Jan 1, 2011

2010 / 2011 PASTU 2012 KIAMAT SIOT


...Hmmm.....

HAPPY NEW YEAR 2011.

Dengan rasa kononnya matang, aku menamatkan hari terakhir 2010 dengan ketenangan dan juga menyambut tahun baru 2011 dengan kecerian, aku decide nak lepak umah je. Aku tak mau spoil peralihan hari ini dengan sesuatu yang pasti buat aku maki maki bagai nak rak. Aku pasti, itu yang akan aku buat.

banyak sebenarnya moment tahun 2010 nie
  • akhirnya aku dapat tukar dari sesuatu yang biasa ke sesuatu yang baru. Dari Radio ke TV. banyak sangat perbezaan. bukan aje dari segi ilmu, jugak dari life style. Dulu keja di Radio, agak relax dan jugak tiada tekanan jiwa yang melampau. RAGE itu kadang-kadang sahaja. Tapi di TV, banyak gila mengajar aku kesabaran. Aku jugak masuk dunia baru. dulu jangan harap aku nak kenal siapa itu YUNA, ANA RAFALLI, COCO, AWANBAND, BLIZ, band itu ini dan lagi lagi...sekarang, mata aku lebih terbuka. thanx 2010 dengan peluang ini.
  • Mula belajar di hempap perasaan yang agak dasat yang akhirnya aku ngaku ia sangat bodoh. dan aku sangat bersyukur mata aku terbukak dan aku nampak dia tak lah best mana pun. itulah, kalau dah suka sangat kat orang tu, mata pun buta. Gila!
  • aku lebih memberi perhatian dengan diri aku. Series. sebelum nie aku tak heran apa nak jadi. apa aku pakai. dan apa aku makan. bukan clueless, tapi selalu mengatakan, sebelum keluar rumah, tengok cermin, ok dah comel...aku akan pikir sampai malam aku dalam keadaan comei. series. itu aku. tapi, bila aku start try itu dan ini, hasilnya sangat memberasangkan. dan aku suka.
  • Hah, aku dah pandai belajaq dating and a little bit of PDA. ok, part nie sangat speechless.
  • more money. more shopping.
  • trvel, travel dan travel, tapi semua tu atas dasar keja. tapi orang mesti kata "keja ko jalan, best apa. at least dapat jalan". ya...memang x dapat dinafikan. tapi keja sambil bejalan, sangat memenantkan bilaman ko terpaksa menguruskan seribu macam perkara. series. bayangkan, seorang ibu menjaga 20 orang anak yang macam-macam hal. Tapi, aku dapat jalan jugak kan. Tempat paling best, kompem aa Sipadan. sangat terbaik. membuat aku berkobar-kobar nak ambik lesen scuba. dan ke sana lagi

moment tak best 2010. malas nak kenang. yang pasti. suck!

apa aku nak 2011?


aku nak simpan rambut panjang. Pastu aku nak buat cam rambut minah nie. aku tak pernah langsung rambut panjang. sereies. setakat nie pun, dah paras bahu, aku dah rimas. camna lah kalau panjang cam minah nie. harap aku boleh besabar dengan rambut itu.


ini gajet idaman aku tahun nie. Walau aku masih terkial-kial nak guna, aku tak kesah. semua tu boleh belajar kan. aku bukan beli sebab nak show off macam certain orang cakap kat aku. tapi aku nak buat job. aku agak nampak future aku dengan dia. harap besday nie, benda alah nie akan ada di tangan aku.



aku teringin sangat nak ke negara ini. Kenal kan bendera negara mana. Jangan tanya kenapa. aku tak tau. Tapi aku sangat tertarik dengan tempat ini. Bukan kerana Shah Rukh Khan, tapi kalau terjumpa, aku tak menolak. sekarang nie, benda yang mengalang aku, kompem lah patner. siapa mau join, tolong roger aku.



Pegang tangan jalan kat jalan keretapi. Gila nak bunuh diri. Tapi soooo sweeet.
semua orang dok sibuk tanya aku bila dan bila dan bila. ok, tahun nie aku akan spend masa untuk ini. Tidak lagi cerewet cerewet. tidak lah sampai ke tahap kahwin. Tapi kalau jodoh itu sangat kuat, terima aja kot. Tapi aku lebih memerlukan patnership. Ada masa ke rasanya dengan semua ini?
entah.


OUT OF MY MIND cukuplah itu je kot yang aku terdaya memikir apa aku nak sangat. Yang lain, biarlah dia datang dengan sendirinya. Cakap banyal tak mau. Happy New Year ida!

2 comments:

The Poyo Me said...

Happy New Year.


Aku pula? mahu...

er....Aku mahu semuanya kembali ke 1 Januari 2010. Huuu

p.s. blog aku terpaksa dimatikan. thanks for the linking anyway. :)

ouT oF My MinD said...

poyo:
eh napa nk stop beb? frustnye. dh la blog ko lain dr yg lain.
sambung a balik beb.
sebab2 tu just can go to hell lah.

Total Pageviews