Jun 21, 2011

NOVEL NAK JUAL TAPI....

...Hmmm....

Aku mau jual novel nie. RM20.00 je. harga betul dia RM26.00
Kalau sapa-sapa mau tukar pun boleh...tak kesah.





Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya


Sebab aku nak let go:-

- Aku sakit hati dengan logik logik yang tah apa-apa.

- nampak sangat penulis dia tak buat research dan penyelidikan yang bagus. Aku tak kesah kalau berangan. Tapi biarlah lah logik. Yang paling aku rasa kelakar bila CEO pakai Gen2. Wow humblenya lah CEO dia kan. Kalau dia pakai VIOS, ok fine...tapi penulis nie describe watak tu sebagai sorang yang dibesarkan dengan penuh kemewahan dan jugak kejayaan. Aku tak rasa jiwa watak itu akan sekadar berpuas hati dengan membawa kereta Gen2. Kalau Perdana, boleeeeeh la....agak boleh la....jugak terima.

- Banyak sangat ayat-ayat atau dialog yang kebudak-budakan dan aku rasa nak lempang dan jugak berulang. Enuff said!

- Mostly aku akan skip beberapa muka surat bila dah super irritating dengan sesebuah novel. Dan novel ini adalah salah satu darinya.

- Malas cakap banyak, kesimpulannya kita boleh tau serius ke tak serius or kebudak budakan or matang ke tidak penulis ini bila tengok gambaq profile dia. Myspace stail beb. Dengan mengambil gambar dari sudut atas dan memandang ke kamera dengan bajet comel. Terus, seriously mati rasa mau baca!! (never trust author with myspace profile picture...!! - ayat pengajaran dari aku )

OUT OF MY MIND tak aku, padahal aku nak jual novel nie, tapi bukan main aku dok kritik. Kelas kau maria kalau orang tak nak beli.....!!

7 comments:

Diana @ BKKC said...

tak besh sgt ke..??

nak exchange ngan novel baru same baru ke..?? kalau yg dah dbaca boleh ke..?? atau novel inggeris??

ouT oF My MinD said...

bila ku kata cinta:
tak best sgt lah pada saya....
boleh gak kalau nak exchange. buku lama pun ok. novel omputih puuuuun ok.......

Diana @ BKKC said...

ye ke tak besh? sy tengok..org review citer ni sedih giler..huhu...

ouT oF My MinD said...

Sedih?? Takde pun..biasa je.
U nak ke? Jom kita tukar...

Anonymous said...

brp nak jual 0133023177..smsm orite

thoyol said...

there is no boring book, just less interesting. :)

tapi ko dah kutuk pepuas then nak jual plak. If you able to sell it, hats off to you. Haha..

ouT oF My MinD said...

thoyol:
dun worry...nampak tak ada orng tinggal phone no tu...=D

cepat tanggalkan topi anda skrng..hahaha

Total Pageviews