Feb 26, 2009

KENALKAH ANDA DENGAN MEREKA-MEREKA INI...?

...Hmmm....

Mereka-mereka ini seglemer Farah Fauzana, Linda Onn, Halim Othman, Kieran, dan Dj-dj top masa kini. Tapi, masih ingatkah anda dengan nama-nama dan muka-muka ini? Dimanakah dorang nie sekarang yang mana satu masa dulu, sangat popular. Suara mereka selalunya dinanti-nantikan dan juga menjadi kegilaan.

Entry kali nie aku nak dedicate kepada DJ-DJ lama yang satu masa dulu memang glemer giler. Dan ada antaranya aku sendiri tak pernah dengar dan kenal. Kat sini aku letakkan pic-pic dorang yang aku dah google utk tatapan.



SHAHIZAN JELAS
Program topnya bagi yang suka dengar RMKL/KLfm mestilah Evergreen Everlasting. Lagu yang dia pilih memang best giler. Masih lagi bertugas sebagai boss di unit hiburan radio. 3 tahun lagi nak pencen. Akak nie masih lagi bergetah dan ko tanya lah lagu apa pun, semua dia tau.




KHALIM ROHANI
Tuan haji nie nama dia biasa aku dengar bila time baca berita dan dj radio dolu-dolu. Mak aku memang suka dengar radio. Jadi nama nie agak familiar dengan aku. Tak pencen lagi. Umur baru je 52 tahun. Masih lagi baca berita. Sekarang nie jadi bos kat Unit Pembangunan & Pertanian Radio. Pakcik nie cool aje. Fakta yang mungkin korang tak tau, dia adalah suami kepada akak dia atas, Shahizan Jelas.




SALAHUDDIN HAJI RAMLAN
Ok, aku suka giler dengar suara dia dulu. Sampai aku jumpa dia, aku masih lagi teruja kalau dengar dia bercakap. fuh...cair beb. Tapi takdelah sampai tangkap cintan. Sekarang nie kerja belakang tabir je yakni Ketua Bahagian Rancangan di radio KLfm dan jadi pembaca berita radio. Baru je masuk awal 50-an tak salah aku. Dia sangat coooolll...




NORAINI IBNU
Masih belum pencen juga. Masih lagi bergetah. Masih lagi mantap. Tapi sekarang beliau tidak lagi menyumbang suara di corong radio. Sekarang nie bos di Unit Hal Ehwal Awam Radio. Aku baru tau dia nie rupanya bini Herman Tino.


MUSTAZA MAAH
Dah pencen. Nama dia maybe familiar bagi orang-orang yg dh old skool. Pernah kenal jugak dengan dia. Aku familiar dgn nama dia sbb dia banyak baca berita radio dengan jadi Dj dolu-dolu. Sekarang nie dia buat apa lepas pencen pun tak tau. Siapa ada kabar berita beliau?


NORHAIZAN DAHLAN
Masih lagi bertugas di bawah radio dan satu masa dulu antara yang suaranya merdu giler. Sekarang nie di Unit Hal ehwal Awam Radio sebagai penerbit.


MOHD ALIMI WAN MAHMOOD

Sekarng nie bertugas di Bilik Berita TV bahagian sukan. Suara beliau masih lagi boleh didengari di TV bila ada event sukan.


ZAZMIE ZAIN

Belum pencen jugak. Masih lagi aftif dalam bidang penyiaran nie. Sekarang nie bertugas di Melaka.fm. Dia seorang yang sanggat best dan cool. Ini pun antara nama besar yang popular satu masa dulu dengan PUJAAN 10 NESCAFE.


ABDULLAH HASHIM
Aku familiar dengan nama nie bila aku tgk sukan olimpik. Dia antara pengulas sukan yang best pada aku. Tapi sekarang bekerja belakang tabir di IPPTAR (tempat orang berkhursus dlm bidang penyiaran)


*Yang aku senaraikan kat sini semuanya yang aku kenal dan pernah dengar namanya. Yang mungkin lagi lama, tak dapat den nak trace. Agak-agak la, DJ-DJ yang glemer giler skarang nie akan dilupakan seperti nama-nama diatas tak? Kalau ye, mesti sedih dan OUT OF THEIR MIND kan.

Feb 24, 2009

CLICHÉ NOVEL MELAYU

...Hmmm....

Aku memang kaki buku. Dalam tempoh sebulan aku baca lebih 10 buah tapi kurang 50 buku. Minat aku dengan buku dah lama, dari kecik lagi. Kalau yang umur sama dengan aku, mesti tau siri sekolah Seri puteri, anak-anak Hadi, Nancy Drew dan besepah lagi. Buku-buku nie lah yang banyak menarik interest aku nak baca buku secara intensifnya.

Semalam aku pi MPH, cari novel melayu (kompem aa love story) yang officemate aku dok kecoh-kecohkan best. Novel yang dia baca tu pun housemate dia nyer. Aku dah mintak nak pinjam lepas dia abis baca. Aku bukan kedekut nak kuar duit, tapi kalau novel melayu nie banyak sangat yang mengecewakan. So, nak jimat duit, aku slalunya pinjam dulu yang orang nyer, pastu kalau best, aku beli buat collection. Nak dipendekkan cita, minggu nie dah masuk 3 minggu aku tunggu buku tuh. Dan sebab aku nie jenis yg kurang sabar sikit kalau bab buku nie, aku pun decide nak beli ajelah. Tapi biarlah aku rahsiakan tajuk buku tuh. Sesungguhnya aku nyesal beli buku nie.



Koleksi novel aku kat kg. Sayang sangat.


Lepas semalam berhempas pulas sampai kul 4 pagi aku dok ngadap buku tuh, kesimpulan yang dapat, novel melayu memang tipikal. Dari sejarah dah banyak sangat buku aku baca, tak kira novel Melayu or inggeris, novel melayu lah paling banyak sekali cedok mencedok idea nie.

Kat sini aku senaraikan fakta fed-up aku kt novel melayu:-

  • NAMA PENULIS
Fuyooo, aku tak sangka nama penulis-penulis kat Malaysia nie canggih-canggih giler, berbelit-belit lidah aku nak nyebutnya. Kalah nama aku yang simple and sweet ini. Nampaknya ibu-ibu sebelum ibu aku lagi kreatif dalam mencipta nama untuk anak. Aku tau, nama diorang guna adalah nama samaran, tapi jangan lah over sangat.

Ambik contoh ZA'BA (sori kalau salah eja) nama yang dipendekkan dan juga melambangkan identitinya tersendiri. Kalau nama canggih manggih pun, storynya suck giler, takde gunannya. Dalam hal nie, aku respek penulis yang mampu establish guna nama sendiri, yelah, pergi mana pun orang tau ko adalah penulis tersebut dan peminat-peminat ko memanggil nama sebenar ko. Contohnya Norhayati Berahim, Zuraidah Othman, Ahadiat Akashah, Ramli Awang Murshid, Che Det....etc.

Takdelah ayat macam nie yang keluar "nie Irtizaharnah Marqisah Lailatul yang nulis novel cinta di bawah ketiak suami kan..." Kesian la mak ayah korang yang penat kayuh basikal, naik tangga turun tangga, terjun sungai, pusing satu kampung, buat apa kata survey nak cari nama korang. Tapi sia-sia, korang tak bangga dengan nama itu.


  • NAMA WATAK
Kenapalah tak diwujudkan nama watak yang biasa. Even kalau nak letak nak yang luar biasa pun, janganlah setiap kali nama watak itu muncul, nama tersebut ditulis dengan nama penuhnya.

Contohnya: Jacquline Janet Sarah Mcgreen (ini nama seorang watak, bukannya 4 orang). Babak: Jacqueline Janet Sarah Mcgreen sangat kecewa dengan Norhafliza kerana memungkiri janji untuk bertemu di Burger King. Nadhrah Rara pula sudah bermasam muka kerana hajatnya nak makan di Pizza Hut tidak kesampaian disebabkan Jacqueline Janet Sarah Mcgreen beria-ia nak makan Burger King. Katanya dia mengidam sebab pembawakan budak.

Duh....mestikah nama yang wajib panjang dan canggih ini dalam semua watak novel melayu mesti diulang-ulang dengan menggunakan nama penuhnya. Apa salahnya menggunakan singkatan Jackie, Nadh and Half. Kan jimat masa orang nak bacanya. Dah la tu, kenapa lah tak guna nak yg simple and sweet macam Aida ke, Nora ke, Nurul ke, Ain ke, Liza ke whateverlah untuk watak tuh. Nie tak, nama wajib canggih and berbelit-belit dan namanye kalau nak keturunan baik-baik kena ada SYED or SHARIFAH. Kenapa, nama yang takde pangkal camtu, keturunan tak baik ke? realistik sikit la beb. Lagi satu, Tan Sri Syed Kapal Api Syed Kapal Laut.


  • JALAN CERITA
Duh..duh...duh..(8x lagi duh). Aku dah baca lebih kurang 5 novel dengan jalan cerita yang hampir serupa, nak kata hampir pun tak sesuai, tapi serupa. Jalan cerita yang paling tipikal sekali Anak orang Kaya dgn anak orang miskin tak boleh bersatu. Kalau bersatu, pelbagai onak duri lah terjadi. (percintaan 2 darjat nie ada lagi ke)

Heroin baik nak mampus tahap pijak semut pun tak mati, sentiasa merelakan dan memaafkan apa orang buat kat dia, pendek kata reda je, macam takde backbone. Hero pulak macam lahanat perangai mula-mula tuh, yela anak orang kaya, bapak pulak Tan sri katakan. So, dunia ini hero itu yang punya. Tahap hensem taraf model. Kalau dah taraf model, napa tak jadi model or pelakon je, buat apa susah-susah nak keja ngan mak bapak.

Bila dah pipik ngan enggang tak boleh bersatu, maka terpaksalah diwujudkan caranya. Idea yang paling kreatif yang boleh diorang nie pikir adalah dengan tangkap basah or kahwin paksa or wasiat keluarga or terhutang budi tergadai body. Disebabkan perkara-perkara yang tak diingini terjadi antara kedua pihak nie, maka konflik yang tak berkesudahan pun terjadi..........gaduh, baik balik, jatuh cinta, gaduh lagi, pujuk balik, gaduh, nyesal, idup bahgia selamanya. Ending mesti main dengan anak dua tiga orang tak pun pi honeymoon kat oversea. Sekian.



Mag yg aku tak penah miss beli. Baru jumpa last year. Best giler


Antara lain cliche novel melayu:
  • Watak ketiga mesti jahat nak mampus. Tahap kalau nak kat hero tuh, kalah drama Korea. Bersungguh-sungguh. Macam takde jantan lain kat dunia nie.
  • Bini Tan Sri mesti tahap mak tiri punyer physco. Kalau tak suka orang miskin, tahap gaban punyalah. Last-last baru nak insaf, tu pun lepas kena bala ke or terdengar monolog orang jahat. Baik tahap dewa pulak lepas tuh.
  • Kalau heroin dapat keja, takdenye nak keja kat Supermarket dulu ke apa ke. Terus lepas habis study dapat keja jadi executive, lawyer, docter...etc. Hakikat dunia realitinya, sangatlah payah dapat keja.
  • Fakta banyak yang salah. Nampak sangat tak buat homework. Contohnya (xdapat nak pikir buat masa nie)
  • Tak henti-henti memuji kekacakan dan kejelitaan watak utama sepanjang penulisan novel itu. Macam TWILIGHT - STEPHANIE MAYER nyer citer. Nak muntah aku. Ye, aku paham diorang ini sangat jelita dan tall dark and hensem.
  • Target audience or pembaca novel melayu adalah untuk orang melayu je. Kita boleh tau klise-klisenye dengan penceritaan dan dialong2 dlm novel tu.
Dan Hakikatnya, novel melayu or inggeris sama je. Tapi tahap kesamaan idea penulisan dan olahan penulis Malaysia sangat sama. Tak percaya, cubalah sehari korang lepak kat MPH ke, BORDERS ke, mana-mana lah, dan cuba baca novel-novel melayu nie sepintas lalu. Sama jee. Walaupun banyak novel sekarang yang tipikal, aku still lagi suka penulis yang ceritanya lain dari yang lain macam Norhayati Berahim, even though dia skrng nie pun macam terikut-ikut penulis-penulis picisan yang bagai cendawan tumbuh lepas hujan tuh. (fuh gempak pulak wording yang aku guna).

*Paling OUT OF MY MIND bila ada satu watak hero novel melayu ini disamakan wajahnya macam George Clooney, heroinya macam Catherine Zeta Jones. Terus aku tutup buku tu, tak baca langsung dan masih elok lagi berhabuk dekat rak aku.

Feb 23, 2009

DEMAM OSCAR

...Hmmm....

Aku nak minta half day ari nie. Aku masih lagi demam. idung aku pun masih lg dok sok sek sok sek. Suara aku masih lagi sengau. Dan aku kesian dengan officemate aku, takut dorang tejangkit pulak.
Yang penting aku dah settlekan keja aku. Jadi bolehlah aku balik kot time nie..

Tapi, reason utamanya aku nak balik tgk OSCAR....hehehhe

Feb 21, 2009

...Hmmm...

Ketika ini aku mengeluarkan suara jantan. Oleh itu wahai kengkawan, jika telefon aku dijawab oleh suara parau dan garau lg macho, jgnlah terkejut. itu aku g sedang mengalami perubahan hormon...

OUT OF MY MIND sbb sakit tekak....:-(

Feb 20, 2009

@#$%^&*?%$...HMMM???

...Hmmm....
  • Nampaknye aku spend weekend aku kt umah je lah (mcm la x biasa plak kan). Sebab status aku skrng nie, aku dh dijangkiti virus-virus demam. Spanjang aku kja almost 4 taun, aku x penah sekali pun ambik MC. Cuti aku yg dibawa ke tahun ini berjumlah 56 hari (setelah ditambah ngan taun nie punyer cuti). Dan cuti yang perlu aku settle taun nie sblum burn begitu sahaja ada dlm 10 hari...Banyak tuh.
  • Sepatutnya esok aku bergerak ke Sabah utk cover story di sana. Tetapi memandangkan kelembapan satu jabatan tuuuutttt, aku terpaksa mendelaykan trip aku ini. Bagus jugak. Kalau tak, lepak kat hotel je lah...huhuhu.
  • Baru je lepas balik tgk UPIN dan IPIN. Best ceritanya. (jgn bg tau bos, aku pi tgk time keja...hahhahaha)
  • Akhirnya jumpa juga movie THE OTHERS lakonan Nicole Kidman. Terpaksa beli yang original, lepas puas cari cap angsa takde.
  • Tengah berdoa semoga bos aku yang hampeh tak ikut serta pergi ke Bukit Selambau utk cover story election (Arghhh...ini mungkin penyebab kenapa aku boleh demam). Bos aku nie DEEEVAAAA beb. Nyampah. Memandangkan Bukit Selambau nie dekat dgn kg aku, aku plan nak stay kat umah je. Malas nak dok hotel. Tapi kalau ini keadaanya. Camna aku nak cilok balik kg? aku taknak bawak DEEVAAA hampeh nie ke kg aku, aku tak sudi beliau jejak kaki ke umah aku (boleh tak??).
Dah OUT OF MY MIND sekejap sebab tekak terasa cam ada api....agrhhh....

Feb 18, 2009

KO TAK NAK KURUS KE...???

...Hmmm....

Pada ketika ini, patutnya aku sibuk menyiapkan skrip program siaran malam ini. Tapi, sekeliling aku time nie, penuh dengungan. Dan pada ketika ini, aku rasa macam aku ada dekat pusat kecantikan, gym, kedai jualan langsung dan juga tepi jalan.

Kenapa?



Ini lah penyebabnya. Tiap-tiap hari ada je yang datang nak discuss kejayaan masing-masing melangsingkan badan. Ada yang baru seminggu ambik dah turun 2kg. Ada yang dah ambik 21 hari dah turun 6kg. Dan ada yang dulu gedempol dah dapat body Anuar Zain. Wow... hebat tu.

Aku bukannya tak teruja or terpengaruh dengan sembang-sembang mereka-mereka ini. Tambahan lagi, ejennya dok sebelah meja aku. Lagi la...bila ada orang yang guna produk nie datang opis aku dok brag diorang nye success, dia pun sibuk tanya aku, bila lagi...bila lagi..bila lagi.

Boleh tak kalau aku cakap, aku rela spend duit aku ribu2 beli add on DSLR aku daripada melangsing badan aku? Ye la, herbalife nie, produk dia ribu2 tau. mahal giler.

Bukannya aku tak teringin nak kurus. Dan hakikatnya, aku dah pernah kurus selama 22 tahun. Nak kurus keding, nak jadi hanger bergerak, nak badan ideal, semua tu aku dah pernah rasa. So, aku nak merasa pulak badan voluptuos ini. Yeah, some say, body aku sexy. Some say, tegap. Some say, gemuk lah. Tapi pada aku...aku selesa dengan keadaan sekarang, so what.

Terasa jugak bila orang dok sibuk suruh aku kurus badan nie. Ye la, kita nie sehabis daya think positif and love diri sendiri, tapi bila ada anasir-anasir negatif nie...adoiii...





Untuk dapat body ideal menurut Herbalife, aku perlu turun 15kg. fuh...takde la banyak sangat pun...hehehehe. Dan sekarang nie, dengan cara aku sendiri, aku cuba kurangkan body mass index aku nie dengan cara aku sendiri. Yaknie, aku disiplin diri aku tak makan malam, makan epal, dan kurangkan amik nasik (1/2 aje) dan amik extra lauk, pastu pi taman amik gambar secara sedar tak sedar rupanya aku dah round satu taman dan secara tak langsungnya aku dah excercise.

Resultnye, after 2 weeks aku dah kurang 2kg...yippeee....

Jimat duit aku tak yah beli Herbalife. Dan dari penceritaan yang aku curi-curi dengar kawan-kawan aku nie, walaupun amik herbalife, disiplin diri yang sangat tinggi amatlah perlu dititik beratkan. Sampai kalori sehari ko amik berapa pun perlu dikira. Tambah lagi, diorng ini tidak merasa lapar, jadi bagi yang ada gastrik, pastinya akan memberi efek sikit yakni sakit perut la sebab tak amik makanan, perut kosong. Lepas tu, diorang nie akan kencing yang keterlauan dan juga minum air yang keterlauan sebab nak ganti air dalam badan yang dah hilang.

Dan pengamal-pengamal herbalife nie, tetiba aje begitu arif pasal nutrisi dan juga perlunya amik air sebanyak 8 gelas sehari a.k.a 2 liter air. Tapi, u all kena sedar, for normal person, 8 gelas sehari bukannya untuk tujuan ganti air kencing yang korang dok kencing kerap tuh, tapi utk fluid dlm body dan juga untuk kulit yang sihat.

Nanti aku nak siasat dengan sesiapa yang arif dalam bidang perubatan. Kalau kencing yang kerap tanpa boleh di control, adakah ia akan memberi effect kepada buah pinggang dan pundi kencing kita? Ada sesiapa boleh jawabkan?

Korang rasa, lepas diorng nie takde duit nak beli herbalife nie, dan diorang berenti ambik produk nie, berat badan diorng naik balik tak?

Dan disini dengan OUT OF MY MIND nya aku mengistiharkan berat badan aku ketika ini 65kg.

Feb 17, 2009

IMPIANNYA INGIN BERGELAR MODEL

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

KEPANDAIAN MANUSIA....!

...Hmmm....

Korang agak la....apa yang tak kena dgn gambaq2 nie? Semuanya dijumpa dalam satu hari.


(1)


(2)

.

.

.

.

.

.

.

.

jawapannya....tadaaaaaaaaa....


Mangkuk ayun mana lah yang letak mangkuk ngan sudu nie dalam lif. Kot ye pun malas nak basuh, letak la kat mana-mana meja.




Bijak pandai manakah ini? kakakakaka.....
(kenapa aku ketawa. Jgn di tanya)



* selapas di sound check oleh anak kawan aku, aku guna perkataan lawan bagi pandai sbgai tajuk entry aku. Katanyanya, jangan sebut bodoh, nanti Allah marah. Baik cik Damia. Auntie paham...hahahah Auntie? sangat OUT OF MY MIND.

BENCI AAA AKU...

...Hmmm....

Benci betul kalau tengok wayang kalau orang yng tengok wayang tak respek orang lain. Semalam aku pi layan cita Tom Cruise nak bunuh Hitler. Cerita dia ok. Tapi yang tak ok adalah couple sebelah aku. Aku rasa nak terajang-terajang. Hantuk-hantuk kepala 2 ekoq bewak hidup nie je....

Aku ngan MizzyN duduk kat seat 4 orang. so, sblah aku 2 ekor couple nie la. Yang aku bengang bukan pasal dorang dok romen sebelah aku. Bukan sebab itu, tapi sebab dok tak diam. Sat pusing sana...pusing sini. Goyang-goyang kerusi. Lepas tu dok bising-bising. pastu dok gedik-gedik. Ieee...aku tampar jugak anak orang nie. Dah la busuk. Nasib baik la aku beli mentos. Sekotak habis sbb nak tahan busuk...yuck...mandi ke tak ko nie...ieeuuuu.

Sebelum-sebelum nie pun, banyak kali lah bila tgk wayang, orang jenis kepala hanjing nie suka buat nyusah orang. Dan selalunya aku lah yang bernasib malang duduk depan dan sblah dorang nie. Kalau duduk depan, mesti orang dok belakang aku suka goyang-goyang, gedik-gedik kaki. bila aku toleh belakang. Dia buat tak tau je. Bila tegur, buat bodoh. Smpai satu tahap, aku dah tinggi suara sikit baru le nak berenti. Tu pun, dok ngomel-ng0omel balik kat aku.

Nie aku senaraikan benda yang irritating orng buat dlm wayang:
  • tak reti nak off hp.
  • gelak yg overdose padahal benda tak lawak pun.
  • orang rambut afro.
  • dok buat komentari. tak yah le nak buat ulasan kak oii...kitoarng pun tak buta huruf lagi nak paham cita nie.
  • tak mandi
kalau korang ada list, korang tambah la sendiri.

Feb 13, 2009

JANGAN TANYA AKU PASAL LAGU MELAYU

...Hmmm...

Hari Selasa hari tu, aku terserempak dengan DJ yg tgh buat playlist lagu. Aku tak ambik pot pun lagu apa dia nak siarkan kat radio (sbb lagu zaman dolu-dolu). So, sambil dok gossip-gossip hal opice dgn DJ glemer nie (glemer ke?), tetiba dia bertanya sesuatu dengan aku.

" weh, lagu Farahwahida yang masa final AJL tu..tajuk apa ye?"

" Hah?lagu Farahwahida?"

"Ye la...ala yang bunyi cina-cina tu"
dia tanya aku lagi sambil tangan dok cari kat button teropong dlm sistem lagu.

"Silap orang le ko tanya aku kak. Aku tak dengar lagu Melayu..."
Tetiba statement kalau orang dengar cam belagak giler konon tak dengar lagu melayu padahal aku nie melayu habis keluar dari mulut melayu aku dalam bahaya melayu.

Dan akak tu terus terdiam sambil pandang aku dengan herannya. Aku pulak rasa dah tak keruan.

"Eh kak. Aku tak dengar sangat lagu melayu sebenarnya. Kalau aku rasa lagu melayu tu sedap pun, aku tak tau sapa nyanyi dan apa tajuk lagu tu. So, aku tak tau la kak lagu Farahwahida tu tajuk apa."
statment hipokrit nak cover balik ayat sebelum ini sebelum cerita aku kononya tak dengar lagu melayu tersebar satu negara.

Akak tu pun dengar la satu satu lagu Farahwahida. Pastu dia cakap

"Lagu nie la akak cari..."

"ooo lagu nie ke....sedap ek"
aku pun blah masuk konti....


* seriusnya, jgn tanya aku pasal lagu melayu. Yang latest aku tau pasal lagu melayu adalah lagu Anuar Zain - Lelaki ini sahaja. Itu pun setelah aku tgk rakaman show utk raya dia. Ketinggalan tak aku?

* Dan jangan sesekali tanya ada tak barang free yang berjenama kompeni aku. Sebabnya, aku pun kena beli...hahahaha. Sadis tak?

OUT OF MY MIND tak aku kalau tak tau pasal lagu melayu....huhuhuhu.

Total Pageviews