 buah bilik...Bayangkan, semua almari dengan laci, habis di punggahnya.

Oh lupa...dia masuk ikut tingkap sliding yang dipecahkan.

Yang kelakar. Jiran depan rumah dia ada nampak 3 bijik motosikal yang berenti depan umah makcik aku. Tapi, dia langsung tak peduli...Nampaknya, kat kampung pun dah macam bandar. Jiran dah tak kisah langsung apa jadi....sadis betul.

Malam tu aje di kampung tuh, 3 buah rumah kena pecah masuk. Ada satu rumah tuh, semua bilik dikunci. Jadi pencuri tuh dah belasah cukup-cukup semua pintu bilik rumah tuh. memang totally rosak terus...kesian kan.

2 minggu sebelum kenduri adik aku, rumah aku kat kampung pun kena masuk pencuri. Tapi, sebab pencuri nie ada belas kasihan, dia hanya target duit atuk aku. Biasalah orang dolu-dolu, suka simpan duit dalam almari.

Duit dalam almari atuk aku tuh ada dalam RM3500. Tapi, yang kena angkut RM3000. lagi RM500, dia tinggalkan. Wah...ada jugak yang jenis simpati macam nie....Sabar jelah. Dan yang pasti, bukan rezeki adik aku lah, sbb duit yang kena curi tu, untuk kenduri dia....hmmm.

Part aku pulak. Sebelum aku pindah ke rumah sekarang. Aku tinggal di Blok 21, Ting. 13, Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Rumah aku ada sekuriti. Tapi dua kali kena pecah masuk.

Kali pertama, malam. Pencuri tuh masuk ikut ampaian yang sememangnya ada grill dan dah dirantai dan dimangga sebesar-besar mangga yang tuan rumah jumpa. Tapi dia tetap masuk. sanggup tanggung risiko jatuh ting.13 semata-mata nak mencuri. Potensi dia nak jatuh melalui tempat dia masuk tu...sangat tinggi. 80%.

Yang membuat aku jadi sangat fobia sampai sekarang...bila aku sendiri yang sedar pencuri tuh masuk dalam rumah bila dia bukak pintu bilik aku. Aku sewa bilik seorang. Di ruang tamu, lampu terbukak. Dalam bilik aku gelap. Jadi, bila dia bukak pintu, dia tak sedar aku ada dalam bilik dan aku terjaga bila aku terasa cam ada orang perati aku.

pencuri tu, tercegat dekat muka pintu. Maybe nak adjust mata dia dengan kegelapan bilik aku. Bila aku tersedar ada orang buka pintu bilik. Perkara pertama aku pikir adalah...tadi aku kunci pintu bilik ke tak. Yang kedua aku terpikir...nie housemate aku ke?

Bila aku tau itu kelibat lelaki...aku terus menjerit bagai nak gila....panggil kawan aku. memang tahap jerit lah. Bayangkan pak guard boleh dengar suara aku...hahahhaha.

Pencuri tu terkejut. memang terkejut gila lah. Dia terus lari dengan pantasnya. Aku pun tak tau camna dia boleh lari kuat gila, pastu, keluar ikut tempat dia masuk pulak tuh...part aku pulak. lepas dia lari, aku terus tutup pintu. Lepas tu terus jerit tak berenti-renti. Panggil nama kawan aku. Jantung time tuh...jangan cakap apa lah. memang tahap tak boleh tenanglah.

Time housemate aku semua dah keluar bilik diorang, ketuk bilik aku pun, aku tak mau keluar. takut ooooo.....lepas kena pujuk...baru aku keluar. aku tengok ada pisau kat ruang tamu. cari jari sampai tapak tangan semua ada kat dinding. nampak sangat dia tergelincir masa nak lari. Nasib baik lah, time aku jerit tuh, dia tak terus masuk dalam bilik aku, dan rodok perut aku. Kalau tak....tak dapat aku bayangkan kegilaan orang nieh.

Kali kedua, siang. 2 bulan lebih kurang lepas kes first. Time tu, aku balik kampung. Kawan aku call pagi...dalam jam 11.00 pagi...dia cakap rumah kena pecah masuk lagi. Kali nie, dia masuk cara beradap. Masuk ikut pintu depan. Telinga grill yang dimanggakan tu, dipotong. Jadi, dia masuk lah tanpa orang syak tempat mangga tuh dah kena potong.

Kali nie, memang rezeki dia lah. Kebetulan pulak, dua orang kawan jepun aku datang menumpang. Segala mak nenek gadjet yang aku sendiri tak pernah tengok, semua kena angkut. Laptop yang bahasa jepun pun kena cilok. Mana lah mamat tuh nak jual kan. Kos barang dorang je, dah dalam 20K...bayangkan. Tapi nasib baiklah budak-budak tu dah insurankan semuanya. kalau tak....Nangis jugak lah.

Aku...takde lah banyak sangat. Sebab beware dah. lagipun baru keja time tuh. Harta apa lah sangat yang ada. Cuma frustnye...koleksi jam tangan yang aku kumpul dari skolah menengah sampai lah time kena curi tuh...banyak siot.....memang tahap boleh open table kat pasar malam lah.

Polis pulak:
Dalam semua kejadian yang diceritakan....buat report. datang tengok. ambik gambar. balik.

haram pun nak amik cap jari ke...apa ke...Bila aku tanya kenapa tak ambik cap jari tuh. dia cakap, dorang tak cukup peralatan. Aik....takkanlah kat Malaysia nie kes pecah rumah dalam setahun ada 10 buah je kena pecah , jadi tak perlulah nak beli alat-alatan semua tuh. Takkanlah takde langsung alat2 yang boleh ambik, detect or whatever cam CSI tuh...miskinnye kerajaan kita ek. Yang peliknya. Kalau VVIP, langsunglah siasat cam hapa...esoknya dah boleh tahan pencuri...hmmmmm. Samada polis kita nie malas or memang takde alatan. Takpelah...berfikiran baik. Mesti tak cukup alat lah tuh kan.

Lagi satu, kita takde database yang boleh cek thumb print ke? Bukan ke semua thumbprint kita kena ambik masa nak buat IC. takkanlah tak boleh cek.

lagi satu jawapan yang paling bodoh yang aku terima dari polis tuh....dia cakap apa tau...
"macam mana kalau bila kita cek, nanti itu thumb print kawan awak sendiri. Tak ke naya kawan awak tuh...???"

camnie lah en. polis yang aku sendiri tak tau apa no dia sebab time dia ambik report aku dia pakai baju kemeja biasa aje....apakata, semua orang dlm rumah aku di ditolak kemungkinan untuk pecah masuk rumah sendiri sebab takde maknaynya nak masuk ikut ampaian yang pastinya kami semua perempuan-perempuan jelita yang gayat nie pasti tak akan buat. Kunci umah kan ada....kalau nak robek pintu bilik aku. dan kengkawan yang lain..bila2 masa pun boleh...

Dah tu, semenjak bila pulak body kawan aku semuanya kurus cam papan dan berdada nipis??? cuba cakap. pandai betul abang2 polis kita nieh cakap. Nak lepas tangan je. Lain kali, ayat tu, sila guna kepada budak umur 5 tahun ya. Tapi...rasanya budak umur 5 tahun tu lagi bijak agknya.

Lagi satu, dorang nie masa aku bawak kawan jepun aku buat report, sibuklah dok ngorat budak 2 orang nie. Siap mintak nombor telepon bagai. Camtu ke buat kerja. Takde maknanya aku nak jeles korang dok layan kawan2 aku nie lebey2.

hmmm...panjang pulak OUT OF MY MIND aku kali nie. mintak maaplah. sebab selalunya pencuri bermaharaja lela kat bandar-bandar je. Tapi sekarang nie, kat kampung...tiap-tiap hari rupanya.....sehari 3 hingga 4 buah rumah. gila betul.

En. polis sekalian...apa kata pi tangkap semua penagih-penagih dadah yang ada kat kampung-kampung tuh. Kalau still dok ada pencuri lagi lepas penagih semua kena tangkap, apa kata lepas tu, tangkap rempit-rempit pulak. Silalah kembalikan kedamaian dan keamanan kampung-kampung kat Malaysia nie. Tolonglah. Tolong....

Jun 4, 2009

JOE JONAS MENARI LAGU BEYONCE...LAWAK GILER

....Hmmm.....

Enjoy. lawak giler aku tengok mamat nie...

Jun 2, 2009

ADIK DAH SELAMAT...AKAK PULAK...TUNGGUUUUUUUUUUUUU



...Hmmm....

Akak pengantin agak sibuk sikit.
Tak mempunyai sebarang idea apa yang nak dirapukan.
Tetiba mengalami OUT OF MY MIND yang teruk.

Eh...Jemputlah semua datang memeriahkan majlis di Kedah.

Total Pageviews