Jan 29, 2010

TUA...??

...Hmmm....

Arinie umur aku dah bertukar nombor lagi....yeah...dah masuk 18, dah boleh pi clubbing, dah boleh beli rokok dah. Lepas nie tak payah sekolah dah. Happynye....!!!

Hah...sangat lah 18. Padahal dah tua bangka nyanyuk dah pun. Takde apa yang spesial pun bila dah ningkat naik nie.

Cuma mantain kiut, dan perlu lah menambahkan koleksi rawatan muka dan spa juga menjaga metabolisma badan. Kerana kalau tidak menjaganya dari sekarang, pasti lah muka aku kedut sejuta, berat body pulak lambat dah nak turun.. Oppss.. jangan lupa jugak minum susu untuk menguatkan tulang...bukan apa, bila dah tua nie, tulang mudah rapuh, jatuh sikit dah patah riuk.

Kali nie besday...aku kat kampung.
Dan kali nie punya besday, aku agak terkaget sebentar.
Aku punya CRUSH merangkap my bestest boyfriend akan nikah hari nie, malam ini..di hari besday aku.

arrghhh...dan paling tak boleh blah - AKU AMBIK GAMBAQ MAJLIS DIA, - NIKAH, SANDING DAN BERKAITAN LAH....!!!!

Kalau lah nikah orang Islam nie macam nikah orang Kristian, bila ada part, "siapa yang nak bantah dan tidak setuju dengan perkahwinan ini, sila berbuat demikian sekarang, kalau tak, simpan je dalam hati sampai mati..."

Mau aku angkat tangan,
"saya..saya...saya bantah perkahwinan dia, sebab saya memang suka dia dan saya rasa dia lebih sesuai dengan saya...sebelum ini saya ingat calon isteri dia lebih baik dari saya, jadi saya relakan saja...tapi ternyata tidak..."

Rasa-rasanya boleh tak waktu orang cakap SAH...SAH..SAH...dan tetiba aku cakap TAK SAH, orang akan ambik kira percakapan aku tuh...????

positif positif positif....!! Tabahkan hati...Jangan aku nangis sudah time amik gambaq tu...

Tapi best jugak kalau aku sebotaj gambaq minah tuh....HAHAHAHAH!!!...

OUT OF MY MIND bila lepas nie aku akan ada affair dengan hubby orang... Ini kerana, bakal bini dia tak pernah tahu aku nie kawan terbaik laki dia....hahahha. habislah ko...!!

anyway....HAPPY BESDAY AKU....!!

Jan 27, 2010

CUTI...CUTI...

...Hmmm....



Aku nak pi bercuti.
Tiket beli dah setengah tahun yang lepas.
Kali nie dapat cuti dengan tenang.
Tak payah pikir pasai keja tertangguh.
Takyah pikir pasal nak siapkan program...
yeah.....yeah....

OUT OF MY MIND
pegi Bali lagi...

Jan 22, 2010

LADY GAGA SEBELUM DIA JADI GAGAGAGAGA

....Hmmm....


OOO...camni dia ngupanya dolu-dolu...patut lah habis-habisan dia bantai berfesyen sementara masih fofular nie...


source dari towleroad

Jan 19, 2010

KENGKAWAN, AKU PERGI SEMAYANG DULU YE

...Hmmm....

Kali nie aku sentuh pasal kepoyoan manusia aku jumpa...

Tunjuk Alim atau betul-betul alim nie?
Ok, Orang camni banyak kali aku jumpa. Paling ketara adalah di ofis lah. Kalau tak satu ofis yang perangai camni, mesti ada sorang dua. Ayat dia bunyi camni lebih kurang:

"Weh...tadi masa aku kat surau masa aku nak semayang, ada orang tu dok buat bising je...nak sembahyang dengan kusyuk pun tak boleh.."
ayat yang di tekankan bukanlah orang buat bising. Tapi pasal dia semayang kat surau..

"Eh...dah Asar ke belum hah?..."
Padahal jam kat ofis baru je pukul 3.30 petang.

"Weh....aku pegi semayang dulu ye...."
baiklah....pegilah....

ayat-ayat di atas sering aku kedengaran masa duduk hostel. Ye lah, duduk hostel, orang tak alim pun boleh jadi alim kalau asyik kena perli 24 jam tak solat. Tapi kalau situasi di ofis nie, aku rasa, ayat-ayat yang dikeluarkan bukan lagi bentuk memerli, tapi lebih kepada menunjuk kata dia nak solat dan dah solat.

Ok, fine...bila dah jumpa ramai orang nie, of course lah ada yang complete 5 waktu...ada yang 2 waktu je (kiranya dekat ofis je lah solat), dan ada yang baik budi pekertinya, tapi solat tak komplete atau takde langsung. Takpalah...dia period agaknya.

Pada aku lah...kalau ko nak solat, ko pergilah senyap-senyap ke surau tu. Tak payah nak kecoh satu ofis yang mengatakan ko sedang bergerak nak solat. Sungguh irritating.

Kadang-kadang, kita tau perli atau fitnah je orang itu kata dia tak solat - sebabnya dia tak announce kata nak solat kat satu dunia. Manalah kita tau, dia pergi solat kat masjid ke...surau tempat dia makan ke...dia sempat balik rumah ke...kat opice kawan dia ke...kat rumah kawan dia ke...kat supermarket ke...dan banyak lagilah lokasi boleh solat nie.

Yang kita tau, tak pernah nampak dia solat, tetiba nak buat cerita pulak. Tak guna jugak kalau ko solat 5 waktu tapi perangai cam hantu...mulut kalahkan puaka. haih.....manusia betul.

Perkara nie jugak bukan terjadi kat ofis, kat rumah pun boleh jadi. Tambah-tambah kalau sepupu sepapat dah ramai....ada mak bapak yang jenis nak bagitau anak dia satu dunia nie bagus, mesti nak jerit kuat-kuat tanya anak dia dah solat ke belum....Yang mak bapak cool, anak dia tak payah kena jerit, dah kompem dengan sendirinya bergerak menunaikan solat bila dah tiba time. Tak payah nak jerit-jerit 1 malaysia.

Jadi, saudara-saudara...sebenarnya tak salah nak bagitau anda ke mana dan buat apa. Tapi pikir-pikirlah suasana atau tahap nyampah orang tuh. Bukan semua orang suka dengan perangai camtu. Ye, kita tau anda telah menunaikan kewajipan, tapi tak payahlah nak war warkan satu dunia..iye...

OUT OF MY MIND bila semua cuba nak tunjuk terer padahal tak terer...(tak ada kaitan dgn entry)

-nanti nak cerita pasal tanggapan orang bertudung kpd yg tak bertudung-

Jan 18, 2010

40 SUDAH...

...hmmm....

yea. yeah. yeah. hari nie bukak je blog sudah ada 40 orang yang sama OUT OF THEIR MIND cam aku. Memang le tak glemer mana pun blog nie. Entry pun tahap budak skolah. Banyak pulak amukan separuh puaka. Tapi terharu rasa...sob sob sob....ada gak orng nak ikut-ikut nie.

apa-apa pun....terima kasih bebanyak sangat. Sangat bebanyak terima kasih.

Oh ya....aku masih lagi fasa belum ada meja di ofis baru. Sudah masuk minggu ke-3 nie. Sakit betul. Keja pun takde lagi...lepak je lah....

Takpa....aku bagi masa 6 bulan aje...Kalau takde progress apa-apa, berhijrah lagilah aku gamaknya. Baru aku tau, sangat penat rupanya menjadi boring. Oh ya....terima kasih ya kepada OUT OF YOUR MIND yang tidak sebarapa....

Jan 14, 2010

3 IDIOTS

....Hmmmm.....

Baru-baru nie Jackie ajak aku ngan MizzyN tgk movie hindustan...yep Jackie minah sarawakian yang kita tak akan percaya layan hindustan - ajak kitaorang. Dah la filem tu dia dah tengok sebelum tu, tapi disebabkan 1st time dia duduk seat paling depan, so...kali nie balas dendam...ambik seat paling belakang.....enjoyz giler dia....kami pun jugak.

Movie: 3 idiots
Lakonan - Aamir khan (dia hensem), R.Madhavan (dia comel), Sharman Joshi (dia funny).



Jalan ceritanya:
Two friends embark on a quest for a lost buddy. On this journey they encounter a long forgotten bet, a wedding they must crash and a funeral that goes impossibly out of control.

As they make their way through the perilous landscape, another journey begins: their inner journey through memory lane and the story of their friend–the irrepressible free- thinker Rancho[Aamir Khan], who in his unique way, touches and changes their lives.

It is a story of their hostel days that swings between Rancho college romance with the spirited Pia [Kareena], and his clash with an oppressive mentor[Boman Irani].

dipetik dari sini.


Aku suggest kat korang yang boring giler, yang dok sedey-sedey, silalah pi tengok cita nie. Best ooo....kiranya 3 jam tu tak terasa sangat...cerita dia lawak giler. Dan tak semua lawak itu lawak cliche...tak rugilah kiranya. Scenery dalam cerita nie pun memang cantik giler. Dan yang pasti, tengok hindustan di wayang tidak sama rasa auuuwwww dia macam tengok dvd kat umah. Pecayalah.

OUT OF MY MIND bila rasa nak pi layan lagi sekali...takpe, tunggu tanda * ini keluar, pasti dapat murah sebab bulan ini bulan aku dilahirkan...terima kasih GSC.

PENAT MENJADI BORING

...Hmmm....

Broadband housemate tak sempat bayar. So, kena potong...
WIFI kat opis hanya ada di kawasan yang seluas lubang cacing.
Tidak mempunyai PC sendiri di ofis. Apatah lagi meja...masih lagi hidup secara pelarian.
Dah tak ada PC sendiri....pastilah takde access internet...



Alat ini hanya berfungsi untuk main game buat masa ini



Beg susu bayi-bayi telah aku ubah menjadi beg camera.
Menjadi idaman ramai. Tapi bila aku mengatakan ini beg susu,
Ramai terus ubah topik - terutamanya lelaki.
(apa kaitan dengan entry ini?)



Penat sudah kaki ini membawa tuannya merayau, merantau
demi mencari internet free...


maka...aku....
OUT OF MY MIND bila terpaksa hidup di zaman batu....
Plz.....plz...plz....aku tidak boleh hidup tanpa alam maya...

Jan 8, 2010

BILA ORANG MARAH AKU SENTUH PC

...Hmmm....

Klakar bila ada orang memberi warning kat aku (walaupun secara in-direct) -

"sila jangan sentuh equipment di office ini"

What the heck....
Kalau setakat kenal pc dan dunia IT selepas ko memegang unit yang melibatkan IT dan still tak paham tentang apa itu IT...tak payah lah nak warning aku.

Kalau ko ada FB, Twitter hatta blog (benda yang paling simple lah yang melibatkan dunia siber nie) - ok, baru ko boleh kasi amaran kat aku camtu. At least aku tau ko alert apa yang berlaku sekeliling ko...duh.

OUT OF MY MIND kerana aku sekadar menggunakan PC bodoh dan juga access internet. Dan ini adalah barang hak milik syarikat....bukan ko punya personal....punya pasal la aku nak guna ke tak. Stupid tipikal ortodok Maleis (meminjam perkataan Obefiend).

Jan 7, 2010

SEE U WHEN I SEE U GUYZ



Kami membawa hala tuju masing-masing setelah 4 tahun bersama.
Selamat menjalankan tugas u alls....
pasti rindu nanti.

OUT OF MY MIND bila dalam pic nie...separuh orang darinya tidak ada kena mengena dengan penerbitan radio yang telah pun selamat dibubarkan.

Jan 6, 2010

BILA VOLUPTUOUS DIJADIKAN MODEL

....Hmmm....
Check out these shots from V Magazine’s forthcoming issue, entitled “The Size Issue” and featuring five plus-size models.

Jan 5, 2010

TRAGEDI BANGKOK

...Hmmm.....

Aku rasa aku belum buat entry pasal perkara yang agak menakutkan bila aku travel.

Last Year aku pi Bangkok...Bertiga. semua perempuan yang ayu dan jelita. Aku-Jaqueline-MizzyN. Kami sampai kat Bangkok dalam jam 12.00 malam. Sampai kat hotel je dah dekat jam 1.00 pagi.

Bila dah setel je semua benda, Jacq ajak aku ke Red District. Itulah tempat yang sangat-sangat dia nak pergi bila ke Bangkok...Sampai segala mak nenek pasal tempat merah nie dia google. Tapi satu benda dia terlupa dan terlepas pandang - yakni lokasi nie akan tutup pada jam 2 pagi. Dia nak tengok sendiri dengan mata kepala dia apa yang best sangat dengan tempat nie.

Dengan perasaan letih jet leg flight yg tak sampai 2 jam, aku pun gerak lah berdua dengan jacq naik teksi ke lokasi merah. MizzyN tak nak ikut. Dan dia memang tak berminat pun dengan lokasi merah...kalau lokasi kaler ungu mesti dia suka....

lokasi merah pun sebenarnya bukanlah kesukaan aku. Aku lebih bahagia di lokasi biru. Tapi, aku yang bertindak sebagai guide dan juga bodyguard kat si Jacq nie bila kami travel, ikut jelah. (Jacq agak fail bab memandu arah dan geografi- aku panggil dia bimbo. Tapi dia bukanlah seorang bimbo tegar...hehehhe.)

Tak sampai 10 minit kami naik teksi, dekat selekoh ada road block..hampeh betul. Aku dengan jack relax je bila teksi kitoarng kena tahan. Ye lah...apa nak takut, pasport bawak beb. Tapi bila part polis tuh dah mintak teksi tu berenti tepi jalan, lepas driver tu explain kami nak ke mana (mungkin kot) - Aku dah start heran.

Polis tu mintak pasport kami - pastu dia belek-belek pasport tu. Dengan English yang fail, polis tu mintak kami something yang yang menyatakan kami sampai bila dan nak balik bila. Aku heran...bodoh ke apa dia nie. Dalam Pasport tu kan dah cop bila sampai. Kad arrival pun ada..

Lepas 5 minit dia dok cek pasport - dia bagi balik pasport aku je. Demm.....Apahal pulak pasport jack dia ambik.Dah tu, dia ambik pasport tu bawak tunjuk kat kawan-kawan dia. Aku dah panik. Jacq dah nak turun dari teksi nak pi amik pasport dia. Abg teksi tak bagi. suruh kitoarng tunggu je dalam teksi. Dia turun pi tengok apa sebenarnya probs polis tuh.

Masa tuh dah dekat 1.30 pagi. Jalan dah lengang...takut mula timbul.

Aku dalam hati memang dah agak panik. Siap mulut takde insuran aku tercakap sesuatu kat jacq yang buat pastu kami terus terdiam....pegang tangan sama sendiri. Dalam masa tu, aku asyik dok pikir nak balik malaysia je....siap aku bagitau dekat jacq aku tak mau mati dekat Bangkok ...huhuhu...masa tu semua benda tergambar kat kepala aku...

Sedangkan kami yang tak bersalah, kena ambik pasport dengan polis pun dah cam nak pengsan dah, apatah lagi kalau orang yg kena perangkap dadah tuh....mesti lagi nak mati....

Lepas 10 minit, abang teksi datang bawak pasport jacq. Lepas tu dia bebel dalam bahasa Thai. Lepas tu baru dia explain dengan tonggang langgangnye kat kitoarng cakap polis tu tak reti pasal pasport-pasport tuh. Dia ingat jacq nie tipu ke apa ke...tak taulah.

Yelah...jacq orang Sarawak. Muka mix cam cina, maybe polis bodoh tu boleh pikir macam-macam.

Abis je cita pasal pasport tu, abg teksi tu tipu kitoarng pulak. Dia bawak pusing satu bandar Bangkok tu (saja je nak auta), dalam setengah jam baru dia drop kami kat lokasi merah. Kitaorang bayar jelah....apa nak kata. Camna kitoarng boleh tau tempat tu sebenarnya dekat je - bila balik, teksi tu ambik masa 15 minit je nak hantar ke hotel....

ok...lepas tu...Pusing-punya pusing punya pusing kat area merah - kitoarng dah start heran, apsal pulak tempat nie cam dah tutup je....lepas dah penat kaki - kitoarng pun blah balik hotel. Bila di kaji selidik, rupanya tempat tu tutup jam 2 pagi.....hampeh betul.

Tak berbaloi gerun kena tahan dengan polis....ces.

OUT OF MY MIND bila aku cakap kat jacq:
"Jacq - aku dengar polis Thai nie dia sesuka hati je suka tembak orang kalau dia rasa dia nak. Sungguh...betul nie tak tipu. Jacq...aku tak mau mati kena tembak..." - hahahhahah...sadis betul aku time tuh.

p/s - sampai sekarng tak ramai yang tau peristiwa nie. Tapi bila dikenangkan balik - memang best....!!! Tempat merah tu mana lagi kalau bukan Pat pong, Bangkok, Thailand.

Jan 4, 2010

OUT OF MY MIND

..Hmmm....

Tahun nie nak buat entry apa?
Buat je entry cam biasa...

Nak expose tak..?
takyah lah...u can low profile...u kan x minat glemer-glemer nie. Janganlah buat entry smpai nak makan cokodok pun nak ambik gambar. Dah banyak sangat dah orang buat camtu...Tapi you letak pic you sikit2 ok lah kot....

Apsal lately nie entry u banyak sangat pasal tukar ofis nie?Bosan lah kita nak baca..
Oh ye ke...nak buat camna...saya excited sbb dapat keluar ke tempat lain. Tak kisahlah lepas tu orng kata masuk mulut puaka, keluar mulut naga...saya orang yang cepat bosan. sebab tu lah saya memerlukan paradigma baru untuk mencergaskan diri saya yang nak tua dah nie. Kalau saya terus melekat di kerusi dan selesa dengan apa yang ada, saya risau, saya akan jadi manusia yang tidak ada kemajuan dan juga menjadi makcik kecewa yang saya kutuk-kutuk selama ini....takpa...kalau awak tak minat baca entry saya, awak boleh lah skip-skip. Tapi..kenapa perlu saya ikut cakap awak? ini kan blog gila saya....


Awak nie umur berapa ye?
Saya...?? tanpa rahsia...umur saya muda lagi. Jiwa saya 18, angka dalam borang saya mungkin 27, tapi saya mantain 25. Ok ke jawapan saya nie...?


Tak banyak pun cerita pasal life awak...
ooo... life saya adalah sangat bosan dan boring. Saya orng yang bising dan perengus juga garang dan juga mempunyai amarah yang sangat hebat. Jadi orang takut nak dekat dengan saya. Jadi saya takde life sangat selain dengan buku saya, DVD saya, dan juga kamera saya. saya seorang yang pemalu yang pastinya. Oh ya...ini rahsia saya yang paling besar...saya tidak suka ke kantin atau cafe. Dari sekolah rendah sehingglah sekarang walaupun dah kerja, saya tidak suka ke kantin atau cafe. Jadi agak payah orang di institusi saya berada untuk kenal saya. Saya rela berlapar, makan di luar dan juga membawa bekal..kan saya dah kata...saya pemalu..itulah life saya. sadis kan....

Lagi..?? takkan itu je...
Apa lagi ye....soalan yang saya paling cuak bila orang tanya adalah soalan bila lagi nak kawin. Kalaulah saya pandai menilik nasib saya, takpun boleh membaca buku takdir saya, dah lama saya boleh jawab soalan ini. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa yang mengharapkan kaum lelaki mengorat saya...Ramai kenalan saya tidak percaya saya masih single. Mereka siap cakap, adakah saya menanti seseorang...?? ya, saya memang menunggu seseorang. Seseorang yang saya dah suka selama 10 tahun...lama kan.
Tapi, saya seorang perempuan yang ortodok yang masih lagi percaya, lelaki perlu memulakan....jadi, terpaksalah saya memendam perasaan saya. Apatah lagi bila saya dengar dia couple dengan sesiapa...luluh hati saya. Baru saya faham apa itu erti patah hati...Tapi sekarang dia tengah single...apakah yang perlu saya lakukan...? menanti lagi 10 tahun?
Eh...kenapa pulak perkara ini saya ceritakan...tak apalah. saya pasti, dia tak akan baca entry saya ini....

Siapa MizzyN...kerap kali nama dia ada dalam entry awak...
MizzyN ya...ini blog dia. Dia sahabat terbaik saya sepanjang saya bekerja. Dia juga housemate saya. Dia seorang yang sabar menangkis serangan Out Of My mind saya...sebab itu saya sangat suka dengan dia. Tapi jackie bon bon...jangan risau, saya juga sayang awak.

Ceritalah lagi....
Apalagi saya nak cerita? tanyalah saya...tapi sambung esok je lah. Ada ke wartawan lain nak tanya soalan kepada saya..?

OUT OF MY MIND betul aku dengan wartawan yang sibuk nak korek rahsia aku nie...CES


Ini je dia belanja aku..penat aku jawab soalan dia

RUSA MASUK KAMPUNG

...Hmmm....

Ngantuk....hari nie lapor diri. Rasa neves bagai nak mampus. Semua orang pandang je. Aku cukup benci dengan situasi di tempat baru...rasa cam rusa masuk kampung...ayam berak kapur pun ada...terkebil-kebil cam hapa.

Rasa kelakar bila si MizzyN gatai nak hantar ke opis baru tuh. Ye lah, memandangkan dia dulu pernah praktikal kat sana, malah dengan kegembiraan beliau kerana aku bertukar ke satu bangunan dengan dia, jadi dia bagaikan "ibu" yang hantar anak 1st time pi sekolah.

Tiba-tiba rasa cam nak balik ke radio balik. Nak balik ke situasi yang selesa yang aku memang boleh bawak kepala sendiri. Situasi yang aku dah tau semua benda.

Tapi takpe, perasaan tu sekejap je kot. Harap dalam minggu nie settle le perasaan bosan nak mampus nie. yelah....selalunya time macam nie aku dok sibuk buat editing, cari tetamu...gaduh ngan bos aku. Tapi......minggu nie minggu aku lepak2....yeah!...

OUT OF MY MIND dok pi ceroboh opis orang menggunakan PC orang untuk membuat apa yang patut dan tak patut....

rusa ini sesat masa nyambut new year cara barat..

Total Pageviews