May 29, 2010

JALAN-JALAN

Hmmmmm

4 hari 3 malam aku takde kat Malaysia.
Merantau jap. Menenangkan pikiran...kononnya.
Cuba relaks kan diri dan emosi.
cuba menguji sesuatu...kononnya jugak...
Cerita panjang akan di update kemudian.
jet leg tak habis lagi...



pemandangan di sini buat kitoarng rasa macam dok kat Karachi lah, Nepal lah...India lah.
View memang superb gilos. Itu adik aku ya...



Di mana je aku pi..mesti paparazi kejar aku..
haih. spoil aku nyer holiday je. terpaksa lah pose kat diorang jap.
Aku tak mau lah di cop sombong pulak kan...peace...!!



Ini hasil keboringan menunggu sunset seawal 3.30am.
gilos...penat-penat sampai kat lokasi yang perjalanan 4 jam,
baru nak tdo, dah kena bangun pulak. tabahkan hati....!
tp mmg puas hati lah.

OUT OF MY MIND trip kali ni agak mengecewakan...kecuali lokasi kat gunung tuh. Memang terbaik...!

May 24, 2010

REMINDER UTK AKU..#1

...Hmmmm....

Aku terbaca dalam majalah wanita yang aku terpaksa baca masa aku kat saloon. Nak kena bagitau jugak kata aku pi saloon.

Majalah tu tulis pasal, perlunya kita menulis jurnal pasal apa yang kita sangaaaat bersyukur dan gumbira supaya satu hari nanti bila kita bersedih, kita boleh bukak balik jurnal tu, dah baca kembali benda yang kita syukuuuur sangat dan gumbira sangat.

So, sebab aku ketandusan. Bukan tandus, tapi kemalasan nak menaip yang kronik sangat nie, aku decide aku nak buatlah entry im grateful nie...

Bukan apa, aku rasa makin hari makin aku dirundung stress level yang tinggi. Sampai satu tahap orang kata aku coool sangat macam takde perasaaan. takut weh, kalau muka dah jadi botox tanpa kena suntik botox.

Jadi...untuk entry pertama aku sangat beryukur nie...ialah:

  • aku gembira sangat dapat keja sekarang yang sangat kena ngan jiwa aku. walaupun keja nie banyak buat aku stress.
  • aku gembira sebab ada mizzyN ngan aku...sebab dia sukaaa sangat layan aku yg ting tong nie.
  • aku gumbira bila ada orang suka kat aku sebab aku. bukan sebab lain.
  • aku syukur sangat bila ada family yang best...yang kadang-kadang tak best pun..

OUT OF MY MIND punya suka....!

May 23, 2010

DAH LAMA RUPANYA AKU TAK BUAT

....Hmmm....

Rasa pelik bila benda dah lama tak buat, tetiba buat balik.
Satu malam, ada orang ajak aku makan...malam.
selalu makan ngan mizzyN je. Tetiba makan ngan lain jantina..rasa lain.
Padahal kat bistro je pun.

Bila makanan dah sampai...tengah makan-makan. Aku tergelak sorang.
Orang tu pelik..napa aku senyum sorang-sorang.

"Dah lama tak camni......"
"Camana..?"
"Camni...makan camni.."


Orang itu terpikir...tengok situasi yang aku cakap.


"aku pun sama....dah 3 bulan..ko?"
"aku...? hmmmm.....setahun..!"

ambik...lama gilos aku tak dating properly...

OUT OF MY MIND padahal aku makan roti telur je pun masa tuh....macamlah big deal sangat kan....hahahhaha.

May 22, 2010

5KG BEB...TAK PAYAH PI SLIMMING CENTRE PUN

....Hmmm....

wow...aku dah turun 5kg hari nie selepas sebulan setengah buat program baru nie.
Biar betul.
gempak seh.
bukannya turun lemak je.
malah emosi level jugak makin turun....

OUT OF MY MIND....selasa nak cuti, hari nie bunga-bunga demam dah tiba.

May 16, 2010

MID LIFE KRISIS

...Hmmmm.....

Makcik saya cakap...
idup saya sebagai seorang yang single mingle lagi best...
nak buat apa pun tak kesah.
Tak mau mandi 2 hari pun takde sapa nak marah.
Nak bangun lewat sampai kul 5 petang pun...takde sapa yang heran.
Body orang single adalah untuk dirinya sahaja....(ini statement nak gelak..)

Pendek kata...
makcik saya cakap..tak payah lah saya gatai nak kawin muda.
Padahal makcik saya kadang-kadang lupa, umur saya sebenarnya sudah tua...cuma hati saya saja muda. camna tuh..??

Tapi apsal lately nie entry saya berbaur pelik dan semacam ye...?
saya pun kurang pasti...apakah yang terjadi sebenarnya kepada saya?
mid life krisis kah...??

saya tau kenapa saya semakin melankolik...sebabnya best friend saya lagi 2 bulan nak tinggalkan saya. Nak masuk alam rumahtangga. Saya sangaaat jeles dengan dia. Saya cuba sedaya upaya bergumbira untuk dia. Memang saya happy sebab akhirnya kata-kata saya dia dengar. Bukan apa..saya suruh dia kawin cepat, sebab saya rimas tengok dia dating macam orang yang tak pernah jumpa pasangannya selama sebulan...padahal..tiap-tiap hari tuh dating.



Kami sgt suka camwhore time saya tgh drive.
bestie saya tau, saya tidak boleh mantain my overdose cuteness while driving...

Tapi jangan risau...jeles saya adalah sebab lepas nie saya tak serumah dengan dia dah. Tak boleh dah nak pukul-pukul manja dia. Tak boleh dah nak marah-marah dia cam orang gila sebab dia buat benda tak logik. Dan dah takde pendengar saya menceceh bagai nak rak luahan hati saya.
Yang paling penting...dah takde orang nak kongsi bayar duit minyak kereta saya....arghhh. benci.!

OUT OF MY MIND bila saya dah malas dah nak cari bestie baru....

May 15, 2010

CAMNA RASANYA YE?

...Hmmm....

camna eh rasa kalau betul-betul falling in love. Sebab aku nie romantic novel buff. MILLS & BOON ngan Historical Romance yang kat cover depannya seksi-seksi belaka - adalah bahan bacaan utama aku.

Kalaulah aku merefer perasaan aku base on cerita-cerita dalam novel tu dan jugak perasaan-perasaan yang di alami oleh watak-watak heroinnya, aku rasa aku tak pernah ada perasaan camtu kepada sesiapa pun.

Dan....aku setiasa berangan nak falling in love style dalam novel. hahahaha.
Mesti best...boleh cerita sampai ke anak cucu.
Tapi...ini real life lah.
so terimalah kenyataan.

Aku tertanya-tanya camna perasaan falling in love tu sebab, kalau aku jumpa seseorang - tapi takde perasaan berdebar-debar or butterfly in da stomach, aku akan ignore je orang tu.

Tapi kalau perasaan gembira bila jumpa orang itu, tapi takde jugak rasa rama-rama dalam perut - aku akan pay attention lebih sikit. Dan perasaan nie semuanya berpaksikan novel romance yang aku baca...huhhu. sadis kan.

So...sebetulnya, bagaimanakah rasa perasaan falling in love itu?

OUT OF MY MIND tak...?

May 13, 2010

AKU BUKAN WAKIL U.N

...Hmmm....

Betul orang kata, hidup single lagi best dari kenal banyak orang terutama lelaki. Aku selama nie kenal laki yang sangat bertenang. Konflik pun sebulan sekali je. Tapi sekarang, ramai giler laki aku kenal. Dah la tu...semuanya emosi..mak aih, kalah pompuan. Penat aku.

Dari dulu lagi, aku merasakan macam ada magnet je dalam diri aku nie orang nak luahkan perasaan. Aku bukanlah pendengar yang baik. Malah aku bukan pemberi nasihat best pun. Tapi semua ni, orang tak pernah kesah. Mesti nak cari aku...nak cerita masalah masing-masing. Kadang-kadang yang buat aku makin stress bila aku rasa aku pulak yang jadi penyebab dorang gaduh-gaduh bagai. Padahal...aku diam je. Yang banyak aku luah perasaan aku pun...hanya kat MizzyN.

Kengkadang aku rasa cam aku nie duta UN pulak...
dan aku rasa aku sesuai bukak klinik jiwa-jiwa. laku nieh.

Tapi aku paling kesian kat kawan aku yang sorang tu...tiap-tiap hari tabahkan hati mendengar aku menceceh....

OUT OF MY MIND bila mulut aku lenguh sebab banyak becakap...kalah bebelan aku masa aku keja kat radio dulu.

May 9, 2010

BENCI...DIA DAH TAU BLOG AKU.

..Hmmm...

Aku kat Perhentian.
Benciiiiiiiiiiiiii..............sebab Amer dah tau blog aku...arghhh. tensen
kepada Amer...sila jangan sebarkan kepada orang ramai pasal hal nie.
Aku tak suka orang yang satu office atau officially kenal aku, tau kata aku ada blog.

tolong ye amer...tengkiu adik...sayang kamu...!!

OUT OF MY MIND cam nak cekik-cekik je budak amer nie.......hish. camna la dia boleh cari jugak.

May 4, 2010

SKIRT PUNYA HAL

...Hmmmm....


Bila pompuan gebu yang hot pakai skirt datang office.
Pastinya menjadi gegaran buat makcik-makcik.
Tapi pakcik-pakcik pastinya tersenyum lebar...
hahahaha.
Yang pastinya....kaki gebu itu bukan milik aku.

OUT OF MY MIND bila tengah hari, dia kena nyorok dalam kereta, sebab satu building menunggu kedatangan dia...kononnya nak menyaksikan sendiri skirt hitam yang cantik ini. Kalah celebriti famous kat tempat kita tu nok. hahahahaha.

BROADBAND OH BROADBAND

....Hmmm....

Tika ini aku sedang menyiapkan diri untuk pergi shooting kat Pulau Perhentian. Membawa seorang artis tanah air yang memang kalau disebut namanya...orang yang suka tengok filem, akan kenal...Dia seorang perempuan. Kecik molek. Menang banyak jugak anugerah.

Harapan aku...tiada apalah yang tah apa-apa terjadi. Terjadi itu adalah bila mulut aku sama naik dengan tangan aku ye....

Oh ya...hari nie jugak aku akhirnya membeli Broadband setelah sekian lama berkongsi dengan MizzyN dan juga selepas di terminate hasil perkongsian itu, menumpang ehsan dari MizzyN dan tunangnya.

Yelah...siapalah aku untuk meneruskan episod kongsi dengan dia selama-lamanya. Lebih baik dia kongsi ngan bakal hubby..lagi senang kan. Mizzy N cakap, ini episod aku mula nak menjarakkan diri aku. Bukan camtu...

Aku tepaksa mempunyai Broadband sendiri sebab....aku nak online tiap-tiap malam untuk berchatting dengan kawan aku....hahahahaha.



Adakah dugong akan terdampar lagi...
ataupun paus yang bakal terjerat?


OUT OF MY MIND bila aku mempunya Broadband...tapi tak mempunya laptop, desktop dan apa-apa yang berkaitan dengan komputer yang aku boleh cocok Broadband aku nie. Haih...pinjam ngan minah tu lagi lah. Nanti dia dah kawin, aku cocok lah dalam telinga aku je menatang nie...huhuhu

May 2, 2010

KONSERT ITU BUKAN UNTUK AKU

...hmmm...

Semalam aku gatai sangat nak ikut MIZZYN ngan tunangnya tengok konsert Double Trouble. So, ikutlah aku dengan berkoyan-koyan maknusia memenuhi Indoor Arena Bukit Kiara.

Aku bukanlah peminat hard core Wings mahupun Search. Kalau buat kuiz pasal dorang nie, aku mesti jawab 2 soklan je betul dari 10.

Aku adalah seorang maknusia yang sangaaaat tidak suka tempat yang ramai orang. Aku jadi lost dan tak tentu arah. Beberapa perkara bodoh jadi masa konsert nie pada diri aku. First sekali pastilah tidak boleh bawak masuk camera. Aku jadi hairan, DSLR tak dibenarkan bawak masuk...Tapi yang bawak video cam, camera dgital yang kecik yang canggih manggih lagi dari camera aku, lepas pulak. Hairan...

Yang pastinya, kalaulah aku nak amik shot yang baik sekalipun, ia agak mustahil...semua peminat berani mati group-group nie bagai nak gila buat aksi tolak menolak. Head bagging bagai. Dan pastinya...sangat sorry aku nak serahkan kat korang camera aku. Kalau ada jaminan RM6K...ok fine....kalau tak, sorry beb. Bukan camera je tak boleh bawak..air pun tak boleh.

Pastu..bila dah start show..aksi tolak menolak belaku. Kitoarng memang terkepit kat tengah-tengah alam. Bila dah start dalam 3 lagu...aku dah mula rimas, peluh dah mencurah-curah. Aku dahaga nak mampus. Aku ajak MIZZYN keluar...nasib baik dia nak layan aku. Thanx a lot my friend.

Part nak keluar satu hal...laluan exit masa konsert berlangsung..satu sahaja. Di ulang - 1 sahaja. Time tu bukan aku je nak keluar..ramai lagi sebenarnya. Orang sangat-sangat ramai dan kusyuk sangat tengok konsert, dah tak peduli kat orang lain dah. Aksi tolak menolak sampai terpenyek dan jugak sesak nafas terjadi...bayangkan nak naik tangga yang tak sampai 10 tu pun, 30 minit jugak gaduh...gila. Aku membayangkan...misallah jadi sesuatu dalam indoor Arena tu...mau semua mati kena pijak lah.

Bila dah dapat keluar...ngupanya ramai yang tak dapat masuk..kesian. Dan aku takmau dah pi konsert camtu.Tapi janganlah serik ajak aku...tunggulah aku cakap taknak dulu...ok.

OUT OF MY MIND bila kena raba...arghhh aku dah tak suci. Benciiiiiiii...!!



Total Pageviews