Jun 22, 2011

MENCARI BUKU MA LEE CHUSWAN

...Hmmmm....

Bulan nie aku agak obses dengan novel-novel melayu. Terbaru lepas aku godek forum sana sini, ramai yang cadangkan Ma Lee Chuswan punya karya. Tak pernah baca pun. So, dari 90% review mengatakan ia novel edisi susah letak, maka aku berkobar-kobar mencarinya sekarang nie.

Di MPH dah takde. katanya novel lama sangat. dan sebenarnya aku selalu je nampak cover page novel-novel nie. Tapi tak pernah ada hati nak beli. Dan aku percaya selalunya novel keluaran creative memang tinggi sikit gaya mutu penulisannya.

Bagi yang termasuk dan terperangkang dalam blog aku bila korang google nama Ma Lee Chuswan nie, aku sebenarnya takde pun novel tu. So, dengan ikhlas cakap....

KALAU ADA SESAPA MAU JUAL NOVEL INI, AKU SANGGUP BELI DENGAN HARGA ASAL WALAU 2ND HAND. TOLONGLAH.....

nie sebahagian novel dia. pic thanx kepada google.





OUT OF MY MIND dah tak sabaq nak baca beb. stress gila rasa. Ye, aku seorang tamak buku. so what??

Jun 21, 2011

NOVEL NAK JUAL TAPI....

...Hmmm....

Aku mau jual novel nie. RM20.00 je. harga betul dia RM26.00
Kalau sapa-sapa mau tukar pun boleh...tak kesah.





Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya


Sebab aku nak let go:-

- Aku sakit hati dengan logik logik yang tah apa-apa.

- nampak sangat penulis dia tak buat research dan penyelidikan yang bagus. Aku tak kesah kalau berangan. Tapi biarlah lah logik. Yang paling aku rasa kelakar bila CEO pakai Gen2. Wow humblenya lah CEO dia kan. Kalau dia pakai VIOS, ok fine...tapi penulis nie describe watak tu sebagai sorang yang dibesarkan dengan penuh kemewahan dan jugak kejayaan. Aku tak rasa jiwa watak itu akan sekadar berpuas hati dengan membawa kereta Gen2. Kalau Perdana, boleeeeeh la....agak boleh la....jugak terima.

- Banyak sangat ayat-ayat atau dialog yang kebudak-budakan dan aku rasa nak lempang dan jugak berulang. Enuff said!

- Mostly aku akan skip beberapa muka surat bila dah super irritating dengan sesebuah novel. Dan novel ini adalah salah satu darinya.

- Malas cakap banyak, kesimpulannya kita boleh tau serius ke tak serius or kebudak budakan or matang ke tidak penulis ini bila tengok gambaq profile dia. Myspace stail beb. Dengan mengambil gambar dari sudut atas dan memandang ke kamera dengan bajet comel. Terus, seriously mati rasa mau baca!! (never trust author with myspace profile picture...!! - ayat pengajaran dari aku )

OUT OF MY MIND tak aku, padahal aku nak jual novel nie, tapi bukan main aku dok kritik. Kelas kau maria kalau orang tak nak beli.....!!

Jun 17, 2011

ASKAR WATANIAH YANG GLEMER GITU

Korang rasa apa tak kena dengan gambaq nie. Sekali aku tengok je, aku dah tak tahan nak gelak. lawak siot. Agaknya photographer nie mesti nak kenakan artis-artis nie dengan ambik full shot dorang. Kalau situasinya masa catwalk, aku tak heran. tapi.....



Nah, ini rupa sebenarnya gadis gadis yang masuk askar wataniah.
Cuba teka mana aku??
*oh malunya...lari masuk tandas*




Dari skolah menengah lagi dok gila hitamkan kulit. Maklumlah orang putih kan suka wanita berkulit tanned...
*katakau*

OUT OF MY MIND bila dok teringat masa training askar wataniah dulu. Gila...!

Jun 6, 2011

#2 RANDOM JE

...Hmmmm....

Aku lepak dengan 2 orang jejaka yang aku istiharkan sebagai kawan baik aku. Segala rahsia dorang aku simpan dan jugak ada aku cerita je kat orang. Sorang dah kawin. Sorang dah bertunang. Aku...cam biasa single.

aku: Korang rasa lah kan, orang lelaki tak berani nak approach aku sebab aku bagi vibe yang aku dah ada pakwe ke or sebab lain? (tetiba gatai tanya)

mamat dah kawin: kau antara perempuan yang sesuai di buat kawan. Tapi kalau nak jadi isteri, kurang sesuai.

OUT OF MY MIND sentap......!!

RANDOM JE

....Hmmm.....

aku dengan sepupu yang berumur 6 tahun. Lisa nama dia. Dia seorang yang sangat nakal dan sangaaaaat suka main. Dia kenal huruf semua. Tak pandai mengeja dan membaca lagi. Tapi, apa je yang kita ajar dia, dia mampu hafal. So, bila setiap minggu kalau aku jumpa dia, aku akan bagi 3 perkataan yang aku suruh dia hafal.

Aku: cuba eja ROSE..MAMA..SAYA..BUKU..CAT..CAR..bla bla bla

(dia dengan hebatnya eja. lepas tu aku ajar perkataan lain pulak, mula mula dia ok. lepas tu dia mula bosan...)

Lisa: cuba kak ida pulak eja, ok?
Aku: ok......nak eja apa?

(macam-macam dia bagi beb....semua benda yang dia nampak aku kena eja....)

Lisa: ieeeeee....pandainya kak ida eja. suka laaah...

aku angkat kening aje kat dia...
OUT OF MIND comei rasa nak tampaq...

May 6, 2011

SEDANG BACA....SKINNY BITCH



Stop Being A Moron and Start
Getting Skinny!

If you can't take one more day of self-loathing, you're ready to hear the truth: You cannot keep shoveling the same crap into your mouth every day and expect to lose weight.
skinny bitch


- tak sempat baca habis lagi. baru skip skip tengok content.
- Ada chapter yang guide kita untuk makan apa setiap hari. (dan aku rasa agak payah kita nak follow sebab semua benda yang dia suggest tu ada jual kat pasaraya mahal dan lebih kepada stail pemakanan di barat).

Dan ini reaction or komen aku cilok dari wikipidea.

Ursula Hirschkorn in the Daily Mail[4] criticised the book. She criticizes the authors' "simplistic theory, that the secret of weight loss is just to eat healthy food. Oh if it were that easy, we'd all be size eight." She emphasised the "extreme" nature of the proposed diet, saying that "The book spouts an extensive list of no-nos that you must avoid… In a nutshell, everything that makes our short, brutish lives that bit more bearable." She complains that the book is marketed as a diet book when that is not its sole focus: "This isn't so much a diet book as a propagandapamphlet for veganism… it moves effortlessly from being potty-mouthed advice on how to adopt a fat-busting healthy diet, into a diatribe against eating meat." She also said: "These pampered LA princesses work hard to make us feel guilty for trying to make our lives a bit easier... They sanctimoniously lecture us on the cancer-causingchemicals in wine, and the nasties lurking in diet sodas… Skinny Bitch is just the same-old diet rules repackaged in an obnoxious and bullying tone."[4]

The Sun[5] called it "a vegan diet with a bit of attitude thrown in." They also said “if you follow it to the letter then you will lose weight but for your average woman it’s not particularly easy to follow."


May 5, 2011

VICTORIA BECKHAM, HIGH HEELS & PREGNANCY




Perrrggghhhh....sangat gila bila tgk si pregnant victoria beckham memakai heel yg sangat ump! sangar berani dan fierce. nanti nak jadi cam dia lah bila pregnant.... matilaaah....




pic cilok dr JUST JARED

NOVEL LAGI

....Hmmmm.....

Baru-baru nie aku beli novel berbahasa melayu kat pesta buku. Dan seperti biasa, aku cuba support penulis-penulis lokal. Tak kisah lah keluaran apa sekalipun. Tapi yang pastinya, novel-novel nie masih lagi terikat dengan cliche nya jalan cerita dia. Aku rasa aku pernah dah buat entry pasal benda nie....

cliche 1st.
Majoriti novel berbahasa malaysia (or melayu??) yang ada sekarang nie jalan cerita mesti pasal kawin kawin paksa, kawin kawin kontrak, kawin kawin pilihan ibu bapak. Mula tak cinta, buat rules bagai lah dalam rumahtangga tu. Pastu buat isteri tu macam bena tak bena je. Tapi, lama lama mula lah jatuh cinta. Tapi tak nak cakap...tapi dah falling in love gila babi nie dengan kelembutan dan jugak kewanitaan, keayuan dan jugak keibuan wanita yang dikahwininya itu. Gitulah selalunya storyline dia....

cliche 2nd
Konflik balik balik sebab jeles. sebab salah paham. sebab pakwe lama si isteri cari balik. sebab ada orang ketiga yang nak sangat kat si suami dia tu yang sanggup buat apa je macam orang hilang akal. Tak pun mesti ada konflik mak bapak si lelaki tak suka kat wifey dia, so nak jodohkan hubby dia ngan pompuan pilihan dorang...haihs....dah boleh agak dah.

cliche 3rd.
punyalah malas nak cari solution nak setelkan masalah konflik yang dia buat tu, penulis amik jalan mudah je. Setelkan dengan accident je lah. Tangkap basah, tetiba mak bapak sedar sebenarnya pompuan yang dipaksa kawin ngan anaknya adalah berlian lah. Malas betul dorang nie. Dan ada 1 novel nie, dalam 4 muka surat je dah boleh tulis penyelesaian konflik yang dia create tu. hello, kenapa ko wujudkan konflik sampai beratus-ratus helaian, tapi ko setelkan problem tu dengan semuka surat je...

Tapi standard lah, orang yang selalu komplen nie, slalunya dicabar "kalau ko terer sangat, ko buatlah novel sendiri. cuba tulis tengok. cakap senang aa.." memang la kan. Tapi aku dilahirkan untuk beli novel dan mengkayakan penulis penulis nie. Kalau semua orang nak menulis, sapa nak beli novel kan...

Novel keluaran crative aku rasa masih lagi menjaga standardnya. banyak kisah masyarakat yang sangat menyentuh. Konflik dia bagus dan jalan cerita sangat unexpedted. best....

dan kepada penulis-penulis sekalian..janganlah nama tu overdose bombastik...tq

OUT OF MY MIND bila novel yang tak best tu aku rasa nak bakor je. Nak jual kat orang pun tak sanggup.

Mar 17, 2011

HARIMAU MALAYA

...Hmmmm...

Dulu, orang tak pernah heran pun pasai Jersi Malaysia. Yang pakai pun berapa kerat je. Lani, lepas Malaysia dah jadi juara dalam Piala Suzuki, pergh tak hengat punya orang dok cari jersi tu.

Aku penah gak cari-cari kat outlet Nike, tapi takdak pulak terjumpa. Tapi, kat Kelantan nie, memang bersepah-sepah lah. Tak payah nak pusing 360 darjah sangat pun. Yang pasti, sebab item nie sangat hot, harga dia lagi mahai dari jersi kelab-kelab liga Inggeris tuh.

Dan aku memang tak minat bola sepak nie, tapi jadi teruja nak belikan untuk orang. Rasanya kalau ke Kelantan lagi sekali, aku nak beli lah satu. Tetiba pulak kan.

OUT OF MY MIND nak beli jersi untuk budak, tapi spoil sebab kat baju tu ada logo 1 Malaysia. Huh.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mar 16, 2011

ANAK SEDARA

..Hmmmm...

Krismas tahun lepas, officially aku jadi makcik. Tapi sorry lah beb anak sedara aku tu akan berpeluang nak panggil aku dengan title Mak tu.
Nama dia Aimy An'am. Nie gambaq dia masa umur 2 bulan tengok dunia. Wajah dia mirip bapak dia, adik aku. Ketinggian dia, semua ikut mummy dia. Ye la, kalau versi family aku semua comei-comei je tinggi dia.

Aimy sangat ceria. Tiap pagi, nak sembang dengan orang. So, adik aku tepaksa lah call mangsa-mangsa nak layan dia. Yang pasti, dia respon tau bila kita dok cerita macam-macam kat dia. (Kecik2 dah pandai nak cakap tepon, besaq nanti jangan nak demand pelik-pelik sudah)

Last aku jumpa, masa dia umur seminggu. Entah bila lah Along nie nak pi jengok lagi. Adik aku dah bukan main dah dok demand hadiah mintak itu ini. Katanya aku takdak anak lagi, so haruslah entertain anak dia. Yo laaah.

Nanti aku ada anak, aku demand ko bawak anak aku p Disneyland. Apa barang kat Hongkong, paling lekeh pun kat Jepun a. Ada berani?

OUT OF MY MIND dok ngejar kerjaya, tiada masa untuk diri sendiri =( .


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Total Pageviews