Jan 31, 2011

BAWAK KERETA MASUK THAILAND

..Hmmmm...

Ini adalah gambaq road tax & insuran nak masuk Thai. Dan ini 1st time aku nak bawak kelisa yg hot nie cross border. Puas gak lah tanya orng, macam-macam info aku dapat. google tenet, haram nak dapat apa pun.

Apa yang ko perlu bawak untuk bawak keta masuk negara orang nie?

- bawak tuan keta (ini harus! Mana boleh sesedap rasa ko pi melenjan tak ajak aku kan)

- geran keta. Bagi geran yang dok kat bank lagi, photostat nye pun ok. Tak dak masalah.

- lepas tu, korang beli lah insuran Thailand dekat kedai-kedai yang berdekatan ngan border tu. Makin dekat border,makin banyak lah orng juai Insuran thailand nie. Harga RM14 - untuk 9 hari. Minimum.

Ok, bagi yang tak mau bawak keta, korang boleh lah naik teksi atau kereta sapu. Harga satu kereta RM 60.

Dah nak sampai imegresen dah. Sangat neves sebab nie 1st time ye.

Pi mana? Alaaaah, pi HAT YAi je pun!

OUT OF MY MiND lah rasa nak bawak keta masuk nieh.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 29, 2011

THANX MAK!

..:Hmmmm...

Arinie aku lahir. 29 taun yang lalu. Sian mak aku berhempas pulas nak lahirkan aku. Dia kompem tak sangka nak lahir anak ketegaq macam aku. Melawan boleh tahan gak lah. Tapi aku ngan mak macam kawan. Sebab aku rasa macam kawan kot, kadang-kadang aku over da top sikit.

Aku rasa aku patut belanja mak aku sebab dia lah yang nekad nak lahirkan aku. Nak jaga aku bagai. Layan songel aku yang boleh tahan gak lah bebal.

Mak, thanx sebab lahirkan aku pada tarikh nie 29 taun yang lalu.

No out of my mind today!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 26, 2011

CARA TUKAR EKZOS PATAH?

...Hmmmm...

Hah!
Ingat aku terer ke nak repair ekzos patah?
Antaq kedai je lah.

Tukaq batang paip dari dandang / perut dia tu sampai kat luar yang tak sampai 1 meter tu,adalah RM75.

Dan aku sendiri tak tau napa sampai macam tu sekali ekzos aku patah. Mungkin sebab dimakan karat dan rally dalam bandaq yang sangat keterlaluan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BEBAL!

...Hmmmm..

Entry di bawah adalah apa yang kita panggil perkara taik memang terjadi.

Akibat sangap,bebal,padan muka pi send entry yang tak siap. Lantak pi. Malas dah nak delete or nak sambung cita.

OUT OF MY MIND bila time. Camni ko tak tidoq lagi wahai si bebal perkasa!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
...Hmmmmm...

Tak dapat nak tdoq.baru lepas layan cita Social Network. Haritu tak sempat nak tengok kat wayang. So,tepaksa besabaq menanti dvd ahbeng yg subtitle omputih dia cantik. Ye la, cita yang banyak cakap, dah tu aku sangat nak menghahayati semua butir bicara watak dalam filem nie dan ditambah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 23, 2011

SIAPA MENANG

...Hmmmmm...

Aku snap pic ni kat tempat keja. Taktau napa aku membayangkan kedua-dua kenderaan nie seperti tengah menahan amarah yang sangat dasyat dan sedang bersedia nak bertarung.

Adakah aku begitu OUT OF MY MIND?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 18, 2011

APPLE CRUMBLE PIE

...Hmmm.....

Weh, aku lapaq apple crumble pie ngan daim cake kat Ikea....
bengang aaa orang asyik dok tweet pasal dua benda menambah berat nie.
arghhhhgghhhhhh.......
mizzyN..jom esok lunch kat Ikea dengan kereta gua yang patah ekzosnya.

Oh ya. Ekzos patah dua di tengah tengahnya. So, bila kona kona sikit terus dia buat hentaman ala-ala bunyi tong gas bergolek. terer tak keta aku buat perangai secara berperingkat-peringkat?
agaknya anggota badan keta aku nie dah bincang sama sendiri kot.

OK. BYE.
OUT OF MY MIND

Jan 17, 2011

HAPPY BESDAY NADER RARA!

....Hmmmm.....

Memandangkan tahun nie merupakan tahun terakhir sahabat terbaik di ambang 30-an, aku nak wish dia

HAPPY BESDAY YANG KE 39 MIZZYN

dia terbaek.
jom layanz koleksi pic kami...












enjoyz tak?

OUT OF MY MIND tak dapat jumpak dia hari nie pasai aku sangat bizi (ya, ayat cliche tapi betui fakta). Bila aku dah sampai kat opis, dia pulak balik umah. Maklumlah suri rumah tangga, mana boleh bermalas-malasan lebih-lebih. apa eh suprise aku nak buat kat dia?

Jan 13, 2011

FILEM KARAK - GILA SERAM

.....Hmmmm....

aku bukanlah pecinta cerita-cerita hantu. Tapi rasa tertarik gila pulak nak tengok cita karak nie. Thanx Blog serius for da info.



gila OUT OF MY MIND teruja nak tengok. Nak bawak 10 orang kalau boleh temankan aku.

BILA HANG KACAU AKU, AKU BAWAK GENG BEB!

...Hmmmm....

baru-baru nie aku and the geng zaman skolah menengah troll dan memang sengaja naikkan kemarahan admin kami. Puncanya, aku baca status bangang yang dibuat oleh moderator page tu, aku cam cuak.

Ye orang akan cakap "ala..sikit punya hal pun nak cuak ke?" probs nya...benda nie dah lama menjadi. dulu stakat dok ngomen kat gambaq-gambaq aku dengan dok melawak nak canang satu dunia ko dulu nak kat aku. dan dok wat spekulasi aku nie becinta ngan mamat itu ini. Fine, aku tak kesah. aku pun turut tambah garam se das dua gak. Tapi bila dah buat status kononnya nak mengenang memori zaman skolah, apa ke hal. berbelas tahun punya cerita kot. haish.

Point:
Napa nama aku je asyik naik nak buat spekulasi? sebab aku single hot dan comei ke aku jadi tumpuan? sedangkan kat skolah dulu, aku nie tak layan lah suma tuh. Obses aku adalah kadet polis, buku, KRU, tv dan main beskal.

Kat sini sebahagian yang aku sempat print screen. Komen adalah dekat 150++ termasuk lah komen merapu kami pasai pot makan bagai. kawan aku memang gila! Aku dah agak, status tu kompem akan kena delete punya, so malam tu, aku extra rajin buat suma nie.

Pada kengkawan aku suma yang dok nanti hapdate nie, sorry...aku extra bizi. sayang hangpa!!













OUT OF MY MIND. full stop.

Jan 8, 2011

Fw: BERIYANI GAM LAGI

...Hmmmm...

Sekarang di Batu Pahat. Semenjak dapat anak menakan nie rajin betui aku turun Johor. Dan dalam masa 2 minggu nie, 2 kali aku hentam beriyani gam kat Batu pahat kat Kompleks Peniaga Benteng,Peserai Batu Pahat.

Mula pi atok aku yang ajak. Arini aku bawak pakcik aku pulak. Akibat pengaruh gambaq yang aku post kat FB.

Aku bukanlah sesuai jadi pengkritik yang hebat nak mampus.dan aku sangat tak reti nak beza sedap ke tidak.serius. Asal makan ja.

Dari tanya-tanya orang kat situ,dorang bagitau kedai yang nama Mohd Shah sedap.ok,not bad. Rasa cam makan nasik kenduri. Kalau malas nk baca papan tanda kedai yang banyak kat situ (ada lebih kurang 6 kedai kot juai beriyani gam kat situ), sila cari kedai yang ramai gila orang beratur.

Ok, mata bagai dah di gam-gam. Dan aku nak feeling feeling beriyani dalam perut.chow.

OUT OF MY MIND besaq nak mampos dapat ayam. Oh,kat situ ada ayam,lembu dan kambing.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 6, 2011

KEPADA NENEK PENNE

....Hmmm.....

wahai NENEK, kalau ko baca entry nie, silalah beri aku permission untuk masuk blog ko.
aku sangat merindui ko dan aku nak tau sangat apa dah jadi dengan susulan skandal-skandal ko yang riban-riban tu. ko kan jelita. harap ko dengarlah rayuan aku nie wahai nenek.

dari aku yang comei
OUT OF MY MIND

IKAN BAKAQ

...Hmmm...

Makan ikan bakaq kat jln Bellemy,belakang istana. Gila berpeluh.nak kata sedap?hmmmm boleh tahan lah.not bad.

Harga? Boleh tahan lah mahai. Dan kalau korang nak pi sini,sila datang sebelum jam 12.30 t/hari yaknie sebelum maknusia opis kluaq pejabat.kalau tak,korang jadilah model kejap sambil telan air liur tgk orang makan. Memang full house lah time lunch.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TESTING UPDATE

..Hmmmm...

Aku cuba try nak update blog dari bb. Dari aku dok ngarut kat twitter cam orang meroyan,baik aku spend masa aku update blog kan.

Ok.ini adalah testing.
OUT OF MY MIND shok overdose kalau ini membuahkan hasil
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jan 4, 2011

TUKAR KULIT LAGI. KO DAH TAKDE KEJA KE?

....Hmmm....

OUT OF MY MIND kan aku macam orang gila dan hilang akal dok tukar skin blog. ok, akan mantain kulit ini. ini kulit lama.

sebagai seorang yang tak suka itu dan ini, aku sangat cerewet. last last hambik kau, ini je taste aku. cam hapa. dan yang buat aku salin kulit lagi, adalah kulit sebelum nie buat aku hangin bila nak hapdate. segala macam hantu tunggang langgang jadi.

akhinya. tada.....yang simple ini yang dipilih. akan aku pulih kembali segala huru hara sedikit demi sedikit.

p/s: baru balik shooting. piss off dengan crew lahanat tunjuk pandai. penat-penat shooting, hasil audio cam haram. senang je bagi cadangan suruh reshoot. kepala hotak hang!

Jan 1, 2011

2010 / 2011 PASTU 2012 KIAMAT SIOT


...Hmmm.....

HAPPY NEW YEAR 2011.

Dengan rasa kononnya matang, aku menamatkan hari terakhir 2010 dengan ketenangan dan juga menyambut tahun baru 2011 dengan kecerian, aku decide nak lepak umah je. Aku tak mau spoil peralihan hari ini dengan sesuatu yang pasti buat aku maki maki bagai nak rak. Aku pasti, itu yang akan aku buat.

banyak sebenarnya moment tahun 2010 nie
  • akhirnya aku dapat tukar dari sesuatu yang biasa ke sesuatu yang baru. Dari Radio ke TV. banyak sangat perbezaan. bukan aje dari segi ilmu, jugak dari life style. Dulu keja di Radio, agak relax dan jugak tiada tekanan jiwa yang melampau. RAGE itu kadang-kadang sahaja. Tapi di TV, banyak gila mengajar aku kesabaran. Aku jugak masuk dunia baru. dulu jangan harap aku nak kenal siapa itu YUNA, ANA RAFALLI, COCO, AWANBAND, BLIZ, band itu ini dan lagi lagi...sekarang, mata aku lebih terbuka. thanx 2010 dengan peluang ini.
  • Mula belajar di hempap perasaan yang agak dasat yang akhirnya aku ngaku ia sangat bodoh. dan aku sangat bersyukur mata aku terbukak dan aku nampak dia tak lah best mana pun. itulah, kalau dah suka sangat kat orang tu, mata pun buta. Gila!
  • aku lebih memberi perhatian dengan diri aku. Series. sebelum nie aku tak heran apa nak jadi. apa aku pakai. dan apa aku makan. bukan clueless, tapi selalu mengatakan, sebelum keluar rumah, tengok cermin, ok dah comel...aku akan pikir sampai malam aku dalam keadaan comei. series. itu aku. tapi, bila aku start try itu dan ini, hasilnya sangat memberasangkan. dan aku suka.
  • Hah, aku dah pandai belajaq dating and a little bit of PDA. ok, part nie sangat speechless.
  • more money. more shopping.
  • trvel, travel dan travel, tapi semua tu atas dasar keja. tapi orang mesti kata "keja ko jalan, best apa. at least dapat jalan". ya...memang x dapat dinafikan. tapi keja sambil bejalan, sangat memenantkan bilaman ko terpaksa menguruskan seribu macam perkara. series. bayangkan, seorang ibu menjaga 20 orang anak yang macam-macam hal. Tapi, aku dapat jalan jugak kan. Tempat paling best, kompem aa Sipadan. sangat terbaik. membuat aku berkobar-kobar nak ambik lesen scuba. dan ke sana lagi

moment tak best 2010. malas nak kenang. yang pasti. suck!

apa aku nak 2011?


aku nak simpan rambut panjang. Pastu aku nak buat cam rambut minah nie. aku tak pernah langsung rambut panjang. sereies. setakat nie pun, dah paras bahu, aku dah rimas. camna lah kalau panjang cam minah nie. harap aku boleh besabar dengan rambut itu.


ini gajet idaman aku tahun nie. Walau aku masih terkial-kial nak guna, aku tak kesah. semua tu boleh belajar kan. aku bukan beli sebab nak show off macam certain orang cakap kat aku. tapi aku nak buat job. aku agak nampak future aku dengan dia. harap besday nie, benda alah nie akan ada di tangan aku.



aku teringin sangat nak ke negara ini. Kenal kan bendera negara mana. Jangan tanya kenapa. aku tak tau. Tapi aku sangat tertarik dengan tempat ini. Bukan kerana Shah Rukh Khan, tapi kalau terjumpa, aku tak menolak. sekarang nie, benda yang mengalang aku, kompem lah patner. siapa mau join, tolong roger aku.



Pegang tangan jalan kat jalan keretapi. Gila nak bunuh diri. Tapi soooo sweeet.
semua orang dok sibuk tanya aku bila dan bila dan bila. ok, tahun nie aku akan spend masa untuk ini. Tidak lagi cerewet cerewet. tidak lah sampai ke tahap kahwin. Tapi kalau jodoh itu sangat kuat, terima aja kot. Tapi aku lebih memerlukan patnership. Ada masa ke rasanya dengan semua ini?
entah.


OUT OF MY MIND cukuplah itu je kot yang aku terdaya memikir apa aku nak sangat. Yang lain, biarlah dia datang dengan sendirinya. Cakap banyal tak mau. Happy New Year ida!

Total Pageviews